Assalamualaikum..
Oo.. mai la oo.. cek mai,
Kita ke negeri Kedah,
Mai la bagi ramai,
Kita makan nasi kawah.
Cuti perayaan yang kedua terbesar di Malaysia hampir tiba. Selaku rakyat Malaysia, kita tentunya sudah biasa dengan ucapan 'Gong Xi Fa Chai' dan 'angpow'. Buat warga Malaysia berketurunan cina; "Selamat Menyambut Tahun Baru!". 2009 mengikut kalendar tahunan cina ialah tahun lembu. Sekadar berkongsi maklumat ringkas.
Dan kebetulan dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina kali ini, kita ada sahabat yang insyaAllah akan mendirikan rumahtangga yakni bernikah. Dah sampai seru! Alhamdulillah dan tahniah buat saudara Izanee bin Zainon yang bakal menjadi suami orang.
Di kesempatan ini, aku selaku wakil sdr Izanee, ingin dengan berbesar hati menjemput seluruh warga Komuniti87 baik yang aktif mahupun tidak di dalam blog ini untuk turut sama menghadirkan diri dan ke Walimatul Urus beliau seperti yang diperincikan di bawah:
Rumah Ponu (Pengantin Perempuan) pada hari Ahad 25 Januari 2009:
No. 25, Lorong 4,
Kg. Kuala Sayong Hilir,
Kuala Kangsar,
Perak.
Masa: 12.30 - 3.30 petang ( ni aku yang pandai-pandai letak).
Bersanding: rasa macam ada. Yang ni kena tanya mapley la.
Manakala sebelah Mapley (pengantin lelaki) pada hari Isnin 26 Januari 2009.
N0. 21, Jalan 2/4,
Taman Mutiara,
Sugai Petani,
Kedah.
Masa: 12.30 - 5.00 petang (ni ikut kebiasaan orang Utara punya jadual).
Bersanding: pun kena tanya mapley.
*Petua ke rumah mapley: Dekat dengan bandar Sg. Petani. Jumpa penjara, masuk kiri, kiri tarus dan kiri! (mengikut ayat dan baik syair yang diberikan melalui SMS oleh mapley sendiri kepada penulis).
Disclaimer: Moderator blog ini tidak akan menangggung sebarang kerugian, sesat jalan, hilang nyawa, hilang manfaat kekal atau sementara atau apa-apa jua yang mendatangkan kecelakaan sekiranya petua yang diberikan tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Ambo copy paste ja esemes yang diberike kepado ambo. Sila rujuk kepada mapley untuk maklumat yang lebih cepat, tepat, adil, terkini dan telus.
Peta dan pelan lokasi akan dimuatnaikkan sekiranya ada sesiapa yang boleh emel kepada aku gambar peta dan pelan ke rumah pengantin di loolapalooza@gmail.com
11 comments:
Mart... hang ada pelan ghumah kenuri kawin kan? aku punya kad ntah lepaih dok tang mana hala dah. anak aku pi usik tempat letak surat di ghumah aku ni. habih beteraboq.
Mau kata ada, sken la apa patut, lepaih tu emel kat aku.
aku punya tetinggai kat dlm mpv abe asr.. hang kema refer ngan asr
To Abe Ezz
Selamat Pengantin Baru, Semoga kekal abadi & dimurahkan rezeki.Ingat mlm pertama TARUS!
ditakdirkan mengandung cepat dan dapat anak, insyallah... berpantang sekejap pastu TARUS lagi!
petua abe bub kasi macam nak qada' masa yang telah pergi tak kembali lagi jee... hehehehehe..
ya.. aku pun stuju! jangan lengah2kan. sebab usia muda, benih pun tengah uat. insyaAllah dapat ana kdaripada benih yang kuat, barulah susah sikit dapat penyakit dan komplikasi2 yang lain. ni salah satu ikhtiar la. tu sebab mak ayah kita kawin awai sebab nak dapat benih macam kita ni; kuat, berkuaiti, hebat dan bijak.
heheheee...
marn jgn khuatir kat sg petani nanti kita cari penjara peh tu tanya kat orang yang lalu lalang kat situ kompom depa tau...pak menakan iz kerja kat situ...
kepada iz yang tak bukak pun blog ni aku nak ucap selamat datang ke alam baru moga bahgia dunia akhirat...kalau tak leh p aku syorkan gunakan minyak sensaoil...orang melayu kita punya tu.
isk2 syok kan kenuri kawin nih... rasa cam terengen nak menikah sorang lagi ler pulak... heheheh
sALAM ..
eH eh aBE mARK MENGUCAP BEBANYAK .. JAGA YG SORANG DULU TU .. KASI KONFEM DULU . paS TU BARU CR BARU
eH eH SYOK KER KAHWIN DUA NI .. aTIEF HG TAK TANYER KAT aSYRAF KER .. CAM NER KAHWIN DUA
aDIOS sPEKI
part syiok tu memang la syiok. macam ada dua kereta la. satu breakdown, ada satu lagi. tapi kena ingat! maintenance pun jadi tinggi la.
aku part syiok memang aku setuju. tapi bila ngenangkan tanggungjawaban, serot jadinya. tu yang tak lalu tu. yang ada ni pun kena baiki sana-sini. alignment asyik lari. balancing pun asyik kena bikin. tu yang tak tahan tu beb!
maka, oleh yang demikian, cukupla bagi ku sorang dulu buat sementara ni.
aku ni yoyo jer... cam ler buleh bebeno bebini dua... maner larat yob kena cam skarang ni skejap paneh sekelap ujan skejap myk naik skejap turun pastu naik balik cam yoyo gak.. demam... heheheheh but still? heheheh
Geng kita yg hadir masa kenuri Izn kat Sg Petani aritu aku,saiful asr,jamnul,zaki siam,karim cni , mael,asri scotties = geng bujang/x bwk bini yg pi ngan famili si meor speki, zaki ysf, lokman & faris. Aku mengucapkan terima kasih pada hampa semua yg sudi melapangkan masa untuk hadir pd hari tersebut semoga ukhwah kita berpanjangan hendaknya. W'pun sehari, aku rasa puas dpt jumpa dgn hangpa.. Thanks a lot guy for supportin'
Post a Comment