Assalamualaikum..
Siapa dan parti mana bakal memenangi pilihanraya kecil yang akan berlangsung esok hari? Sudah banyak janji dan wang dari kesemua yang bertanding telah dikeluar dan ditaburkan. Faktor luaran juga bakal memberikan kesan kalau tidak banyak pun tetap ada.
Yang pasti, rakyat Kuala Terengganu dapat projek segera macam jalan berturap baru, gerai yang senget dibaiki, longkang tersumbat pun lancar kembali, makcik-pakcik dapat bantuan sana-sini.
Bila difikirkan, adalah baik sekiranya ramai YB yang mati sebab rakyat jua yang mendapat manfaat segera. Tak percaya? Cuba tengok selama ini bila ada saja pilihanraya kecil, pasti ada projek dan bantuan segera.
Punya sibuk bantuan disalurkan kepada rakyat Kuala Terengganu, sampaikan rakyat di Sarawak yang ditimpa bencana banjir, tiada siapa yang peduli.
16 comments:
Aku kata BN menang disebabkan beberapa faktor luaran yang membantu.
Salam,
Kemenangan di pilihanraya ini adalah penting agar syiar Islam akan terus bersinar di tanah air tercinta ini.
Sekiranya kalah dalam pilihanraya ini, menunjukkan banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh pejuang2agama.
Tetapi yang paling penting kita berdoa banyak2 agar memberi kemenangan kepada Islam, kalau kalah pun tak pe krn Allah tak tanye menang ke kalah tapi Allah akan tanye, ada bantu tak utk menegakkan kalimatullah di tanah air tercinta ini.
Aku rasa PAS menang.... TAKBIRRRRR!
aku rasa PAS menang atas sbb seperti mana yg aku dah terang masa kat Pangkor. nak sembang? moh kita jumpa di Sungei Petani. heheheheh
Asr make sure kita sampe kat KL nanti sebelum kul 2 at least dalm kul 12 pon ok sgt sbb... heheheheh LAMB MADGHRUT sheikh... maal arab tea....
Salam ..
Ari ni sabtu .. oghang Ganu dok tgh berjuang utk memenagkan parti masing2 .. aku harap parti yg aku sokong menang ... kemudian menang lagi dan menang lagi ( kena byk lg ler wakil rakyat yg mati ) .
Tapi aku waktu ni tgh dok kat sekolah , ada sekolah ganti sebab puak-puak ni nak cuti lama raya cina nanti . Ate dah ngajor kat sekolah cina kena ler ikut .
Sebelum tu .. aku nak ucapkan takziah buat Alem ( akmal ) di atas pemergian bonda yg tercinta .. bertenang , bersabar dan byk berdoa utk kesejahteraan boda mu itu . Itulah ubat yg terbaik .
Oiii .. kalu dak semua nak pergi ke Sg. Petani .. ateee sape yg dtg ke kenduri Izanee di KK nanti . Tak kan aku ajer kot .. eh! eh!sape lg yag dok kat KK ni haaaa .
Mr Presiden cuba perincikan perjalanan @ rombongan kita utk ke SP tu ... menarik juga rasanyer
P/S Lupa lak .. dlam sorat kabo hari tu ada cerita tentang Ustaz Akhil Hay Rawa pergi tengaok wayang .. apa komen korang
Adioss. Speki
Salam ..
udah menang ... Takbiirrrr
Adios Speki
Ust Akil Hay jugak pi kenuri kawen mawi yg kebabooom tu, nak buat camner nak sangat jadi celebriti samada depa join hang atau hang TERjoin depa hahahahah... Tuan presiden dulu kaki wayang gak suh dia jawab tapi skng ni bli dvd pirate je kot hihihihihi
ps : aku ngaku dulu pi gak tgk transformers kat wayang tak tahan beb ni feveret sejak dari skolah rendah lagi
Hehehehe.. pas menang beb! meleset sungguh tekaan aku ni. Memang tak leh jadi pemerhati politik la. Kena cari industri lain lak aa.
Takziah aku ucapkan buat Alems sekeluarga di atas pemergian bonda tercinta. Moga allah mencucuri rahmat ke atas roh bondanya.
Pasai wayang ni, Ust akil Hay tu dah makin hanyut. Buat malu ja guna title Ustaz tu ha. Kena ambil contoh macam si Ali Setan aka Azmil Mustafa. Aku ada terbaca wawancara sebuah akhbar tabloid yang soal dia kenapa tak aktif dalam dunia lakonan ataupun seni? Dia kata kurang lebih ramai kawan2 dia yang ajak, tapi banyaknya nak menjahanamkan. Iman nipis, takut nanti balik kepada hidup yang lagho.
Nasihat aku, nak berkawan, kena la cari kawan yang boleh bimbing kita. Yang lagho2 tu jauhkan la. Pasai tengok wayang, tak salah kalau tak lupa kat Allah, pastu laki pompuan dok berasingan. Ada ka pawagam yang macam tu? Kalau tadak, tak leh la. Berdosa lah mengikut kebanyakan ulama. Tak tau la pulak kalau Ust Akil tu ada hujjah yang boleh menangkis pendapat ulama' lain.
aku ada terbaca pasal ust akil hayy tgk wayang kat nasrulikman.blogspot.com aduhai tu la dugaan orang nak berdakwah ni.. bukan senang, ujian & dugaan dtg dari segenap sudut & bermacam rupa.. aku cuma berharap ust akil hay kembali semula ke niat asalnya nak masuk dunia glamor nih....
Salam ...
Soalan aku yg tak de kait mengait ngan Ust. Akil tu tak de saper2 nak jawab ker ..
Ate ...Mr. Presiden cam ner ni
Adios , Speki
Assalamualaikum..
Hallamak! Speki, sori la. Bukan aku takmau jawab, tapi sebab aku tak perasan dengan soklan hang tu. Sori la beb!
Ok, berbalik pada soalan hang tu, kurang lebihnya macam ni la:
Mengikut perancangan kasar yang telah dibentang oleh sdr Mart Bear Bob, sdr Asri selaku memegang watak pak supir akan mengambil Bear Bob selaku pembaca peta di Sri Permaisuri. Dan sdr Karim Rahmatun akan mengambil sdr Zaki (Siam) di Shah Alam dan berjumpa di rumah aku di Pandan Indah pada pukul 4.30 pagi subuh-subuh sepie'e.
Kemudian mungkin bertolak ke rumah Wak Ya bin Farman selaku pembaca doa bermusafirun (kalau Wak Ya jadi join skali la. Setakat hari ni, tiada kata putus). Zaki Saidin pun sonyap yo. Tadak aral, solat subuh di RnR yang mana sempat la. Dan bertemu dengan Abu Atief di tol Jelapang, Ipoh. Diandaikan sekiranya terdapat kekosongan pada Nazaria pak supir, berkemungkinan bosar akan singgah di Simpang Empat Tok Jadam, Tepen untuk mengangkut Fariz da Ghostbusta Ryhme.
Langsung terus ke Sungai Petani rumah mapley cantek punya dok ada. Pekena mang tiga pat pinggan (sebab mahai wo makan tengahari sampai Sungai Petani), buat jaulah pusin2 SP tarus berangkat pulang petang tu jugak.
Mart punya perancangan jahat, nak bagi sempat sampai di KL dlm pukul 12 tgh malam sebab nak pekena nasik Madhgut ala Ghut di Mat'am Rawsha el-Lubnaniyyun.
Sekian saja perancangan kasar yang masih belum diperincikan lagi. Harap jawapan yang telah diberikan dapat memenuhi piawaian ISO9002 dan mematuhi skima jawapan yang telah digariskan.
Sekian.
meor...
kenduri kat sayong aku tak leh g laaaa pasal ada keghoja kat kampung masa tu...tu sbb aku n family cdg nak p sg petani jer...lagi pun tak pernah sampai sana lagi...geng2 dari key el katanya naik mpv sepoi asri...aku tunggu kat tol jelapang ker atau mana2 yang sesuai...
aku cdg nak lepak kat sana semalam dua...dah siap booking dah...kalau ader member nak join lagi baik...lodging kat sana bersepah n tak mahal mana.
Salam.
Terima kasih aku ucapkan kat member2 KL krn ingat kat aku.
Aku rasa hangpa tak payahlah susah2nak singgah kat Tepen pasai aku balik Baling, Kedah. Insya Allah aku pi kenduri di Sg. Petani.
Kita akan berjumpa di sana. Aku jemputlah member semua kalau tak keberatan ke kampung mentua aku di Kampung Sadik, Kupang, Baling.
Wassalam.
abu husni..
mulia sungguh hati hang na...umah hang kat tepen hang pesan tak payah singgah...umah mentua kat kampung sadiq sigaraga kupang baling hang suruh singgah hehehehehee...insyallah kalau tak dak aral yang melintang aku singgah nanti...
aku ada cuba konteks cikgu g box tapi tak berjaya la...ada sapa2 yang terlihat atau terserempak ngan beliau dak minggu ni...kalau jumpa sampaikan salam aku kat dia dengan ucapan kemana sepi tanpa berita.
dengaq ucapan sheikh an-najib altantuya semalam macam insaf jer...boleh caya ka?
mengenai apa pun jadahnya...sandaran kita bukan kat orang perseorangan...tapi sandaran kita kat sumber2 sahih yang ditingalkan oleh allah dan rasulnya...cam skim cepat kaya kat tenet dulu...sorang ostat jgk yg beriya menghalalkannya...tanggung la sendiri kat depan mahkamah mahsyar nanti.
Post a Comment