Pages

Solat Time

Wednesday, June 25, 2008

Jemputan ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat v2.0

Assalamualaikum..

Update:

Terima kasih tidak terhingga buat tuan rumah Mej. Sam kerana sudi menjemput kawan2 ke rumah barunya di Villa Wangsamas, Wangsa Maju. Kehadiran ahli2 Komuniti87 pun ramai. Antara yang hadir: Wak Yahya (tekong utama tahlil dan solat hajat, thanks alot bro!), Yusrin, Mart Jeni, Sepultura Asri, Halim Shafie, Izanee, Zaki Saidin dan 'special appearance' akhi Nor Azli aka The JPJ Kepimpinan Melalui Teladan.

Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diselamatkan dunia akhirat, didekatkan hati dengan Islam, dirahmati Allah Azza Wa Jalla buat tuan rumah. Kira oklah kali ni. Ramai yang berjamaah Maghrib di Masjid Mu'adz bin Jabal di Setiawangsa. Jemputan yang hadir pun bukan sekadar ahli Komuniti sahaja. Malahan abg-abg soldadu pejuang negara dan tetamu dari negara Teluk pun turut sama menjadikan majlis tahlil dan doa selamat itu suatu keramaian yang insyaallah diberkati dan bertaraf antarabangsa. Hebat! Memang hebat.

Rumah Mej. Sam yang baru ni memang besar. Murah rezeki la hendaknya. Pemandangan waktu malamnya pun cantik sebab kondo tu terletak canteek di atas bukit. Memang tangkap sukma. Memang lokasinya cukup menambat hati. Tempat letak kereta pun senang. Walaupun di tingkat 3A (bodoh punya cina kontraktor sebab takut dengan nombor 4), boleh parking sampai depan pintu rumah.

Kami mula majlis kurang-lebih pukul 8.30 malam sebab terhegeh-hegeh nak cari parking ( ni sebab tak tau sistem kondo tu gumana). Usai majlis kurang lebih 9.30mlm (ni aku tembak ja sebab tak tengok jam pun). Juadah pun istimewa, cuma kurangnya tiada penampilan kamben. Kalau ada, nescaya menjadi malam yang cukup sempurna buat hadirin.

Walau apapun, tahniah dan Alf Mabrouk buat Mej. Sam untuk rumah baru, kandungan kembar 3 dalam perut bininya pun didoakan selamat dan andainya benar dia kena pi ke Darfur, ruh bissalamah wi 'ud bissalamah.

Allahu youktikumul A'afiah..


Posting asal:

Pukul 11:05:56 tanggal 24 Jun 2008, aku terima mesej yang berbunyi: "Askum. Jemput ke rumah aku pada Khamis malam Jumaat ni lepas Maghrib. Aku buat doa selamat, Yaasin dan solat hajat aku naik rumah dan isteri mengandung. Aku wakilkan hang untuk jemput kawan-kawan kita". Mesej ini dihantar oleh kawan kita Mej. Syamsul Rizal.
Aku mulanya tak berapa nak condifen memandangkan takut dapat mesej lama. Tapi bila baca kali kedua, harinya berlainan dengan majlis yang yang dibatalkan saat-saat akhir. Lepas tu pulak, pagi tadi, si Jamil pun bagi mesej yang sama. Jadi aku rasa betul lah mesej yang aku dapat tu.
Oleh yang demikian, aku menjemput bagi pihak tuan tanah kedaung yakni Mej. Syamsul Rizal kepada semua kawan-kawan yang ada kesempatan, kelapangan, kesihatan dan tiada keuzuran silalah ke rumah Mej. Syamsul di Wangsa Maju.
Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat serta bacaan Yaasin.
  • 26 Jun 2008 (Khamis malam Jumaat).
  • Selepas Maghrib
  • Berkumpul di Masjid Mu'az bin Jabal (Setiawangsa) solat Maghrib berjamaah.
  • Rumah Mejar Syamsul (aku tak tau kat area mana, yang aku tau daripada Mart Jeni katanya di Wangsa Maju).
  • Tema: Mesti berpakaian menutup aurat dan boleh diserikan dengan rona Melayu Asli ataupun arabian sytle. Western pun boleh, janji tutup aurat.

Aku harap tuan rumah tidak membatalkan majlis pada saat-saat akhir. Kalu tak, naya kawan-kawan yang sudi nak luangkan masa.

Bercakap pasal tahlil dan doa selamat, ada di kalangan kita yang kurang dan tidak bersetuju dengan perkara ibadah seperti ini yang dianggap bida'ah. Sesetengah ulama berpendapat bahawa semua bida'ah itu sesat. Dan setiap yang sesat itu mengandungi dosa dan haram. Manakala bagi sesetengah yang lain pula mengatakan bahawa bida'ah itu terbahagi kepada dua:

1. Bida'ah Hasanah.

2. Bida'ah Dolalah.

Jadi, pada semua kawan-kawan, apakah pegangan anda dalam bab ni? Sebabnya ni perkara yang menyentuh soal halal-haram dan amal ibadah. Kalau tak diterima, buat ponat je. Kalau diterima, Alhamdulillah, kita buat lagi dan lagi.

Apa kata survey? Buat yang tak tau, nak tumpang join pun boleh. Ni nak tau pendapat peribadi.

p/s: Majlis tahlil Mej Syamsul tetap kita pi.

4 comments:

marn said...

ke guanne mung ghase be mark? aku ghase sampa mase doh kite list downg hok mane leh kite buak dan ape dalil2nye dang yang mane dok leh ikuk setaghang dengang hujoh nok tolok pendapak hok kate bulih.

kite ni doh lame doh dok ikut membute-tuli sedangkang dalang agame kite dok benor kite ni wat ikut dang. Sampa mase doh kite ni meneliti semula perbuatang amalang nenek moyang kite betul ke ikut hok asa.

Anonymous said...

seorang bijak pandai yg aku jumpa br2 ni trigger la kepala hotak aku, katanya
1) baca yasin ramai2 ni insyallah dpt pahala.
2) bila kita buat tahlil utk majlis kesyukuran kita tentu2 mengenang kebesaran yg esa & rasullullah so dpt lagi sket pahala
3) bila jumpa dgn sahabat2 mengeratkan silaraturrahim, bukankah itu amalan mulia, dpt lg
4) kita memberi org makan ish dpt lg pahala (nk lg kalu ader sorang dua yg beriman)

Dan yg paling penting ialah kita tidak memandang rendah mereka tidak membuat majlis sebegini or kita cas jatuh wajib pulak setiap kali nak pindah rumah baru kena buat tahlil, tu yg ngarut tu back to the basic apa2 hal NIAT tu yg penting. Jgn ada sikap riak, ujub & syak wasangka.

aku secara peribadi suka dgn aktiviti ini, kerana pasti aku akan dpt sedikit sebyk ilmu @ teringat kembali apa yg telah kita sama2 belajar dulu. aku rasa sahabat2 lain tentu akan rasa perbezaan bila lepak dgn member lain camner? bila lepak dgn geng idrisiah camner? sbb kecintaan kita sama iaitu ISLAM.

itu shj my 2 cent komen

Anonymous said...

Aku dengan rendah dirinya amat bersetuju ngan pendapat n hujah abe mak,,,kalau buat kenduri belasah arak haram hukumnya,,,sudah tentu klu buat kenduri baca2 tahlil n ayat quran dapat ganjaran pahala,,,aku amat bersetuju ngan kenduri mejar tu tapi aku tak dapat nak p kot pasal jauh sgt...duit minyak n tol menghalang aku dari jumpa kengkawan...sedeh yop

Anonymous said...

Adakah dalam erti kata lain, kita melalukan sesuatu yang di luar daripada pewrbuatan nabi Muhammad SAW itu dibolehkan? Sedangkan kita dituntut untuk mengamalkan perkara sunah.

Bila dikaji balik, tahlil dan kenduri doa selamat tidak ada pada zama nabi Muhammad SAW juga para Sahabatnya R.Anhum.

Ya, aku bersetuju mengenai ramai-ramai baca Yaasin bila berjumpa dalam majlis yang selalu diadakan seperti masuk rumah baru dsbgnya akan mendatang pahal sebab kita membaca kitab suci Allah SWT. Persoalan yang timbul: kenapa tak pilih surah lain? Kenapa Yaasin dan only Yaasin? Adakah kerana surah2 lain tidak power? Apakah kelebihan Yaasin berbanding surah-surah lain?

Dan, yang amat menyedihkan bilamana acapkali kita mengulangi perbuatan yang sama yakni membaca Yaasin beramai-ramai, kenapa bila nak jadi tekong ramai yang menolak dengan hujah yang pelbagai? Sedangkan Yaasin ni rasanya dah sebati sangat dengan masyarakat Melayu di Msia ni. Tu baru Yaasin, belum lagi jadi tekong tahlil.

Apakah kita sebagai seorang Muslim perlu bergantung harap pada orang lain untuk mengepalai sesuatu ibadah secara berjamaah? Kalau inilah senarionya, nescaya teramat kerdil dan jahilnya manusia yang bernama Muslim.

Sementelah pula, menjadi tekong Yaasin dan Tahlil merupakan penanda aras tidak rasmi untuk seseorang itu 'alim' dan 'dalam ilmu agamanya' dalam masyarakat Melayu di Msia ini secara kolektif. Secara tidak langsung mengangkat martabat juru tekong Yaasin dan Tahlil sebagai seorang 'ustaz' di dalam masyarakat.

Ungkapan seperti: "Aku mengaji tak tinggi macam sipolan bin polan" adakah dikira valid? Sedang di dalam Islam, kita dianjurkan untuk berlumba-lumba melakukan ibadah.

ka gumana?