Solat Time

Thursday, June 5, 2008

Minyak oh minyak..

Assalamualaikum..

Semalam aku, Yusrin dan Mart tersangkut di dalam traffik jam yang menggila gara-gara keputusan 'cerdik' kerajaan Malaysia Darul Hadhari untuk menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak RM0.70 dan RM1.00. Niat asalnya kami nak ke Darabif (kedai jual burger baeek punya) di Sri Hartamas, langsung terbantut. Penyudahnya, makan nasik kedai mamak tepi jalan di Pandan Jaya. Harga baru yang telah diputuskan ialah RM2.70 seliter bagi petrol dan RM1.58 bagi setiap liter diesel. 

Kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran akan memberikan impak yang cukup besar buat rakyat marhaein macam aku ni. Segala kos pengilangan, penghantaran dan servis semuanya akan melambung naik. Ni belum masuk lagi tarif baru elektrik (memang sah naik) pada 1 Julai nanti. 

Ha!! apa macam kawan? 

17 comments:

marn said...

Aku ingat ujung minggu ni nak pi kedai basikal la. tak tahan beb. naik keta bila time sesak nak kena guna ja. driving malam bukak tingkap tutup ekon la jawabnya. Nak save beb!!

gila sungguh dunia mutakhir nih..

abu_ateif said...

akom sahabat semua....
rindukan kat hampa tak terkata,,,

amat terasa wehhh naik minyak kali ni...semalam aku isi minyak penuh rm93 biasa rm64 jerrrrr...lebih kureng rm30 lari yop...

reaksi awal bila naik minyak mmg ramai yang berpandangan cam mr presiden...tapi mampukah kita nak naik basikal kehulu n hiler...mampukah kita bawak keta tak pasang ekon?ada pendapat kata kalau naik keta tak pasang ekon bukak tingkap lagi byk pakai minyak pasal beban keta semakin betambah pergerakan keta diganggu angin yang masuk ke dalam keta...kerrr macam mana?

hari tu masa beras naik ramai yang nak makan ubi kayu cam zaman jepun dulu...tapi la ni orang ttp makan nasi gak wpun harga melambung tinggi...mula2 naik jer dulu orang melenting tapi la ni dah sejuk n cool...semua benda ni ada dalam kepala otak pak lah n kuncu2 dia.

marn said...

orang malasia memang macam tu abu tif oi. kejap ja. nak boikot pun, tak tau nak boikot apa. lepas sebulan dua, sejuk la tuh.

petronas kata duit untung tak boleh pi semua ke kerajaan sebab petronas tu syarikat, bukan badan berkanun. tu betui. kerajaan nak tanggung subsidi banyak sangat kepada rakyat. suruh kita ni berjimat, lepas tu, duit subsidi yang kerajaan potongdaripada rakyat pi bela pulak si kamaluddin&co. Ha.. cantekk la lagu tu.

oo..pasai mampu tak mampu tu bergantung pada individula abu tif oi. mengkala mampu nak kayuh gerek, kayuhla.. kalau tak mampu, jangan. kang ada yang kena heart attack.

kalau rasa duit ada, hentam sajala labu.

abu_ateif said...

zaman naik minyak ni yang mampu kita buat ialah ubah gaya hidup...tu jer la yang kita mampu buat...kalau tak mampu buat tak tau nak habaq cam na lagi.

yang selalu lepak pekena teh mamak + nan tandoori bawak2 la lepak kat umah ngan anak bini...beli jer serbuk teh bungkuih besaq suruh bini buat teh tarik macam kat kedai mamak....yang hisap rokok kena berenti la or kena cari rokok daun ler heheheheee..

abe mak said...

ya teman stuju bebeno kalu kawan yg merokok tu berenti.. sbb rokok ni skang dah jatuh barangan mewah.. maka amat tak kena la gayanyer bagi kwn2 yg masih mahu merokok blakang komplen gaji ciput la, rokok mahai la dan cemmacam lg komplenan.. Apatah lagi la yg tak kerhojer lagi la tak patut bebenor membazir begitu sahaja.. Tuan Presiden pasni bleh la mike kluarkan topik cammaner nak berenti merokok..

marn said...

hoish!!! macam ni aku terjerat. muahahahah!!

Mana boleh. aku sorang perokok tegar. Kot mana pun, rokok musti. In english we say it's a must!! muahahaha. Kena bagi hilang tegar tu dulu. Baru eh berenti jadi perokok.

Tips berenti merokok? Senang ja. Jangan hisap rokok bila tak merokok. yang merokok, semua perokok tau bahawa 20% kematian dunia hari ini adalah disebabkan merokok. Dan adalah suatu perkara gembira sebab kita perokok ni mati 20% sahaja akibat merokok, manakala mereka yang yang tak hisap rokok mati pada kadar 80%. So, kira beruntung la perokok-perokok ni.

Tapi aku tak galakkan yang bukan perokok mula merokok. Merokok tu memang tak baguih. Haram! Dah aku ni termasuk dalam mereka yang lemah imannya. Aku pun berusaha juga nak berenti. Tapi aku tau, usaha aku ni tak cukup. Yo la.. sekodar niat je nak berenti, tapi bantai beli dan hisap hari2.

Alamak, ni salah topik nih!! Setakat nak jimat belanja senang je. Kalau nak jumpa kedai mamak boleh, order air panas kosong je la. Gula sama perasa bawak mai dari rumah. Apa susah? Kurangkan tengok TV. Potong Astro. Ala.. dulu kita haram tadak Astro pun, pandai mengalahkan Hitler. Aku tak boleh, sebab mak mertua aku yang nak Astro. Tapi gue yang kena bayaq.. muahahahah!!!

Abe mark!!! komplen gaji ciput tu antara alasan yang biasa. La ni, orang tadak kerja pun tak putuih bekalan rokok. Mana dapat duit? Allah Taala jua yang Maha Mengetahui. Nak makan, bayar sewa umah sama installment keta duit tadak. Tapi rokok hari-hari musti ada stok. Lu boleh pikiaq ka? Sendri mau tau la.

Abe mak said...

Td aku dengo ceramah.. menurut si penceramah bhw tok guru dia pernah kabo mencuri rokok rakan adalah harus sebab nak mengelak dr rakan yg td tu buat benda haram.. ni rentetan dr perbincangan perihal merokok lah ni.. Sampe tahap tu level rokok ni...pas ni wa cilok je la saper2 punya rokok pastu buat bodo jer.. hehehe

Ha sendri mau ingat? mmg la selalu buat benda harus hehehe

marn said...

kita letak tepi dulu soal rokok ni. skang ni macam mana nak berjimat. Ya!! rokok tu membazir.. tau!!! Tapi yang tak merokok pun banyak gak membazirnya. Jadi, kita kena berhenti membazirlah.

Bolehlah kita ikut jejak langkah abe mark kita yang sekarang ni dah jadi pengutip sampah yang berpengalaman. Kita kena belajar recycle atau kitar semula sampah dalam rumah kita. Antaranya, asingkan lampin pakai buang dengan botol2. Sediakan beg kertas @ carila bekas2 lama yang boleh dibuat tempat letak benda2 tu. Jangan guna beg plastik sebab beg plastik antara ancaman utama kerosakan alam sekitar. Beg plastik yang kita dok selalu guna tu hanya terurai selepas beribu tahun. Kita kena jaga alam sekitar kita ni.

Lepas dah kumpul dan kita rasa dah cukup banyak barang2 yang memang kita nak buang, daripada kita buang, baiklah kita pi jual kat kelin botoi. Ada gak pekdahnya, duit dapat, kita jadi eco-warrior macam abe mark.

Mengkala jumpa tin minuman tepi jalan, janganlah dipandang sepi dan dibiarkan berlalu dengan percuma, berhenti tepi jalan dan kutip. Dapat pahal sebab jaga kebersihan kawasan umum dan kita dapat side income.

Kita kena didik diri kita dulu barula kita dapat didik generasi yang akan datang untuk jadi eco-warrior macam abe mark.

Sendiri mau ingat la...

Abe Mak said...

bak kata mantan PM puji sampai berasap.. hehehe tima kaseh Abg Marn.. GO GREEN

marn said...

Sapa layan bahas di TV1 smalam? Salahuddin Ayob macam tak buat persediaan ja. Patutnya bentangkan pada media akan angka2 ketirisan subsidi dan kenapa tak sampai subsidi kepada rakyat marhaein macam kita nih.

Kena la bagi perangkaan, cadangan dan saranan serta tanya kenapa kerajaan tergesa2 naikkan harga minyak. Tanya jugaklah kenapa Petronas tak perlu bentang pada Kabinet unjuran unutung-rugi tahunan sebab tu minyak rakyat, bukan petronas yang punya. Petronas cuma caretaker ja. As goos as lawyer yang pegang amanah saja.

Peluang yang ada sekali tu pun tak boleh nak digunakan dengan sebaiknya. aku tak paham sungguh la.

Abe Mak said...

ya mmg nampak cam tak sedia dan cume bentangkan yg dah ada di tangan jer...

marn said...

abih tu macam mana nak perintah malaya bulan september nih? aku rasa kena kitai dengan PKR sama DAP je nanti. Tu pimpinan tinggi tuh yang jadi wakil.

Aku rasa ramai yang kecewa macam aku ni sebabkan kegagalan Salahuddin Ayob untuk mematah serta menempelak keputusan kerajaan yang sedia ada. Orang RTM pun rasanya ramai yang kecewa sebab depa 'expect' perbahasan malam tu dapat menyuarakan keresahan rakyat.

Sebagai seorang wakil rakayat, kena la prepare dan buatlah kerja rumah sikit. Study la peruntukan kerajaan atas nama subsidi kepada rakyat melalui kesihatan, pelajaran dan lain2. Tanya ke mana hasilnya geran2kerajaan untuk R&D biodiesel selama ni. Apa hasilnya? Kenapa tak diperbanyakkan stesen NGV ke seluruh Malaysia? Kenapa proton tak ambil kesempatan ni dengan membuat enjin hybrid. Adakah kerajaan baru nampak krisis petrol secara global? Kalau dah nampak, di mana pelan tindakan untuk tempoh 5,10 dan 20 tahun akan datang? Kenapa Menteri such as Dato Shahrir yang nampak berkarisma tapi layu bila mempermain2kan rakyat dengan kenyataannya sebelum ni kerajaan akan kaji semula harga petrol bulan ogos ni. Kenapa kerajaan bacul dengan mengambil tindakan kenaikan harga minyak serta-merta. Kenapa tiada alternatif lain selain menaikkan harga minyak.

Kalau dato Shahrir cakap, ni adalah tindakan political suicidal dan bukannya tindakan popular, karier politik siapakah yang akan dikafankan? Kenapa rakyat diperbodohkan dengan fakta2 yang tolol dan murahan seperti membandingkan harga minyak di Msia dengan negara pengimpot bersih minyak. Kenapa tak bandingkan kuasa pariti pembeli di antara negara2 ni. Kenapa tidak dimasukkan tentang cukai jalan, duti import kereta dan tol sama?

Kesan pasca harga mahal kepada masyarakat macam mana? Daripada anak yang selalu balik ziarah ibu, la ni nak balik pun kena pikiaq dua tiga kali. Saranan bodoh macam pegawai kerajaan boleh berniaga akan menyebabkan runtuhnya insititusi kekeluargaan. Tiada lgi cuti2 malaysia dan sebagainya.

Saranan pulak, kena bagi kepada rakyat alternatif selain guna petro. Bagi rebat atau tiada cukai jalan kepada kenderaan yang guna NGV ka, lupuskan cukai duti impot ke atas kereta hybrid ka. Pengangkutan awam punya caj diturunkan ka. Banyak lagi kalau aku nak senaraikan di sini. Takut bosan pulak orang nak baca. Almaklumlah, Melayu ramainya nak tengok gambaq. Bila ada tulisan yang panjang berjela, mulalah penin kepala. Muahahahaah!!!!

Ka gumana?

abe muck said...

kena didik supaya byk membaca, tu pon tuka gak gaya idup dr suka tgk gambo ke membaca.. maka terangsanglah akal utk menilai sesuatu.. tgk gambo je kang terangsang menda lain lak..

Abe mak said...

ni email yg aku terima dari kawan kita si syafinaz .. bleh la buat pedoman? hehe

Oleh kerana harga minyak naik sekaligus akan menaikkan juga harga yang
lain2, berikut adalah cara2 nak saving dengan mengubah cara hidup anda spt
yg dipromotekan oleh kerajaan.
"Ubah cara hidup anda (lifestyle)"
Part A (Kenderaan)
1) Yg Macho naik keta CC besar boleh tukar ke keta cc kecil (kancil
etc)
2) Yg naik kancil tu leh tukar ke naik moto
3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik beskal
4) Yg naik beskal tu boleh tukar ke jalan kaki
5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)
6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta.
Lagi besar CC lagik macho. Sila rujuk nombor 1

Abe Mak said...

Ader lagi Syafinaz ni hanto...

Part B (Elektrik)
1) Jgn bayar bil anda.. biar diorang potong.. so tak payah la bayar
lagi lepas tu.
2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, radio, dvd player etc).
Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.
3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah bagus
untuk mengeratkan hubungan keluarga terutama suami isteri hehehe
4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu beskal anda.
Apa lagi mau lampu kayuh dan onkan dynamo beskal tuh. Kalau anda
bijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg
dilengkapi dynamo. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai
mengayuh beskal.
5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni
lampu dia terang macam lampu stadium. Sebagai contoh anda nak lipat kain di
waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya dan
lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)
6) Handphone anda kehabisan bateri? Jgn risau ..recharge je hp atau barang2
elektrik anda kat opis atau di tempat2 awam yg ada soket
elektrik (hospital, balai raya, Pejabat YB) haha keraja*n akan tolong
bayarkan bil elektrik untuk anda (Utk Anual nie). Hehe bijak bukan?
7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg
berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho and

Abe Mak said...

last kopek dr email si syafinas ni...

Part C (Makanan)
1) Tanam tanaman yg boleh dimakan disekeliling rumah anda. *Nota - tanam
orang mati tidak akan membuahkan hasil maksima.
2) Gunakan dapur kayu api atau dapur minyak tanah untuk memasak. Makan
mentah pon ok gak kalau lalu.
3) Kalau selalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu plak. Ni tanam
sekeliling rumah la.
4) Schedule appointment meeting di pejabat anda. Includekan makan2 atau
jamuan. Tak de jamuan jgn pergi..
5) Malam jumaat jgn lupa baca yasin kat msjid/surau. Kalau ada tahlil atau
doa selamat mesti ada paling koman nasik lemak bungkus atau
pisang.
6) Kalau VIP/ YB kawasan anda buat open house. Jgn lupa bawak
tupperware atau mangkuk tingkat dan tapau sebanyak mungkin. Secara tidak
langsung akan tersampailah mesej "rakyat berjimat cermat dan ubah cara
hidup" kepada VIP/YB anda.
7) Makan je nasik lemak RM1 setiap hari. Kalau satu hari pagi,tghhari dgn
malam baru RM3. Kalau setahun 365 X 3 baru RM1095 Wuiii save gileerr...

marn said...

kelako bangat!! bernas sungguh. teramat geliga idea nih. aku nak try cuba lah. Mula2 skali jual segala charger (ada laku ka abe mark)? yang ada di umah. Senang nanti charge hp kat opis. Aku ingat untuk maksimaskan lagi penjimantan, bawak je rice cooker pi opis, masak kat sana, malam bleh buat bekal (ni kalau bangsa perut melayu yang tak boleh tak makan nasi untuk sehari).

aku ingat nak ambik upah tolong lari macam hamster atas treadmill yang ada dainemo. sambil kua peluh, badan sihat, masyuk pun masyuk. muahahahaha.. geliganya aku!!!