Assalamualaikum..
Aku dan kawan-kawan lain (Mat Zenith, Jamil, Yahya, Faisal Riza dan Saiful Asri) telah pergi menziarahi Yusrin sekeluarga. Ya, mak Yusrin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Puncak Alam. Aku, Mat, Yahya dan Asri tidak berkesempatan untuk pergi ke tanah perkuburan disebabkan tersesat mencari jalan. Almaklumlah, tak biasa dengan keadaan jalan di sana. Jamil dan Faisal je yang sempat pergi. Kami beramai-ramai bertemu di rumah adik Yusrin. Bacaan Yaasin dan tahlil dibuat di rumah adiknya Yusrin di Saujana Utama di Sungai Buloh. Aku berasa amat sedih dan simpati di atas kehilangan besar yang menimpa Yusrin sekeluarga. Moga Allah memberikan ketabahan hati buat mereka sekeluarga.
Mati itu pasti. Mati itu nyata. Mati itu akan hadir dalam setiap insan. Cuma bezanya adalah cara dan sebab kematian. Apa yang pasti, kita semua akan mati kelak. Sama ada kita sudah bersiap sedia ataupun tidak, mati tetap akan hadir bila sampai masanya.
Peringatan buat kita semua untuk bersedia dalam menyambut kematian. Pemergian orang tersayang akan diratapi dan ditangisi. Buat yang masih hidup, teruskan kehidupan dan perbanyakkanlah amalan untuk kita bawa ke alam seterusnya.
Hidup ini bagaikan lampu pelita yang dinyalakan di malam hari. Apabila minyak sudah kering, ia akan terpadam sendiri.
Selamat meneruskan kehidupan dan selamat memperbanyakkan amalan.
Posting asal
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat semua warga Komuniti87, perkhabaran sedih ingin aku beritakan. Bonda Yusrin telah selamat kembali ke pangkuan Ilahi pada pukul 3.10 petang tadi. Perkhabaran sedih ini telah dimaklumkan kepada aku oleh Jamil.
Majlis bacaan Yaasin dan solat hajat yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ini di rumah Izani turut dibatalkan.
Bonda Yusrin dijadualkan akan dikebumikan di tanah perkuburan Puncak Alam. Semoga Allah mencucuri rahmatNya dan memasukkan rohnya ke dalam golongan yang diredhai. Marilah kita semua bersama-sama mensedekahkan al-Fatihah buat bonda Yusrin.
Moga Allah SWT memberikan ketabahan hati dan menguatkan semangat buat Yusrin sekeluarga. Dikesempatan ini juga, aku mengucapkan Takziah dan belasungkawa buat Yusrin sekeluarga.

3 comments:
Takziah buat Yusrin sekeluarga.
Semoga tabah menghadapi dugaan.
Life must goes on!
QL6212
sedekah fatihah untuk bonda yusrin n mak ayah kita yang telah pergi...mmg fatihah senang di baca..tp kelebihannya amat bermakna sekali untuk simati..AL-FATIHAH
zaki
A'KUM...
TAKZIAH BUAT YUSRIN SEKELUARGA..
MAIL.....
Post a Comment