Solat Time

Monday, July 16, 2007

Hari baru minggu baru..

Assalamualaikum..

Buat kawan semua, bersempena hari baru dan minggu baru, marilah kita sama-sama mengejar cita-cita untuk terus maju setapak ke hadapan.

Buat mereka yang bekerja, kerjalah sungguh-sungguh dan buat yang tiada kerja, carilah kerja yang halal untuk menjana pendapatan buat menyara diri sendiri dan keluarga tercinta.

Buat peminat bola macam aku, YA!!!!! Malaysia kalah lagi.. macam biasa. Kali ni dengan Uzbekistan. 0-5. Ada beranggapan permainan ini telah diatur. Terancang. Sebab, sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia 50 Tahun. Aku juga suka dengan teori tu. Sebab, China akan melakukan siasatan terperinci kenapa Malaysia berjaya menjaringkan 1 gol. Mungkin kebarangkaliannya besar bila perlawanan Malaysia-Iran nanti, kita akan kalah 0-7. Merujuk kepada tahun 2007.

Bak kat Mat Zeni dalam sms ringkasnya kepada aku malam perlawanan Malaysia-Uzbekistan; "jangan tengok, free aje dapat dosa kering". Aku rasa memang dapat dosa kering sebab dok marah kat pasukan kebangsaan. Terima kasih Mat di atas teguran anda.

Walau apapun yang berlaku, aku tetap sentiasa berdoa agar Malaysia cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi terutamanya bolasepak. Sokongan akan sentiasa diberikan. Walaupun tahu, FAM hanya pandai meluahkan rasa kecewa dan marah bila Sultan Kedah kena berjalan sejauh 2km semata-mata untuk memenuhi jemputan. Tapi bila bab nak membangunkan mutu bolasepak, FAM lah yang paling tak buat apa2. Nehen je kate orang Perak.

Majulah sukan untuk negara. Tegakkan Islam di bumi Allah. Moga kita bersama-sama berfikir sejenak, untuk apakah kita hidup di dunia ini.

27 comments:

Anonymous said...

akom..
sian kat team malaysia kan...dok kena tibai je dalam n luo padang...disamping fam yang nehen tu aku rasa coach kena tuko la...apa kata hampa kalau kita calon nama abang co(Raja Mansor) jd coach mesia...keikhlasan abg co train budak2 idrisiah sampai la ni munkin boleh merobah nasib bola sepak mesia satu hari nanti.sapa tau!

zaki

Anonymous said...

Co.. (Raja Mansor) the man...

Mat Zeni

marn said...

the man himself mungkin takmau sebab banyak politik dalam FAM dan persatuan negeri.. kalau sesapa jadi coach pun, aku rasa menda yang sama tetap akan berlaku.

Pada aku la, baik le tuko semua orang politik dalam FAM dan persatuan bolasepak negeri. Tumpu je la kat politik, jangan le sesibuk nak join sama pasai bola. Tengok udah le.. kang kome pegang jawatan, abih kaco tunggang-langgang macam yang dah jadi la nih.

what say u?

Anonymous said...

I’m not a footballer though I love to watch mtv footballer’s crib but my 2 cents comment ialah kita patut kurangkan bajet utk sukan yg ada body contact cam bola, ragbi tinju.. Sbb mmg takleh pegi unless lu anak murid Sivaji nor Jayanikanth .. Susah badan asia kemetot2 sumenya.. buat membazir jer.. Baik tumpukan pd sukan cam badminton ke squash ke golf ke memanah ke tiup tepong ke..apa2lah sukan yg takde direct body contact unless kita dapat suma ahli sukan baja si Amali the highlander atau kacuk dgn org2 fiji ke baru la buleh nak bersaing… Mayb ada yg kata how about jepun & korea & Indonesia.. Betul tapi tahap mana jer.. Rentikan lah Ngabih boraih yoo

mart zenith bee

marn said...

In term of size.. yes.. we do lack of size. Always remember, size does matter in sports such as rugby, soccer etc. I do agree with mat zenith aobut his 2cents comment. I think we should change our makanan ruji. Look at japanese. Since they've had change their makanan ruji from nasik pulut to foods that helped build their young generations bigger and taller.

Jadi, aku sarankan kita yang dah jadi mak ayah orang, kena beratkan dan tekankan ilmu pemakanan kepada anak2 kita. kita memang dah tak leh nak beso. Tapi anak2 kita ada lagi peluang untuk lebih besar dan tinggi daripada kita.

Kita kena belajar dan ambil tahu pasal ilmu pemakanan yang berkhasiat dan memberi tenaga untuk generasi akan datang.

Do read and more action (DRAMA) in our life. Let's make things better and better. Takkan nak harap orang lain. Kita kena mula.

Ilmu pada hari ini tak susah untuk kita dapat. Just a click away. Bak kata CELCOM:"Segalanya di tangan anda". Kalau tidak berkesempatan dan susah nak dapatkan line internet, tu ha..perpustakaan awam kan banyak? <-- ni untuk save duit kalau bajet takdak untuk beli buku. Make use of it! (requote from mat zenith)

Who knows one day, maybe among us, there's a fellow that we can call 'pakar pemakanan'. Maybe me, you or somebody else.

What say you?

Anonymous said...

What say you? merujuk kepada semua blogger yg menjengah blog ini tak kira sapa2 geng lelaki ka geng ponpuan cam linda ka syafinaz ka umira ka.. bukan untuk aku & jamnul saja.. sapa2 pon buleh join bincang.. Bukan aper nampak slow jer cam bejangkit ngan stockmarket lak.... Ka baru terfikir taktik? - Norizan Bakar Utusan Malaysia 18 July 07 heh heh heh

Obi Mart Zenith Bee

Anonymous said...

akom..
aku teringat kat sorang lekcerer masa aku p kusus hari tu...beliau kata mmg susah orang mesia nak menang kalau satu sukan tu byk negara yang turut serta or popular...nak kata badan kecik sebab kalah tak gak...dia bagi contoh cam golf yang hampa dok kemaruk main la ni muahahaha...mana ada bodi kontek n bukan ada rebut bola pun n pukul sorang2 tak dak orang kacau pun tp x leh menang pun...tak tau la...kalau kat sukan olimpik ada main dam ulo pun tak tentu lagi wakil mesia leh menang...semuanya masalah badan sukan dimesia yang penuh dengan carca merba n berbagai skandal yang semua orang maklum..

akie

Anonymous said...

pasukan malaysia boleh dianggap menang dengan iran malam tadi sebab iran tidak berjaya menjaringkan lebih dari 3 gol hehehe...semua orang respek kat indon masa depa lawan korea dan semua pemain n pegawai korea kecut dot dot masa lawan ngan indon mlm td..apa lebihnya indon...size badan sama cam kita gak..aku rasa besaq mat zeni lagi..bbrp players dia main kat mesia gak musim dulu n yang aku pasti depa makan nasi n belacan+tempoyak tp ngapa depa nampak lebih terkehadapan?

akie

Anonymous said...

wehhhh...
bila sebut tempoyak teringat aku kat mail ninja...bila dia nak ajak makan durian kat umah dia...kot2 dan tinggai tempoyak je...

akie

Anonymous said...

How do we improve our football?

1. Don't let politicians lead the football associations. They suck ass really bad. Political strategies don't work in fotball.

2. Dare to train our players like commandos? They lack mental strength. Besides, they looks softer than 'lengkong'. Like the newspaper said, they want to be like Ronaldo, but they're lazy to train. I guess the time they spend in night clubs and with girls is more than they spend in training.

3. Selection of players. Do it profesionally. No more BullS***.

Enough said.

Anonymous said...

Betul Ust Zaki.. mmg betul tp tgk la paling jauh buleh pg takat maner? saper contoh terbaik? let say jepun.. sorang dua jer.. tu pun bak kata juman kita kita tukar rutin makanan.. Tak pon buat jer cam universal soldier heh heh heh..

Kita kena terima hakikat ni dan jadikan sukan bola ni sukan underground.. bila dia jadi sukan underground sipelahap2 ni dan tak nampak sukan ni sebagai lubuk duit so pemain secara psyicology nyer akan berusaha lebih.. kira camni la apa benda pon kalu kita suruh susah benor nak buat yg kita larang sangat itulah yg nak dibuat sgt...

Ahmad S

Anonymous said...

mengenai sukan golf pulak.. sukan ni baru jer dibuat dan diatur utk org2 biasa.. w'pon masih byk kelemahan tapi skrg2 dah mula & skarang ni dah byk klinik utk kanak2 so kalau kita nak tegk hasil nyer kena tunggu at least 5 to ten yrs aku confident kita akan lahirkan golfers taraf dunia tak dapt no 1 pon tak per tapi world ranking... Jd secara keseluruhan nyer aku tidak menyokong bolasepak dijadikan sukan teras malaysia.. cari la sukan lain.. Bak kata pepatah "Bagai pungguk merindukan bulan.. dr jauh kusangka parti bulan.. rupa2 nya stesen minyak di tepi jalan.." heh heh heh

Bani Hashim

marn said...

aku tak setuju ngan zenki pasai semua sukan malaiysia teruk. Remember, remember the 5th of November.

Tengok la pada sukan squashy. nicol ann david. juara dunia. cumanya aku dok tunggu pelapis dia, setakat la ni tak nampak lagi ada yang boleh saingi dia. banyak lagi sukan yang rakyat msia ni baru nak serius. Mungkin sukan-sukan ni dah lama bertapak tapi disebabkan tak boleh cari makan dalam bidang sukan (suatu ketika tak lama dulu) macam snooker, chess, bowling etc. Yang menjadikan kecenderungan makbapak kita tak galakkan sangat kita ceburi bidang sukan secara serius. Aku sebagai contoh, arwah pak aku tak bagi aku giat sukan sebab dia dah lalui perit hidup dalam sukan. Tak leh pi mana. Sebab pada masa dia, sukan memang tak bleh cari makan. Sekarang ni ja baru nak dapat cari makan, tu pun tak semua dan tak banyak pun. Contoh: sepatakraw sama hoki. Kita ranking ke 12 dunia dalam hoki, tapi apa player dapat? tak berbaloi. Tak macam bolasepak yang ntah hapa-hapa.

Ok, perihal bola. Memang Indon hebat dalam piala asia kali ni. Tapi level mana dan lama mana dia boleh bertahan?

Boleh bagi aku nama pasukan bolasepak negara mana yang punyai pemain badan besar player Msia dalam top 50 list. Bak kata Norizan Bakaq: "kita kena berpijak dibumi yang nyata". Tadak satu pun!! Kalau tak percaya.. sila masuk www.fifa.com/worldfootball/ranking/

Sdra/ri Enuf said punya pandangan memang aku setuju sangat. Politicians yang masuk dalam persatuan sukan ni memang merosakkan, bukannya membantu.

Kalau nak serius dalam bangunan mutu bolasepak. ok,
1. ada biasiswa dan peluang masuk Universiti untuk mereka yang berkebolehan dalam bolasepak.
2. buat liga kebangsaan junior bwh 12,15,17,21.
3. buat friendly match dengan pasukan kebangsaan from latin america dan eropah, bukannya dengan kelab.
4. pilih orang yang cerdik (guna otak masa main bola). Setakat dribbling cantik aje tak guna. Sebab nak atur strategi kena pakai otak.
5. Ilmu sains sukan kena ada.
6. Orang yang memimpin kelab atau persatuan bola, mesti ahli dan tahu selok belok pasai bola. Supaya tidak berlaku conflict of interest.

Semua apa yang berlaku pada hari ni, aku boleh simpulkan bahawa persatuan/kelab/akedemi bolasepak di negara kita ni bukannya tempat untuk memartabatkan mutu bolasepak tapi lebih kepada lubuk duit. Sponsor senang nak bagi duit kalau bolasepak tapi sponsor susah nak bagi kalau sepaktakraw atau chess.

I smell money and dead fish too.

What say you?

Anonymous said...

Lupa taruk nama. Enough said tu bukan nama. Tu aku le Mi.

Anyway, rentikan le kita cakap pasal bola. Nyakitkan hati je. Korang tau kan masa dulu prnah berlaku rasuah dlm bola? Sekarang ni pun ada. Persatuan negeri takde duit siap rasuah kasi kalah, sbb nak duit. Pasal nak bayor gaji player semua pekerja etc.

Duit... duit... di mana kau duit. Manusia dah jadi hamba duit. Di mana2 pun duit... kalo tak, takkan kena tahan kesalahan trafik selamba org yg menahan tu boleh mintak duit.

Member kepada member aku, kena tahan kesalahan trafic naik motor, dlm poket ada 5 ringgit, siap 5 ringgit tu dia nak jugak separuh...

In this case, memang lain isu, tapi puncanya sama. DUIT.

Member aku pernah makan kat Kelana Jaya, ada le national players makan gak situ, si national players tu dok sibuk ngorat pompuan. WTF! Dia ingat dia star mcm C. Ronaldo agaknya. Main bola mcm hampeh tp rasa mcm star nak gatal ngan pompuan mcm omputih gak. Udah le boring dah cakap pasal bola. Digolek golekkan dia bulat juga.... Later.

Anonymous said...

La Si Mie ker.. ingat mananyer Silver Surfers tadi.. Hg patut letak tag line hg cam biasa "later" br la org tau...

Mat Lint.. heh heh heh

Anonymous said...

If I smell money and dead fish. I take the money and throw away far2 waya from the galaxy the dead fish.. i dont want to dirt my Kolam heh heh heh. Not good for the business heh heh heh

King Lint

Anonymous said...

A'KUM....
KORANG SEMBANG PASAL BOLA. AKU CUKUP MELUAT DGN PASUKAN KITA NI.KIRIM SALAM NAK BERUBAH, KALAU AHLI POLITIK PUN MAIN SAMA.LEBIH BAIK MKN DURIAN KAT RUMAH AKU. LA NI TENGAH LURUH.NAK MAI CEPAT SIKIT NANTI KEHABISAN STOK....
MAIL.......

Anonymous said...

Hallamak.. Mael the Real X dah jemput mai.... ni yg rasa tak senang duduk nih... So geng bila nak gerak ke Utara nih....

Ghost Durian

marn said...

huh! ni yang aku suka nih.. marah tu tanda sayang.. komen tu tanda prihatin dan ambik tau.. walau macam mana sekalipun, aku percaya jauh di sudut tuan/puan.. nak jugak tengok malaysia berjaya dalam sukan bolasepak. Takpa, takpa... kita sebagai pemerhati dan orang yang boleh bagi komen sekadar di pinggiran je nih, teruskan kerja harian anda seperti biasa. Lawan tetap lawan!!! Komen tetap komen. Takkan nak putus asa kot?!

Rasulullah SAW didik umat dia 23 tahun beb! Tu pun tak semua jadi baik. Tu kira Penghulu segala rasul dan nabi yang bagi tarbiah tuh.

Mi! kalau pasai rasuah lu nak cerita.. lagi sakit hati. Sebab apa jadi lagu tu? Sebab orang besaq banyak makan. Yang kecik2 ni pun berani jugak la. Allah dah hilangkan rasa takut dan malu pada umat Islam. Tu sebab, pakat2 berani nak mintak macam2 la ni. ala, jangan kata RM5 ringgit, abis tidak pun, rokok sebatang pun jadi. Jadi dapat pau. Satu lagi bila agama dah jadi benda yang optional dalam hidup. Time pakai bila? Sakit dan mati ja. Baru la terhegeh2 nak baca quran la, cari tok imam la. Time hidup dan sihat? Tu dia... pi melancong luaq negara, haji haram tak buat pun. Sedangkan duit melancong ada.

Ni semua ujian buat orang yang ngaji agama macam kita ni la. Berlatarbelakangkan didikan agama dari sekolah agama, kita la yang kena pikul tanggungjawab nak sedarkan masyarakat. Nak tunggu sapa mai nak sedarkan masyarakat? Najib tun Razak? Hishamudin? KJ?

marn said...

Aku kalau dah Ma'er bunyi... ketaq lutut la jadinya. Dia sekali bunyi bisa wo. Aku tak dapat la ma'er. Tak dapat tolak pelawaan hang. Nanti hang kecik ati. Hang tu dah la sentimental lebih.. hati lak lembut.. nampak ja keraih kot luaq, dalam tu lembut. Hati baik (ni puji lebih bukan apa, nak penuhkan boot keta senang!!).

Anonymous said...

Jadi bila nak buat lawatan sambil belajar ke Bukit Berapit nih.... asik aku je kucing tidoq( sejuk sbb aircon baru service.. thanks to bini jamil..) bila nak pekena THE REAL KUCIN TIDOQ plak nih.. Mael dah jemput .. x pi buleh menimbulkan marah.. Abih kilang simen di amok Mael.. heh heh heh

Durian Crusher!!

Anonymous said...

akom sahabat...
tak payah sembang pasai bola dah la...selagi ibrahim saad ada kat fam sampai bila pun bola mesia tak kemana...meluat teman dengo cakap dia...WEHHH...BILA NAK P ZIARAH FAMILY MAIL...LAMA DAH TAK JUMPA AYAH NGAN MAK MAIL...LAST AKU P MASA KITA BUAT REUNION KAT KUALA DULU...HAMPA KALAU NAK P BAGITAU LA KAT AKU...BUKAN NAK P MAKAN DEGHOYAN SGT PUN...NIAT NAK P ZIARAH JA...KALAU DEPA HIDANG DEGHOYAN NAK BUAT CAMNA...BELASAH P LAAA

AKIE TONTOWI

Anonymous said...

Berita Baik untuk Mael... Jika tiada aral melintang kepak.. Insyallah Ana akan menziarahi Mael di kebun nya err I mean rumah nya di bukit berapit ujung minggu ini kerana Ana sekeluarga akan balik ke kampong ho ho ho balik kampung minggu nih..

So jika sesiapa yg berhajat nak jadi HEROES untuk mengelak malapetaka amokan Mael silalah turut serta dalam acara ziarah murni ini.. Sekian.. Kampong Power (Pauh) here i come....

Sailerr

Anonymous said...

a'kum....
teman rasa minggu ni ada deghoyan lagi. elok le mengkome mari cepat.kalau edok kempunan nanti. ahad ni teman ada rmh la. apa pun msg kat aku dulu..........

mail........

Anonymous said...

Ramainye yang kemaruk ngan deghoyan, ingat bro deghoyan byk mudarat drpd kebaikan, siap sedia siapa yang ada darah tinggi, ramai yang qolu krnnya........

QL6212

Anonymous said...

akom sahabat...
hidup mati ditangan tuhan bukan kat kuasa yang ada pada durian...itu semua taktik tak bagi orang p umah mail psl depa belasah sorang2 jer..dalam qu'ran n hadith x dak sebut pun ttg bahaya makan durian...jgn takut kengkawan p ja makan doyan mael...bkn senang yop...mail beriya ngajak tu...nanti dah tinggai tempoyak baru dok nyesai.

akie tontowi

Anonymous said...

wehhh bangku mail..
agak2 hang bila masa yang paling sesuai utk kami p menziarahi family hang?bkn apa kami tak nak kehadiran kami ni mengganggu gugat kestabilan family hang tu...

akie tontowi