Solat Time

Thursday, July 5, 2007

Perihal bondanya Yusrin

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi cerita dan perkembangan terbaru kawan-kawan. Semalam, aku telah mendapat sms daripada Jamil yang memberitahu perihal keadaan mak Yusrin yang sedang koma akibat serangan stroke yang dialaminya pada jam 12.30pagi semalam. Jadi, malam tadi aku hubungi Yusrin untuk mengetahui perkembangan terbaru maknya.

Apa yang aku pahami daripada maklumat yang aku perolehi, mak Yusrin masih lagi berada di dalam keadaan koma dan sedang dirawat di HKL. Memang beliau diserang stroke ketika berada di rumah Yusrin di Puncak Perdana. Akibat daripada ubat yang mengcairkan darah (ubat sakit jantung). Berlaku pendarahan yang agak serius di kepalanya sehingga menyebabkan darah telah memasuki ruang air otak. Pendek kata, pendarahan dalam otak.

Justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar dipulihkan dan disihatkan semula oleh Allah SWT akan bondanya Yusrin. Kita mungkin tidak dapat merasa apa yang Yusrin lalui sekarang melainkan sekiranya mak kita sendiri yang sedang terlantar koma di hospital. Marilah kita sama-sama untuk terus berdoa agar ibubapa kita dan kawan-kawan serta ibubapa mereka agar sentiasa sihat dan dilindungi Allah SWT.

Aku mengajak kawan-kawan agar kita dapat mengumpul wang sorang sikit untuk meringankan beban Yusrin sekeluarga. Mudah-mudahan kerja amal kita ini akan dikira sebagai amal jariah dan dapat memberikan sedikit suntikan semangat kepada Yusrin sekeluarga.

4 comments:

denai said...

saya baru ke sini

Anonymous said...

aku tumpang bersimpati, semoga sdra yusrin dan famili tabah atas dugaan ini. cool bro. aku faham.

-faras-
dari tol utara.

Anonymous said...

Sabtu lepas masa aku jenguk mak dia alhamdulillah nampak cam +ve la sbb kaki mak dia dah gerak2 so according tu kakak Yus itu menunjukkan otak mak dia dh start respon. Skang ni cuma tunggu keputusan samada cecair kat otak tu akan turun skali dgn darah yg tersumbat atau tak.. kalau turun skali x payah nak operate... So pada sahabat2 sedekah2 kan lah surah2 mana yg tahu pada mak Yus.. Kalu Yasin lagi bagus.

Mat Zeni

Anonymous said...

selamat singgah dan selamat pulang ke laman ini buat melepaskan rasalelah pada dunia yang penuh pancaroba..

marn