Pages

Solat Time

Tuesday, March 13, 2007

Akmal Nizam (alems) selamat jadi laki orang

Assalamualaikum!!
Akmal Nizam a.k.a. Alems telah selamat menjayakan kenduri kahwinnya pada 10hb Mac yang lalu bertempat di kediaman keluarganya di Sg. Bayor, Selama, Perak.
Akmal Nizam a.k.a Alems dan isteri

Kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana tetapi meriah dengan paluan kompang dan dentuman meriam kabait yang bingit. Para jemputan rata-rata berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang disediakan.

Antara yang hadir dimajlis tersebut ialah tok ketua kampung Alems, ketua kompang sekolah menengah selama dan ratusan penduduk kampung Sg. Bayor sendiri.


Manakala ahli komuniti yang hadir ialah: aku (marn a.k.a. Jamnul Azman
, Jamil Fahmi (Canteq), Ahmad Suzaini (Mat ), Saiful Yusrin (Pon), Saiful Asri (Asri) dan Ismail Nizar (Mail Ninja tokey durian).

Bertolak dari KL pukul 8 pagi, kami (aku, Jamil dan Asri) terus ke Subang untuk mengambil Pon. Dari sana, kami meneruskan perjalanan dengan berkongsi kenderaan (Gen 2 Jamil) terus ke Ipoh untuk berjumpa dengan Max Bob di V-Point, Ipoh. Di sana, kami berpecah menaiki dua kereta.
Ketika di V-point


Perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam dari KL ke Sg Bayor, Selama, Perak akhirnya berbaloi kerana boleh lepak makan kat rumah kenduri sampai dua kali (bukan tambah tapi makan).


Dari kiri: Aku, Pon, Asri dan Jamil.

Pon, Jamil dan Asri (kanan) sedang menjamu selera.

Mat bersama mangsa seterusnya (kuih loyang di tangan).

Dari kiri: Mat, Asri, Jamil (terlindung), Mail, Alems dan Pon.

Selepas berkali-kali disuruh pulang oleh tuan rumah, tepat pukul 3.30 petang kami berjaya juga akhirnya untuk berangkat pulang melalui jalan Pondok Tanjung. Di dalam perjalanan, kami telah membuat darma wisata (lawatan sambil belajar) ke rumah Lokman Razi ataupun nama barunya Lokman al-Rajhi (remember the bank?) yang terletak di Taman Palma, Kamunting, Perak.

Lokman (sedang memangku anak) semasa dikelentong oleh Pon (tidak kelihatan)

Di rumah Lokman, kami melantak cakoi macik senah yang dibeli oleh Lokman untuk habuan kami semua. Tapi, kali ini Mat tidak menjamah cakoi tersebut kerana katanya cakoi tu 'high cholestrol'. Usai solat jama' zohor-asar secara berjamaah, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Destinasi seterusnya ialah rumah mak aku di Changkat Jering; untuk melawat adik aku yang telah berjaya memotong jubin (dan kakinya sendiri secara tidak sengaja). Di sana, kami sambung makan mee rebus seorang sepinggan. Masih menjadi tanda tanya yang belum dijawab: Adakah adik aku dapat membezakan jubin dan kakinya sendiri. Bak kata pepatah orang muda: "Kalau marahkan jubin, jangan sampai memotong kaki sendiri".

Pada pukul 9.15 malam, kami menyinggah ke rumah Mail Ninja di Bukit Berapit (makan mee goreng). Kami tidak mengambil masa yang panjang untuk melepak di rumah Mail Ninja kerana di rumahnya tidak ada buah durian. "Baru berbunga": ujar Mail dengan nada suara yang macho sambil mengerling manja ke arah Mat. Kalaulah di rumahnya ada buah durian ketika itu, mau kami tak balik KL malam tu. Jam 10.05 malam, kami menyambung perjalanan ke Ipoh (rumah emak Mat).

Selesai solat jama' Maghrib-Isya' di rumah bondanya Mat, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan semasa di pertengahan jalan, aku diserang sakit perut yang amat power tahap gaban hasil daripada meminum air 'lemuju' pemberian Mat. Berhenti untuk melabur sebanyak dua kali dan akhirnya sampai di rumah aku di Pandan Indah, KL tepat jam 3.25 pagi.

Semoga Allah swt memberikan zuriat yang banyak serta soleh dan dilimpahkan rahmat ke atas pengantin lelaki dan perempuan serta kawan-kawan semua.

Terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang berkongsi masa dan duit poket untuk suatu pengalaman manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Diharap pada masa-masa mendatang, dapat kita berkongsi lagi masa dan duit poket untuk menjayakan apa-apa jua program yang boleh menambah dan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terjalin.

p/s: banyak lagi gambar-gambar yang tidak tersiar. Hanya yang terpilih saja di'upload'kan ke dalam artikel ini. Pohon maaf sekiranya tak tersiar.

29 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kepada En Jamnul yg bersusah2 membuat blog...

Mat Zeni

Anonymous said...

Err En Jamnul anda lupa menceritakan detik2 indah ketika menghirup kuah mee rebuih kat umah mak hang.... dan detik2 ngeri ketika melawat abang hang... tq

Mat Zeni

Anonymous said...

pls update psl discuss ngan syazali semlm..saje nk tau

chow..
syafienaz

Anonymous said...

Alamaks ader la sori JUMAN tadi ana baca xde....

Mat Zeni

Anonymous said...

eh eh panjang umor CIK Syafinaz..
CU heh heh heh CU?

Mat Zeni

marn said...

ert... mat.. yang potong kaki sendiri tu bukan abg tapi adik aku... badan dia ja yang beso..umo kecik daripada aku...muahahahahahah...

marn said...

kak pinaz pun ade... wallaweh...!!! semangat!!! semangat!!! nanti join la kalau ada apa2 perjumpaan.

Anonymous said...

assalamualaikum, wakakakakakakaka best blog hang nih jamnul. wey berapa banyak berenti makan daaaaa..... hahahaha makan betui ang pa no. To alerm eyes: wey sorry alerm aku tak dapat pi hari tu, aku ada urusan yang tak dapat aku elakan.(walaupun alasan ni dengar macam klise tapi tu lah hakikat. hahahahah). Macam mana ang pa leh pi rumah lokman, dia tau dak? supprise ka? hahahhaha aku sedang bayangkan muka blur dia bila hang mai- kalau supprise la. - lokman mr cool. Nanti kita jumpa di ulangtahun idrisiah.

farasafuan ahmad zaki
da keyboard from north.

kalau terror cuba pi sini http://tukangklik.fotopages.com

Unknown said...

mr da keyboard from north-hang kalu ya pun relaks la dulu.masuk terus pangkah lokman blur.hang tak kesian ke kat mamat tu ke.

wey,nnt karnival idrisiah 85thn tu hang turun la.kita blh sembang panjang.business juta2 tak kan nak turun ipoh pun xblh.

Anonymous said...

Mana Tuan pengantin nih... dalam kelambu lg ker? sonyap yoo

Mat Zeni

Anonymous said...

insyaallah aku turun. Mana ada sampai juta2...ratus ratus pun teruk nih. Mana yang lain2 nih. Yellow angpa dah habaq lum tentang keujudan blog nih. ishhh alem tak berubah muka, cam dulu ekkk. Apa-apa pun misai jamil gak best.

Anonymous said...

alamak letak nama, posting kat atas tu aku lah tu.

farasafuan ahmad zaki

marn said...

wo ho.... meriah gak nih... tak perlu la nak ucapkan terima kaih la kat aku... ni pun sebab kawan2 yang nak.. kalu aku sorang2 ja..mampoih sumpah jadi katak, jadi monyet pun aku tak rajin nak buat.

Anonymous said...

Heh heh Tuan Gebok br je kal... dia nampak gembira dgn adanya blog nih.. so Hopefully ramai lg yg akan join the crowd.. Hai Si Yusrin sebok sangat ke buat teks ucapan.. X dengo cite pon..

Mat Zeni

Anonymous said...

ntah le... aku rasa dia sibuk kira duit.. lumayan projek tuh dengaq kata.

marn-cars-online.com

Anonymous said...

Tahniah! pandai hang buat blog, kat Jordan belajaq lain balik sini buat lain.Kira boleh bagi jaiyid jiddan la kat hang.
sayonara....

LUKMAN RAZI KAMARUDDIN.

Anonymous said...

Khas untuk farasafuan, depa mai dah inform kat aku awal-awal lagi la, dalam gambar tu mana ada muka blur. La ni pun hang payah nak jumpak la. Tak balik kuale ke?
ORANG BATU KURAU TAK PANDAI BOHONG TAPI PANDAI BAHONG!
ok blah dulu, brother.

LUKMAN RAZI KAMARUDDIN

Anonymous said...

Lukman 7Apr ni INSYALLAH kami turun ipoh... harap2 buleh la kita jumpa kat sana buat mini mesyuarat ke and so on..

Mat Zeni

Anonymous said...

man, aku balik kuale hari tu pi gak rumah hang, ingat hang balik. Wey hang kalau balik kuale tel aku ke sms aku. Mana tau minggu tu aku ada kat kuale. Hahaha nasib baik depa habaq dah habaq kat hang...aku ingat sessi terjah. hang pi ka kenduri alerm man? Wey anak besaq dah ka man? Lepas nih kita mintak Tuan admin buat satu topik gambar anak2 dalam nih. Ok wey see you

Unknown said...

faras,misai cari makan.

Anonymous said...

smekom org kmpung.. aku br ja idup balik nie. pe khaba orang2 kmpung sume? apa2 hai aku akan cuba sdaya upaya untuk join program yg drancang.. apa2 pung jupe di nung(festival 85thn.. adiosss

ALEM'S coming....

Anonymous said...

aku teruja tul dgn Pak Yahya.. cam taraf2 tok2 wali.. wak, ilmu jentik pokok nyoq ada lagi x? heheee.. apa pun rindu ngan rokok cengkih bapak hang dulu.. kepada yang p kduri aku ari2 time kasih byak2, yang x p kena tggu la lain kali..

ALEM's coming

Anonymous said...

as'kum, kwn2 semua sy roslinda baru nak join korang nih, lg pun kat kmpg ari nih blik k.l le.harap2 kwn2 smua kenal lg kat sy ni.

linda

Anonymous said...

Jemput sumua sahabat2 ke Majlis Tahlil & Yasin buat Mak, Ayah, Ustaz2, Ustazah2, Guru2 kita & yg terbaru isteri kepada sahabat kita En Arman Shahril yg meninggal akibat kemalangan.. Jumpa di Shah Alam

Mat Zeni

Anonymous said...

aku follow dari sini je lah ekk...ok semua selamat bertahlil.

to jamil:- hahahahhahaha memang nampak pun misai cari makan tu. wey lama betul tak jumpa hang.

to alerm: muka hang alerm tak berubah no, bagi no hp, aku balik kuale aku call hang.masalah nya bukan aku tak mo call kat sini, bila balik kuala aku boleh call dan jumpa hang terus. hehehehe.

mat:- meme(azmir) tau dak lagi keujudan blog ni di muka bumi nih? yusrin pakai id mana mat?

Anonymous said...

msg kat atas tu dari aku (faras).

Sorry lupa taip nama

Unknown said...

faras,
mlm hang kena call aku lps kami buat tahlil dikl.tak kira hang kat london ke india ke hang kena call jugak.byk la hang punya alasan kalau nak call aku.

kalau hang balik kuala hang call aku bukannya aku ada kat sana.mengencing tak habis2.dari budak smp jadi bapak budak tak hbs2 lagi ke.

cuba aku sms faras aku ada projek comp in hand 1.5mil.mesti bdezuup hang call aku.hahahahahahahahahaha

Anonymous said...

smekom.. bkenaan tahlil 2, aku xleh la nk trun. per pung, pada arman sahabatku tabahkan atimu dan redhalah dengan ujianNya..

alem's

Anonymous said...

Sori bro as far as i'm concern Yus tak layan der blog2 nih.... dier trus tipon jer aper2 hal... Tokeh busy cari job jer skang nih heh heh heh

Mat Zeni