Assalamualaikum..
Banyak-banyak bersabar. Macam-macam berita kita dok dengar saban hari. Dunia makin tak ketahuan. Tak tau nak mula kat mana.
Kat Tunisia, presidennya dah terpelanting. Kat Mesir skang ni presidennya tengah tunggu masa: sama ada kekal berkuasa @ terpelanting sama. Sudan menunggu masa untuk bermula. Malaysia? Muahahahaha.. Bik Mama masih berkuasa dan sedang menguatkan cengkaman besinya. Mai la apa jua isu dan perkara, rakyat Malaysia tetap bersama BN. Tahniah!!!
Cumanya, kegusaran aku dengan keselamatan anak-anak muda yang sedang belajar di Mesir. Tadi pagi semasa aku sedang dok menyiapkan persediaan anak-anak aku, ada dalam rancangan di TV, ayah kepada salah sorang anaknya yang sedang mengaji di Mesir bising sebab Kedutaan Malaysia tiada tindakan proaktif. Kalau ada pun, kadarannya cukup minimal. Anak-anak muda kita terpaksa menjaga rumah dan keselamatan diri mereka sendiri dengan membuat routine call untuk bersiap-sedia sekiranya mereka diserang oleh anasir yang cuba mengambil kesempatan tatkala kekecohan yang sedang berlaku di sana. Tiada polis dan tentera yang mengawal keselamatan rakyat. Mereka (polis dan tentera) sedang sibuk mempertahankan Hosni Mubarak.
Mengapa kemarahan rakyat Mesir sudah tidak dapat dibendung lagi? Apakah punca berlaku ledakan emosi yang mengheret rakyat jelata ke jalanan? Apakah kesan yang berlaku selepas peristiwa ini? Dan banya lagi persoalan yang timbul.
Tahrir Square
Riots in Suez
Apa jua yang mendatang, sama-sama kita doakan agar rakyat Malaysia yang sedang berjuang menuntut ilmu di Mesir akan terus dilindungi Allah SWT. Semoga semangat perubahan dan keberanian rakyat Mesir melawan kezaliman kerajaan sedia ada meresap ke dalam jiwa dan tubuh anak-anak muda kita untuk bangun dan bangkit menentang kezaliman yang ada di tanahair.
Jom tumpang semangat mereka!!!
2 comments:
banyak pemimpin umno arab yang baru cadang2 nak bagi kuasa kat anak beranak terencat biawak lepas apa yang depa tgk kat tunis n mesir...
kalau baguih memimpin pun tak sesuai bagi kuasa kat anak beranak nikan pula pemimpin umno mesir cam mubarak waris firaun ramsis II hahaha...yahudi cukup berkuasa dan semakin kuat menindas umat islam palestin kalau kerajaan2 umno arab yang cam haram ni terus berkuasa.
inilah satu2nya cara yang boleh menumbangkan kjaan di negara2 arab...pilihanraya?jgn dok harap la lebih kurang cam negara kita ja penuh ngan kelawakan dan penipuan serta ketidak adilan
Depa copy paste sistem yang sama. Bezanya pelawak dan pelakon. Skrip semuanya sama. Same goes with Malaysia tanah airku.
Punya la berkira-kira nak bawak balik student agama, depa tunggu dan lihat. Dah nak tunggu sampai bila baru nak bawak balik anak2 mudah yang tgh dok ngaji di sana? Dah kena desak ngan mak-pak budak, dah kena hantam dengan pembangkang, baru la terhegeh2 nak buat.
Tu pun tipu kerin depan batang idung kita yang kata kita (Malaysia) the only negara yang bawak balik rakyat. Ptuih!!! Dosa berbohong hangpa tanggung la. FYI, adik dan anak sedara aku balik 2 hari sebelum kerajaan Malaysia terhegeh2 buat keputusan bikin Ops Piramid. Tu pun atas inisiatif abg aku sendiri. Dok call Safarah sama MSD, haram tak berangkat.
Adik aku habaq, Indon, Bangla, China dll dah lama evacuate warganegara depa bila mula tercetusnya muzoharot di Mesir tuh. Habaq teruih terang, kerajaan Msia ni nak bawak balik budak Medic ja, tapi takut kena hantam, tu yang main angkut semua.
Asainya memang tadak hati nak bawak balik student agama. Tu yang depa asainya nak tauk budak2 tu di Jeddah. Blakang... Saudi tak bagi dok lama2. Sampai King Saud siap bagi 2 bijik kapai terbang soh kluaq beramboih cepat2 daripada Saudi.
Ha.. padan muka! Tendang pi tendang mai, kena bawak balik jugak.
Cumanya, kerajaan Msia ni lembab dalam mengurus krisis luar jangka macam ni. Patutnya ada evacuation nd backup plan yang terancang. Ni macam dok main tarik-tali. Nasib baik la tadak yang mati kena pukui, kena rogol, kena peluru sesat.
Apa2 pun, ucapan trima kasih buat kerajaan Msia, walaupun lembab, tapi ada jugak inisiatif nak bawak balik budak2 kita. Better something than nothing.
Cumanya dah jadi lagu ni, BN memang takleh memerintah lagi dah Msia ni. Terbukti dan 50 tahun lebih memerintah, masih lagi cempera. Its about time to change the government.
Post a Comment