Pages

Solat Time

Friday, January 21, 2011

Sendal gusi

Assalamualaikum..

Saja nak kasi ceria hari Jumaat ni.. asyik layan PM kita Rosmah Mansor ja.. medak mata tengok hari-hari. Lagipun aku tengah buntu nak taruk topik baru. Muahahahahaha..

Sketsa 1: MAT REMPIT

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


Sketsa 2: KAHWIN LAIN

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…


Sketsa 3: KENAIKAN PANGKAT

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

3 comments:

Ahmad Zaki @ abuateif said...

salam
memang kelakar sketsa yang ada kat entry ni...mmg tidak dinafikan gusi aku tersendal setelah membacanya..tapi man,,aku tak dapat tangkap la lawak sketsa no3 tu

marn said...

iskh hang ni bu atiep.. cuba hang gali sket lagi.. sure hang dapat tangkap maqsud sketsa tu.. muahahahaha..

Ahmad Zaki @ abuateif said...

tapi anak aku yang bernama ateif tanya awat sketsa yang pertama tu dia pakai nama zaki...awat tak pakai nama farasafwan ka,gibok ka kan lagi sedap