Solat Time

Tuesday, January 4, 2011

Sesi sekolah bermula

Assalamualaikum..

Selamat dalam pekerjaan yang tuan/puan sedang buat. Sesi persekolahan baru bermula semalam. Pergh.. penat. Aku selaku bapa muda yang baru lalui pengalaman menghantar anak ke sekolah secara rasmi, merasakan bahawa memang penat dalam menguruskan perihal pendaftaran dan membeli segala peralatan sekolah anak.

Pertama kali menghantar anak ke sekolah rendah. Punya la macam-macam kerenah budak-budak zaman la ni. Tu belum nak ambil kira kerenah dan songehan para ibubapa. Memang mencabar la kerjaya perguruan hari ni. Dengan nak kawal anak murid yang baru masuk alam persekolahan. Ditambah pula dengan kerenah ibubapa. Tu belum ambil kira kerenah birokrasi pengurusan sekolah dan PPD. Pekeliling itu, pekeliling ini. Tobat la aku. Lepas ni aku akan lebih hargai jasa guru-guru yang pernah mendidik aku serta yang mendidik anak-anak aku. 

Serius beb. Macam aku setakat berhadapan dengan kerenah pekerja-pekerja aku yang rata-ratanya aku pilih sendiri semasa temuduga kerja. Aku punya kuasa untuk membuat pilihan. Macam guru-guru ni, mereka tiada pilihan selain menerima seadanya anak-anak murid dan ibubapa murid yang mempunyai latar keluarga yang pelbagai.  

Dalam keletihan tu, terhibur la juga bila menonton kelaku ibubapa dan anak masing-masing. Ada yang menangis, ada yang start angkat geng. Ada yang kejap-kejap nak ke tandas. Ada yang dok belek meja. Ada juga yang dok sengap ja. Anak aku kategori dok sengap. Lambat sket nak panas. Nasib baik dia tak buat 'scene' nangis merayu-rayu nak balik. Cuak jugak la mula-mula tu. Sebab kalau ikutkan 'track record' semasa pra-sekolah dulu, tiap-tiap pagi aku dan mama dia mesti berperang sebab dia takmau pegi sekolah. Ada saja alasan; sakit perut, pening kepala, rasa nak demam semua ada. Tapi sebab dulu masa aku kecik, aku pun pakai auta yang sama, so aku boleh tau la tu semuanya auta. Like father like daughter (aku tadak anak anak laki lagi). Muahahahaahahahah..!

Apa-apa pun, aku harap kita semua dapat membantu para guru meringankan beban mereka dengan memberikan sepenuhnya kerjasama untuk mendidik generasi mendatang. Selamat mengajar buat para guru dan selamat membantu kepada semua ibubapa.

11 comments:

marn said...

sapa pandai bahasa melayu? Kebitaraan tu menatang afa?

Abe Mart said...

Ank aku sehari skolah pastu mc 2 hari.. silap2 buleh sampai jumaat mc hahahahahaha demam tumbuh gigi sian habis susut badan dh tak mcm like father like daughter (maacamm presiden kita)

Abe Bub said...

Perghh kalu anak berderet dr darjah satu sampai ke tingkatan satu.. lagi la ngelupo Yob... baru sorang dua dh ngetorr2 ngulor duit hahhahahahaha

Anonymous said...

kebitaraan = tiada taranya, hanya satu-satunya.

lrk

Bear Bub said...

Perghh LRK mmg terang ati dlm bab ni... cayalah cikgu LRK

Ahmad Zaki @ abuateif said...

tahun ni anak sulung aku pun darjah satu...mudah2an anak2 kita belajaq sungguh2 agar besaq nanti jadi orang berguna...mintak sgt2 depa tak jadi cam pemimpin BN yang rosak segala macam hahaha...guru2 patut menyokong cadangan PR tambah elaun rm500 kalau dapat p putra jaya hahaha

marn said...

LRK - dalam konteks sekolah rendah maksud kebitaraan: tiada tara, hanya satu-satunya. Still aku lost. Hanya satu-satunya apa? Tiada taranya dalam apa? Explain more please.

ye ke Abu atief? Same le kite. Harap2 depa besaq tak jadi macam pemimpin UMNO; mentekedarah duit dan tindaih rakyat.

Abe Bub - menggelupo lagi menggelejat le jawabnye. Tumpo yob. Che bayangkan - KAFA dan transit saje dua beradik RM948/-. Tu untuk pukul 3-7. Lebih mase, kene bayo lagi. Ate.. bile teman nak meghase ade duit banyak? Abih buat membayo yuran anak2 skolah je yob.

Duit gaji kite bukan kite punye la. Akaun bank kite jadi tempat transit je. Muahahahaha..

Tu pun dalam dok rakyat bisin kos sara hidup tinggi, celah itu jugak dah ada ura2 harga minyak masak nak naik. Jangan le naik. Kang aku yang naik minyak. Petrol pun nunggu mase je nak buat pelarasan harga (nama manja untuk 'harga naik'). Dalam pada tu, Kabinet dah stuju nak naikkan tarif letrik. Nunggu mase je kerajaan umum.

Aje yang tengin bebeno Ameno nih. Ape yang begik sangat takmo dengo cakap rakyat marhaein macam kite nih? Bajet nak beli spenda baru pun tak mandang. Udah abih buat bayo yuran anak2. Tu baru sorang yang sekolah resminye. Kalo 4-5 orang? Mau merompak bank dibuatnye.

Ahmad said...

Pg smlm 2 org anak aku nombot 2 & 3 masuk spital ampg putri sbb jangkitan kuman kat paru2.. sian yg kecik tu lembik jer sbb tak lalu mkn.. hat nombot 2 tu pon nampak susut sket sbb tak dak selera.. terpaksa la pak dia mengabihkan makanan spital... W'pon bini aku yg stay jaga tapi aku harap depa bleh kluar dgn segera.. takut anak aku yg darjah sau tu ketinggalan plak byk kelas... mintak kwn2 doakan kesihatan anak aku no....

Ahmad Zaki @ abuateif said...

ate sama2 la kita ngempen sahabat taulan sedara mare supaya sama2 kita menamatkan riwayat hidup BE END ni...bagi la pakatan rakyat pulak memerintah..segala janji2 yang deme buat mmg boleh n mampu dilaksanakan...negeri2 yang dperintah pakatan rakyat masih boleh buat byk perubahan positif utk rakyat wpun dalam tekanan dari byk aspek...moh kita ubah yob

abuhusnie said...

anak aku yang sulong akan berhadapan dgn UPSR...aku tak heran dia nak dapat berapa A janji aku nak dia jadi anak yang solehah dan tidak terpengaruh dengan budaya mengarut yang di bawa oleh UMNGOK...kita pastikan UMNGOK BEE END tersungkor pada pru13 nanti supaya mereka tidak terus merosakkan dan menyusahkan rakyat....

marn said...

ya.. stuju tu AbuHusnie.. yang penting kita 'guide' depa. Sebab sifat muslimah tu tak bleh jadi dengan sendiriya.

Sebagai contoh, kita tidak rasa 'asing' dengan alQuran sebab mak ayah kita dok baca alQuran hari-hari. Dah jadi sebahagian daripada hisup kita. Cuba kita tak baca Quran, kita tak budayakan solat jemaah dengan keluarga, kita tak hormat orangtua kita, kita buang sampah merata2. Agak2 apa jadi dengan anak2 kita?

So,kita jangan salahkan 100% kerajaan, masayarakat, kawan2 anak kita. Kita kena muhasabah diri kita dulu. Bak kata orang tetua: "Nyamuk seberang sungai ternampak, gajah depan mata tak nampak".

Segalanya bermula dari rumah. Dan kita adalah idola anak2 kita. Ajak dan ajar anak2 kita untuk berfikir dan bukannya menelan bulat2 apa yang ada di sekeliling kita.