Assalamualaikum..
Semoga cerias elalu. Dah banyak minggu aku tak update blog kita ni. Rasanya makin susut nilai akan kepentingan blog kita ni. Namun, aku akan tetap teruskan mengemaskini selagi terdaya.
Raya Cina dah berlalu. Sekarang kita berada di dalam tahun Arnab. Apa yang ada dengan tahun Arnab? Aku taktau pasai fengshui. Yang aku tahu, kita menyambut tahun baru dengan pelbagai peristiwa. Antara yang terbesarnya ialah peristiwa ledakan kemarahan rakyat negara Tunisia. Sampai terpelanting Presidennya. Tak lama lepas tu, Mesir pula. Hosni sudah pengsan beberapa kali selepas melarikan diri ke Sharm el-Syeikh yang terletak di Semenanjung Sinai. Mesir sekarang berada di bawah pemerintahan tentera. Sejauh mana perubahan berjaya dibuat, wallahu a'lam. Moga Mesir kembali aman tenteram untuk anak-anak Malaysia menuntut ilmu di sana.
Ramai di kalangan kita yang lepasan Mesir. Aku tak tahu sedalam mana perasaan akan para lepasan ijazah bila bersembang perihal kacau-bilau di negara yang di suatu ketika tempat mereka menimba ilmu. Pada aku, Mesir punya sejarah tersendiri. Baik dengan kisah Firaun, King Farouq, Gamal Abdul Nasir, Hassan al-Banna, Anwar Sadat sehinggalah regim pemerintahan Hosni Mubarak.
Sehingga kini, masih ramai para ilmuwan yang hidup menyumbang bakti kepada agama Islam. Antara ilmuwan yang masih hidup ialah Syeikh alQardhawi yang hidup dalam buangan serta ramai tok-tok guru yang mengajar di al-Azhar; universiti tertua di dunia.
Di Malaysia, kita dijamu dengan pelbagai kisah masyarakat. Macam semalam, ibu kepada dua orang anak kecil yang bagi anak2nya minum racun. Dek kerana tekanan perasaan sehingga menggangu kesihatan mental. Minggu sudah, ibu kepada seorang anak pra sekolah membunuh diri selepas menghumban anaknya sendiri dari tingkat 5 pangsapuri, pun dek kerana tekanan perasaan.
Rasanya ramai yang dah jadi gila, cumanya tak mengaku jadi gila. Ye lah, mana ada orang gila yang mengaku gila. Antara contoh paling baik: gila pangkat, harta, kuasa dan kedudukan. Ada yang tak malu mengaku First Lady of Malaysia, ada juga yang perasan orang mengundi dia bukan sebab parti, tapi sebab diri sendiri. Muahahahahaha..! Macam-macam cerita dalam dunia hari ini.
Walau apapun jua, kita kena sedar bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah SWT. Sama ada penyakit yang kita nampak mahupun tidak. Tujuan kita diberikan penyakit itu, ada banyak sebab. Boleh jadi untuk mengangkat matabat kita dengan ujian penyakit tersebut. Boleh jadi sebagai kaffarah dosa lampau dan boleh jadi juga ianya satu bala untuk kita.
Sama-sama kita mencari keredhaan Allah SWT dan dijauhkan kita daripada segala penyakit, bala dan wabak. Kebelakangan ini, banyak juga kisah orang bercerai-berai. Justeru, sama-sama kita mencari kekuatan dalaman dan kesabaran di dalam mengharungi kehidupan yang serba payah penuh dengan mehnah dan tribulasi.
Kembalilah kepada Sang Pencipta. Bersamanya ada penawar untuk semua jenis penyakit. Untuk yang jiwa bermasalah, solat hajat, tahajjud serta alQuran sebagai penawar. Untuk yang berpenyakit secara fizikal, carilah ubat dan ikhtiar melalui cara yang Halal. Jangan guna perantara seperti jin dan syaitan untuk mencari kesembuhan. Kelak membinasakan.
Akhir kalam, 2011 sudah masuk ke tengah bulan Februari. Kacau-bilau, jiwa kacau dan sebagainya menjadi intisari cerita berita tatapan umum. Apakah tahun ini penuh dengan kisah duka nestapa? Na'uzubillahi minzaalik. Jom dekatkan diri kita dengan Allah SWT baik ketika siang mahupun malam.
2 comments:
man...
crita yang menarik dari kognitif hang...tapi tak dak sebut kisah kjaan malaysia nak beli kapal peronda 1 bilion sebijik...apa la punya bangang nak beli sampai rega camtu..lagi pun nak buat kejo indon or bangla mai cara haram jer...sedih kita dapat kejaan belaja sesuka hati dan nafsu cam duit mak bapak depa ja
muahahahaha... tu la speselnya kerajaan Msia. Biaq la blanja banyak mana pun, rakyat tetap bersama BN.
Rakyat bukan reti kira2 pun. Kira ok la tu sebijik satu bilion. kalau dua bilion sebijik?
Post a Comment