Assalamualaikum..
Kadang geram gak dengan perangai bini sebab selalu mintak suruh buat itu, buat ini. Pastu komen memanjang. Ada saja yang tak kena. Muahahahaahah.. Telan je la yob... Dah bini. Ka pompuan memang pesen lagu ni? Jom rehatkan minda kita sebentar. Take Five..!
Dilema Sang Suami
Sketsa 1
Laki telefon: “Yang oii.! Abang kat kedai mamak ni. Awak nak pesan apa-apa?”
Bini jawab: “Takmau bang, bini awak diet.”
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa. Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot. Siap majuk-majuk. Lari tido bilik sebelah.
Bila laki query balik: “Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa Yang oiii.!
Bini jawab: “Memangla orang kata takmau apa-apa. Tapi belikan jerla apa-apa. Kalau abang beli apa-apa kita makan jer.
Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?
Sketsa 2
Laki telefon bini: “Petang ni awak nak masak apa Yang?”
Bini jawab: “Alaaahhh… Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni, Abang makanlah siap-siap.
Si laki pun balik keje. Singgah kedai mamak. Tibai nasik baryani kari kamben baek punya. Sampai umah, sendawa bau kamben. Tiba-tiba... bini jerit panggil suh makan: “Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!”
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
Sketsa 3
“Abang ni, kalo dok umah asyik sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker, pi main bola ke.. Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dengan budak-budak nih”. Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan kejap itu jugak bangun pi tukar baju, capai telefon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa... “Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?.”
Sketsa 4
“Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?” “Abang keja lah Yang. Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik”.
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, esoknya laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, telefon berbunyi... “Abang bila nak balik ambik kitorang bang?”
Sketsa 5
“Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker? Dah kelupas-kelupas kulit jari tau. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang.”
Laki pon, dengan muka rebel, masuk bilik rahsia. Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak ushar line. Tetiba jer kena petir plak.
“Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? Kenapa? Kenapa? Kenapa?”
Sketsa 6
“Nah hambik anak ni bang. Pakaikan pampers, pakaikan baju. Bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi. Nak bagi pakai baju mana ni Yang..?” tanya si laki.
“Alah abangni, kan baju anak ada 8 bakul tu. Pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn.” Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju. “Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg?! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...”
6 comments:
AKU RASA SEMUA SUAMI MENGALAMI SITUASI NI SBB BATANG HIDUNG AKU NI RASA KEBAS ,
POSTING KALI NI SGT SESUAI UTK RENUNGAN PARA SUAMI KRN MENGINGATKAN KITA BHW KITA NI ADA 9AKAL DAN DEPA TU ADA 9 NAFSU,JD BNYK2 LA BERSABAQ
Hang dh lama tak jumpa aku pasai tu jd camtu...
muahahahaha.. nak kena topik santai baru ada respons. ni yang aku dilemma ni. sebab ada incoming topik aku yang berat.
takpa, dari semasa ke semasa akanku updatekan blog ini supaya tak mandom sepanjang zaman.
aku pun ada gak kena kebas hidung. dan FYI, time menulis posting ni, jari jemari terasa kebas... muahahah..
ha.. buat yang nak bukak cawangan baru, silalah pertimbangkan situasi ni. just times it 2@3@4. headache isn't it?
utk pengetahuan kengkawan aku sebenonya dh tuko sklh,skrg aku ngajo kat sk ayer tawar,sbb dh lama duduk kat ayo masin kot tu sbb depe hntr aku ke ayer tawar,dn bg penggemar2 bilis pangkor especially mart the conquerer,jgn takut,aku masih ada contact kat saner,ttg nak tmbh cawangan tu jgn takut sbb kita ada 9 akai,pandai2 lah pakai.
tu namanya jawapan 'akai jenuh'.
"sesungguhnya tipudaya kaum wanita itu sangatlah besar"(surah yusuf:28)jd mmg patutlah kita diberi 9 akal.so for those who about to tmbh cawangan dgn niat yg baik i salute u.
Post a Comment