Pages

Solat Time

Wednesday, May 26, 2010

refresh praUnion

Asaalamualaikum..

Tarikh perjumpaan semakin hampir. Diharap kepada mereka yang sudi hadir nanti bersiap sedialah dengan tarikh keramat tersebut. Jemputan ke seluruh warga Komuniti87 ke majlis Pra-Union yang akan diadakan pada:
  • Tarikh: 29hb Mei bersamaan hari Sabtu di rumah Abu Atief (towkey Baraka).
  • Tempat: No. 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang, Ipoh.
  • Masa: 3.00 petang.
  • Acara: Masak kambing dan pelbagai juadah. Ramah-mesra dan perbincangan untuk acara reunion kali ke-3 serta pembentangan maklumat terkini hasil kutipan yuran tahunan yang telah dan akan dilaburkan.
  • Tema: Semi-eksklusif.
Silalah melapangkan diri untuk turut sama memeriahkan lagi perjumpaan tersebut. InsyaAllah, akan diadakan perbincangan mengenai perjumpaan besar-besaran yang akan diputuskan kelak.

Semoga Allah Taala melapangkan kita dan diberikan kesihatan tubuh badan serta tiada aral untuk berjumpa nanti.

Friday, May 21, 2010

Zuhud, Islam dan kehidupan duniawi

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi. Semoga semuanya ceria dan dirahmati Allah Azza wa Jalla. Marilah kita sama-sama menghitung amal kebajikan dan sentiasa menjauhi diri daripada kemurkaan Allah. Kita kena sentiasa bersyukur di atas nikmat yang telah diberikanNya. Di dalam menguruskan nikmat Allah, kita perlu menyemai dan menjaga sifat zuhud yang disuruh oleh agama. Kita maklum dengan perkataan zuhud. Tetapi sejauh manakah kita memahami dan mendalami pengertian zuhud itu sendiri dan sejauh manakah dipraktikkan ke dalam kehidupan kita.

Secara literasinya, para ulama silam pernah membetulkan salah faham tentang pengertian zuhud ini. Lihatlah pengertian zuhud yang disebut oleh mereka :-

Imam Ibn Juzai berkata :-

ليس الزهذ بترك الحلال , ولا إضاعة المال فقد يكون الغني زاهدا , إذا كان قلبه مفرغاً عن الدنيا , وقد يكون الفقير دنيويا إذا اشتدّ حرصه , وكان معمور القلب بالدنيا


Ertinya : Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan (pendapatan dan harta) yang halal, bukan juga membuang harta, kemungkinan seorang yang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong dari dunia (tidak mengharapkan sesuatu dari dunia dan kekayaannya untuk dunia), dan berkemungkinan orang faqir itu adalah orang yang bersifat duniawi apabila hatinya amat berkehendakkan dunia, tatkala itu hatinya segar dengan ikatan kepada dunia (Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah, hlm 471)

Imam Sufyan bin ‘Uyainah ditanya berkenaan zuhud lalu beliau menjawabnya :-

إن نقصت لم يغنم وإن زادت لم يفرح ولا يكره الموت لفراقها

Ertinya : Sekiranya sesuatu harta itu hilang atau kurang sesorang itu tidak terlalu bersedih dan tatkala ia bertambah ia tidak pula gembira, dan ia tidaklah merasa bencikan mati kerana tidak mahu berpisah dengan hartanya " ( Jami' Al-ulum wal Hikam, hlm 256 )

Imam Al-Qarafi pula berkata :-

ليس الزهد عدم ذات اليد , بل عدم احتفال القلب بالدنيا , وإن كانت في ملكه

Ertinya : Bukanlah zuhud itu tidak mempunyai sesuatu di dalam tangan, tetapi ia adalah tidak bergembiranya hati dengan dunia (perolehan dunia) walaupun ia jatuh ke dalam miliknya" (Az-Zakhirah, Al-Qarafi)

Jadi, bagaimana dengan harta duniawi yang direzekikan kepada kita? Bolehkah kita mengecapi nikmat rezeki (yang halal) dengan menggunakan faedah daripada harta yang diperolehi seperti membeli pakaian, kenderaan, rumah yang dikira berada?

Jawapannya; Sudah tentu boleh. Iaitu jika sudah ditunaikan seluruh kewajiban dalam perolehan harta itu dan hatinya sentiasa dijaga agar tidak bangga dan sombong dengan kejayaannya. Buktinya adalah dari sabda Nabi SAW :-

قال أَتَيْتُ النبي في ثَوْبٍ دُونٍ فقال أَلَكَ مَالٌ قال نعم قال من أَيِّ الْمَالِ قال قد آتَانِي الله من الْإِبِلِ وَالْغَنَمِ وَالْخَيْلِ وَالرَّقِيقِ قال فإذا أتاك الله مَالًا فَلْيُرَ أَثَرُ نِعْمَةِ اللَّهِ عَلَيْكَ وَكَرَامَتِهِ

Ertinya: "Aku datang bertemu Nabi SAW dengan berbaju yang kurang elok lalu Nabi SAW bertanya:

"Adakah engkau mempunyai harta ?"

Aku menjawab: " Ya"

Baginda bertanya lagi: "Dari mana dan apa jenis hartamu itu?"

Aku menjawab: "Allah telah memberiku harta dari ternakan unta, kambing dan kuda"

Nabi terus membalas dengan katanya:

"Jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal) maka hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah (yang diberikan) kepadanya" ( Riwayat Abu Daud, no 4063, 4/51, Tirmidzi, no 2006, 4/364; Tirmidzi & Albani. Martabat hadis; Hasan Sohih.

Imam Ibn Hajar berkata maksud hadis ini menyebut hendaklah seseorang itu memakai pakaian bersih yang layak dengan kedudukannya agar jika terdapat orang yang ingin meminta bantuan, maka boleh dikenali siapa yang boleh memberikannya. Pada masa yang sama mestilah ia menjaga niatnya dan menjauhi pembaziran. Demikian juga yang disebutkan di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi (Rujuk Fath Al-Bari, 10/260 ; Tuhfatul Ahwazi, 6/122)

Tafsiran zuhud yang dberikan adalah bersandarkan firman Allah yang tidak menegah kita menjadi kaya dan berharta, tetapi yang dikehendaki adalah sentiasa peka dan berjaga dengan tipu daya harta agar tidak lalai dari halal haram dan keredhaaan Allah.

Firman Allah :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. ( Al-Munafiqun : 9 )

Islam tidak melarang sama sekali kita untuk menjadi kaya dan menggunakan peralatan, kemudahan dan pakaian yang layak dengan pendapatan kita. Malah ia amat digalakkan untuk menjadi kaya dengan cara yang halal, kerana dengan itu zakat dapat dikeluarkan bagi membantu umat Islam yang tidak berkemampuan.

Harta hanya akan menjadi tercela bila ia membawa kepada kelalaian dan pengabaian yang wajib di sisi Allah : Inilah yang disebutkan oleh salah seorang ulama tabien yang terhebat iaitu Said Ibn Jubair iaitu :-

متاع الغرور ما يلهيك عن طلب الآخرة , وما لم يلهك فليس بمتاع الغرور ولكنه متاع بلاغ إلى ما هو خير منه

Ertinya : Harta yang menipu adalah apa-apa yang melalaikanmu dari mencari akhirat, dan apa sahaja yang tidak melalaikanmu dari akhirat bukanlah dari jenis harta atau kerja yang melalaikan tetapi ia dianggap harta yang boleh menyampaikan kamu kepada apa yang lebih baik (akhirat)" ( Jami' al-Ulum wal Hikam, hlm 360)

Kesimpulannya

Diharuskan mencari harta sebanyak-banyaknya dengan syarat ia tidak melalaikan diri dari mengingati akhirat. Melalaikan akhirat adalah dengan tidak mengendahkan hukum Islam dan mengambil ringan tentangnya. Fokus utama hanyalah memperolehi keuntungan dan menebalkan poket sahaja. Halal haram diletakkan sebagai hal kedua. Justeru, fahamilah konsep sebenar dalam pencarian harta, fahamilah pandangan Islam dalam semua instrumen menperolehi harta, tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instrumen baru serta canggih diperkenalkan tetapi AWAS! Tidak semuanya membawa kebahagiaan dan keuntungan di akhirat kelak.

Bersifat zuhud bukanlah bermaksud membiarkan diri miskin, tidak berusaha, berpakaian dan berkenderaan lusuh dalam keadaan berharta dan mampu. Justeru, amat diharapkan umat Islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan ketidakmajuan mereka dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti sebenar zuhud.

Jadi, apakah makna pengertian zuhud yang sebenarnya hasil daripada tulisan di atas?

Sebenarnya zuhud bukanlah:-
1) Menjauhkan diri dari dunia.
2) Berpakaian lusuh.
3) Berkereta dan berumah buruk dalam keadaan MAMPU.
4) Membiarkan diri miskin.

Sekian

* dipetik dan diedit tanpa izin daripada zaharuddin.net.

Tuesday, May 18, 2010

Pra-reunion

Assalamualaikum..

So, sesape yang berhajat nak join, silalah hadirkan diri.

Jemputan ke seluruh warga Komuniti87 ke majlis Pra-Union yang akan diadakan pada:
  • Tarikh: 29hb Mei bersamaan hari Sabtu di rumah Abu Atief (towkey Baraka).
  • Tempat: No. 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang, Ipoh.
  • Masa: 3.00 petang.
  • Acara: Masak kambing dan pelbagai juadah. Ramah-mesra dan perbincangan untuk acara reunion kali ke-3 serta pembentangan maklumat terkini hasil kutipan yuran tahunan yang telah dan akan dilaburkan.
  • Tema: Semi-eksklusif.
Teman no hal nak masak kambin siang ke malam. Takut yang ada urusan je la. Teman ngikut kata jumhur je.. Buat yang berpenyakit, makan kambin tu toksah le banyak. Habuan rasa cap-cap di mulut udah le. Kang salahkan orang lain pulak aa.

Tuesday, May 11, 2010

Tucson 2010

Assalamualaikum..
Pergh.. bukan nak kata..! Memang Hyundai Tucson 2010 ni berbaloi-baloi kalau sesapa nak beli. Enjin power, minyak safe. Memang menariks beb! Sapa yang bercadang nak tukar/beli kereta baru, aku cadangkan sesangat untuk ambil kereta ni.
Tak rugi beb! 5 tahun waranti @ 300,000 km. Gearbox maintenance-free. Tak kalut nak pikir untuk tukar minyak gearbox. Harganya telah diisytiharkan sebanyakRM126,888 untuk 2.0liter model standard, RM136,888 untuk 2.0liter High Spec dan RM152,888 untuk 2.4liter.

Untuk 2.0 High Spec sama 2.4 punya model, boleh dapat panoramic roof sama keyless start/stop enjin. Siap ada immobiliser.

Dua-dua model pakai enjin Theta II dengan DOHC dan Dual CVVT. Untuk 2.0-liter, bagi kuasa 164 bhp dan 197 Nm torque, yang mana jika dibandingkan dengan Honda CR-V cuma 148 bhp/190 Nm atau Accord 154 bhp/189 Nm. Hyundai 2.4-liter 175 bhp/227 Nm titik Camry 2.4 dan Honda K24A torque. Tiada versi diesel. Sori bro..!

mari.. mari.. mari banget..!


So, tunggu apa lagi kawan-kawan? Aku tak dapat upah sekupang pun untuk promo SUV ni. Tapi aku suka kalau ada kawan-kawan yang pakai.

Thursday, May 6, 2010

Perhubungan

Assalamualaikum..

Bila mata mengantuk, teringat kat bantal dan tilam di rumah sendiri. Bila lapar, teringatkan masakan ibu dan isteri sendiri. Bila lihat anak-anak, teringat masa kecil. Bila terpandang murid-murid di sekolah, teringat kepada cikgu, ustaz, terutamanya kawan-kawan lama. Sedar tak sedar, dah bertahun-tahun kita berusaha untuk mengeratkan ikatan persahabatan sesama kita. Walaupun sibuk meladeni urusan seharian, kita ada juga kesempatan untuk bersosial bersama rakan-taulan.

Sesungguhnya dunia hari ini semakin mengecil. Tidak seperti mana zaman tok dan ayah kita. Bila difikirkan semula, macam mana la depa tu dulu berhubung antara satu sama lain selain surat dan telegram. Pernah satu hari, aku tertinggal henpon di rumah. Masyaallah! Jadi kelam-kabut urusan seharian, sunyi tiada deringan telefon. Rasa janggal bila henpon tiada di sisi. Rasanya, kita lebih rapat dengan henpon kita berbanding isteri. Bukan sekadar alat telekomunikasi, malahan ianya juga satu pengantara dengan dunia di sekeliling kita. Sudah menjadi satu keperluan dan bukan lagi kemudahan.

Sedar atau tidak, usia kita meningkat dewasa. Matang atau tidak bersama usia yang semakin bertambah bergantung kepada individu. Sedar atau tidak, badan dah mula tak berapa nak larat. Begitu jua dengan penyakit. Dah ramai yang dapat penyakit. Penyakit kencing manis, pirai (penyakit yang menyerang sendi-sendi dan ginjal ataupun lebih dikenali sebagai gout atau penyakit asam urat), jantung, dan pelbagai. Dan ada juga penyakit yang susah nak berubat, yakni penyakit malu nak jumpa kawan-kawan. Ada.. bukannya takda. Ada yang malu bersebab dan sengaja mencari alasan untuk tidak berjumpa. Malu kerana salah-laku masa lampau, malu kerana berasa kerdil kendiri (inferioriry complex), malu kerana tidak berjawatan besar seperti rakan-rakan, malu kerana runtuh rumahtangga dan macam-macam lagi alasan.

Walau apa jua alasan dan keadaan, seboleh-bolehnya usahakan untuk atasi kekangan dan halangan yang sedia ada. Tak rugi seduit pun melainkan ada di kalangan sahabat yang berhutang, tapi liat nak bayar. Tu rugi. Tak jumpa pun takpa sebab dah jatuh menyusahkan bila madu dibalas tuba. Berkawanlah kerana Allah, berkawanlah kerana menghidupkan sunnah rasulNya, berkawanlah untuk menjaga keharmonian hidup. Nak kenal seseorang, cuba lihat pada kenalannya yang lain. Kerana kita dibentuk oleh persekitaran dan perhubungan yang ada di sekeliling kehidupan kita.