Assalamualaikum..
Bila sebut kahwin, selalunya ada kenduri. Ha... terima kasihlah buat semua yang hadir. Tahniah kami ucapkan buat sdr Izanee. Selamat dan moga panjang umur, jodoh dan dimurahkan rezeki.
Kami semua tumpang gembira. Dan selamat menanggung dan menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang lelaki dan suami. Doa banyak-banyak. Sabar pun kena banyak.
Perjalanan ke utara tempoh hari memang penuh dugaan. Mula-mula waktu berlepas tergendala dek terputus telekomunikasi. Ikut jadual asal pukul 4.30 pagi, lajak sampai puul 5.45 pagi. Perjalanan diteruskan. Kami yang bujang yakni aku, Mart, Karim, Asri, Zaki Siam dan adik aku solat subuh di Rawang. Lepas sarapan, teruskan perjalanan dan menyinggah di Kg Lembah, Kuale Kangso. Hallamak beb.. lalu depan sekolah, sambil pusing istana.. syahdunya ku rasa... memang 'down memory lane' la brader! Aku nampak aku masa form 1-3 dulu tengah dok berjoging. Muka dalam kereta masa tu maintain, tapi hati punya dalam ada syahdu. Kami singgah di rumah ayahnya Karim di Kg Lembah sebab Karim ada barang yang nak diambilnya. Selepas mission accomplished, kami menyinggah pulak lagi di lembah dekat menara jam tengah pekan Kuale tu ha. Pekena cendol 'O'. Nak marah pun ade sebab cendol, ais dengan santan je yang ade. Memang di luar jangkaan sungguh.
Lepas setel pekena cendol 'O' yang Mart memang tak puas hati tu, kami teruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan sahabat2 yang lain di meeting point yang telah ditetapkan iaitu RnR Bukit Merah. Berjumpalah kami dengan Meo Matot sekeluarga, Abu Atief sekeluarga, Lokman sekeluarga dan Mail&Asri Scottie not Hottie yang berduet. Kami teruskan perjalanan yang banyak tergendala dek gara-gara ada saja yang nak terkucil di tengah jalan. Almaklumlah, pundi yang dimakan usia, memang koman. Tak boleh tampung lama-lama. Kang bocor tanpa sedar. Ditambahkan lagi kereta Abu Atief yang naik temperaturenya. Ada lah 3-4 kali berhenti tengah jalan sebelum sampai ke destinasi.
Tiba di destinasi kurang lebih jam 1.30 petang. Disambut oleh Fariz aka Abu Husni yang baru sudah selesai makan. Abu Husni datang dengan anakbini. Meriah tak terkata beb. Masa kami sampai tu, Mapley tengah baik punya pekena hidangan agung yang tak sempat dirakamkan sebab pantas sungguh pengantin tibai kasi habis. Yang sempat aku tengok, ada la udang panjat. Yang lain tak dan beb!
Lauk-pauk sedap bangat. Ada yang tambah 2-3 kali. Bila pikir-pikir, memang patut tambah. Sebab mai jauh. Tambang mahai wo. Lepas makan, pekena pulak kopi tumbuk bancuhan pengantin lelaki. Pergh...!
Elok2 pukul 3.20 petang, kami nak beransur pulang. Sekali, abg Mael pulak kata tunggu jap sebab dia nak kasi tunjuk tunang 'da Bomb'nya pada kami semua. Hallamak! Ini sudah cantek! Memang Mael bukan bunyi kosong lah kata nak kahwin tahun ni. Dalam diam-diam sudah ada 'sparring partner'. Tunggu la punya tunggu, pukul 4 petang baru sampai. Nasib baik tunang hang cun dan sedap mata memandang. Kalau tak, mau aku demah bijik mata hang Mael sebab menunggu lama. Muahahaahahahahaah!!!
Bayangkan tengok, 3 kali salam tak gerak-gerak lagi dari rumah pengantin. Kalau aku pak Izanee, mau aku 'badet kuda' sorang-sorang yang tak reti bahasa nak balik. Nasib baik la pak Izanee bukan aku. Pukul 4 lebih, kami gerak cantek punya dari rumah pengantin. Zaki Siam berpisah dengan kami di rumah Izanee sebab dia nak balik kampung di Siam nuh.
Yang pasti, pukul 6 lebih, kami sampai di rumah mak aku solat. Sementara adik aku betulkan pemegang pintu Nazaria Asri yang tercabut, sempatlah dok bincang nak plan apa lepas tu. Habis selesai siap pintu dibaiki, kami gerak ke rumah Asri Scottie di Kg Power (Pauh). Pergh! Memang supap la keluarga Asri ni. Abgnya bela lembu dan kambing. Adiknya buat industri aromaterapi. Asri ja yang tak berapa nak menjadi. Muahahahhahahaaha!!!
Pukul 8.30 malam, kami gerak pulang ke KL. Sampai di KL kurang lebih jam 12 tgh malam. Singgah di Rawsha pekena nasi Madghut. Ala kulli hal, semuanya berjalan dengan lancar dan tercapai semua objektif yang telah kami rancangkan sejak mula lagi. Dan, kami amat terharu dengan komitmen yang kawan-kawan semua dah berikan.
InsyaAllah, panjang umur dan dimurahkan rezeki, kita ketemu lagi.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi