Pages

Solat Time

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Menyambut Hari Ibu dan Hari Guru

Assalamualaikum..

Buat teman, rakan, handai dan taulan. Selamat menyambut Hari Ibu dan Hari Guru. Terutamanya buat mereka yang bergelar ibu dan guru lah. Semoga Allah Taala merahmati kalian semua selalu hendaknya, amin..!

Buat kawan yang bergelar isteri orang dan ibu orang, semoga ceria di samping keluarga tercinta. Buat ibu-ibu kita, moga Allah rahmati mereka selalu hendaknya. Syurga di bawah telapak kaki mereka. SMS dan telefonlah kepada ibu-ibu kita yang masih hidup untuk ucapkan Selamat Hari Ibu. Buat mereka yang telah tiada ibu, sedekahkanlah al-Fatihah dan Yaa sin untuk mereka. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmat adanya.

Ibu / emak / ma / mama / mumi / ummi dan apa jua panggilan yang kita sebut merupakan insan yang patut kita belai dan sayangi. Doakan lah kesejahteraan buat mereka. Tidak redha akan Allah Taala sekiranya ibu kita tidak redha akan perbuatan kita. Buat anak lelaki yang sudah berkahwin; Ingat!! Tanggungjawab menjaga ibu takkan selesai selagi mana kita masih bernafas di atas dunia yang fana' ini.

Aku teringat kat cikgu-cikgu sekolah aku dulu. Jasa depa semua memang sampai mati tak dapat aku lupakan. Dulu, aku marah jugak kat cikgu-cikgu aku bila kena hukum, tapi bila dah besaq panjang, bila akai dah masuk dalam kepala aku, barulah aku sedaq selama ni kalau kita tak buat salah, takkan la cikgu nak pukui tak ketahuan. Tu bukan cikgu, tu orang gila namanya. Mesti ada sebab cikgu marah. Sebab kita tak tau mana satu baik, mana satu jahat untuk diri kita. Daripada jahil kepada orang yang mengerti. Kalau nak kira, profesion cikgu ni bukanlah masyuk sangat. Kena berniaga buat side income lah, Kena bukak kelas tuisyen la. Kalau harap gaji cikgu, memang la lepas makan. Tapi, depa sanggup habiskan usia nak didik kita dan anak-anak kita. Bukan senang nak jadi insan macam depa.

Buat guru-guruku...
Kau lah yang telah mendidik aku dan menurunkan ilmu kepadaku
Jasamu takkan dapat aku balas hingga ke akhir hayat.

Buat teman yang bertugas sebagai guru...
Ingat! Didik anak didikmu dengan penuh ikhlas dan bertanggugjawab. Demi Allah, untuk negara.
Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.

Buat mereka yang bukan ibu dan guru, janganlah bersedih sebab depa hanya sambut hari ibu dan guru setahun sekali. Hari lain, hangpa punya la. Sambut la puas-puas. Muahahahaha...

Soalan buat semua, setujukah anda dengan akta sekolah yang baru ni; tak leh rotan pelajar di khalayak ramai? Aku nak komen daripada kawan-kawan yang masuk blog nih. Asyik dok cerita pasai kamben ja.. Meluat pun ada.. muahahahaha.

Jangan lupa berikan pendapat anda nanti. Terima kasih buat mereka yang tak jemu masuk blog ni.

p/s: buat isteriku dan juga ibu kepada anak-anakku, terima kasih di atas susah-payah menjaga anak-anak saban hari. Allah jua yang membalas jasamu.

18 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu to my Mak & those who celeberate it... So bg yg belum cepat2 la cari jodoh.. syok oo ada anak... Ramai lg lah member laki yg bujang2 ni heh heh heh

Selamat Hari Guru my Cikgu, Ustaz & Ustazah... & also to Cikgu Gaybok, Zaki, Fariz, Azmir, Safuan,Akmal, Asri,Ummi, Suhaili, Rosma & err saper lg ekk

For the rest Selamat Hari Buruh (aku la tu) heh heh heh heh punya la suwei.. nk berarak pon x terpilih.. heh heh heh

Mat Zeni

Anonymous said...

salam..
menitiq ayaq mata baca ayat hang jamnul...insaf pun ada...tima kasih la pasal hg tak lupa nak selitkan ttg hari guru dalam ayat hang...wehhh...pasal tak leh nak public canning tu aku tak setuju...ustat saleh lagi la tak setuju..dalam islam pun ada sebat dikhalayak ramai...bukan pasai nak bagi malu..banyak rahsia yg terselit dibelakang public canning...tapi nak buat cam na..islam hadhari tak nak pakai hukum camtu...kita sebagai rakyat yang taat setia tunduk dan patuh..ampun tuanku.

zaki

Anonymous said...

wehhh...
x beh la tak dak cita kambin...sampai hati marn hang kata dah meluat sembang pasal kambin...hang kena ingat jasa kambin yang telah menemukan kita wpun dah lama tak jumpa.

zaki

Anonymous said...

Saya sokong Ustaz Zaki...

Mat Zeni

marn said...

bukan apa... kalau dah kamben all year round... hilanglah kemanisannya. sekali skala ok...dua kali masih ok.. tapi kalau dah hari2... mau muntah hijau.. bak kata mat zeni, man-man la.. jangan pulun sangat. khairul umuur ausotuha... tak gitu? bersederhana dalam semua perkara. muehehehehe.

yang tadak ibu lagi tu, cepat2 la cari ibu.. ada la zuriat tu nanti, insyaAllah. Jangan la dok pikiaq pasai duit tak cukup. Duit akan sentiasa tak cukup. Masa dan usia tak tunggu duit cukup. Ia akan sentiasa bergerak dan bergerak.

Oleh yang demikian, berazamlah dan bertekad untuk mengakhiri zaman solo dengan seberapa kadar segera. Bukan memaksa, bukan mengata, tapi sekadar meluahkan rasa dan berkongsi idea. Hehehehe...

Jasa kamben, aku takkan lupa seperti mana jasa guru-guruku. Tidak bercakap mengenainya tidak bermakna kita lupa akannya.

marn said...

Pasai larangan rotan di khalayak ramai. Aku cukup tak setuju. Sebab banyak benda baik yang kita dapat daripada public canning tu. Malu? memang la malu! sapa soh buat salah?

aku setuju dengan ust zenky: dalam islam pun ada public canning. Tapi aku tak setuju pasai kita rakyat yang taat setia tunduk dan patuh. Aku takkan tunduk dan takkan patuh pada dasar dan akta yang akan memporak-perandakan anak cucu kita kelak.

kerana rotan dan public canning (walaupun tak pernah kena sebab takut kena) lah aku jadi manusia pada hari ni. Sebagai warga pendidik, hang (ust zenky) dan rakan sejawatan kena buat usul tak setuju. Bukan nak durhaka, tapi nak buat penambahbaikan.

Ianya sama seperti sebatan dalam islam. bukan sebatan tu yang dijadikan ukuran, tapi hikmah pendidikan di dalam sesuatu hukuman tu yang dijadikan ukuran.

Daulat tuanku??? bini pun tak pakai tudung, nak jadi ketua agama negeri gumana? Muahahaha... tu perkara asas pun tak leh nak handle.

What say you Dato' Mufti? Mana letaknya 'kulil haq walau kaana murran'? Takkan rezeki kerajaan bagi? Aku blajaq dulu, Allah Taala yang bagi. Kerja kita mencari rezeki. Hehehehe...

Anonymous said...

Komen "Saya sokong Ustaz Zaki.." td adalah ditujukan perihal public canning yea bukan pasal Kambing..

Harap Maklum.. luv

Mat Zeni

Anonymous said...

siapa lah aku yang dhoif nak bantah arahan tak leh public canning tu...hang kena paham marn toya..opps silap...man toya tu kerani kat sekolah aku ngajaq...hang kena paham man...arahan yang dikeluarkan oleh abang angkat hang tu dato'Noh Omar umpama wahyu yang baru turun dari langit..mau tak mau kena ikut...dia bukan suruh bincang...dia suruh laksanankan...tak ikut arahan kena sue pulak...yang bincangnye kita jeeee...aku dok kat sekolah ni dapat rasakan kesan negatif dia bila tak leh publik kening...tapi mak ayah sekarang pun manja sgt ngan anak...tak leh nak cuit sikit...nanti depa kata "hampa ingat anak aku cam kambin ka"tengok tu...kena sebut kambin jgk...sedangkan kambing tak bersalah sedikit pun...wal hal kambing lah yang menyatukan kita muahahahaaa

zeki

marn said...

LOL!!!! memang pasrah la kiranya kita ni kan? ka nak pilih untk tidak pasrah?

hanya kambination jua yang mengenal kambing. Sepatah kambin mengembek sudah ku tahu jantan betinanya.

Ok... pasai kamben... sapa nak tong2 bela kamben?

Anonymous said...

hehehe... hangpa kat Idrisiah tak kena public canning boleh le cakap ehhh... Kalo setakat us. Salleh rotan tangan sbb gagap dan gagal hafal tasrif tu... biasa lee...

Aku & the gang yang kena rotan sbb tak jemaah subuh kat Masjid Ubudiah tu pun depa canning dlm bilik arwah Us. Musa tu... tukang rotan dia? Jangan tanya lee... siapa lagi.. tidak lain dan tidak bukan Cikgu Kamarudin lol! Tapi lepas tu semua pengawas tak istiqamah dahhh... dengan depa-depa sekali tak pi jemaah Subuh kat masjid... sabo je le aku... Aku ingat kalo masa dulu ada dakwa-dakwi kat mahkamah sbb kena rotan, paling banyak sekali cari lawyer mesti tukang rotan tu le lmao!

Setakat cikgu/ustaz rotan tu rasanya takde le ralat sangat, tapi warden pun gatai tangan jugak nak merotan orang heheh... Sapa nama warden kita tu yang putih-putih tinggi-tinggi tu masa kita form 5? Aku siap lupa pulak nama dia... Aku rasa Asri Khalid ngan Shamsul Suib ingat kot dia heheh... gatai main-main kat umah warden member tgh tidoq hangpa hacau hahahah...

Anyway, semua tu jadi kenangan je le... kena rotan pun ramai-ramai... tak le berseorangan menanggung derita... siap boleh share siapa punya birat curve & color dia paling cantik sekali lmao! One more thing... boleh pakat share minyak gamat pakat sapu kat birat...

Anyway guys... kepada semua kaum ibu dan guru... selamat menyambut hari yang berkenaan dan dirahmati Allah selalu...

Later.

Mi.

Anonymous said...

ini adalah pendapat 2sen aku..

Aku rasa secara psychology-nyer di Zaman nih bila bebudak ni ke public canning dia dtg satu mcm bangga sbb itu menunjukkan tahap kebuasan dia so lps kena rotan dikhalayak for sure jln lg ngepak & bdk2 junior tekencing bila kena jeling jer dgn so called ex convict nih... jadi perasaan malu nih dah tak wujud, yg ada hanyalah kebanggaan yg sementara so dia dpt 2 perkara 1) sakit 2) looks GEMPAKs/cool.

Perasaan sementara ni mmg ada sbb mayb xde nur lg ke 2 mcm en marn ckp la otak tak fully functional lg so kalu kena rotan dlm bilik cikgu tak dpt la nak menunjuk ngan saper2 tp yg pasti sakit....

Now days its all about how other people see you .. Sbb tu la yg merempit pon kt laluan utama sbb nk bg orang tonton.. Waima AF pon mmg rancangan yg sume org tau ada org dok perati depa.... itu shj my other thots

Mat Zeni

marn said...

Mungkin ada segelintir kecil budak-budak yang nakkan glamer murahan dan sakit macam tuh. Kira sapa yang kena rotan, cas taiko la nih.. Tapi, kebanyakkannya takut dan malu bila kena public canning.

Aku rasa la kan, sebenarnya lebih kepada mak bapak. Mak bapak yang lebih-lebihnya. Aku tak salahkan pelajar, sebab depa tu tak tau mana satu betui salah sesuatu perkara. Nama pun pelajar. Aku pernah jadi cikgu di sekolah yang boleh aku cakap paling teruk dalam Taiping. Baik anak cina, melayu dan india, rata-ratanya bermasalah. Masalah yang datang bukan sekadar dicipta oleh pelajar, tapi datangnya dari rumah mereka sendiri.

Mak bapak tak pernah dan tak mahu ambil tahu (kebanyakkannya) pasai pengajian anak-anak. Di sekolah, ustazah cakap, pakai tudung tu wajib dan haram bila bukak aurat. Bila balik rumah, mak dan ayah tak peduli pasai aurat. Di sekolah, ustaz cakap kena dirikan solat sebab solat tu tiang agama, tapi bila di rumah, mak bapak yang paling liat nak solat. Bila anak tegur, mulalah keluar maki hamun dan ungkapan: 'Jangan nak mengajaq aku la', 'Sapa yang lebih dulu makan garam?'dan berbagai. Jadi, dilema anak-anak kecil yang sedang belajar cukup dalam. Berperang dengan famili sendiri. Perihal ulangkaji pelajaran jangan cakap la. Memang tak pernah ambil tahu. Dan aku pernah bagi kaunseling pada sorang anak murid aku; budak pompuan form 2. Ayah dia belasah dengan helmet dan tumbuk di perut. Sebab? Dia mintak ruang masa untuk study dan ulangkaji pelajaran. Ayah dia tak bekerja dan mak dia ja yang bekerja. So, adik2 dia, ayah dia lepaskan kat dia soh jaga. Ayah kluaq pi lepak minum kedai kopi. Dan, ayah dia mengaku bila sekolah panggil mai untuk bagi keterangan. Akhirnya, ayah dia tukaqkan dia ke sekolah lain. aku tak tau apa dah jadi dengan budak tuh.

Aku setuju sangat kalau mak bapak kena kaunseling dan denda kalau anak dia buat perangai. Sebab hari ni, rata-rata aku tengok masalah kebejatan sosial yang berlaku adalah di kalangan Melayu yang beragama Islam. Bila orang Islam yang banyak problem, secara umumnya dan daripada mata kasar orang yang beragama lain akan kata Islam tu sendiri yang menimbulkan masalah sosial.

Maka, tidak hairanlah kalau pandangan serong dilemparkan ke atas Islam. Dek kerana buruk perangai orang melayu kita, Islam punya nama tercemar. Kerana melayu sinonim dengan Islam di Malaysia nih.

Kerana apa jadi lagu nih? Pada hemat aku la, sebab mak bapak orang melayu (kebanyakkannya) tak ambik kisah dengan siapa anak dia berkawan, keluaq jalan2, solat ke tidak dan sebagainya. Depa suka anak depa pi Jom Heboh, pesta sana-sini sebab depa pun suka gak.

Public canning adalah satu hukuman yang cukup setimpal buat pelajar dan peringatan buat ibubapa untuk lebih bertamadun. Sapa nak anak dia dimalukan di khalayak ramai? Sebab bila anak dia kena public canning, dia pun akan terasa sama.

Sekian.

Anonymous said...

Salam..
Public canning dalam islam ni bukan nak ajaq pesalah jerrr...byk pihak dapat pengajaran...1)pesalah tu sendiri akan rasa sakit n malu dengan salah yang dia buat 2)orang yang merotan jugak akan insaf 3)pihak berkuasa pun akan insaf dan berusaha lagi utk kurangkan jenayah 4)orang yang nengok hukuman tu usah dok habaq la...sure insaf gila...depa akan teghingat hukuman tu kalau ada keinginan nak buat salah 5)kambin pun akan insaf sekiranya masa tengah meghotan tu dia lalu tang situ muahahaha..kambin mesti tak lepaihh

zaki

Anonymous said...

Pergghh cara Jamnul menulis tu kalah A. Kadir Jasin leee... Kalo kasi ucapan tu sure mcm politician dan tu heheh...

Anyway, mmg betul pun, apa2 hal semuanya bermula dr rumah iaitu mak bapak. Ni budak2 buat hal asyik tuding jari kat sekolah ie guru dan kerajaan. mana ada dlm quran kata salah kerajaan kalo anak2 buat hal. Share salah kerajaan tu maybe ada le, tapi mak bapak le paling bertanggungjawab.

Anyway, yang pentingnya, kita pakat jaga keturunan kita insya Allah tak pupus dek gejala huru hara...

Ok aa puas dah nak cakap pasal rotan nih... Later guys.

Mi.

Anonymous said...

mi,
kerajaan n sistem yang ada kena dipersalahkan juga...malah saham depa besaq jugak la dalam menyumbang kearah kebebalan sosial la ni...tak leh nak salahkan mak ayah n guru jer...kuasa mak ayah dalam rumah jer...guru2 pulak kuasa dia dalam pago sekolah jer..tak adil kalau kita dok salah kan mak ayah jer bila budak2 la ni kurang ajaren n banyak buat jenayah...sedangkan kerajaan lebih berkuasa untuk memastikan benda2 yang tak elok tak berlaku kat rumah,sekolah n negara kita ni.

zaki

Anonymous said...

Then if that's the case may be ya'll should 'teach' the gomen a lesson in the election. Make 'em sweat more, no easy win. Then they'll be more diligent towards what we, the people, say. Make 'em hear us heheh

Aku takleh nak komen panjang pasal tu. Hangpa dah besor panjang dah tau... Hmmm tapi masalahnya ramai golongan muda sekarang tak sedar2, daftar jadi pengundi pun idak. Mcm mana nak fight... Kalo fight pulak, emosi pulak lebih. Sikit punya hal dah jadi kafir mengkafir sana sini.

And actually, everybody has got a share on whats been going on in this country. Ok le ada masa nanti kita boleh sembang panjang hal ni, kalo masing-masing minat le...

As you know, Mi.

marn said...

Kurang pegangan agama yang pasti dan kurang ilmu kemasyarakatan, keibubapaan dan kepimpinan. Bila kita tidak meletakkan agama sebagai garis panduan dalam kehidupan seharian, maka banyaklah masalah kebejatan sosial yang timbul.

Tidak kira sama ada ibubapa, guru-guru, pemimpin dan masyarakat. Semuanya memainkan peranan besar dan aku setuju dengan apa yang disuarakan oleh ust zenki dan mr Mi. Salah dan share memang ada. Malahan, kita ni jugak sebagai insan yang berada di dalam masyarakat juga memainkan peranan yang cukup penting dalam memelihara akhlak dalam masyarakat.

Contoh diberi, kalau dulu kita masa budak-budak dulu, cukup takut nak buat salah depan orang tua-tua. Sebab nanti sure kena semboq dengan depa. Orang tua-tua dulu tak takut nak tegoq tak kira anak sapa-sapa. La ni, kita sendiri, berani ka nak tegoq tak ketahuan? Kita takut sebab nanti kena marah balik la, kena kata la, mak ayah mai serbu la. Tapi dah jadi tanggungjawab kita dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

Pendekatan kita yang aku nampak lebih kepada amar makruf. Tapi bila berdepan dengan perkara nahi mungkar, kita buat-buat lupa dan tak laksanakannya. Orang cakap "Jaga tepi kain awak, baru lah jaga tepi kain orang" lah. "Didik diri sendiri, barulah didik diri orang lain" lah.

Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri masih dalam didikan Allah Taala dan Rasulullah sendiri adalah 'penyibuk' (jika ada yang beranggapan begitu) kerana mengubah persepsi dan cara kehidupan masyarakat jahiliyah.

Kita mengaku kita muslim, kita marah bila orang kata kita jahil tentang agama. Tapi tahukah kita tahap kesedaran dan pegangan kita terhadap agama kita sendiri? Paling tidak, kita kena malu dengan mualaf yang baru kenal dan peluk agama dah boleh menghafal al-Quran. Kita? Ni aku sendiri pun failed.

Baru hafal, belum lagi sembang pasal pemahaman dan kefahaman kita pada al-Quran dan Sunnah.

Aku rasa, lepas ni kita kena tegoq orang dan anak-anak muda dengan cara yang kita rasa sesuai dan teguran tu kita tujukan untuk diri kita dulu barulah kepada masyarakat.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua.Aku tak ada apa-apa nak cerita sangat cuma nak memenuhi harapan sahabat2 yang menagih sepatah dua ribu kata dari aku. untuk kambination part 111, aku tak kisah bila-bila pun takpa sebab la ni aku tengah free giler lagipun aku memang berharap kita semua dapat berkumpul dan bercerita panjang kisah yang berlaku SELEPAS 16 tahun lepas (1991).

Untuk meeting bagi alumni idrisiah 87 yang akan diadakan pada hari tersebut, aku sangat berbesar hati agar semua yang sepatutnya datang, datang pada hari yang dijanjikan.

Akhir kata, biar besar perut jangan besar mulut (sendiri mau ingat)


Asrihassan

June 13, 2007 17:30 PM