Pages

Solat Time

Wednesday, May 16, 2007

Aktiviti sambilan

Assalamualaikum..

Buat semua, di sini ada pengumuman baik. Barangsiapa yang nak join belajar main golf pada pagi hari Ahad ni, bolehlah hubungi sdr. Jamil Fahmi untuk maklumat lanjut.

Bermula minggu sudah, kelas golf dihadiri oleh sdr. Jamil selaku instruktor. Mat, Yusrin dan aku adalah pelajar pertama. Syiok jugak wey... peluh satu badan.. sengai-sengai jangan cakap la. Murah pun murah. Sebakul bola golf (100 biji) bersamaan RM10.00 shj. Tak ke menguntungkan? Dijemput semua yang berminat. Kelas akan diadakan seperti berikut:

i. Tarikh:20 Mei 2007
ii. Masa: 9.30pagi
iii. Tempat: Driving range Bandar Utama (sebelah One Utama). Leh pi shopping pas main.
iv. Yuran: RM10.00 untuk bola (100 bijik).
RM 5.00 untuk ayaq buat basah tekak dan lain-lain.
v. Sapa ada batang golf sendiri, boleh bawak. Sapa yang tiada, leh pinjam. Bila dah terel, baru la pi bli.
vi. Terbuka untuk semua, baik laki maupun pompuan. Jangan segan la. Benda baik, kena buat secara berjemaah.

Berkenaan dengan pemergian ke Pangkor, tarikh masih lagi tiada perubahan. Setakat la yang insyaAllah akan pergi usyar; aku, mat, zaki usop, izanee & mail. Yang lain, tak confirm lagi. Penyertaan masih lagi terbuka. Sila hubungi sdr. Mat Zeni untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

9 comments:

Anonymous said...

Teman ghase x layak la pulokk nak p main golf...diri ini terlalu kerdil untuk memegang kayu golf tu..muahahahaa...org kat pjbt saham mmg layak bebeno la hehehe...aku ni pegang kayu senduk ok la

zeki

Anonymous said...

wehh..
rajin hang marn na...tadi aku bukak blog ni tak dak crita psl golf..bkk lg sekali dah ada pulokk...baguih la jgk..dari melengong baik aku layan blog ni...tp penyertaan dari ahli2 x begitu mengghairahkan...dok muka tu ja..hehehe

zeki

marn said...

aku rajin sebab ada segelintir kawan2 macam hang ust. zenki yang sanggup luang masa untuk komen dan baca blog kita nih.

Biaq tak berapa nak ghairah, janji istiqomah. muahahahaha...

Ghairah lebih-lebih pun, kalau tadak istiqomah, tak guna jugak.

Biaqla kamben menemukan kita, blog ni pulak mengerat dan menyemarakkan rasa kasih sayang antara saudara islam.

pasai golf, tak kira insan kerdil ka, tadak gigi ka, boleh ja kalau nak main. jangan yang mai buta mata tadak tangan sudah. Bukan tak leh main, tapi susah la sket abg instruktor nak ajaq. muahahahah

Anonymous said...

Sorry guys sbb tak datang hari tu... masa tu aku tgh jenjalan ngan bini le... akupun baru balik dr Cherating... so quality time exclusively ngan dia masa weekend tu je... minggu ni turn dia ke Melaka pulak...

Mi.

KakiJalan said...

it's ok Mi. quality time with family is more important than anything else in this entire world. Family first. Remember Simba! Remember!

Kalaua ada kesempatan la, jangan la sampai memaksa diri. Yang penting, kalau ada masa, update la news ngan kawan2. Tu aje.

Anonymous said...

Selamat Hari Guru utk En Jamil kita sbb ajor kita main golf kira guru gak la kan.... tak gitu

Mat Zeni

marn said...

gitu... gitu...

Unknown said...

assalamualikum
aku lama tak masuk blog sbb ada benda kena selesaikan.pasey ngajo golf tu aku bedal je sbb aku pun baru je belajo.idok le terror benor mcm Major Sam kita.tapi blh le pukui.

so sape2 yg nak join blh la dtg kat bandar utama yg mana dah lama main golf blh dtg tujuk skill yg power kat kami budak baru blajo ni.

zeki,skrg main golf dah jadi mainan biasa xde mcm dulu,org ada duit je blh main.abg sdara aku CC majlis daerah Grik pun main golf skrg.Mika cikgu sek men balik dari Jordan lg power.

Anonymous said...

jamil..
dari main golf baik bawak cangkul p belakang ghumah tanam pisang ka buah naga ka kelapa sawit ka..peluh dapat,duit pun dapat muahahaha..weh jamil..hang wajib p pangkoq...kalau hang tak p sapa nak belanja makan laksa pankoq tepi pantai?

zaki