Pages

Solat Time

Wednesday, December 8, 2010

Hijrah 1432

Assalamualaikum..

Selamat menyambut Tahun Baru. Semoga tahun baru ni bakal menjadi tahun cemerlang sahabat2 semua. Cemerlang dalam hidup dan kerjaya masing2. Cemerlang menjadi hamba Allah SWT. Cemerlang menjadi ibubapa, anak, suami-isteri dan majikan-pekerja.

Tahun baru pasang azam baru. Azam aku tahun ni, jadi lebih berilmu, tawadhu'dan perbaharui azam lama. Apa azam lama aku? Berjaya dunia akhirat.

Bila sebut pasal berjaya, banyak faktor yang menentu-ukur penilaian berjaya. Ada yang membuat pemilikan harta, anak2 dan karier sebagai ukuran. Kalau cikgu atau kakitangan awam, semestinya DG ataupun gred dijadikan sebagai ukuran. Rata2 bila bersembang dengan kakitangan awam ni, gred 44 (yg graduan) nak naik ke gred 48. Kalau sektor swasta, unjuran KPI sebagai faktor berjaya.

Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada kehendak dan kemahuan. Terpulang kepada penilaian masing2. Tak salah memasang azam mahupun cita2. Cumanya sebagai makhluk, kita selalu lupa akan peranan dan tujuan Sang Pencipta yang telah mencipta makhlukNya. Kita banyak berbincang dan memikirkan hasil usaha yang telah kita buat untuk mencapai matlamat hidup di dunia. Bagaimana pula dengan kehidupan kita di akhirat? Apakah KPI dan gred kita juga bertambah?

Marilah sama2 kita berfikir seketika dan bermuhasabah diri, sehebat manakah KPI dan gred kita di hadapan Allah Azza wa Jalla? Kerana Allah tidak akan bertanya apa pekerjaan kita di dunia, tetapi taqwa dan ibadah kita.

Jom muhasabah..!

No comments: