Pages

Solat Time

Thursday, November 25, 2010

Cuti sekolah

Assalamualaikum..

Moga ceria dan di bawah payung rahmat Ilahi. Sempena dengan cuti sekolah yang baru masuk fasa pertama ni, memang ramai mak ayah yang sibuk dengan bermacam-macam program. Ada yang anak-anak sibuk nak pergi bercuti la, nak balik kampung la, nak membeli-belah la. sikit hari lagi, pasti ada karnival jualan murah serata Malaysia. Berbelanja biar berhemah. Jangan sampai membazir dan koyak poket sudahla.

Ada juga sesetengah ibubapa yang menghantar anak-anak masuk kem. Aku nak sentuh pasal kem musim cuti sekolah ni. Ada banyak jenis kem. Ada kem motivasi, ibadah, tarbiah, tahsin dan pelbagai jenama lain lagi.


Rata-rata ibubapa yang beragama Islam suka menjurus anak-anak dengan mendaftarkan mereka ke kem-kem yang berunsur agama. Sejauh mana keberkesanan ke atas setiap induvidu selepas menghadiri kem-kem tersebut amatlah terlalu subjektif.

Ada sesetengah ana-anak yang berjaya berubah daripada baik kepada lebih baik. Maklumat yang aku dapat melalui perkongsian pengalaman ibubapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke kem-kem tersebut memberikan reaksi positif. Ada juga yang tiada perubahan. Dan sikit sangat yang menjadi makin teruk.

Tujuan aku nak berkongsi pengalaman ini dengan kawan-kawan semua kerana aku suka dengan konsep kem-kem tersebut. Ianya dapat membina keyakinan anak-anak di samping mengajar erti berdikari. Kalau di Kg Manjoi, Ipoh, Perak, kem yang tersohor ialah kem anjuran dan di bawah kelolaan ustaz Kazim. Hangpa boleh layari di internet untuk info lebih: http://www.albarakah.org/kemtahsin/

Aku sekupang pun tak dapat sebab promo kem ustaz Kazim tu. Aku suka promo (bukan porno aa) perkara yang bleh mendatangkan pahala untuk diri aku. Almaklumlah, perkara wajib pun siphi-siphi, apatah lagi yang sunat. Bukannya bangga, tapi aku sedar diri aku ni lemah iman. Ni kira nanti diharap dapat memberatkan timbangan amal baik aku di akhirat kelak. Sekolah Darul Mulkan pun ada buat. Khusus untuk anak-anak sekolah rendah. Sekolah menengah dah serik kata mudir. Sebab banyak kes nak larikan diri sebab tak tahan bangun subuh dan kena mengaji. Lagipun dek kerana kekurangan tenaga kerja untuk memantau kemajuan setiap peserta kem. Takmau la nanti dicop buat kem semata-mata nak buat duit ja. Bila buat kem ni, amanah dan sangkaan orang terhadap kita ni tinggi. 

Hasil wawancara dengan beberapa pengelola kem, boleh aku buat kesimpulan bahawa yang perlu pergi ke kem ialah ibubapa berbanding anak-anak. Manakan tidak, di rumah langsung tak pernah solat. Bila ditanya jawabnya: Mak ayah saya pun tak solat, macam mana saya nak solat? Al-quran pun tak mandang di rumah. Cuba bayangkan sahabat-sahabat semua. Macam mana Islam nak kuat dan dipandang hebat? 

Sekolah dan kem ialah tempat menimba ilmu dan belajar. Manakala rumah tempat beramal. Amat malang bila mana kita membiarkan masa berlalu dengan percuma. Harta bila digunakana, ianya akan habis, manakala ilmu lagi diguna, lagi bertambah. Pokok yang rendang tapi tidak berbuah tak memberikan manfaat yang banyak. Bak kata pepatah arab: العلم بلا عمل كالشجرة بلا ثمر

Oleh yang demikian, jangan salahkan anak-anak kalau depa tak minat bidang agama sebab minat dan kesedaran akan peri pentingnya ilmu dan amal terutamanya ilmu-ilmu Islam, mesti dipupuk dari rumah lagi. Ianya tidak akan hadir dengan sendiri. Apatah lagi dengan adanya hawa nafsu dan godaan syaitan.


Justeru, sebagai ibubapa kita bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik anak-anak untuk mengenali Islam dan cintakannya. Kalau yang tidak berduit nak hantar anak-anak masuk kem cuti sekolah, apa kata luangkan masa lebih sedikit daripada biasa dengan memantau dan mengajar akan keindahan Islam. Cuba tanya bacaan al-Faatihah serta perbetulkan sebutan. Kemudian ceritakan kepada anak-anak akan tokoh-tokoh Muslim/Muslimah yang boleh dijadikan suri teladan buat mereka. 

Anak-anak kita adalah tiket untuk kita masuk sama ada syurga ataupun neraka. Pilihan di tangan kita.

No comments: