Pages

Solat Time

Monday, November 1, 2010

Kereta terbakar dan kaitannya dengan minyak petrol

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu hendaknya. Lama dah tak bercerita di sini. Jom bersembang.



Dewasa ini banyak kejadian kereta eksiden lalu terbakar. Hal ini memungkinkan kita merenung sekejap, kenapa kejadian ini kerap berlaku? Adakah kerana pertukaran minyak daripada RON97 kepada RON95? RON97 mahal. RON95 murah sikit daripada RON97. Ramai di kalangan kita yang aku percaya menggunakan RON95 macam aku sebab ianya murah dan tiada plumbum. Kenapa RON97 mahal daripada RON95? Sebelum kita buat apa-apa konklusi, jom kita kenali apa itu RON97 @ RON95.


Apa itu RON?

Mungkin ramai di kalangan kita yang tahu apa itu maksud RON. RON membawa maksud Research Octane Number. Semestinya bukan Ron Jeremy kawan kepada Peter North. Yang tu bicaranya lain.


Research Octane Number (RON) adalah satu penilaian untuk ukuran ‘fuels knocking resistance’ ataupun rintangan ketukan minyak yang berlaku di dalam proses pembakaran dalaman enjin ketika ianya dihidupkan. ‘Ketukan’ berlaku apabila bahagian campuran ‘minyak-angin’ menyala ataupun terbakar secara pramatang sebelum api daripada palam pencucuh (spark plug) sampai. Pembakaran yang terlalu cepat ataupun enjin yang ‘overheating’, di mana kepanasan daripada silinder yang menyebabkan campuran minyak-angin tersebut terbakar sebelum palam pencucuh sempat membakar. Ini akan menyebabkan kehilangan daya kemampuan dan kerosakan pada enjin. Bahasa mudah orang la ni, kereta akan lemah/hilang tenaga batin.

kena paham bebetul aa.. campuran minyak-angin, bukannya 'minyak angin'

Minyak kenderan yang kita gunakan seharian diklasifikasikan sebagai RON (Research Octane Number) yang mempunyai urutan nombor RON 84, 87, 91, 92, 95, 97 dan banyak lagi. Minyak kenderaan ini dihasilkan daripada campuran iso-octane, toluene dan benzene (benzena).

Benzena mudah terbakar

Benzena adalah sebatian kimia organik dengan formula molekul C6H6. Benzena tergolong dalam kumpulan hidrokarbon aromatik, tidak berwarna dan sangat mudah terbakar. Kadar flash point benzena ialah -11 darjah celcius.

Sedangkan unsur lain dalam minyak RON 95 iaitu octane, walaupun mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.

Salah faham tentang RON97 dan RON95

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.


Satu pemahaman yang salah sekiranya kita berpendapat bahawa RON97 boleh menghasilkan kuasa lebih berbanding RON95 walaupun fakta di dalam realiti yang mengatakan RON yang angkanya lebih besar membakar sedikit. Pengertian RON di sini ialah merujuk kepada kemampuan minyak RON yang mempunyai angka yang tinggi untuk memberikan lebih rintangan daripada berlakunya proses pembakaran dalaman enjin secara pramatang. Tidak lebih daripada itu!!!


Apa yang kita perolehi?

Sama ada kita suka atau tidak, kita kena ambil tahu perihal minyak kenderaan yang digunakan seharian. Memang belum atau ada (aku tak pasti) kajian tentang kandungan minyak RON95 yang digunapakai oleh rakyat Malaysia kebanyakannya adalah berbahaya. Oleh itu, tidak salah untuk kita berpesepsi bahawa minyak RON95 boleh membuatkan sesebuah kenderaan itu mudah dijilat api apabila berlaku pelanggaran. Pilihlah ikut kemampuan dan kesesuaian kita serta fikirkan keselamatan keluarga kita.


4 comments:

marn said...

aku dah mula buat bajet sama ada nak tukar ke RON97. Walaupun mahal, jangka hayat enjin insyaAllah akan lebih tahan lama. Dan jugak kandungan benzena yang tinggi dalam RON95 tu agak tinggi.

Nak kena pikir keselamatan dah ni. Dunia makin tidak selamat. Dah banyak sangat kes kereta terbakar ni. Nak bli kereta mahal, blum tentu kalis api.

Anonymous said...

Semoga kedepannya tidak ada lagi kejadian kebakaran seperti itu.

borg said...

a'kum,
isu kali ni agak menarik,tp aku rasa bro saiful asri lebih tertarik dengan isu ron jeremy,
keh..keh..jgn marah bro

borg said...

kampung perawan ni sapa plk?nak tau jgk cun ke tidak.