Pages

Solat Time

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Eidul Adha

Assalamualaikum..
Kullu Am, wa Antum Bikhair

Dikesempatan ini, aku mewakili AJK Komuniti87 mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Adha dan Selamat Menunaikan Ibadah Korban serta Haji buat seluruh warga muslim amnya dan keluarga Komuniti87 khususnya. Dan juga, ingin aku maklumkan kepada sahabat semua bahawa perjumpaan pada 27hb November tidak akan diadakan seperti yang telah dirancang. Jutaan kemaafan dipinta kerana beberapa permasalahan, kekangan dan faktor yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amatlah dikesali.

InsyaAllah, pihak Komuniti87 akan berusaha sebaik mungkin untuk mengadakan 'reunion' peringkat nasional pada masa akan datang. Diharap semua pihak berlapang dada dan bersabar. Harap maklum.

Jom kita 'refresh' apa itu korban?
DEFINISI KORBAN

Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala. (Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).

HUKUM MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Hukum asal ibadah korban itu adalah sunat mu’akkadah (sunat yang sangat dituntut). Jumhur ulama juga mengatakan ia adalah sunat bagi orang yang mampu. Makruh bagi orang yang mampu itu jika dia tidak melakukan korban. Walau bagaimanapun jika ditinggalkannya tanpa sebarang keuzuran, tidaklah dia berdosa dan tidak wajib dia mengqadhanya. Walaubagaimanapun ianya boleh menjadi wajib apabila dinazarkan. Maka secara ringkasnya, korban itu terbahagi kepada 2:

* Korban sunat (muakkad – yakni tersangat dituntut mengerjakannya)
* Korban wajib

Bagaimana korban boleh menjadi wajib? Binatang sembelihan bagi ibadat korban itu menjadi wajib apabila ia dinazarkan, sama ada:

* Nazar itu nazar yang sebenar (nazar hakikat) ataupun
* Nazar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya : “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah Taala yang bermaksud:

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (al-Kautsar: 2)

“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”. (al-Hajj: 36)
Di dalam surah al-Hajj, ayat 37, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepada kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik."

Perbezaan amalan korban di sisi Islam dan korban di sisi agama lain serta amalan khurafat ialah TAQWA. Allah SWT tidak memandang dan tidak menilai akan dagingnya mahupun darah haiwan korban yang mengalir. Tetapi Allah SWT menilai ketaqwaan yang ada di dalam setiap diri kita semasa mengerjakan ibadah korban.

Tidak seperti korban pemujaan yang songsang. Daging korban itu tidak dimakan. Semata-mata 'menjamu' tuhan-tuhan palsu. Tetapi di dalam Islam, kita digalakkan pula mengagih-agihkan hasil korban kepada faqir miskin dan lain-lain.

Semangat korban amat penting kerana di dalamnya terkandung erti pengabdian diri kepada Allah Azza wa Jalla di samping tuntutan membantu sesama kaum muslimin yang memerlukan pertolongan. Semangt bantu-membantu sesama kita terpupuk di dalam ibadah ini. Secara tidak kita sedari, ibadah korban punyai pengertian yang amat luas. Bukan sekadar ibadah untuk diri kita sendiri bahkan ianya secara tidak langsung membantu saudara seagama. Indahkan Islam?

WAKTU MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN

Waktu penyembelihan korban bermula sesudah matahari terbit pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) dan sesudah kadar selesai solat dua rakaat solat hari raya dan dua khutbah pendek/ringan. Manakala yang afdhalnya adalah ketika matahari naik segalah. Waktu penyembelihan korban berlanjutan sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah. Ringkasnya: 10 Zulhijjah – 13 Zulhijjah.

Jika binatang korban disembelih selepas berakhirnya hari Tasyriq (setelah berlalunya hari Tasyriq yang terakhir) sembelihan itu tidak dianggap sebagai korban kerana dilakukan setelah berlalu masa yang diharuskan. Tetapi bagi korban wajib (korban nazar) yang masih belum disembelih di dalam waktunya yang diharuskan, sehingga habis masa, ia wajib menyembelih binatang itu (walaupun diluar waktu) dan sembelihan itu dikira qadha. (I’aanah at-Tholibin, Juz 2; hal: 331)

JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA

Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban itu ialah binatang korban itu hendaklah binatang ternakan (an‘am) seperti:

* unta atau yang sejenisnya (tujuh bahagian)
* lembu atau yang sejenisnya (tujuh bahagian)
* kerbau atau yang sejenisnya dan (tujuh bahagian)
* kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy (tak boleh kongsi)
* ayam, kangaroo, tupai dan ikan tidak termasuk dalam kategori 'mesra korban'.
TRIVIA EIDUL ADHA

Eidul Adha juga dikenali dengan pelbagai panggilan mengikut negara umat Isam di seluruh dunia. Di sebelah nusantara, kita memanggilnya sebagai Hari Raya Korban, Eidul Adha ataupun Hari Raya Haji. Di sebelah barat Afrika dikenali sebagai Tobaski. Orang Maghribi memanggilnya Eid-Kbir. Dan sesetengah penduduk di India, Pakistan dan sebahagian Bangladesh menamakannya sebagi Eidul Zuha, Bakr-Eid atau Hari Raya Kambing (memang 'pure' Kambination).

'Kullu "am, wa Antum Bikhair'.

2 comments:

marn said...

Selamat Hari Raya Eidul Adha. Maaf Zahir dan Batin.

borg said...

a'kum,
klu mcm tu aku nak war-war kan bahawasanya pada 28 hb nov ni akan diadakan pertandingan memancing kategori pantai bertempat di marina island manjung bermula dari 8 pagi hingga 2 ptg,yuran penyertaan rm90 dan satu joran saja dibenarkan.
johan rm25,000,n.johan rm5,000 dan ketiga rm3000 dan tmpt seterusnya aku dah lupa tp lumayanlah jgk,so kpd semua kaki pancing sekelian,mari kita SEEEEERAAAAANG!

borg:untung sabut timbul,untung
batu tenggelam