Pages

Solat Time

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Reunion 3 ep. 3

Assalamualaikum..

Untuk makluman semua, aku dan abg Mart dah duduk semeja berbincang akan beberapa perkara mengenai majlis seperti tajuk di atas. Antara perkara yang disentuh ialah masa, lokasi, aturcara/tentatif, bajet (makan/minum/hadiah), penyelarasan program, fasilitator aktiviti dan lain-lain.

Beberapa isu timbul. Antaranya ialah kekangan dari segi kewangan dan tempat. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pihak pengajur telah bersetuju untuk mengadakan majlis di Villa Ukhwah (masih dalam proses mendapatkan tempahan pada tarikh yang telah ditetapkan yakni 27 Nov 2010) yang terletak di dalam Taman Tasik Titiwangsa. Kekangan dari segi kewangan disebabkan pihak pengajur telah menyerap kos tambahan demi untuk mengekalkan harga lama seperti di Pulau Pangkor sebelum ini. Dan juga mengambil kira faktor tambang dan perbelanjaan pergi-balik para tetamu yang berada di luar kawasan.

Berbalik kepada Villa Ukhwah. Hanya terdapat 9 bilik sahaja di villa tersebut. Dan daripada 9 buah bilik tersebut, sebuah bilik akan diperuntukkan kepada fasilitator untuk berehat, mengelolakan anak-anak serta bersalin pakaian. Secara rasminya, hanya 8 bilik yang tersedia untuk para tetamu yang akan hadir insyaAllah. Sekiranya kedatangan para tetamu dari luar kawasan melebihi bilik yang tersedia, pihak pengajur akan menempatkan para tetamu di beberapa lokasi yang difikirkan sesuai. Pihak pengajur akan menggunapakai konsep '1st come, 1st serve'. Siapa cepat, dia dapat. Tidak timbul soal pilih kasih. Moralnya di sini, pohon beri kata putus sama ada nak menghadirkan diri ataupun tidak dengan kadar segera.

Walau bagaimanapun, sayugia diingatkan akan berlaku kesulitan dan kerumitan yang bakal timbul kelak memandangkan lokasi Villa Ukhwah dan tempat penginapan yang tidak sama lokasi kedudukannya. Jarak antara tempat penginapan (sekiranya villa tidak dapat menampung) tidaklah jauh. Masih di dalam KL dan berdekatan dengan Jalan TAR (ni untuk makluman para ibu). Cumanya, dikhuatirkan akan berlaku kesesakan jalanraya. Almaklumlah, dalam KL. Moral: rancang perjalanan anda dengan baik.

Justeru, akan timbul kerumitan. Harap maklum awal-awal. Jangan nanti asyik nak komplen ja. Aku tak suka bunyi2 belakang. Ada masalah, bagitau cepat. Senang nak tangani masalah yang timbul. Tujuan kita kumpul ramai-ramai nak eratkan ukhuwwah sesama kita, bukannya nak cari salah dan kelemahan serta bermusuh. Segala kekurangan dan kelemahan pengajuran kali ini, harap maklum. Bak kata Wonderpets: "Apa yang penting, kerjasama..!!"

Villa Ukhwah. Siap kolam renang lagi ha. Huhuhuhu..

Bilik Mesyuarat (untuk buat aktiviti dalam dewan)

contoh bilik 1

contoh bilik 2

bersambung di episod akan datang.

13 comments:

marn said...

Habaq kata mau..!!!

Marn said...

Aik?! Senyap ja. Macam takmau reunioin ja.. aku ok. Muahahahahah..

Ahmad Zaki @ abuateif said...

salam...
perghhh macam menarik jer villa tu...aku setuju...besa dok buat dalam hutan kali ni kita buat kat tengah pekan...aku insyallah p....booking satu bilik...kalau boleh sebelah bilik gbox

Anonymous said...

BRO,AWAT BLOG NI DH X LINK NGAN GREENBOC N PENARIKBECA

Anonymous said...

OPSSS,SORI RUPRNYA GUA X CHEK ABIS, LINK TU MASIH ADA KAT BWH SKLI.THOUSAND APOLOGY

from Kuching wth luv said...

wa satu bilik, sebelah kolam, senang mandi..... hihihi, maklumlah dah masuk musim mengawan....muahahahaha
berapa bayaran? nk buat belanjawan

Ahmad Zaki @ abuateif said...

kucing...
mana boleh tempah bro...hang tak baca ka sapa cepat dia dapat.kucing kl bukan jauh pun...ipoh lagi jauh...satu lagi doktot mahathir pernah tegur jgn gunakan belanjawan...gunakan kalimah bajet

Anonymous said...

lu criter per atief,klu kucing nk tempah pun lantak dia ler,lg pun dia tempah dulu,member lain pun sunyi jer.pastu criter psl belanjwn plk,tak tau aku nk kaitkan tang mana........

mart said...

Jemputan akan dibuat terus melalui FB bagi yg ada akaun.. yg takder akan dihantar melalui pos. Stakat ni (masih belum konfem) bayaran antara RM170 - RM200 termasuk makan ptg, dinner, BBQ & breakfast termasuk game yg facilitate by outsiders.

Mart said...

Caj itu adalah untuk sefamili...

marn said...

terujanya aku. so far sapa dia yang rasanya setakat la ni boleh nak join 27/11 nanti? senang aku nak buat headcount untuk penempatan, urusan berbagai. Kalau ada tak cukup tempat, nak kena arrange dok mana2 reban ayam.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

nama aku kena boh insyallah kalau tak dak aral melintang aku akan p...

kpd peminat2 yang nak komen tulisan aku kena boh nama...baru anak jantan

abuhusnie said...

kalau tak de ape aral insya Allah aku pi...