Solat Time

Friday, July 2, 2010

Ahli baru lagi...

Assalamualaikum..

Mabrouk.. mabrouk.. mabrouk...!!! Tahniah buat saudara kita, Mr. Yusrin aka Mat Labu telah mendapat cahayamatanya yang kedua. Anak lelaki yang belum lagi diberi nama. Aku dapat mesej daripada Yusrin lewat senja nan permai. Anaknya selamat dilahirkan tepat jam 17.45.

Semoga anaknya nanti bakal menjadi mujahid agama yang terus memartabatkan Islam di dunia ini, insyaAllah. Sama-sama kita doakan agar Yusrin sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Dan barang jangan dilupa, malam ini ada pertemuan gergasi bolasepak antara Brazil vs Belanda. Aku tak sokong Brazil sebab ianya pasukan kuat yang tak memerlukan sokongan dan aku juga tak menyokong Belanda sebab ianya mempunyai sejarah yang membunuh ramai ulama' di Nusantara. Tapi aku suka tengok pasukan yang pernah jadi juara kalah macam Perancis dan Itali baru-baru ni.

Juga pagi esok, pertembungan antara bekas juara 2 kali Uruguay vs pendatang baru arena tertinggi bolasepak, Ghana. Yang ni pastinya aku sokong Ghana. Asyik2 Amerika Latin sama Eropah ja. Nak la jugak tengok pasukan daripada Asia (tak leh harap langsung depa ni) sama Afrika cecah kaki ke final. Hidup Ghana! Hidup Ghana! Hidup Ghana!

Tuan-tuan, bila dah bangun tido tu, buatla solat hajat ka, solat tahajjud ka. Walaupun niat bangun tido tu nak layan bola, tapi kita boleh isi dengan ibadat dalam masa yang sama. Jadikan demam Piala Dunia ini medan untuk kita menguatkan lagi ibadah kepada Allah SWT. Barulah demam tu demam bermanfaat.

4 comments:

marn said...

Iskh.. demam demam piala dunia ni.. celah tu pulak kawan2 ramai yang dapat ahlil baru. ni yang buat aku tercabar ni..

Muahahahaha.. kena pulun tambah jugak la nampak gayanya.

bear bub said...

Ingat nk ajak hang lepak mlm ni lepaih tensen.. tapi bila hang kata nk tambah ahlil terus teruja aku pon nak buat aktivitas yg sama muahhahahahahah

marn said...

aku rasa kena jumpa untuk initiate gerakan buat tabungan infa' sama sodaqoh.rasa2 bila leh jumpa ngan kengkawan ni?

marn said...

Hampeh... tapi padan muka Uruguay. Main pakai tangan lagi. Kan dah kalah semi-final malam tadi. Lega aku sebab depa kalah. Aku takdak la sokong belanda. Tapi sakit ati sangat nengok Uruguay rompak kemenangan Ghana.

Takpa Ghana, lain taon hangpa jadi terel lagi hebat daripada team yang ada skang ni. Jangan jadi macam Nigeria atau Senegal udah le.

Malam ni aku sokong Spain. Jerman dah menang 3 kali Piala Dunia. Tak best la asyik muka sama ja yang menang. Nak la jugak tengok juara baru. Mueheheheheh