Solat Time

Thursday, June 24, 2010

Takziah..

Assalamualaikum..

Berita sedih dan menyedihkan. Tadi petang aku dapat mesej daripada sdr kita Jamil Fahmi yang membawa perkhabaran yang menyedihkan. Ayahndanya sdr Romzi dan Rozimie telah selamat pulang ke rahmatullah pada pukul 4 pagi tadi bersamaan 24 Jun 2010.

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang diredhaiNya. Al-Faatihah buat rohnya. buat Romzi sekeluarga, pohon tabah hadapi kenyataan hidup ini. Kadangkala ianya manis, kadangkala juga ianya pahit tapi perlu jua ditelan.

Dan ingin aku kongsikan berita buat teman-teman semua, ada di kalangan kita yang memerlukan dana untuk menampung sara hidup dek kerana kekangan kesihatan yang menyebabkan beliau tidak dapat keluar bekerja mencari nafkah. Oleh yang demikian, aku mengajak sahabat-sahabat semua untuk melancarkan satu tabung Khairat dan Infa' untuk membantu mereka yang sedang dilanda kesempitan hidup.

Di dalam rezeki kita yang kita perolehi setiap hari, ada bahagian untuk mereka yang memerlukan. Selari dengan suruhan agama yang menggalakkan kita untuk memperbanyakkan sedekah. Sama-samalah kita meringankan bebanan saudara seislam kita demi Allah dan agama.

Aku teramat sibuk disebabkan ada beberapa dateline yang perlu diligan sehari dua ini. Harap maklum kepada semua sahabat kerana tidak dapat mengemaskinikan blog kita ini. Harap bersabar dan segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Sekian.

6 comments:

marn said...

What say y'all?

abuateif said...

aku setuju sangat kita buat tabung khairat...tak dapat bantu banyak ckit pun jadi la...yang penting ikhlas n amal kita allah terima

Marn said...

Allahu Akbar! Baca tu kawan-kawan. Tu tokey baraka dah bunyi. Hat tokey hiGoat gumana plak aa? senyap je nih..

Mart said...

Aku stuju...

Mie said...

Sokong pandangan Zaki. Pohon maklumkan bila dilaksanakan. Jika ada kaedah yg lebih sustainable yg kita boleh bantu, kita boleh bincang.

Marn said...

so, ada apa cadangan untuk kita mulakan di langkah yang pertama? ada sapa2 nak buat cadangan?

bagaimana untuk bermula? siapa yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga amanah tersebut? bagaimana bentuk saluran yang perlu digunapakai?

Sebolehnya aku takmau tabung ni jenis one time only. Seboleh-bolehnya biarlah sedikit tapi istimrar. itu namanya istiqomah. Bila istiqomah, barulah ada keberkatan.

Abu atief sama abu husnie, apa hadis yang nabi SAW sebut pasai sikit2 tapi berpanjangan? Tolong bagi nas sket.