Pages

Solat Time

Monday, September 14, 2009

Dan hasilnya..

Assalamualaikum..

Selamat meneruskan puasa dan ibadat buat semua warga Kom87. Semoga ketemu Lailatul Qadar kalian. Aku batuk dan selsema sejak pulang dari Ipoh. Harapnya tidaklah dijangkiti selsema babi. Nauzubillahi min zaalik.


Alhamdulillah, satu acara iftor yang sangat-sangat berjaya baik dari segi kehadiran yang amat memberangsangkan dan juga tentatif berjalan dengan penuh kelancaran. Moga Allah SWT terima ibadat kita. Tahniah dan Jazakumullahu Khairal Jaza' buat tuan rumah serta handai-taulan yang sudi bersama-sama meluangkan masa bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Buat mereka yang tidak dapat bersama malam tu, untuk makluman kalian, mereka yang hadir ialah: Mart Suzaini, Saiful Asri, Sofi, Arshad, Lokman, Meor Speki, Abu Atief (tuan rumah), Izanee, Mail, Safuan, Asri Khalid, Fariz, Azmir, Kamaruddin, Fakhrul Zaman sekeluarga dan aku. Memang meriah malam tu.

Majlis berbuka puasa yang diadakan di venue yang baru iaitu rumah sdr. Abu Atief kita yang terletak di Anastoria Home, Bandar Meru Jaya, Jelapang, Ipoh. Sememang satu lokasi yang menarik dan insyaAllah diharap dapat menawarkan lagi venue ini untuk sebarang program yang akan datang.

Solat Maghrib diimami oleh al-Fadhil ust. Fakhrul Zaman, manakala Isya' dan Tarawikh oleh Sohibul Samahah al-Fadhil ust. Kamaruddin Adam bakal mufti Perak, insyaAllah. Bilalnya al-fadhil ust. Azmir. Aduhai, tak sangka ramai kawan kita yang jadi ustaz yang hebat-hebat.

Apa-apa pun, perjumpaan dan iftor kali ni memang diakui ramai, antara yang terbaik pernah dianjurkan. Tahniah buat semua. Moga Allah Taala terima ibadat kita, insyaAllah.


17 comments:

Anonymous said...

Salam ....

Meriah dan terrrramat meriah . Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lg berkesempatan dan di ber peluang utnuk bertemu ngan kengkawan . Hangpa bayangkan kejap ... aku tak jumpa Sopi start dr tahun 1989 hingga lah pada Petang 12 Sept ari tu . Dah hampir 20 tahun yope oiiii . Sufian Ismail plak dari tahun 1991. Itulah diantara hikmah Ifotr Jamaie yang kita buat.

Yang paling aku syok sekali apabila dua beradik yang akrab satu ketika dulu , Azmir dan Arshad di pertemukan kembali pada petang tu macam program Jejak Kasih . Bagi aku satu kerugian kepada sahabat yang tidak dapat hadir pada ari tu . Tapi boleh juga jadi satu keuntungan bg mereka . Sape yg tahu . Ye dokkk .

Abu Atief , TQ bebanyak kerana sudi jd tuan rumah . Best kawasan umah hang . Betoi cakap Marn tu tempat yang amat sesuai untuk kengkawan berkumpul . Lapang , luas , besar dan selesa . Parking kereta pun senang . Cuma satu ajer Kesian kat bini tuan rumah kerana kengkawan semua datang membujang ( termasuk aku ler ). Tak dok sape nak tolong basuh pinggan mangkuk selepas kengkawan mentekedarah .

Kepada Gusti Hayammuruk ... bila nak upload gambar Mat Jeni makan keli sambal n jelawat tempoyak serta burger del. Menu yang boleh ganti kambenngggg satu ari nanti bila kambeennnng pupus .

Adios .. SPEKI

A Suzaini said...

Salam...

Ya mmg antara yg terbaik pertemuan mlm tu... masa kita berjemaah, aku duk blakang rasa lain mcm jugak bila tgk sahabat2 lama sayup memenuhkan saf.

Terima kasih tidak terhingga buat Tuan Rumah, mungkin dilain kali kita jika ader sahabat2 lain yg ingin membuat majlis mkn2 kita rancang yg lebih baik sbg contok kita sponser jer pinggan polistrin so bleh ler trus buang xpayh basuh2, tangkap pinggang yop membasuh nih.

Terimakasih juga kepada sahabat2 yg mengurut pada mlm tuh.. Moga Allah merahmati hidup kalian mungkin dilain kali kita buat kutipan kilat maner yg termampu utk diberi kpd sahabat2 yg duk urut PERR ml tu.

Tidak lupa juga kepada Tuan Presiden yg sudi membawa kami all the way from KL.

Akhir kata pertemuan mlm tu mmg unik, hebat & antara yg terbaik TERIMA KASIH semua..

marn said...

Yang mana sempat ja aku boh dlm blog ni. mata aku makin kelabu dek kerana selsema yang makin melampau. dok tak dok, bersin tak berenti.

so, hope y'all enjoy while surfin'... moga Allah Taala ketemukan kita lagi dalam keadaan gembira dan sebaik2 pertemuan.

marn said...

lupa nak nak ucap terima kasih... untuk tukang2 urut, terima kasih la kerana sudi ngurut aku dan rerakan yang lain. bukan senang yob, rezqi beso tu kalau ada di kalangan kita yang pandai mengurut. satu sesi mau rm50/- paling busuk.

aku setuju dgn mart jeni. len kali buat sesapa yang sudi nak menjadi tuan umah, boleh la pakai pingganh sama cawan polisterin. tumpo yob nak membasuh bila dah berumo ni. tangkap lutut, pinggang toksah cakap la. seminggu tak hilang sengeinye tu. aku ada lagi belen2 taun sudah punye open haus. boleh le bagitau kalau nak. FOC je.

Abe Bub said...

Lepas ni kita ke Lekior le pulak ke banglow si gbox, ntah apala si gbok ni aritu x dtg umah best friend nih... rugi Borg...

marn said...

tu la rugi yang teramat. tak leh nak rewind dh.

abuhusnie said...

Salam,
Inilah di antara program yang dirasakan terbaik pernah dianjurkan. Rugi sesangat kalau tak hadir pada malam tu.

Syukran jazilan ila akhi abu atief kerana sudi menjadikan rumahnya utk diadakan program tersebut.

Tak payahlah hangpa buat tabung utk tukang urut pasal aku ikhlas. Tapi kalau nak bagi jugak, aku terima. He..he...heee.

Anonymous said...

Salam ...

Nyesal aku balik awal malam tu . Siap ada majlis ngurut plak tu . Ape nak buat bak kata MArn la tak leh nak rewind semula .

Kalu cam tu Abu Husnie boleh bukak bengkel ngurut ler . Tiap kali ada reunion dia bukak bengkel , lama2 cmua pandai ngurut . Arshad boleh supply minyak urut , coz dulu dia ada jual minyak kuda laut N minyak kuat ehem ehem ...

Adiso Speki

Anonymous said...

Salam ...

Nyesal aku balik awal malam tu . Siap ada majlis ngurut plak tu . Ape nak buat bak kata MArn la tak leh nak rewind semula .

Kalu cam tu Abu Husnie boleh bukak bengkel ngurut ler . Tiap kali ada reunion dia bukak bengkel , lama2 cmua pandai ngurut . Arshad boleh supply minyak urut , coz dulu dia ada jual minyak kuda laut N minyak kuat ehem ehem ...

Adiso Speki

Abe Bub said...

nyesal hang balik awai nyesal lagi aku tak bungkuih jelawat tempoyak hang meor oiiii mmg kena dgn citarasa perak.. nak buek camno dok buleh rewind doh..

abuhusnie said...

ha..ha..haa..
Tak sangka hang masih ingat lagi citer arshad ada supply minyak kuda waktu mengaji dulu.

Mat! Bila hang sebut pasai gulai tempoyak, nyesal aku tak ambik sikit untuk makan sahur. Speki, memang terangkat la lu punya gulai tempoyak.

Sadiq Sigaraga said...

ek elel... time abu Atief oper, kemain lagi hang tolak takmau.. aku memang kureng sket.. lagipun, bini aku memang tak makan.

sedap tu memang sedap. tak dinafikan. cumanya, aku ja yang tak berapa nak makan jelawat nih. gulai tempoyak lu memang terangkat. tu wa tak nafikan...

abang Marng Gannu kite said...

Wey, kalau blog sunyi sehari due ni, sori la.. aku balik kampung. nanti doh setel downg, dang dah ade connectiong, aku akang mula buat posting baru. la ni dok kelam kelibut sket.

Abe Bub said...

Kepada Sadiq sigara & abd marng Ganu nana nana na ganu kita (cas east coast ler pulok) Ambo ucapkang slamat berangkat ke Ganu. Moga selamat sampai & ingat jln raye bukang tempat tdo, so agok2 dh 60km sejang kt hi way tu bawok2 le brenti kat maner2 tempak persinggahang... Selamak raye Bewok...

Anonymous said...

Salam....

Lupa nak ucap terima kasih pada Zaki Yusof. Thanks for your hospitality untuk majlis iftor hari tu.

Pada kawan-kawan Idrisiah 87 mohon maaf zahir dan batin. Salam Eidul Fitri.

Raya nanti jangan tibai pulut & daging banyak-banyak, nanti jenuh cari obat.

Lukman.

abu_ateif said...

wokeh la kengkawan aku nak ucap selamat hari raya kat hampa semua maaf zahir n batin...umah aku open utk hampa datang bila2 masa yang difikirkan perlu hahhahaa...ada dua tiga tepuwer aku pung tak tau sapa punya yang hampa tinggai masa isi lauk pauk waktu iftor peringkat kebangsaan hari tu...kalau tak nak bini aku nak boh koi raya hhahaa

Anonymous said...

salam ...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

... segala kesalahan dan kesilapan atau yang terambil atau saja-saja nak ambil semasa zaman persekolahan dulu harap diampunkan .

Lepas ini ada perjumpaan hari raya plak ker ? time tu kalu nak bakar kambing best gak .. kalu tak der kambing bakar aje ikan jelawat cicah air asam pun boleh . sodapppp

kepada yang balik jauh atau yang beraya kat rumah mertua , itu pun rumah kita jugak kan . Berhati-hatilah semasa memandu

Adiso . Speki