Assalamualaikum..
Aku rasa sampai masa untuk kita bicara soal masa depan anak2 kita. Berkenaan isu PPSMI. Aku nak tanya pendapat buat para ustaz, guru dan tenaga pengajar yang lain, apakah keburukan dan kebaikan yang wujud di dalam penerapan PPSMI bermula di peringkat persekolahan rendah sehinggalah ke peringkat tertinggi?
Aku ada bertanya dan menyoal selidik beberapa guru di sekitar Kuala Lumpur dan ada yang datangnya dari luar bandar seperti guru di Kodiang, Kedah, Sg Lalang di Sg. Petani, dan sebagainya. Apa yang aku dapati, kebanyakannya menentang secara diam memandangkan mereka para guru takut diambil tindakan sekiranya terbabit secara langsung dan terang-terangan oleh pihak atasan. Manakala, ada juga yang menyokong akan PPSMI.
Antara hujah mereka yang menentang PPSMI adalah kerana ketidakfahaman anak didik dalam kelas dan kegagalan guru sebagai medium terpenting mengajar di dalam bahasa Inggeris menjerumuskan masa depan anak didik ke arah yang gelap. Kedudukan bahasa Malaysia tidak lagi dianggap penting pada masa hadapan. Dan secara tidak langsung menafikan kemampuan bahasa Malaysia untuk berasimilasi dengan kehendak dunia global yang lebih mencabar. Sains dan Matematik yang sememangnya tidak menjadi subjek pilihan di dalam masyarakat melayu sedari dulu hingga sekarang. Gerakan penerapan PPSMI akan lebih memburukkan lagi keadaan di mana Malaysia masih kekurangan tenaga professional berbangsa Melayu. Cukuplah sekadar kesilapan kerajaan dalam mematikan tulisan jawi. Janganlah pula cuba menidakkan kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan teknologi.
Dengan penerapan PPSMI ke dalam sistem pendidikan, ianya akan mematikan semangat dan kemahuan pelajar yang berminat dengan sains dan matematik di peringkat akar umbi. Ini kerana pelajar gagal memahami asas kedua-dua subjek tersebut kerana terpaksa belajar di dalam bahasa yang tidak difahami dan bukannya bahasa ibunda. Seterusnya menjadikan cabaran untuk menguasai ilmu tersebut bertambah dan membebankan.
Manakala bagi kebanyakan mereka yang menyokong, memberikan hujah dengan mengatakan bahawa kita tidak sehebat Perancis, Jepun, Russia waimma Jerman. Kita tidak memiliki teknologi. Kita menceduk teknologi dan menjadi pengguna teknologi, bukannya sebagai bangsa yang melahirkan teknologi mahupun menguasai apa jua teknologi. Tidak seperti Jepun yang menguasai beberapa bidang teknologi yang menyebabkan ramai pelajar luar negara datang ke negara matahari terbit tersebut. Sama juga keadaannya seperti di Russia yang menawarkan teknologi angkasa lepas yang lebih murah berbanding AS. Mereka itu merupakan negara bangsa yang hebat dan menguasai ketamadunan dan mempunyai kekuatan di dalam pengupayaan memajukan teknologi.
Ditambahkan lagi dengan betapa kurangnya gerakan dan kemahuan badan-badan kerajaan mahupun sektor swasta dalam menterjemahkan terminologi santifik ke dalam bahasa Malaysia. Terjemahan buku-buku rujukan yang sedia ada di pasaran tidak seiring dan terlalu lambat sekiranya dibandingkan dengan pengeluaran buku-buku di dalam bahasa Inggeris.
Ada juga yang beranggapan bahawa dalam jangkamasa panjang, PPSMI akan menampakkan kesan positif sekiranya diberikan peluang, masa, ruang serta sokongan untuk berjaya. Tidak akan mati jati-diri orang Melayu sekiranya belajar Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris.
Cuba lihat keadaan pada hari ini, rata-rata mereka yang lulus universiti tempatan, kebanyakan gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dalam masa yang sama juga gagal menguasai bahasa Malaysia dengan sempurna. Dan mereka yang berpeluang mencari pekerjaan mahupun menyambung pelajaran di luar negara, perlu menguasai bahasa Inggeris.
Ya! Isunya ialah kenapa tidak diperkasakan sahaja pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri? Kenapa perlu dikorbankan Sains dan Matematik semata-mata untuk menguasai bahasa Inggeris? Apa jawapan dan pendirian kawan-kawan semua?
7 comments:
Aku no prob beb. Sebabnya pada aku, budak kecik ni senang nak dibentuk. Yang penting beriman. Tak kisahlah dia nak blajaq dalam bahasa apa skalipun.
Ni pendapat peribadi aku. Janji mau blajaq saja. Kalau dalam bahasa Msia pun malaih jugak dan tak berminat nak blajaq pasai Sains & Matematik, tak guna jugak. Yang penting kita kena tanam minat kat depa anak2.
Nak kesian kat orang lain? Aku taktau nak cakap gumana. Kesiankah kita bila anak2 dirotan bila cukup umoq 10 tinggai solat? Semestinya tidak kan?! Macam tu la jugak. Semua subjek tu penting. Yang penting depa paham fungsi subjek yang dipelajari dan untuk apakah dipelajari. Dan bagaimana untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita.
Aku masa pi sambung ngaji Jordan, bahasa arab aku hancoq beb. Tapi, alhamdulillah, walaupun tak berapa fasih bercakap dan menulis, bolehla nak bercakap sikit2 dengan arab. Sebab apa beb? Sebab terpaksa. Tu ja.
Gua terpanggil nak bersuara... Bagi gua, Sains dan Matematik tidak perlu diajar 100% in english. Jadikan ia subjek 'rojak'! Guru dan pelajar berinteraksi dlm BM TETAPI semua term MESTIlah dikekalkan in english! Soal grammar tu semua, belajarla dlm english class.
Gua teringat masa belajar math di PPP/ITM dulu. Itu platform pertama gua belajar math in english. Gua yg sememangnya terror math terkedu kaku dgn term2 math in english! Lawak pn ada! Sampaila peringkat kitorang gunakan term "conjugate" bila ucap tahniah (congrat). Sebab? Tak biasa guna dan bunyinya sedap.. hehe..! Menariknya lagi, "conjugate" atau "conjugation" tu bila dimelayukan, adalah... Konjugasi!!! Melayunyerrr...!!!
Isu 'rojak' ni gua rasa memang dah diamalkan selama ni contohnya dlm sbjek agama. Banyak 'term'2 Arab diguna pakai dengan sebutan asal. Bezanya ia dimelayukan ejaanya. Kenapa? Sebab memang term tu takdak dlm rumi! Tapi kita tak dipaksa belajar agama dlm bahasa Arab utk menguasai agama. Cumanya menguasai bahasa Arab adalah kelebihan utk memahami Al-Quran dan segala rujukannya. Bab ni gua tahu boleh mengundang perbahasan yg lebih panjang dari anda2 semua yg hebat dlm hal ehwal agama.
Menguasai bahasa sumber sesuatu ilmu itu sentiasa memberi kelebihan. Itu tak dinafikan. Tapi kita dah ada english class. Kuasailah kelas itu! Kalau anak korang tak terror dlm english class, dia masih ada peluang utk terror in math & sains sebab kot mana2 pn term2nya (in BM or english) tetap dianggap baru pada mereka.
Malas nak sembang panjang. Point gua, kekalkan term (dan ejaannya) in english. Itu saja! Cheers!
a'kum,
rasanya dh lama sgt gua x bagi komen dlm blog ni,tp hari ni gua curi juga sikit masa utk menulis disebabkan isu kali ni membuatkan gua terpanggil utk memberikan sedikit sebanyak pandangan.
apa kecoh2 ni beb?sbg manusia yg ada akai,cuba kita fikir,sbnrnya ada isu ke disini?bagi aku sbnrnya kita jgn membazir masa lg utk memperdebatkan sama ada isu ni patut atau tidak utk dilaksanakan,tp skrg ni adalah masanya utk kita berjuang menolak dasar ini dari dilaksanakan.kenapa?
dalam nak meningkatkan penguasaan BI,kenapa mate dan sains itu diinggeriskan,kenapa tak subjek inggeris itu dimantapkan.
disamping itu kemanakah hala tuju bidang sains dan mate dinegara kita ni? adakah sampai tahap utk melahirkan saintis yg boleh mencipta roket sampai ke bulan?klu begitu kenapa x diwujudkan fakulti yg berkaitan didalam universiti2 tempatan skrg? gua amat bersimpati dgn budak2 U yg ambik course aerospace skrg ni,lps grad mana depa ni nak pegi?at last,disuruhnya bela kambing dan bertani plk,lps tu diwujudkan pelbagai dana bagi membantu siswazah ni bertani kononnya, begitu jugak dgn saintis2 yg ada dimalaysia skrg ni.x dinafikan ramai saintis2 kita yg berjaya menempa nama diperingkat antarabangsa,tp lps tu mana pegi depa ni?dan apa yang terjadi dgn hasil kajian dan ciptaan depa ni tadi?adakah dikomersialkan?akhirnya mereka jgk cuba berjinak-jinak dlm penternakan kambing boer dan jamnapari.
selain itu hujah-hujah lain yg gua rasa lu orang pun dh dgr sebelum ni dari GMP pun dh cukup kuat.
gua rasa setakat ini saja buat kali ni oleh krn masa gua yg terhad ni,sbb lps ni gua nak pi practise utk konsert di michigan plk,hetfield dah dok panggil je tu,
akhir sekali jgn kita tingkatkan BI tanpa meminggirkan BM,tp mari kita tingkatkan BM tanpa meminggirkan BI.
aritu masa trial pmr bdk2 kat sekolah aku ajar fail math saja 40 orang...itu trial chor...tapi masa real pmr semua lulus tak dak yang kantoiiii...cikgu math pun garu kepala tak percaya...sepatutnya dia bangga tapi dia pening kepala x boleh nak terima hakikat yang semua calon lulus math....lawakkan.
aku pernah sembang ngan sorang cikgu yang ngajo kat sekolah tamil belah sg ciput nun....dia hampir2 minum racun parakuat bila dia dapati anak2 muridnya yang selalu kantoi dalam subjek math yang diajarnya lulus math 100% dlm upsr yang lalu.
aku dah tanya ramai guru2 yang ngajo sains n math...depa semua kata karut n bangang kat ppsmi.
aku kenai sorang cikgu veteran tu...dia dah berpuluh tahun ngajo sains n dikira otai dalam bidang sains tetapi.....sejak ppsmi dilaksanakan dia jadi bahan lawak oleh bdk2...english dia hancor...tak boleh nak deliver ilmu yang dia miliki kerana masalah bahasa...cakap inggeris loghat paghit paham2 jer la.
muahahahah.. bernas.. bernas.. aku taktau la tara mana tahap penguasaan inggeris memasing. ramai yang bantah sebab menghancurkan sains dan matematik.
pasai 'gua' punya komen, aku setuju gak. dimelayukan terma inggeris tu, dan pengajarannya masih di dalam bahasa melayu. yang tu point yang menarik. sebabnya banyak untuk aku bersetuju sebab kebanyakan istilah sains dan matematik tahap tinggi masih belum ada istilah yang tepat dan itu serta luas penggunaannya di dalam bahasa malaysia tu sendiri.
buat sementara ni, pakai dulu istilah dalam bahasa inggeris, sehinggalah cerdik-pandai bahasa dapat mencari formula untuk memalaysiakan terma yang wujud dalam bidang sains dan matematik.
Welkam bek buat abg kirk setelah sekian lama berhibernasi (tengok! istilah inggerih jugak yang terpaksa digunapakai).
Abu Atief, adakah dengan keputusan yang dinyatakan oleh cikgu skolah di sg ciput itu menunjukkan kerajaan secara sengaja merendahkan tahap lulus untuk membuktikan PPSMI itu berjaya? Kalau ya sebagai jawapannya, maka amat malang buat anak2 kita kerana tahap pembelajaran dan pendidikan negara semakin merudum mutunya.
Salam ...
Bila nak up date laman ni ....
Udah menang pun .
Adios . Speki
Post a Comment