Assalamualaikum..
Aku dapat cebisan cerita ni melalui emel. Mungkin ramai yang dah tau, mungkin juga tidak. Disebabkan kemungkinan inilah menyebabkan aku rasa cerita ini patut dikongsikan bersama. Aku try la google nama orang yang kononnya buat thesis ni. Malangnya, tiada pun aku jumpa, malahan banyak yang copy-paste yang macam aku dok buat sekarang ni untuk dibuat sebagai tatapan orang-ramai. Kalau ikut logik, macam ok ja rencana di bawah ni. Tak rosak akidah kalau baca. Nak amal ke tidak, terpulang la. Selamat membaca..
Oleh: Dr. Stephen Carr Leon
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Kejuruteraan, pemuzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana mereka memang paling hebat. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi. Baik dalam bidang kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan ketika saya sedang menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau perbuatan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat selesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya membantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya! Ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh dan jemu, beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
-bersambung di bahagian kedua.
3 comments:
Ni aku bagi rencana ni, janganla pulak kata aku ni agen yahudi. ambik mana yang baguih sudahla (tu pun kalau ada). yang mana tak baguih, toksah dok tiru la no!
Salam ..
Ada ler member aku ni ..cikgu matematik sure le memang ngajor matematik kan , masa mengandung dah tentu dia ajor matematik juga kan , tapi anak dia tak ler sepandai budak kelantan yg dapat 20 A dlm SPM tu . Anak dia termasuk dlm golongan cerdik pertengahan shaja ( PMR 3A ajer ).
Aku rasa kot ade benda lain yg buat mereka cerdik . Mungkin kerana mereka ni pandai amik kesempatan di atas kelekaan atau kekurangan kecerdikan orang lain .
Bagi aku le pemakanan yg paling penting . Sama ada pemakanan untuk perkembangan jasmani atau pembangunan rohani . Kalku semua ikut syariat ... SELAMAT
Tapi menarik juga hasilan thesis mamat ni yaaaa .
Adios. SPEKI
yang tu aku tak leh nak buat apa la. tapi memang betui kata hang speki pasai pemakanan. makanan ni cukup penting untuk kita orang islam.
kenapa doa kita tak termakbul? sebab pemakanan la. kalau asyik menteke yang haram dan darisumber yang syak, memang la susah Allah Taala nak makbulkan doa.
Post a Comment