Solat Time

Tuesday, March 17, 2009

Mengapa Yahudi Bijak - Bah. Kedua

sambungan..

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah orang Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah..... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat merangsang (semacam senaman untuk) otak, maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan di California ketinggalan 6 tahun ke belakang!!! Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain daripada pelajaran tadi, acara sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping memudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah), di sini murid-murid ditekankan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi seperti politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan serius tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat merangsangkan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka mempunyai idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tersebut akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka mengikut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, CocaCola, DKNY, Oracle, syarikat perfileman di Hollywood, Levi's, Dunkin' Donut dan beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti untuk menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir semenjak zaman Paraoh/Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan/esei sepanjang 5 muka surat penuh. Eseinya hanyalah mengenai Mengapa Saya Gemarkan Tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

3 comments:

Bear bub said...

kat tempat aku ni mcm satu trend pulak pompuan merokok.. tak kira la pakai tudung ke tak, cun tak cun, kurus tak kurus semuanya mcm bangga jer hisap rokok kat tangga. Paling ramai sudah tentu la aweks melayu dikuti india, cina paling kurang... dulu aku mcm tak berapa kisah tapi sejak2 dah beranak pinak ni kena lak dpt lagi info dr artikel ni aku rasa cam anti lak tgk orang buang duit camtu ker. Dh lama tak bli rokok, masa kenuri abg aku kawin haritu org kampung paw rokok dunhill (demand org kg nih) mak ai 9 hengget sekotak haram J sungguh..

Walau mcmmana pon tahniah buat Marn yg telah berjaya berhenti merokok.. betullah kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih... Thanks bro for the good article..

marn said...

Hehehehehe.. thanks Mart. Harap2 semangat aku ni berpanjangan dan berkekalan lah hendaknya, insyaallah. Pohon Allah Taala kuatkan semangat aku untuk melawan nafsu nak merokok ni. Bila time stim nak isap rokok datang, gigil beb! Nasib baik ada bini yang memang sapot baek punya, leh la dia tolong bagi semangat sket. Muahahahah! you know what im sayin'...!

Info/artikel ni pun, ada orang bagi emel, aku kasik tacap sket, pastu jadikan posting. muahahahaha. malaih gila la ni nak menulih.

Walaupun aku baru berjinak2 dengan dunia bukan perokok, aku dah mula tanam semangat anti-perokok dalam diri aku ni. Sebabnya, banyak artikel dok cerita pasai buruk rokok yang memang tadak sapa boleh nak pertikai. Baik orang Islam waimma kuffar pun banyaknya yang tak suka perokok ni. Sebabnya senang ja; tiada langsung kebaikan yang ada pada rokok ni. Semua yang buruk ja.

marn said...

Hehehehehe.. thanks Mart. Harap2 semangat aku ni berpanjangan dan berkekalan lah hendaknya, insyaallah. Pohon Allah Taala kuatkan semangat aku untuk melawan nafsu nak merokok ni. Bila time stim nak isap rokok datang, gigil beb! Nasib baik ada bini yang memang sapot baek punya, leh la dia tolong bagi semangat sket. Muahahahah! you know what im sayin'...!

Info/artikel ni pun, ada orang bagi emel, aku kasik tacap sket, pastu jadikan posting. muahahahaha. malaih gila la ni nak menulih.

Walaupun aku baru berjinak2 dengan dunia bukan perokok, aku dah mula tanam semangat anti-perokok dalam diri aku ni. Sebabnya, banyak artikel dok cerita pasai buruk rokok yang memang tadak sapa boleh nak pertikai. Baik orang Islam waimma kuffar pun banyaknya yang tak suka perokok ni. Sebabnya senang ja; tiada langsung kebaikan yang ada pada rokok ni. Semua yang buruk ja.