Pages

Solat Time

Tuesday, March 10, 2009

Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Harapnya ceria selalu dan selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga kita mengambil iktibar dan pelajaran dari Sirah Rasul yang tercinta. Kena ambil istifadah dari perjuangan baginda SAW dan melestarikannya ke dalam perjuangan serta kehidupan seharian kita.

Acapkali kita bercakap, mengulas dan berbicara tentang perjuangan Rasulullah SAW. Berkenaan akhlaknya yang mulia. Adab dan tatawur serta tingkatan dalam berdakwah. Banyak kali juga kita tewas dalam mengikuti sunnahnya.

Sungguhpun begitu, kita sebolehnya teruskan menghidup dan mengikuti sunnahnya tanpa jemu dan bosan. Walau apa jua rintangan dan godaan, tetapkan hati dan iman kita insyaAllah, untuk meneruskan legasi pemimpin terhebat yang pernah lahir di kalangan umat manusia. Selawat ke atas nabi SAW.



7 comments:

Anonymous said...

Senyap soh blog ni.. makin lama makin sunyi.. heheheh.. bz sungguh kawan2 aku la ni. Ka masih dok menghadam maklumat dan pelajaran daripada sirrah Rasul SAW?

Anonymous said...

hehehe mungkin lengoh angkat sepanduk tulih "kami cinta rasul" tapi anak bini aurat pun tak tutup hehehee.
meluat aku dok tengok puak2 umno sambut maulidurasul ni...mentality jenis apa pun aku tak tau depa ni...aku cukup hebat sgt n kuat iman pada rasul dgn angkat sepanduk tu...kot2 kalau hang marn suruh depa baca tulisan jawi kat sepanduk tu haram depa tak tau nak baca...
camni la maulidurasul versi malaysia yang dibangga2kan oleh pemimpin kononnya yang paling hebat dikalangan negara2 umat islam

Anonymous said...

Salam,

Di antara makhluk di muka bumi ini yang paling seronok menyambut kelahiran junjungan besar Muhammad saw adalah Omar ibnu Hisyam atau lebih glamour dengan panggilan Abu Lahab.

Sayangnya Abu Lahab ni pada anak saudaranya, ada riwayat menceritakan dia sanggup sembelih 100 ekor unta kerana mak tunjuk rasa kasihnya pada Muhammad saw.

Tetapi, dia di antara orang yang pertama menentang ajaran Rasulullah saw secara terang2an dihadapan Bukit Safa.

Jadi, bila kita tengok pemimpin2 negara kita menyambut Maulidur Rasul, saling tak tumpah macam Abu Lahab. Aku rasa kalau Abu Lahab masih hidup, tentu dia bangga dengan puak2 ni.

Nak sambut Maulidur Rasul sanggup bangun sebelum subuh dengan lengkap berpakaian kebangsaan berarak ke padang Dataran Merdeka sambil berselawat dan memegang sepanduk menyatakan rasa kasih dan cinta pada Rasulullah saw tapi macamana ABU ATIEF dok kata la....

Sempena bulan maulid ini, kita kena kenang semula bagaimana perjuangan Rasulullah berhadapan dengan ranjau onak dan duri untuk membawa risalah Allah ini.

Tiba2 puak mangkok hayon ni menyambut maulid nabi, macam dialah khaira ummah tapi dok hina ajaran nabi hanya orang yang berakal dan beriman aje yang tahu.

Mudah2an Allah memelihara kita daripada bersekongkol dengan puak2 UMNO penghancur agama.

Anonymous said...

Muahahahah.. lawak la dol.. tak perasan la pulak weh sama macam abu lahab.

Anonymous said...

terima kasih abu husnie atas liputan sejarah yg aku mengaku dh hampir lupa, baguih jugaklah aku dekat2 dgn hampa nih... byk sgt larho nih... isk2

Anonymous said...

Tu la.. aku pun dah lupa kesah tu. baguih la juga bila kita kawan dengan osetat-osetat ni. dapat la refresh balik.

baru tau betapa ilmu orang yang mengajaq ni tinggi berbanding dengan orang awam macam aku ni.

insaflah aku padaMu ya Rabb..! Sesungguhnya hati ini selalu saja lalai dan leka serta berburuk sangka terhadap hambaMu yang lain. Aku mohon redhaMu ya Allah, Raja sekalian Raja.

Anonymous said...

Salam ..

Kalu bab menyambut Maulid ni ... puak-puak ameno andainya tak buat sambutan dan tak belarak maka tak sah le bulan Rabiul Awal bg deme tu . Tapi kalu nak jemput penceramah bagi sambutan tu ... tu diaaaa eh .. tapisannya bukan main lagi ... kalu tapis santan sampe ayor santan tu tak turun , halusnya amat lubang tapis tu . Buka ape kot-kot penceramah tu cerita bab sirah nabi terkena kat batang tubuh sendiri .

Eh ! Abu Atief boleh ke aku jemput hang bg ceramah Maulid ni .. mana tau kot2 orang kg aku ni boleh terbuka hati nanti .

lagi satu .. aku nak ucapkan selamat cuti sekolag buat mak bapak yg ada anak bersekolah . Ate apa aktiviti cuti ni ? Kepada cikgu cikgi selamat menyemak kertas periksa bebudak . Jadilah pemeriksa yang telus dan adil . Jangan nak suruh orang alin adil dan telus tapi kita tak gitu .

09/03 hari aku cukup puas hati bila dapat 'escort' MB sah Perak dari jam 4 ptg hingga 1 pagi ( unit amal ), dia buat tour kat area Parlimen Padang Rengas bg penerangan yang terkini kepada orang ramai dan puak2 Be End. Aku cukup kagum dengan dia . Jadual padat tetapi steady ajer

ADIOS ... SPEKI