Assalamualaikum..
Aku tertarik untuk berbincang dengan kawan-kawan dan berkongsi pendapat tentang penggunaan kalimah Allah di dalam mana-mana terbitan agama Kristian. Pada mulanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan kebenaran tersebut dan kemudiannya menarik semula perintah tersebut (macam iklan biskut je, kejap ade, kejap takde). Rentetannya adalah seperti berikut:
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan. Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu. Perintah tersebut berbunyi: ''Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan 'Khusus Untuk Penganut Agama Kristian.''
Kemudian, semalam dalam Buletin Utama TV3, dengan muka selamba toya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menarik balik kebenaran penggunaan kalimah Allah tanpa memohon maaf kerana menimbulkan kecelaruan di dalam masyarakat. Aku memetik laporan Berita Harian Online hari ni sebagai berkata:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menegaskan akibat kesilapan itu, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu sedangkan kementerian sudah membuat keputusan melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.
Sambil mengakui kesilapan yang dibuat kementerian itu ketika membuat perintah itu, Syed Hamid menjelaskan tiada pihak bukan Islam yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Memang betullah 'Kepimpinan Melalui Teladan' yakni tido masa buat kerja.
Soalan:
1. Benarkah kalimah 'Allah' itu hanya khusus untuk orang Islam?
2. Kalau benar, di manakah dalil dan sumber hukum yang hanya membenarkan orang Islam SAHAJA?
3. Apakah implikasinya ke atas umat Islam di Malaysia sekiranya kebenaran KDN tidak ditarik-balik?
4. Sejauh manakah penerimaan umat Islam tentang perihal di atas?
5. Apakah pandangan peribadi kawan-kawan?
4 comments:
perghhh...mak oiii soalan bukan calang2 orang nak jawabnya...aku rasa setakat sekolah tadika jer mampuihh tak tau nak jawab soalan hang tu man...
aku yang lemah iman ni tak berapa nak ambil pot kisah2 ni...ada dengaq kat berita jgk pasai prosiding kes ni kat mahkamah...tapi bila dengaq berita jer hati jadi terbako telinga jadi berdesing...mana dak nyer pemberita dok puji melangit pemimpin umno yang tak dak akhlak tuuu semua depa buat baguih jaaa...tiba tang pr depa dok belasah tak sudah2....tu sebab tak leh nak fokus bab yang hang bincang ni...
aku tak bersalah...yang salah dari dulu kini dan selamanya ialah umno/bn.
Aku cukup bangga jd rakyat Perak .. krn sejarah telah tercipta bhw UMNO adalah parti yang Busuk Hati dan Perak bakal jd sejadah utk membalut UMNO sebelum dikuburkan.
Siapa yg suka UMNO dan mengaku lagi UMNO dpn aku, mmg kena tuuuuuiiihhhh ...
sapa lagi nak tulun tuuuuiiiihhhhh ...?
Aku rasa aku akan buat lebih dari tu Abu Husni. Tu la dia namanya bingai dan bodoh melantun-lantun. Nampak sangat depa salah sebab pi kunci bangunan tu buat apa?! Percaya tak bahawa Nizar akan kalah di Mahkamah Tinggi sbb tok hakim semua dah kena pegang teloq!
Macam polis Perak la. Sepatutnya bukan depa (polis) yang kata tak boleh bersidang. Apa kuasa polis nak menentukan sama ada sidang itu sah atau tidak? Terang-terang polis dah langgar prinsip berkecuali. Naya kat polis sebab depa tu 'Yang Menurut Perintah'. Jawab la kat akhirat esok sebab ikut perintah yang zalim. yang boleh bagi kata putus ialah mahkamah.
Berbalik kepada soalan tuan blog takkan tadak sapa yang nak mai tolong jawab kot? ramai cerdik pandai agama yg mai baca posting kat blog ni. Hehehehehehe...
Tuan-puan boleh jawab mengikut pendapat peribadi tuan. kalau tak tau, jawab la tak tau. jangan senyap ja. sian la kat tuan blog ni. Penat2 dia karang soklan tu.
Bagi aku la, aku sependapat dengan tok guru Nik Aziz sebab banyak sebabnya. Antaranya, perkataan 'Allah' itu bukanlah hak eksklusif orang islam. Perkataan tu sebenaqnya universal.
Secara logiknya (ni ikut logik akai aku la) bila orang kafir pakai, depa akan melihat bahawa sebenaqnya Allah itu satu. Dan bila Allah depa (orang kafir) tu tak sama dalam interpretasi baik dari segi makna dan sifat, secara tak langsung menyebabkan Allah depa tu tak sehebat dan sepower Allah Taala umat Islam. Maka, oleh yang dmeikian, mereka akan mengkaji kebih dalam lagi tentang perbezaan yang wujud akibat salah tafsiran dan penyelewengan ulama'-ulama' mereka tentang sifat dan kekuasaan Allah Azza wa Jalla.
Dan juga mendorong umat Islam untuk mengkaji dan mengambil tahu tentang sumber yang dipetik. Bukan apa, takut2 salah petik, terpetik petikan bible dan daripada sumber2 yang diragui, tak ka haru biru?
Setakat yang aku belajaq la (tak tinggi pun), takdak lagi aku jumpa larangan untuk orang selain muslim menggunapakai perkataan 'Allah'.
Yang penting, di sini kita kena ingat, apabila ada sahaja petikan ayat mahupun sumber hukum yang dibawa oleh mereka yang diragui ataupun faasiq, maka hendaklah kita membuat kaji-selidik sebelum kita guna balik ayat2 tersebut. Bukan apa, takut silap petik sumber yang salah.
Walhasil, umat Islam akan lebih rajin, prihatin dan mengambil tahu perihal ehwal agama yang selama ini kita asyik laung2kan saja tanpa dipratikkan secara syumul di dalam kehidupan harian kita.
Mungkin ada di kalangan sahabat2 yang tidak bersetuju dengan pendapat aku ni, bolehlah tuan-puan 'rad' atau tolak pendapat aku ni dengan hujah tuan-puan.
Salam,
Pada pandangan aku,hukum penggunaan kalimah Allah dilihat kepada bagaimana ia digunakan . Jika penggunaannya hanya bertujuan untuk merendah dan mempersenda agama Islam , maka ianya haram dan wajib ditentang habis - habisan sekalipun dilakukan oleh seorang muslim .
Sementara penggunaan yang positif untuk memberi pengiktirafan bahawa Allah adalah tuhan yang mencipta sebagaimana yang disebut oleh Allah swt di dalam al Quran maka ia dibenarkan oleh syara' sekalipun digunakan oleh non muslim .
Post a Comment