Pages

Solat Time

Friday, May 30, 2008

Semalam yang hangat

Assalamualaikum..

Semalam kami menjamu selera sambil ditiup angin laut Bagan Lalang yang sepoi-sepoi bahasa. Aku, Mart, Asri, Jamil dan Gebok meluangkan masa bersama menjamu selere di kedai yang aku tak perasan namanya apa. Sempoi jugak la pot yang Gebok bawa. Almaklumlah, isterinya berasal dari kampung yang berdekatan. 

Di mana letaknya Bagan Lalang? Dekat dengan Morib. Ingat dulu masa kita belajar waktu peringkat sekolah rendah? Dua tempat percutian di tepi laut yang cukup popular iaitu Morib dan Port Dickson (teringat aku kisah pakcik Kordi yang memakai seluar kehijau-hijauan dan mengayuh basikal kekuning-kuningan). 


Santapan yang menjadi juadah hidangan ialah pari bakar, sotong goreng salut tepung, kerang, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan kerapu tiga rasa (aku rasa satu perasa ja; sedap). Secara keseluruhan, masakannya berada di tahap atas sikit pada ok (ni pendapat aku sorang je).
Perjumpaan semalam sekadar perjumpaan biasa dan tiada agenda luar biasa yang dibincangkan. Sekadar berjumpa dan mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sudah tertaut. Beberapa isu yang perlu untuk dikongsikan bersama iaitu perihal logo Komuniti yang masih belum diterima dan pendaftaran perniagaan yang telah berjaya didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Yang tinggal cuma proses membuka akaun syarikat yang akan telah diamanahkan kepada sdr. Jamil.
Terima kasih tidak terhingga buat semua yang sudi melapangkan masa untuk bertemu terutamanya sdr. Asri kerana walaupun demam dan batuk-batuk, dia tetap nak turut serta dalam perjumpaan semalam. Terima kasih daun keladi buat sdr. Jamil kerana sudi jadi pemandu dan pemandu pelancong (bawak pi sampai lalu depan rumah Datuk Sidek; ayahnda kepada jaguh-jaguh badminton negara: the Sidek Bros). Terima kasih teramat sangat buat abg Mart yang sudi membelanja kami semua pada malam tu. Moga Allah murahkan rezeki dan murahkan hati.

Semalam yang dihangatkan dengan perasaan sayang terhadap sesama muslim. Moga allah SWT temukan lagi kita semua di dalam sebaik-baik pertemuan, insyaallah, amin...

Tuesday, May 27, 2008

Ke mana kita?

Assalamualaikum..

Selamat bercuti buat warga guru dan pelajar (tidak termasuk mereka yang belajar dan mengajar di IPTA & IPTS). Cuti sekolah sudah bermula dan sibuklah para ibu dan bapa menyusun jadual percutian untuk diisi sepanjang musim cuti ini.

Baru-baru ni, aku balik kampung isteri di Kuala Terengganu. Sempatlah menganyam pengalaman dan menatap taburan bintang di dada malam sambil mencandat sotong di perairan Laut China Selatan. Aduhai! Betapa syahdunya perasaan tatkala dilambung ombak yang kadang-kala mencuakkan hati ini. 
Lewat 23 Mei yang lalu, aku bersama keluarga biniku turun ke laut mengutip pengalaman mencandat sotong. Seronok tidak terkata. Pukul 5.45 petang kami sudah berada di dalam perut bot yang meredah gagah muara sungai Marang. Perjalanan ke 'pot' sotong bertelur memakan masa hampir sejam yang jaraknya 6 batu dari jeti Marang. Perjalanan mengambil masa yang agak panjang kerana ombak kuat. Bot kecil yang sarat dengan penumpang tak boleh 'full throttle' sebab takut pecah atau terbalik. Nun jauh di tengah lautan. Nampak sayup dari kejauhan daratan dan Pulau Kapas dari 'pot' sotong bertelur. 

Bot kami antara yang terawal melabuhkan sauh. Tak sampai 10 minit candat diturunkan ke dalam laut, sotong pertama sepanjang 1 kaki berjaya dinaikkan abg iparku.  Selang 3 minit kemudian, Pok Mart (tekong bot) menunjukkan belang dan skilnya. Tak putus-putus sotong dinaikkan hinggalah pukul 8 malam. Sotong pertamaku naik ke atas bot pukul 7.45 malam. Kemudian, keadaan kembali reda dan masa berjalan terlalu lama dirasakan. Seronok bilamana menunaikan solat di atas bot sambil dilambung ombak.

gambar hiasan

Pukul 10 malam, aku dah mula diserang mabuk laut. Tak tahan dengan rasa mabuk laut, aku melelapkan mata sehingga pukul 11.30 malam. Bila terjaga, alhamdulillah, rasa mabuk laut berkurangan. itupun, mungkin ubat tahan mabuk aku mula berkesan sebab makan ubat tu lewat. Kalau diikutkan jadual perjalanan balik pada pukul 4 pagi, akan tetapi bila memandang 2-3 orang sepupu biniku dah mabuk dan muntah, kami mengambil keputusan untuk pulang lebih awal. Pukul 1.30 pagi, kami bertolak pulang dan sampai di jeti Marang pukul 2 pagi. Hasil tangkapan keseluruhan ialah seberat 15 kilogram. Sotong paling besar yang berjaya ditangkap ialah sepanjang 2 kaki setengah.

Keesokkan harinya, kami sekeluarga makan macam-macam jenis masakan sotong. Bakar, goreng salut tepung, masak pedas dan sebagai. Jadi, jangan ajak aku makan sotong untuk tempoh 2 bulan dari sekarang sebab aku dah naik muak meratah sotong.
Aku cukup galakkan kawan-kawan untuk timba pengalaman mencandat sotong walaupun sekali seumur hidup. buat mereka yang pernah mencandat, tak rasa nak pergi mencandat lagi ke? Kalau kita buat program mencandat sotong ni tahun depan, seronok jugak. 

Jom candat!!!


Tuesday, May 13, 2008

Makanan

Assalamualaikum..

Bertemu kembali. La ni orang ramai dok bising pasal beras naik di pasaran tempatan dan dunia. Apa tindakan kita untuk menangani masalah dan krisis makanan ni? Pada aku, kita kena kurangkan ambil makanan yang berasaskan beras buat sementara waktu. Carilah makanan lain buat sementara waktu sehingga harga beras di pasaran dunia dan tempatan stabil. Apakah makanan gantian yang kita ada? Banyak la kawan-kawan. Buah-buahan ada, akaq kayu pun ada, gandum ada. Tak jemu ka asyik makan nasik dari kecil sampai dah jadi mak-pak orang? 
Kerajaan kita yang dah berumur 50 tahun ni baru terfikir nak buat stok penimbal. Tu la bila baca al-Quran tapi takmau nak ambil pengajaran dan buat kajian. Lama dah kisah nabi Yusof AS dan kerajaan kuno Mesir yang berjaya mengatasi masalah dan krisis makanan. 

Dan aku juga nak sentuh tentang ternakan kambing, lembu, ayam, puyuh, ikan, udang dan sebagainya. Memang patut sangat-sangat la ni kita cebur bidang ni daripada kita ternak kutu, lintah, cacing dan haiwan serta serangga lain yang kita tak boleh nak buat sebagai makanan gantian. Sebabnya, bila krisis sebegini melanda, kita dah ada stok yang insyaallah mencukupi.

Dah sampai masanya untuk kita berfikir secara serius untuk melibatkan diri dalam ternakan dan pertanian. Kita dah tak boleh nak harapkan orang lain i.e kerajaan yang sedia ada kerana pak-pak menteri yang ada ni tak berapa nak cerdik cari jalan penyelesaian. Dulu kita dah kecoh kes gula, minyak masak, besi dan sebagainya. Tapi depa yang dok pegang kuasa buat 'nehen' ja. Bila tsunami kurang beras datang, barulah macam-macam teori dan idea yang depa dok bising nak buat. 
Peniaga pun sepasai. Bila barang naik, bukan main laju penaik harga. Bila barang turun, buat-buat sibuk perkara lain. Bila model perniagaan kita tidak berlandaskan sunnah dan tarbiah daripada Rasulullah SAW, dan kita gunakan model kapitalis, inilah jadinya. Tiada taqwa, amanah, berbuat amal jariah dan tolong-menolong. Yang dicarinya ialah untung, untung dan untung. Padahal, semua ni bersangkut-paut. Kalau kurang makanan, rakyat susah hati. Bila rakyat susah hati, tak boleh nak fokus. Bila tak boleh nak fokus, produktiviti jatuh. Bila produktiviti jatuh, pulangan dan keuntungan tiada. Bila pulangan dan keuntungan tiada, siapapun tak mau nak buat. Bila siapapun takmau nak buat, tiadalah orang nak berniaga dan berjual-beli. Bila tiada orang nak berniaga dan berjual-beli, ekonomi kita jatuh merudum. Bila ekonomi kita jatuh merudum, kerajaan boleh jadi muflis sebab tanggung hutang keliling pinggang. Akhirnya siapa yang susah? Kita dan anak cucu kita juga yang susah. 

Pak-pak menteri gabuih duit dan lari pi tempat yang boleh dapat makanan. Tinggallah kita terkontang-kanting pi cari kayu api dan kikih kulit pokok buat baju dan makanan. 

Hampeh punya pemerintah...

Wednesday, May 7, 2008

Kambing dan pencarian maklumat

Assalamualaikum..

Seminggu ni jenuh aku dok 'unpack' barang-barang yang dok dalam kotak. Almaklumlah, baru pindah rumah. Terima kasih daun keladi sekali lagi buat kawan-kawan2 yang sudi datang menolong aku mengangkat barang termasuklah mereka yang mendoakan kesejahteraan ahli-ahli komuniti kita ini. Tahulah aku betapa kita hambaNya terlalu hina sebab nak angkat barang pun kena mintak tolong.

Perihal kambing, aku suka bila ada kawan-kawan yang memang bersemangat nak tau pasal kambing. Nanti aku, Mart Jeni dan rerakan yang lain ambil masa sekejap untuk bincang apa tindakan kita yang seterusnya sekiranya ramai di kalangan kita yang memang serius untuk menjerumuskan diri di kancah pengembalaan kambing secara pawah. Banyak juga cabang-cabang lain yang boleh kita terokai untuk kita laburkan dana secara berkumpulan ataupun bersendirian. Pendapat aku pacal yang hina ini, mohon kawan-kawan lain pun membantu mencari, mengkaji dan berkongsi maklumat yang sudah, sedang dan akan dikumpulkan supaya kita semua dapat merangka kaedah dan cara yang paling berkesan, membuahkan hasil serta membawa keuntungan yang berlipat-ganda buat komuniti ini. 

Tanpa perlu menunggu maklumat daripada rerakan yang lain, kita-kita semua bertanggungjawab dalam merangka gerak-kerja serta membangunkan komuniti ini secara mapan dan istiqomah. Tak perlu menunggu rerakan yang lain untuk menyuap segala informasi dan maklumat tentang kambing khususnya.

Justeru, marilah kita sama-sama proaktif di dalam mencari maklumat, merangka gerak-kerja dan menjayakan pelan tindakan secara berhemah dan istiqomah.  

Untuk makluman semua, hingga kini cabaran LOGO masih diteruskan dan pihak pengurusan belum lagi menerima sebarang penyertaan. Pendek kata, hadiah RM100.00 masih boleh direbut. Dipersilakan..