Solat Time

Friday, May 30, 2008

Semalam yang hangat

Assalamualaikum..

Semalam kami menjamu selera sambil ditiup angin laut Bagan Lalang yang sepoi-sepoi bahasa. Aku, Mart, Asri, Jamil dan Gebok meluangkan masa bersama menjamu selere di kedai yang aku tak perasan namanya apa. Sempoi jugak la pot yang Gebok bawa. Almaklumlah, isterinya berasal dari kampung yang berdekatan. 

Di mana letaknya Bagan Lalang? Dekat dengan Morib. Ingat dulu masa kita belajar waktu peringkat sekolah rendah? Dua tempat percutian di tepi laut yang cukup popular iaitu Morib dan Port Dickson (teringat aku kisah pakcik Kordi yang memakai seluar kehijau-hijauan dan mengayuh basikal kekuning-kuningan). 


Santapan yang menjadi juadah hidangan ialah pari bakar, sotong goreng salut tepung, kerang, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan kerapu tiga rasa (aku rasa satu perasa ja; sedap). Secara keseluruhan, masakannya berada di tahap atas sikit pada ok (ni pendapat aku sorang je).
Perjumpaan semalam sekadar perjumpaan biasa dan tiada agenda luar biasa yang dibincangkan. Sekadar berjumpa dan mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sudah tertaut. Beberapa isu yang perlu untuk dikongsikan bersama iaitu perihal logo Komuniti yang masih belum diterima dan pendaftaran perniagaan yang telah berjaya didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Yang tinggal cuma proses membuka akaun syarikat yang akan telah diamanahkan kepada sdr. Jamil.
Terima kasih tidak terhingga buat semua yang sudi melapangkan masa untuk bertemu terutamanya sdr. Asri kerana walaupun demam dan batuk-batuk, dia tetap nak turut serta dalam perjumpaan semalam. Terima kasih daun keladi buat sdr. Jamil kerana sudi jadi pemandu dan pemandu pelancong (bawak pi sampai lalu depan rumah Datuk Sidek; ayahnda kepada jaguh-jaguh badminton negara: the Sidek Bros). Terima kasih teramat sangat buat abg Mart yang sudi membelanja kami semua pada malam tu. Moga Allah murahkan rezeki dan murahkan hati.

Semalam yang dihangatkan dengan perasaan sayang terhadap sesama muslim. Moga allah SWT temukan lagi kita semua di dalam sebaik-baik pertemuan, insyaallah, amin...

13 comments:

marn said...

agak2 bila pulak kita boleh sampai sana lagi aa?

abu_ateif said...

perghhhh...
meleleh segala ayaq yang ada bila baca cerita hampa tu...bukan senang nak dapat makan cam tu ngan kengkawan...tapi aku sedih gak tak dapat maklumat ttg rombongan hampa tu kebetulan aku ada tak jauh dari hampa yakni kat kampung bini aku...tapi tak pa munkin bukan rejeki gue.

man,,,syok la baca kisah hang mencandat sutun,,,kat pangkor tak dak orang candat sutun ka,,,kalau ada leh gak kita susun satu program khas untuk candat jer,,,nak p terengganu tu boleh tapi banyak songeh sikit la hehehhehe.

aku biasa candat sutun kat kedai mamak jer la...tapi mahai nak mampuihhhh wakakaaa

z_rahman said...

assalamualaikum guyz

Hmmm suam2 kuku je blog kite la ni, mn pi mmbr2 yg lain, smua dh jd blogger ke? Anyway prjuangn mst dtruskn, amcm dgn prjk kmbg?
Mnt tlg enta smua kgkwn tlg doakn kslmtn dan diprmdhkn bini ana brsalin nnt, ni 1st time ana jg bini ms dlm pntg, ank prtm & kdua cun2 cuti sklh hjg thn, so mentua yg jg.

Sapa blh tlg bg tips bgmn mmbrsihkn uri dan kaifiyat utk mnmnya?

marn said...

Wsalam..

sori la abu atief. aku rasa ni masalah pusat seranta yang gagal dalam berkomunikasi dengan baik. Takpa, kita akan atasi masalah komunikasi ni denga kadar segera. Pohon maaf bagi pihak Komuniti.

Soal candat sotong di Pangkor, tu kena tanya sama tok sidang Pangkor yakni sedara Gbox. Mengkala ada, syiok gak. Aku sendiri pun kalau bukan kerana keluarga bini aku asal sana, tobat susah aku nak pi Terengganu. Ni kes sambil nyelam sambil minum air la.

Buat abg Durr.. setakat ilmu yang aku ada, aku tak jumpa la pulak nas qot'ie yang menyebutkan ritual tertentu di dalam menyelenggara uri @ tembuni bayi. Walau macam mana pun, ada beberapa petua orang Melayu yang biasa orang praktik. Selalunya orang tanam je.

Antaranya ialah membasuh uri@tembuni tu dengan air bersih sampai takde hanyir darah. Pastu, dibilas dengan air limau supaya bau hanyir darah tu hilang (ni untuk mengelak daripada dihidu binatang liar dan jinak). Lepas tu dibalut dengan kain putih dan diserkup dengan tempurung kelapa jantan. Pastu, ditanam di pangkal pokok seperti pokok pisang dan nak bagus lagi, lokasinya di kaki bukit. Tujuannya, supaya anak tu kelak jadi baik, sejuk (tak panas baran), dengo cakap.

Tu petua orang Melayu yang aku tau la. Tapi aku tak buat pun. Terpulang la. Semua tu sebagai maklumat untuk dikongsikan bersama. Walau apapun, allah Taala jua yang Maha Mengetahui. Jangan percaya pada petua, tapi percayalah kepada Allah SWT.

Yang penting, macam mana kita didik ana kita dengan didikan agama dan berperibadi Islam. Mohon Allah SWT bantu kita dalam memberi tarbiah yang sempurna untuk anak-anak kita. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa mintak petunjuk dan jalan serta lorong yang terbaik untuk anak-anak kita. Kalau nakal tu, kita kena sedar kita nakal tak dulu?

Tu saja serba ringkas..

akhi... said...

assalamualaikum ..

tak sangka plak boleh termasuk kat sini..dlm pada aku search ttg idrisiah ternampak blog budak man nih..

heh!tergelak plak tgk gambir masing2,lain dr yg dulu..cuma cam bila dah tgk nama masing2..klu setakat tgk gambir je mmg aku tak kenal pun..nak pulak si jamil yg dah terang skit lapangan spotlite..hahaha...

anyway,tahniah pada batch korang ni sbb masih lagi dpt berkumpul bersama meluangkan waktu..kekalkan..

marn said...

akhi.. who?

welcome anyway, but it's better to introduce yourself when coming to someone's place such as this blog.

Tak manis menegur dan masuk rumah orang tak kenalkan diri, ye tak?

akhi said...

waalaikumussalam.... :)

marn said...

aih!! susah sangat ka nak kenaikan diri. memang payah bila berurusan dengan orang yang tak paham bahasa.

aku tak suka main teka-teka sebab aku tak ada masa yang ample macam orang lain.

che mart said...

haluu... i'm back... hehehe ya mmg perghhh... aku ni mmg ada nawaitu nak repeat sbb ari tu ter ode ikan bako sikit jer.. & ter ode plak tomyam byk.. abih penuh meja dgn makanan.. (walau telah di brief dgn terang dgn nyata oleh aku tentang bab ode & petua mengelak pembaziran..) nasib baik semua masih simpan skill MENTEKA.. yg dulu cuma diamalkan bila usai solat jumaat.. lari cam road runner tu..bepp bepp. Hah tuan Presiden bila nak pi pekena burger gedabak plak?

akhi said...

ye la aku tak paham bahasa.. kau tu tak paham hukum .. lagi sah bangang sekolah agama .. ok lah.. aku pun malas nak kacau kau yg byk masa menulis mcm bagus tapi tak tau apa2 pun ...

marn said...

masuk rumah orang tak perkenal diri, tau2 cas orang tak paham hukum.. amendenye nih beb? lu memang tadak akhlak la.

Lu akhi kalu, perkenalkan lah diri tu. Apa yang masalah sangatnya pun? Macam la nama lu macho sangat sampai orang teruja bila lu sebut nama lu. Senang dan simple je aku tulih. Ke tak tercapai akalmu bro akhi oi? Aku memang tak reti dan bangang. Lu pandai sangat ka?

Kalau setakat lu tulis salam wa tak tulis jugak jawab salam, lu dah cas wa bangang agama, ternyata lu memang jahil gila. Mestikah wa tulis jawab salam untuk bagitau lu yang wa jawab salam lu? Kalau wa jawab masa baca mesej lu, amcam bro? Lu bukannye dengar pun.

Memang gagal la manusia yang sorang ni. Mintak ampun kat Allah Taala dan doa supaya kita ni dijauhkan daripada hasad dengki, cas orang tak tentu pasal. Yang penting dalam hidup, akhlak mau canteekk!!!

Ada paham ka tak tercapai akalmu?

Abe Mak said...

Alamak? what happen. Be cool la.. benda kecik jer nih.. byk benda lain yg lagi berat utk dibincang kearah kebaikan bersama dr kita saling bodoh & memperbodohkan org lain.. Aku rasa korang berdua lebih alim dlm bab nih..

marn said...

insaflah aku pabila membaca komen abe mark..

maaf dipinta buat semua. kalau2 bahasa wa terkasar. Allah Maha Kaya. aku miskin hina.