Pages

Solat Time

Showing posts with label beras. Show all posts
Showing posts with label beras. Show all posts

Tuesday, May 13, 2008

Makanan

Assalamualaikum..

Bertemu kembali. La ni orang ramai dok bising pasal beras naik di pasaran tempatan dan dunia. Apa tindakan kita untuk menangani masalah dan krisis makanan ni? Pada aku, kita kena kurangkan ambil makanan yang berasaskan beras buat sementara waktu. Carilah makanan lain buat sementara waktu sehingga harga beras di pasaran dunia dan tempatan stabil. Apakah makanan gantian yang kita ada? Banyak la kawan-kawan. Buah-buahan ada, akaq kayu pun ada, gandum ada. Tak jemu ka asyik makan nasik dari kecil sampai dah jadi mak-pak orang? 
Kerajaan kita yang dah berumur 50 tahun ni baru terfikir nak buat stok penimbal. Tu la bila baca al-Quran tapi takmau nak ambil pengajaran dan buat kajian. Lama dah kisah nabi Yusof AS dan kerajaan kuno Mesir yang berjaya mengatasi masalah dan krisis makanan. 

Dan aku juga nak sentuh tentang ternakan kambing, lembu, ayam, puyuh, ikan, udang dan sebagainya. Memang patut sangat-sangat la ni kita cebur bidang ni daripada kita ternak kutu, lintah, cacing dan haiwan serta serangga lain yang kita tak boleh nak buat sebagai makanan gantian. Sebabnya, bila krisis sebegini melanda, kita dah ada stok yang insyaallah mencukupi.

Dah sampai masanya untuk kita berfikir secara serius untuk melibatkan diri dalam ternakan dan pertanian. Kita dah tak boleh nak harapkan orang lain i.e kerajaan yang sedia ada kerana pak-pak menteri yang ada ni tak berapa nak cerdik cari jalan penyelesaian. Dulu kita dah kecoh kes gula, minyak masak, besi dan sebagainya. Tapi depa yang dok pegang kuasa buat 'nehen' ja. Bila tsunami kurang beras datang, barulah macam-macam teori dan idea yang depa dok bising nak buat. 
Peniaga pun sepasai. Bila barang naik, bukan main laju penaik harga. Bila barang turun, buat-buat sibuk perkara lain. Bila model perniagaan kita tidak berlandaskan sunnah dan tarbiah daripada Rasulullah SAW, dan kita gunakan model kapitalis, inilah jadinya. Tiada taqwa, amanah, berbuat amal jariah dan tolong-menolong. Yang dicarinya ialah untung, untung dan untung. Padahal, semua ni bersangkut-paut. Kalau kurang makanan, rakyat susah hati. Bila rakyat susah hati, tak boleh nak fokus. Bila tak boleh nak fokus, produktiviti jatuh. Bila produktiviti jatuh, pulangan dan keuntungan tiada. Bila pulangan dan keuntungan tiada, siapapun tak mau nak buat. Bila siapapun takmau nak buat, tiadalah orang nak berniaga dan berjual-beli. Bila tiada orang nak berniaga dan berjual-beli, ekonomi kita jatuh merudum. Bila ekonomi kita jatuh merudum, kerajaan boleh jadi muflis sebab tanggung hutang keliling pinggang. Akhirnya siapa yang susah? Kita dan anak cucu kita juga yang susah. 

Pak-pak menteri gabuih duit dan lari pi tempat yang boleh dapat makanan. Tinggallah kita terkontang-kanting pi cari kayu api dan kikih kulit pokok buat baju dan makanan. 

Hampeh punya pemerintah...