Pages

Solat Time

Tuesday, December 2, 2008

Kambination Part VI

Assalamualaikum..

Terima kasih tidak terhingga buat kawan2 yang hadir pesta Kambination tempoh hari. Buat yang tidak hadir, memang hangpa rugi. Walau apapun, terima kasih di atas doa yang dikirim bersama angin lalu. Pesta berjalan dengan aman, tiada gangguan daripada pihak polis mahupun FRU serta makhluk halus. Mungkin Kambination itu merupakan yang terakhir sebelum abg Iz menamatkan zaman bujangnya.

Pesta berlangsung dengan suasana yang sederhana meriah. Disebabkan ramai dari luar kawasan yang tidak dapat hadir, maka topik perbincangan pun berlegar di kalangan warga Lembah Klang sahaja. 

Tiada maklumat dan berita sensasi yang boleh dikongsi bersama. Cumanya, Alhamdulillah kerana ramai di antara sahabat-sahabat kita walaupn di dalam zaman gawat ini, mereka boleh hidup dan meneruskan gaya hidup sedia ada dengan teratur dan stabil. Manakala buat mereka yang berniaga sendiri seperti aku, kesan kegawatan ekonomi sudah mula terasa. Stok-stok saham dan kaunter-kaunter utama ditutup rendah menyebabkan ruang untuk berbelanja semakin mengecil.

Di UK sekarang, bank-bank komersial sudah tidak memberikan pinjaman kepada mereka yang ingin membeli rumah. Sehinggakan tuan rumah membenarkan para pembeli yang ingin membeli premis dibolehkan membayar ansuran secara bulanan. Berita gembira buat mereka yang ingin membeli kereta terpakai dari UK, sekarang harga kereta terpakai sudah turun sehingga 50%. Bolehlah membeli buat sesiapa yang berwang (bukan beruang). Dalam erti kata lain; Dunia di luar sana semakin parah ekonominya.

Ini membuktikan bahawa kapitalisma bukanlah satu cara yang baik untuk kehidupan manusia.Kapitalisma adalah barah dan virus yang merosakkan muamalat dalam hidup kita. Ianya merupakan punca kepada kemiskinan di seluruh dunia. 

Dan kepada mereka yang ada duit lebih, bolehlah mula melabur di dalam emas. Memandangkan trend pasaran emas semakin naik, keuntungan untuk jangka masa pendek dan panjang boleh dibuat di dalam portfolio pelaburan seperti emas dan perak. 

Antara bentuk pelaburan emas yang terbaik buat masa sekarang ialah sama ada membeli barangan emas ataupun 'mint' iaitu syiling emas. Boleh di dapati di cawangan bank-bank tertentu sahaja. Antara bank-bank yang menawarkan perkhidmatan ini ialah Public Bank dan Maybank. Kalau kawan-kawan rasa susah untuk menyimpan emas di dalam bentuk fizikal memandangkan tiada peti besi ataupun kedekut nak buka peti simpanan di bank, kawan-kawan boleh juga membuka akaun emas iaitu GIA (Gold Investment Account) di Public Bank ataupun Maybank.

Selebihnya aku serahkan kepada pertimbangan kawan-kawan untuk melabur dan menjaga pelaburan yang sedia ada untuk menghadapi krisis kewangan global yang sedang melanda. Selamat mencuba.

p/s: Pesan Tok Guru Nik Aziz; "Berbelanja jangan sampai membazir, berjimat jangan sampai kedekut". 

10 comments:

Anonymous said...

Nun di luar sana, ramai yang tengah dok cari emas. Tu sebab Rasulullah SAW dah bagitau dalam hadis suaay setiap muamalat itu bersandar pada emas dan perak. Ni tak, dok asyik guna duit kertas yang tiada nilai.

Sebenarnya, nilai yang ada pada duit kertas ialah nilai paksaan. Bank Negara paksa rakyat Malaysia guna duit kertas. Dan banrangsiapa yang percaya pada setiap ringgit yang ada di pasaran itu adalah bersandarkan pada nilaian emas, sesungguhnya mereka itu adalah kambing yang sedia untuk disembelih.

Duit tidak lagi disandarkan pada emas sejak tahun 1971. Dipelopori oleh US sebab US pada waktu perang Vietnam sudah berhutang sebanyak USD300 Billion. Depa takdak duit, terus putuskan ikatan duit-emas.

Perkara ni memang sengaja dirancang oleh pihak Yahudi.

Next topic, insyaAllah: Bagaimana Yahudi membuat perancangan untuk menguasai dunia melalui monopoli ekonomi.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Kat sini aku bukan nak komen apa-apa, cuma nak jemput sahabat-sahabat lama datang ke majlis walimah adik perempuan aku kat Kuala Kangsar pada 27-12-2008 hari Sabtu. Majlis akan diadakan di Dewan Utama Madrasah Idrisiah, dari pukul 12.00 tgh hingga 3.00 ptg. Harap Jamnul dapat hebahkan.

From: Lukman Razi Kamaruddin
0195725132

orang kampung said...

man, kalau kite wat pelaburan payung emas amacam? muahahahah ka gu mana?

Anonymous said...

payung emas? tak pernah dengar beb. crita la sket. payung emas tu menatang afa?

Buat sdr Lokman, insyaAllah akan aku masukkan daam kalendar untuk hebahan umum bila tarikh tu menjelang tiba.

Lokman, no hp lama hang yang 017 tu hang pakai ka dak dah? aku nak delete ja no hp lama hang tu sebab aku bagi kat izanee, dia call tak dapat. Aku consider hang tak pakai dah la.

Anonymous said...

Aku dah tak pakai nombor 017 tu lagi. Boleh buang jauh-jauh....

Lukman

Anonymous said...

hehehehe.. tank you for the update mr Lokman Razi.

Buat orangkampung aka Farasafuan, aku nak tanya personal question: "What type of camera do you own/use right now?" sebab aku perlukan sedikit guidance untuk beli camera DSLR baru memandangkan Olympus E-300 aku ntah hilag ke mana pi nya.

Memandangkan hang (Farasafuan) ahli dalam bidang fotografi ni, kalau aku beli D40 Canon ok ka? Bleh aku tau apa suggestion hang buat aku. Untuk pengetahuan hang, aku minat fotografi tapi tiada kesempatan untuk belajar/ambil kursus dalam bidang ni. Jadi, izinkan aku untuk bertanya soalan2 asas pada hang untuk pembelajaran aku. Aku ni boleh letak dalam kategori beginner la.

Apa pendapat hang?

Anonymous said...

Faras, silap la. D40 tu Nikon. Hehehehe. Tengok. Betapa beginnernya aku sampai brand pun salah.

Anonymous said...

beginner's indeed... hurm hurm hurm

Anonymous said...

alamak aku 27 hb tu pi kelantan.. bwk anak2 nak merasa dengor kuliah suboh tok guru nik aziz heheheheh sori la lokman.. aku mmg suka mkn kenduri nih... braper ekor kamben tumbang?

Anonymous said...

Untuk pengetahuan hang Mat, kenduri kawin adik aku tu tak sembelih kambing, guna daging ais je. Nak safe budget. Siapa ada no telefon terkini Karim, Mael, Faras dan Jamnul Azman. Nombor yang ada kat aku bila send mesej mesti pending lps tu failed. Kalau ada tolong bagi tau.

Lukman.