Pages

Solat Time

Monday, October 13, 2008

Syawal yang sederhana...

Assalamulaikum..

Pertama sekali, aku mohon maaf sebab dah lama tak update blog kita ni. Ya! Aku pun sedari akan kesuraman blog kita ni. Muahahah!! Bukan senang yob nak istiqomah dengan kerja baik macam ni. Ada saja gangguan dan kekangan. Baik dari segi masa, keringat, idea dan sebagainya.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar sekali akan perjumpaan raya bersama-sama sahabat Idrisiah. Walaupun ada yang datang lewat macam aku ni. No more excuses yang patut aku terangkan di sini. Apa pun, tahniah buat mereka yang sudi meluangkan masa datang berhari-raya bersama. Ada yang datang berkeluarga macam Abe Mark, Ustaz Ya dan aku sendiri. Dan ada juga yang mai dengan pasangan hidup masing-masing macam Zaki Saidin dan Sepul Asri. Yang mai Hans Solo pun ada gak, si Jamil. 
Juadah hidangan; seperti komen Abe Mark yang telah menerangkannya di dalam posting sebelum ini. Ada kurma, air zam-zam lagi dan pelbagai. Sederhana tetapi meriah. Komitmen kawan-kawan yang hadir memang aku puji. Aku tak mau nak CAS mereka yang tak dapat dan sengaja tidak hadir. Mngkin masing-masing ada kekangan dan urusan yang lebih aula dan aham. Mungkin..
Abe Iz dah makin bertambah-tambah serinya. Almaklumlah, darah manis. Darah manis dan hitam manis takpa, jangan kencing manis. Kencing manis kalu, seduit pun tak guna. Cepat letih, gigi rongak, kaki dan tangan mudah reput. Buat yang ada kandungan gula dalam darah yang tinggi, pandai-pandailah jaga kesihatan anda.
Orang di benua Afrika mati sebab banyak tak dapat makan, orang Malaysia mati sebab banyak makan. Dan makanlah rezeki dari sumber yang halal dan diredhai Allah SWT. Semoga kita mendapat kekuatan untuk beribadah kepadaNya.
Besar kemungkinan kenduri akan diadakan di rumah aku pada masa yang terdekat ni. Tapi aku sedang mencongak sama ada nak buat dalam cuti sekolah ataupun sempena Syawal yang mulia. Masih dalam dilema lagi ni. Sebabnya cuti sekolah dah dekat sangat dengan tarikh tu. Nak la jugak aku tengok kawan-kawan dari Ipoh dan lain-lain tempat dapat mai makan kenduri kecil aku nanti. Ka gumana abe Mark? Walau apapun jua keputusan yang akan diambil kelak, kenduri insyaAllah ada. Cumanya kecil atau besar skala kenduri itu bergantung kepada keadaan semasa.
Kambing insyaAllah ada. Sama ada bergolek atas altar pembakaran atau tidak, itu bergantung kepada permintaan. Mungkin masakan ala arabian, mungkin masakan melayu. Segalanya berkemungkinan.

8 comments:

Anonymous said...

geng ipoh tadak buat gathering ka? bila nak buat? kalau ada buat, jemputlah KLians ni. Mana nak pi tau, kot2 leh join.

Anonymous said...

assalamualaikum mr president @ mod n guyz

bila nk kndri ni? klau dlm cuti boleh n family tpg toi skali tp klau dlm bln syawal ni...ape bleh buat,hny menelan ayor liur je le dr kejauhan.huhuhuhu

anyway ucapan slmat menempoh alam baru kpd bro Iz, wassalam

Anonymous said...

Abe Dur xde petua2 nak dipesan ke Abg Ez ker.. ker nk kirim gambir sarhawak ker heheheh

Anonymous said...

besar kemungkinan aku buat kenduri pada 25hb ni. ini disebabkan bini aku dah tadak cuti (taun ni bini aku balun cuti tahunan sampai rapat). lagipun, isnin 27hb tu cuti deepavali. leh la rilex 2 hari. letih wo handle kenduri ni.

bajet ngam2, so aku buat skala kecik je la. lagipun skang ni zaman 'recession'. lebih teruk daripada 97-98 dulu tu ha. so, kena la ada cash in hand skit. kot2 la jadi apa2 nanti. dok gitu?

aku mintak maap la buat kawan2 yang hrap aku buat dalam cuti skolah. bukan takmau, cumanya tak berupaya tunggu cuti skolah yang nak mai ni nanti.

skang ni tunggu kamben untuk di'aqiqah' available ke tidak. nak amik kat sayong kamben si amali, kalu transportation free cun gak tu. nanti aku kawtim gumana.

mungkin juga hidangan nasik arab 'maqlubah' as a main dish. and the rest depend la pada bajet. Maqlubah bermakna terlangkup. jadinya insyaAllah kita makan nasi terlangkup (nasik minyak masak skali ngan ayam) dan bukannya nasi terlingkup ya!

Anonymous said...

be mark!

petua kalau penuh di dada, tapi tak amal tak guna gak. petua aku senang ja: nak 'BAEK' kalu, stop minum ais dari sekarang. Insyaallah, 'BAEK' punya dok ada.

Anonymous said...

fwd ke iznee.. dia tu aku tgk kuat gak minum ayeh...

Anonymous said...

kebetulan smalam si abe iz ada mai main badminton sekali ngan aku malam tadi. So, aku dah forwardkan kepadanya. Dia anggukkan kepala saja.

habis main badminton, aku lepak minum ngan dia, dan dia tak order ais. Hehehehehe... harap jangan hot-hot chicken shit sudah la.

aku masih tak berani nak kmonpemkan date betulnya kenduri sebab kamben so far masih belum dapat lagi. kang main janji nak hidang kamben, blakang ayam pencen ja yang jadi hidangan. Tak memase je kang kena murka ngan kengkawan.

Anonymous said...

salam semua sahabat ku...
lama dah aku tak berkarya dalam blog ni dek kekangan masalah teknikal line internet kat sekolah aku...mmg sebiji macam alasan gebok bila ditanya mengapa dah lama tak muncul dalam blog hehehee...

actually aku baru jer dapat cuti seminggu dek kerana isteri kesayangan aku telah pun selamat melahirkan anak kami yang ke 3...dapat anak wedok kata orang jawa..tahniah diucapkan pada diri aku.

man,,,kalau tarikh 25 hb okt ni menjadi kenyataan kenduri kat umah ko aku mintak memaaf bebyk la munkin aku tak boleh hadir oleh sbb2 yang tak dapat ditepis...mengkala bini aku pun tak lepeh pantang lagi n ada majlis beso kat sekolah aku ngajo ni pd masa n tarikh serta jam yang sama...sori na.