Sekumpulan manusia yang pernah dan sedang berkongsi pengalaman suka duka sebuah kehidupan yang sementara... Semasa tuan-puan berada di sini, pohon gunakan bahasa yang molek dan manis untuk dikongsi bersama. Kerana bahasa menunjukkan peribadi kita. Terima kasih buat semua...
Monday, July 28, 2008
It ain't over until the fat lady sing..
Friday, July 25, 2008
Let the hunting begin..
- Tarikh : 27hb Julai 2008
- Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang (jangkaan)
- Tempat : Rumah Sdr. Ismail Nizar aka Mail Ninja bin Ibrahim.
- 7.30 - 8.30 pagi - Berkumpul dan sarapan secara jama'i di kedai kampung yang sedap.
- 8.45 - 10.00 pagi - Acara menembak tupai bersama abg Rambu di dusun Mail Ninja (kalau tupai tiada, kita tembak burung) dan mengutip deroyan.
- 10.30 - 11.50 pagi - Makan deroyan sambil berendam ala-ala artis seperti dalam majalah Mangga. Diselang-selikan dengan penampilan khas kamben dan ikan talapia bako. Pergh!! Terujanya aku yang menulih tentatif ni.
- 12.00 tghari - 1.00 petang - Sesi bebas seperti gusti lengan, buat lawak (ni serah pada Mart Jeni untuk handle), tazkirah (kalau ust. Abu Atief nak buat la) dan yang boleh mengeratkan lagi ikatan silaturrahim.
- 1.05 petang - Majlis ditangguhkan.
- untuk yang bertolak dari KL, akan memulakan perjalanan seawal pukul 3-4 pagi.
- untuk yang bertolak dari selain dari KL, bolehlah menguruskan jadual perjalanan anda sendiri.
Monday, July 21, 2008
It is time..
Monday, July 7, 2008
Sekadar renungan
BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN
Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!
Suami wajib bagi nafkah pada isteri, tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Wednesday, July 2, 2008
Take a break!
Wife is like TV, girlfriend is like Handphone (HP).
At home watch TV, go out bring HP.
No money, sell TV. Got money change HP.
Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.
TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated.
TV is big, bulky and most of the time old, but handphone is cute, slim, curvy and very portable at any time.
Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding.
Most Important, TV got remote. HP don't have.
Last but not least....
TV doesn't has virus, but h/p yes... has VIRUS.
once get it, terus KONG.... hahahahaha..
so better choose TV.....
Kisah Burung.
Ada seorang lelaki tua yang memiliki hobi memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya hilang. Merasa aksi pencuri sudah keterlaluan, si lelaki tua membawa masalah itu dalam pertemuan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua: "Siapa di sini yang punya burung?"
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.
Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah: "Bukan itu maksud saya. Maksud saya ialah siapa yang pernah lihat burung?". Seluruh penduduk wanita pun berdiri.
Menyedari pertanyaannya masih tidak tepat, dengan muka merah padam dia menyambung; "Maaf, bukan itu maksud saya."
Sekali lagi dia bertanya: "Maksud saya, siapa di antara kalian yang pernah lihat burung yang bukan milik sendiri?". Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki tua itu makin merah. Ia makin gugup.
"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?". Lalu… Isteri lelaki itu pun berdiri… dan dua orang wanita lain.