Solat Time

Tuesday, March 18, 2008

One of the finest moments in our life.. part II

Dan yang lebih terujanya, semasa makan, aku dikejutkan dengan 'surprise' parti untuk menyambut 'birthday' aku yang jatuh pada 13 Mac. Dapat la 2 ketul kek. Nak best lagi, abg Samsul Rizal dan anak si Fariz; Athirah pun sama birth date ngan aku. Barulah aku tau selama ni ada jugak manusia yang dekat dengan aku yang share birthday. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tersayang yang 'arrange' semua tu.



Selesai makan malam, kami pun melepak depan dorm budak bujang untuk sesi seterusnya; membakar ikan dan kambin. Malangnya kambin tak berapa nak mendapat tempat pada malam tu disebabkan kehebatan ikan yang dibakar. Manis dan lemak berkrim. Aku tak dapat nak layan sangat makan ikan sama kambin sebab gusi aku dah membengkak. Ntah le. Tetiba je bengkak. Mungkin dah takdir Allah rezeki ikan dan kambin aku tak banyak malam tu.

Pukul 12 malam, barulah mesyuarat tentang halatuju komuniti kita ni bermula. Ada beberapa agenda mesyuarat yang berjaya diperolehi. Positifnya, semua kita masih sayangkan komuniti ini. Dan aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana punyai teman dan kawan yang sudi bersama-sama menjayakan program dan menyusun objektif komuniti ini. Setelah kian lama kita merancang secara tak formal, akhirnya kita berjaya juga mempunyai suara yang sepakat untuk mengorak langkah seterusnya. Secara ringkas, hasil yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat adalah seperti berikut:

1) Kehadiran ahli Komuniti adalah seperti berikut:
  • Ust. Amali bin Amhuri dan keluarga
  • Ust. Fariz bin Jalaluddin dan keluarga
  • Ust. Ahmad Zaki bin Yusof dan keluarga
  • Ust. Fakhrul Zaman bin Mansor dan keluarga
  • Ust. Syukri bin Mohd Isa dam keluarga
  • Cikgu Ahmad Husaini bin Dakir dan keluarga
  • En. Ahmad Suzaini bin Hashim dan keluarga
  • En. Jamnul Azman bin Mulkan dan keluarga
  • En. Ismail Nizar bin Ibrahim
  • En. Izanee bin Zainon
  • En Samsul Rizal bin Musa
  • En. Saiful Yusrin bin Mohd Yusof
  • En. Sirajuddin bin Haris
  • En. Zaki bin Saidin
  • Jamnul Aziah, bondanya dan adiknya.

2) Manakala lantikan AJK Komuniti 87 telah diputuskan secara rasmi:
  • Penasihat Kehormat: Ust. Amali bin Amhuri
  • Pengerusi: Jamnul Azman bin Mulkan
  • Tim. Pengerusi: Bro. Ahmad Suzaini bin Hashim
  • Setiausaha: Bro. Zaki bin Saidin
  • Bendahari: Ust. Ahmad Zaki bin Yusof
3) Yuran tahunan keahlian sebanyak RM50.00.
4) Tarikh akhir pembayaran yuran keahlian ialah sehingga atau pada hujung bulan Oktober setiap tahun.
5) Bagi mereka yang telah pergi ke Pangkor baru-baru ni, secara otomatisnya telah membayar yuran tahunan termasuk bro. Jamil Fahmi bin Yusuf yang tidak dapat hadir tetapi telah menyumbangkan wang.
6) Ahli mesyuarat juga telah memutuskan untuk mengumpul wang sebanyak RM50.00 (sekali sahaja) sebagai dana Komuniti pada masa akan datang dan menetapkan bahawa wang yang terkumpul melalui yuran tahunan akan disalurkan ke pertubuhan kebajikan, rumah anak yatim, sekolah agama, tabungan, khairat kematian, pinjaman jangka pendek kepada ahli, caj perkhidmatan (sekiranya ada) dan sebagainya.
7) Pendaftaran syarikat sebagai satu mekanisma untuk menjana ekonomi Komuniti. Di antara cadangan nama syarikat yang akan ditubuhkan ialah:
  • IDR 87 Resources
  • Idrisiah 87 Resources
  • Komuniti Idrisiah 87
  • MIBC 87 Enterprise
  • X Idrisiah 87 Enterprise
8) Penama syarikat ialah Saiful Yusrin & Jamil Fahmi selaku pemegang amanah.

Begitulah serba ringkas akan mesyuarat yang telah ditangguhkan pada pukul 3.00 pagi. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada ahli mesyuarat yang telah hadir. Sebarang kesilapan dan kekhilafan fakta pohon diperbetulkan.

Semoga kalian semua berpuas hati dengan penerangan yang serba ringkas tentang perjumpaan Komuniti 87 di Pangkor baru-baru ini. Moga Allah SWT merahmati kita selalu, amin.

Kami bergerak meninggalkan chalet beramai-ramai kurang lebih pukul 1.00 petang dan sampai di Jeti Lumut pukul 2.00petang. Maka dengan hati yang hiba, masing-masing bersurai dengan membawa memori bersama-sama hingga ke akhir hayat.

27 comments:

Anonymous said...

akom sahabat semua...

bangga aku baca posting ni...nak menitik ayaq mata pun ada...akhirnya dapat gak kita kutip duit utk dana kita...aku doakan semoga komuniti kita ni bertambah maju n kukuh disegi ukhuwah,kewangan dll...jgn terkezut kalau satu hari nanti nama komuniti kita tersenarai dalam bskl...TAKBIRRR!!!!!

abu_ateif n hanan

Anonymous said...

jumaat ni mb perak akan berkhutbah kat semejid negeri...jom rame2 yop...bukan senang nak dengo mb baca khutbah...mb karaoke banyak la hehehee.

bendahari agung.

Anonymous said...

saje aku pake nama bendahari agung...jgn jeles pulak na hehehe...hampa yang lantik...kalau bendahari sultan rasa kecik jer...agung besaq lagi muahkakaa.

mart zeni said...

arwah ustaz musa tentu bangga kalu dapat tahu yg kita semua masih berjaya mengukuhkan silaturrahim walaupun sudah hampir 17 tahun meninggalkan idrisiah... isk2 isk

the pukaters said...

dari sms yg aku dapat.. Tuan guru nik aziz akan berceramah di stadium shah alam pada 27 march & kemudian akan berkhutbah jumaat di masjid shah alam pada keesokan harinya.... hah ader brani?

BORG said...

betoi kata mat,aku pun rasa mcm tu jgk,to all members, i'm proud of you all

BORG:mcm kata zaki,jgn tergezut klu komuniti tersenarai dlm bskl

abu_ateif said...

bukan setakat arwah ustat musa jer yang terkejut...perak man yang kat lenggong tu pun menitik ayaq mata kalau tau kita masih buat perjumpaan cam kat pangkor ari tu.

wehhhh...bila nak buat lagi reunion cam hari tu...aku cadangkan buat sebulan 2 kali ler baru lagi akrab hubungan sesama kita hehehehe..

lepeh ni kita buat kat cameron highland pulak kot...kasi beku ckit.

marn said...

muahahah.. bukan bleh jumpa selalu. macam orang tua2 cakap la: jauh bau bunga, dekat bau taik. Nak kata tak kena, nak kena tak kata.

Aku memang seronot jumpa kengkawan, tambah2 pulak yang boleh pikiaq pasai hala tuju masa depan ni. Takdak la sembang kosong. La ni, aku kena set ngan jamil n yusrin untuk bincang dan serahkan duit untuk depa pi register company.

Maslaahnya skang ni, si jamil tu memang dok bz dua tiga hari ni. Mungkin makan seminggu dua lagi la. Yusrin pulak dok sibuk timang anak. Tak tau la bila aku boleh set nak jumpa dan dok bincang skali ngan depa.

Buat kawan2 yang dah bagi duit tu, harap sabaq la no. Masing2 ada kekangan dan halangan. Yang cari makan tadak gaji la ni dok struggle gila2 nak survive. Aku harap hangpa semua paham la situasi kawan2 yang tadak gaji ni. Miss kerja satu hari, boleh miss soru satu minggu.

apa2 nanti aku akan update perihal nak register company.

Wallaweh.. abu atief, masa balik dari Pangkor itu hari, aku misplace la list belanjawan yang hang bagi kat aku. lani dok kelamkelibut cari tang mana aku letak. Aku nak kena bentang dalam blog ni brapa betui2 duit yang tinggai dalam tangan sebabnya, aritu masa hang hand-over duit kat aku tak tolak lagi duit mat, mail ngan aku bayaq untuk tambang servis van mai dan balik.

Mengkala jumpa list belanjawan, aku akan add up berapa betui2 duit yang ada dalam tangan.

So, selamat bertugas dan selamat menyambut Maulidur Rasul!

Jamil said...

salam smua,

aku mintak maaf pada smua kwn2 sbb xblh join kat pangkor ari tu.Insyaallah lain kali aku akn join sama.atas nasihat dan prstujuan tuan ceo komuniti87 aku trpaksa mnyelesaikan job yg ada pada masa tu sbb bzness br nak bbuah.jelous aku tgk gambo kome yeop.

trima kasih pd ajk yg mlantik aku dgn yusrin sbagai pemegang amanah komuniti 87.

jamnul hang sms je kat aku bila nak jumpa aku cuba adjust time.sbb group arab yg baru smp ni tak pandai nak bjln lg.

z_rahman_albanjari said...

assalamualaikum guyz,

PRU 12 lps dh, reunion lps dh, life mst go on, so cm cantek je our syrkt nnt, cm nk tny, kita dftr sbg coop ke?

Thniah kpd smua ahli mjlis trtinggi yg tlh dlntik. Smg dpt mnjlnkn amnh dgn tegas, adil n brhemah. Bila due date utk mnjlskn yuran?

Ape pun x de ke dlm minit msyuarat dl nk buat reunion bln 12 nnt?

marn said...

aslkm abg dur..

1st of all, pa habaq? 2ndly, kita register enterprise yang dok bawah ROC (bermaksud registrar of company) yang mana membawa maksud kepada syarikat. syarikat ni ada banyak jenih. tapi secara kasarnya terbahagi kepada tiga induk. 1. Enterprise 2.Sdn Bhd 3.Berhad. Dalam Enterprise tu sendiri ada banyak pecahan mazhab. Contoh; i.sole proprietor (hakmilik perseorangan yang mana sorang saja penama dalam syarikat ni) ii.partnership (ada dua pemilik atau lebih).

tu secara ringkas perihal syarikat. kita tak register atas nama koperasi sebab koperasi lebih kurang macam pertubuhanla. banyak kerenah birokrasi dan pelbagai halangan lain yang boleh membantutkan dan menyuamkukukan semangat orang yang nak pi register.

Kenapa kita tak tubuhkan koperasi? tu kena bincang lain taun la. skang ni kita nak rolling dana atas nama syarikat. ka tak paham? tepon mart jeni.

Pasal due kena bayar yuran, ko takkan tak paham apa yang aku tulih? sebagai seorang cikgu, aku rasa ko paham kan apa yang aku tulih sebab abg jamil n abg mart jeni yang bukan cikgu pun paham akan tulisan aku di posting. cuba baca sekali lagi dan pahamkan ayat2 aku tu.

pasal perjumpaan kali ke berapa bulan 12? sapa punya kepala akai? aku tak tau pun. apa2 nanti kalau nak jumpa gak, kita jumpa taun depan la.

pada pendapat aku, kalau nak jumpa selalu boleh, tapi bukan besar-besaran. sebab bukan semua ada masa yang boleh dileburkan macam orang makan gaji. tak kerja atau kerja, ujung bulan gaji dapat. so, mintak paham la skit situasi orang yang tiada bergaji nih.

pun begitu, aku tak halang kalau nak buat perjumpaan besar-besaran 2-3 kali setahun. Aku tak dapat nak join je la. Sebab banyak menda lain aku nak kena buat selain daripada berjumpa. Muahahahahaah....

abu_ateif said...

akom sahabat...

camna abg durr leh paham kot penjelasan tragis dari bro marn tu...kalau tak paham hang p masuk tusyen la kat umah cikgu box cuti sem nanti muahahaa..

wehh man awat hang bagi hilang menda tu...aku tak dak salinan...hanya tu la satu2nyer yang ada...hang balon p la berapa...bagi aku,aku cukup thiqah ngan hang.

abu husni said...

Assalamualaikum wbt sahabat semua!

Kenangan di pangkor tidak akan aku lupakan. di kesempatan ini aku nak ucapkan syabas kpd Ghubin dan lain-lain yang berusaha menjayakan program rehlah tempoh hari.

Isteri dan anak-anak aku cukup seronok dengan isteri-isteri dan anak-anak hangpa semua. Isteri dan anak-anak aku dok tanya bila nak buat hari keluarga lagi.

Ucapan terima kasih bebanyak kepada Mr. Borg & isteri serta Abu Atief & isteri yang banyak membantu kami semasa berada di pangkor. Susah payah kome hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Abu Atief, hang memang pakar masak lah...kebolehan hang tak boleh dipertikaikan lagi.

Begitu juga dengan Gebok sikap ringan tulang hang memang tak boleh disangkal. Semoga Allah membalas jasa hangpa semua.

Aku sekeluarga memohon maaf sekiranya sepanjang berada di sana menyusahkan atau berlaku perkara-perkara yang kurang menyenangkan pihak rakan-rakan yang lain.

Ghubin, tahniah aku ucapkan kerana berjaya mengatur program Hari Keluarga ini.

Ok, sekian Wassalam.

abu_ateif said...

salam sahabat2ku..

aku pun cam abu husni nak ucap tahniah kat pakcik ghubin n kengkawan yang lain atas kejayaan kita bersama buat majlis tu...

abu husni,,,aku tak sehebat mana pun dalam masak ni...yang kat pangkor tu mr.box n wife yang rancang semuanya termasuk menu yang kita makan malam tu...aku hanya boneka depa jer..depa suruh masak cam tu,camtu la jadi nya.

cam kata marn hari tu...bukan senang nak buat selalu benda ni...sian gak kat kengkawan yang kais pagi makan tghari kais ptg makan malam...hang tak pa la abu husni cukup bulan duit masyukk.

tapi aku cadangkan kalau nak buat perjumpaan jgk apa salahnya kita set satu hari kat mana2....kita jer yang mai...anak bini bagi dok kat umah berehat...sekadar bertukar2 pendapat n bersenda gurau...dapat tido semalam dalam dom pun ok..longgok ramai2...esok balik ke destinasi masing2...camna kata?

BORG said...

a'kum,

aku setuju....

BORG:klu mende baik aku sentiasa setuju

marn said...

muahahaha.. ketagih la pulok!! aku pun ketagih jugak nak berjumpa. muahahah..

buat abg dur, kalau rasa brutal dengan ayat2 aku sebelum ni, aku pohon maaf la.

buat abu husni dan kawan2 yang pi, aku pohon maaf bagi pihak AJK yang terlibat. banyak kelemahan yang boleh dielakkan dan diatasi jika persiapan yang lebih rapi dan jitu. Allah Taala jua yang punya perancangan untuk menjadikan program kita tu berjaya. Kalau nak ucap terima kasih, aku rasa ucapan tu lebih terarah dan tertuju kepada abg borg, abu atief, mart jeni (menggunapakai fasilitas di opis dan berkongsi idea) serta ust amali. Aku ni tukang karut ja. Serius!

Memang aku terhutang budi dengan depa2 ni dalam menjayakan misi 102 codename: Pulau Pangkor. Muahahahah..

Abu Atief, sori la. Memang aku tak sengaja. Tapi bila pikir2 balik, rasa macam aku amik sampu surat yang penuh duit tu ja. Muahahaha!!

Takpa la, aku tengok pada sampul tu tulis RM1,517.00. Tu tidak termasuk duit yang hang amik kendian sebab lupa nak masukkan dalam pembentangan. Rasanya duit memukat RM150/=. Pastu ditolak lagi dengan RM100/= untuk servis van pegi-balik ke jeti. Secara kasarnya: RM1,517.00 tolak RM150.00 (duit pukat) tolak RM100.00 (duit servis van) bersamaan RM1267.00

Ka salah perkiraan aku nih? Kalau ada pembetulan, sila bagitau, sebab aku nak handover duit ni kepada en Jamil untuk tindakan seterusnya. Dia dah ambik borang untuk register company. Tunggu duit dan nak set sama Yusrin pegi ROC je la.

Walau apapun jua, aku sekali lagi merakamkan jutaan kemaafan di atas segala kelemahan kami pihak AJK projek Pangkor dn terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi turut sama memeriahkan majlis yang seumpamanya.

z_rahman_albanjari said...

asssalamualaikum guyz

halamak wa sdh e bom dgn mr presiden. Nak kene mcm Derih Jusoh ni, next election show him mane pintu kuar. Muahahahaha padang muke die.

actually wa x study abis ape yg mr presiden tulis dlm last posting. Sbb wa x blh baca abih, mata dh berkunang-kunang menahan ayaq mata,melihat kemeriahan pesta tersbt. So terlepas several fact. Sori noooo, lain kali cek baca semua yg mamu tulih dlm next posting. orait.

Kalau x bleh buat meeting secara formal, buat x formal, mcm rmh kenduri kawin ka, kenduri cukoq jambui ka, kenduri arwah pun boleh. So mane kwn2 yg buat kenduri trsebut boleh kot jemput kekawan.

Satu lagi, keahlian adakan dibuka utk within our intake atau semua lepasan MIBC x kira intake taun bile, sbb wa ada cite pd ex Idrisaiah boy yg lain taun dgn kite.(Mr. presdn. kalu mu doh tulih @ royak , maah la ambo x ingak & baco deh) So puok no pung berminak denge kito punyo progre.. Guano tuh.

abu_ateif said...

akom semua...

bukan ketagih marn...tapi syok leh jumpa kengkawan nih...apatah lagi yang lama dah kita tak jumpa...mcm2 lawak basi boleh dikoreksi...hilang yop penat berkerja setahun bila kita buat gathering cam hari tu.

rugi kita tak rakam vcd majlis mesyuarat tergempar kita kat pangkor tu...klu tak kita pos jer kat depa2 yang ode maka terjawab la segala persoalan...lepeh ni byk depa yang tak p hari tu akan tanya macam2...hari tu kita tak lantik tukang karut so mr presiden la kena jawab mcm2 muahkakakaa.

abg dur...
cukur jambul adalah satu bid'ah...yang sunnahnyer cukur rambut satu kepala...hang push la mr presiden buat gathering lagi bulan 11 or 12 ni...mmg bes yop.

Jamil said...

salam shabat,

jelous nya dgr korang ceta pasal pangkor.abu atief hang punya cadangan tu mmg cun.aku stuju.

klu hangpa buat kali ni,klu ada pak arab dtg pun aku tinggai....

AKU TAK SETUJU ABG DHUR KALAU INTAKE LAIN JOIN.

tp apa yg aku tau drpd MAD JENI meeting dpangkor dah buat keputusan alumni ni cuma intake kita je.sbb alumni utk smua student, skolah dah ada alumni sendiri.(Persatuan Bekas Pelajar Madarsah Idrisiah)

abu_yousef said...

akom semua....

hari tu dah sembang pasal intake kita ja atau boleh yang lain...ramai yang nak intake kita ja psl sbb2 antaranya mcm yang bro cantek ghoyak tu la tetapiiii....
ss akhi amali la pulak merajuk hampir2 menarik kembali peruntukan di pangkor itu hari pasal kalau kita buat utk batch kiter jer maka dgn automatiknyer beliau terseingkir...so camna kataaaaa.

wehhh mr presiden...ramai gak tu yang memuji dan memuja cadangan aku tak seberapa tu...kena tengok gak apa yang orang bawah nak n suka...kalau tak munkin nasib mr presiden cam mb deghih nate muahkakaaaa

Marn said...

Aslkm..

Maaf dipinta buat yang terguris jiwa dan rasa. Bukannya wa nak guna kuasa veto (adaka kuasa veto). Bak kata abg Mart Jeni: kuku besi terpimpin. Muahahahah!!

Okla, aku bukannya tidak bersetuju mahupun membangkang keras untuk berjumpa. Malah kalau nak kira track record, Komuniti 87 memang dah lama amalkan perjumpaan-perjumpaan kecil such as Kambination yang skang ni dah sampai ke version IV. Memang kita digalakkan untuk berkumpul dan berjumpa selalu.

Antara hikmah solat berjemaah di masjid tu pun dikira berjumpa dengan orang-ramai. Perjumpaan besar-besaran pulak ada setiap minggu. Apa dia? Solat Jumaat tu sendiri. Ni la antara hikmah bersolat secara berjemaah. See, memang dalam Islam digalakkan berjumpa selalu. Dan adalah menjadi suatu kesalahan sekiranya terdapat anasir2 yang tidak membenarkan apatah lagi melarang dari pada berbuat perjumpaan yang niatnya baik.

Secara tak langsung, mendidik kita untuk mengeratkan tali silaturrahim dan berkongsi pendapat dan idea.

Berkenaan perjumpaan tak rasmi, memang kami budak2 kl selalu buat. Tak tau la kot geng ipoh n other places jarang bangat buat. But to we; KLians, bukanlah menjadi sesuatu yang asing.

Ok, harus diingatkan bahawa Komuniti ini ditubuhkan pada asalnya dengan tujuan untuk mengumpul kembali batch 87. Tu sebab ditekankan nombor 87.

Tapi, andaikata khalayak ahli kehormat (semua batch 87 yang sudah membayar yuran tahunan sahaja) bersetuju untuk membuka peluang dan ruang buat warga batch lain, aku tak dapat nak bantah.

Kalau hangpa tanya pendapat peribadi aku, aku tak berapa berkenan la nak bukak untuk lain. Sebab dah ada Alumni rasmi di sekolah. Bunyinya macam sombong dan diskriminasi la. Tapi nak buek camno. Syarat nak masuk Islam pun ada. Syarat nak mengundi pun ada. Sama la jugak syarat nak masuk join jadi ahli Komuniti.

Aku jugak ingin mencadangkan bahawa kita kena mengklasifikasikan keahlian. Antaranya ada ahli kehormat dan ahli biasa. Ahli kehormat dapat lebih benefit berbanding ahli biasa. Bukannya nak mengkelaskan ataupun mengkastakan taraf.

Kita ni semua hamba Allah yang hina. Tapi, kita kena ingat jugak bahawa Allah Taala mencipta 7 level syurga dan mereka yang menghuninya. Adakah Allah memilih kasih? Adakah Allah mengkasta2kan hamba2nya? Sudah tentu tidak! Allah Maha Pengasih.

Begitu jugak dengan Komuniti ni. Buat mereka yang bersungguh dan mengambil berat akan Komuniti ini, walaupun berlainan batch, pada aku tak salah untuk kita naikkan taraf dia. Tapi kalau ada di kalangan batch 87 yang memang kerjanya tak mau nak ambil berat pasal Komuniti, tara tu je la.

Bab benefit, semua nakkan sama rata macam DAP. Tapi bila sentuh bab bekerja, berkongsi idea dan berkorban untuk Komuniti ke arah kebaikan, aku rasa tak semua bersungguh2 nak buat. Ni aku rasa la. Aku tak pinpoint sapa2. ni cakap secara umum la.

So, gitu la serba-sedikit pendapat aku. Selamat semuanya..

akie said...

Aku setuju sangat dengan kata-kata amanat yang diberikan oleh Mr. Tuan presiden kita. Walaupun aku baru jer terjoin komuniti ini, aku rasa tersangat bangga dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh kekawan semua yang dah lama tak berjumpa. Inilah yang dinamakan sahabat, yang perlu kita kekalkan dalam membentuk dan memberi tunjuk ajar serta nasihat yang berguna dalam apa jua keadaan dan kemuskilan. Semoga komuniti ini terus kekal mesra dan berkebajikan. Bagi aku tak perlu rasenyer mencampur adukkan batch yang lain sebab ape... komuniti kita ni perlukan perhatian dari segi gerak kerja berkumpulan untuk memantapkannyer lagi sebelum batch yang lain boleh join.(aku rase tak perlu join pun....kan Tuan Presiden). Bagi aku yang tinggal kat KL ni, perjumpaan kecil tu memang & insyaallah ada dengan semua sahabat, semoga ia berterusan....amin. Buat tenaga kerja yang bersungguh sungguh menjayakan rehlah di pangkor,Tuan Presiden, Mat jeni, Mr. Borg & isteri serta Abu Atief & isteri & juga sahabat yang lain2, syabas dan terima kasih ynag tak terhingga.

akie said...

Aku setuju sangat dengan kata-kata amanat yang diberikan oleh Mr. Tuan presiden kita. Walaupun aku baru jer terjoin komuniti ini, aku rasa tersangat bangga dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh kekawan semua yang dah lama tak berjumpa. Inilah yang dinamakan sahabat, yang perlu kita kekalkan dalam membentuk dan memberi tunjuk ajar serta nasihat yang berguna dalam apa jua keadaan dan kemuskilan. Semoga komuniti ini terus kekal mesra dan berkebajikan. Bagi aku tak perlu rasenyer mencampur adukkan batch yang lain sebab ape... komuniti kita ni perlukan perhatian dari segi gerak kerja berkumpulan untuk memantapkannyer lagi sebelum batch yang lain boleh join.(aku rase tak perlu join pun....kan Tuan Presiden). Bagi aku yang tinggal kat KL ni, perjumpaan kecil tu memang & insyaallah ada dengan semua sahabat, semoga ia berterusan....amin. Buat tenaga kerja yang bersungguh sungguh menjayakan rehlah di pangkor,Tuan Presiden, Mat jeni, Mr. Borg & isteri serta Abu Atief & isteri & juga sahabat yang lain2, syabas dan terima kasih ynag tak terhingga.

abu_ateif said...

peghhh!!!

SU kehormat sudah bersuara...hhehhee..menititq ayaq mata baca ayat hang.

tapi sudah sekian lama tak bersua ngan kengkawan yang lain...pi pangkor pun idak nulih kat blok pun tak dak as well as pak cik meor,later,asri skoties dll.

mart jeni said...

iye lah.. maner meor speki? mr later? & asri scotties.. rindu lak nak baca nukilan panjang lebor depa nih...

abu_ateif said...

wehhh mana nihhh..takkan sonyap n beku semua...aku ketagih nak baca lawak hampa ni...naik boring aku baca apa yang aku nulih sendiri...tolong la lawak bodoh pun tak pa aku sanggup gelak guling2.

abu_ateif said...

walaupun tidak dinafikan takuk memainkan peranan yang penting untuk kepuasan sesuatu perbalahan romantik tapi yang boringnya blog ni masih di takuk lama...tak ramai yang sudi mereka cipta ayat puitis lagi dramatis...mana wehhh sonyap jooo..bizi sgt ker?pak lah lagi bizi tp dia sempat gak turun padang tinjau masalah rakyat jelata..sikit lagi nak p sabah nak pastikan tak dak calon bn lompat katak puru masuk gagasan rakyat...mana wehhhh...kecewa aku sehari 2 ni bkk blog tak dak yang baru.

simpatilah dengan rintihan hatiku yang suci ini...perghhh