Solat Time

Wednesday, April 2, 2008

Cadangan nama dan logo Komuniti 87

Assalamualaikum..

Update 8 April 08

Sehingga kini, aku masih belum menerima logo daripada sesiapa yang teringin nak dapatkan hadiah RM100.00 tu. Aku rasa macam kawan-kawan ni banyak duit sangat ka sampai RM100.00 tu dipandang sepi? Taktau la kot-kot semua nak buat submission last minit. Kita buatlah anjakan paradigma sikit. Bagi hasil kerja awal. Asyik dari sekolah rendah sampai la abih mengaji, semua nak buat last minit.

Buat mereka yang belum menjelaskan yuran tahunan dan dana, sila lah berbuat demikian seberapa segera sebab nak mula kempen projek dah ni.

Posting asal..

Buat semua, aku agak sibuk kebelakangan ni. Memandangkan rumah aku yang tengah di'renovate'kan tu tengah dalam proses 75%. Jadi, aku kena banyak luangkan masa kat rumah sebab nanti masa final touch-up ada pulak yang tak kena. Herot sana-sini. Dan jugak perniagaan aku pun yang agak ok, menjadi antara penyumbang kesibukan harian yang aku tempuhi.

Walau macam mana sekalipun, aku cuba mengeposkan topik-topik baru untuk kawan-kawan semua. Aku sendiri bosan dengan blog yang tiada perkembangan. Jadi, aku menyeru sekali lagi, barang sesiapa di antara sahabat-sahabat yang punya masa terluang, sila bagi apa2 topik selain daripada perjumpaan. Tak kisah la sama ada kisah tauladan, pengalaman pahit-manis, romantis, teguran, idea, saranan, cerpen, kisah tahyul, tazkirah dan sebagainya. Malah, kisah anbiya', para wali dan da'ei pun boleh kita kita kongsikan bersama.

Aku menyeru kepada semua yang sentiasa melayari blog ini, untuk sama-sama menyumbangkan apa-apa jua yang boleh dimanfaat dan dikongsi bersama. Tiadalah aku upaya untuk sentiasa mempunyai idea untuk dinukilkan di dalam blog ini.

Sebelum aku terlupa, masa mesyuarat tempoh hari, kita tak bincang pun tentang nama rasmi komuniti ini. Adakah kita akan terus menggunakan Komuniti 87 sebagai jenama kita bersama? Kalau setuju, siapa yang bersetuju? Kalau ada cadangan untuk penukaran nama, sila berikan di ruangan komen.

Dan satu lagi, ingin aku umumkan satu pertandingan mencipta logo Komuniti 87. Secara perincian pertandingan adalah seperti berikut:

Pertandingan Mencipta Logo KOMUNITI 87.

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Terbuka kepada semua warga Komuniti 87.
  2. Tiada yuran dikenakan.
  3. Sila nyatakan maksud dan warna-warna yang terdapat di dalam logo.
  4. Keputusan akan dinilai oleh pihak juri yang terdiri daripada AJK Komuniti 87.
  5. Semua keputusan adalah muktamad.
  6. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
  7. Logo yang terpilih akan menjadi hak-milik Komuniti 87.
  8. Pihak Komuniti berhak untuk mengubah-suai logo yang terpilih.
  9. Logo perlulah yang tulen dan asli. Sebarang plagiat akan ditolak mentah-mentah.
  10. Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 30 April 2008.
  11. Pemenang akan diumumkan hanya melalui laman blog ini sahaja.
  12. Semua peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 3 buah logo sahaja untuk dinilai.
  13. Semua saiz logo tidak boleh melebihi 10cm x 10cm.
Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100.00 sumbangan Bina Harta Enterprise akan disampaikan kepada pemenang yang terpilih di dalam sebuah majlis yang dirasakan sesuai. Tertakluk kepada keperluan dan keadaan semasa. Pemenang akan diumumkan dalam masa dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

Semua logo boleh dihantar kepada email: loolapalooza@gmail.com
Sila nyatakan nama dan no. kad pengenalan baru bersama-sama logo ciptaan anda.

Sebarang pertanyaan perihal pertandingan logo, sila hubungi aku, di email: marn05@yahoo.com

35 comments:

marn said...

aku rasa abu atief hilang dah bosan kot? so, sesapa yang ada brani, masukla. ada orang nak bagi duit tuh. muahahahaha!!!

BORG said...

a'kum,

hmmmmmmm.... menarik bunyinya tuh,
hah,the rest apa macam?let's rock in

BORG said...

A'kum,

hmmmmmm....menarik bunyinya tuh, hah,the rest amacam?let's rockin babe.

abu_ateif said...

aku tak bosan marn...aku paham member2 semua bizi ngan bisnes masing2...saja aku cucuk jarum jer..kurang2nyer ader gak abang box bersuara wpun sekadar batuk bawah tangga muahahaha.

Anonymous said...

AKU NAK JOIN PERTANDINGAN NI ... TAPI LOGO APE HAAAHHHHHH

SESUAI TAK SESUAI ... SESUAI TAK SESUAI ... SESUAI LAH ????????

SPEKI

abu_ateif said...

perghhh...sukur gue kehadrat yang maha esa sahabat gue mas mior masih bernyawa yahhh..

marn,,,bukan ka nama komuniti kita dah bincang kat pangkor hari tu masa kita nak tubuh sykt tu...balon yang tu jer la buat apa nak pecah kelapa lagi nak pikir mende tu...kerrr ader nama lain pulak..

abu_ateif said...

wehhh kengkawan...

CAMNA PENDAPAT N REAKSI KEPALA HOTAK HAMPA TTG FILEM FITNA ARAHAN MANGKOK HAYON GEERT WILDERS TU.

PERLUKAH KITA MEMBOIKOT BARANGAN BELANDA?
KALAU SETUJU BOIKOT APAKAH DURIAN BELANDA DAN AYAM BELANDA JUGA TURUT TERBOIKOT?
ATAU KITA TAK PAYAH BOIKOT...DAN APAKAH YANG PERLU KITA BUAT?DEMONSTRASI?

AYOH!!!!BANGUN SAHABATKU.DOK TIDOQ PA LAGI

mart jeni said...

aku x tgk lagi la crita tu mcm mana.. tapi baru2 ni aku ader terbaca satu tulisan yg membuatkan aku terCOOL sejenak dan terus kureng skit rasa marah2 aper kata saudara abu atief cuba visit ke blog saifulislam.com

selamat membaca

Anonymous said...

salam...

Cadangan aku tentang logo K87 ... disebabkan aku ni 'buta' seni melukis ...tak buta yang lain ,

Aku cadangkan kepada sape2 yang nak join pertandingan tu , basic logo kite tu mesti ada lambang sekolah Idrisiah ... sebab perkenalan kite semua ini bermulanye di sana .. tang kaler ikut pandai si pelukis le ( pendapat aku ler ... kot ade sape2 yang benci ngan sekolah lama kite tu , mesti tak stuju nye , betul dak ) .

Kalu idok pun boh gambor kambing .. coz selalu sangat panggang kambing hek hek hek ( lawak ajer Marn oiii , jangan mare )

Speki

mart jeni said...

Dear Meor speki,

Hang tak pekena lagi ayaq tangan izanee yg mengipas2 & merenjis2 lelemak daunan ke daging yg subur.. tu yg hang brani buat lawak keatas kambin bebiri idaman kami nih.... skang ni lagi la lazizun setelah berTag-team dgn zaki saidin yg pakar dlm menyediakan rencah cicahan ngauman puaka.. perghhhh.. bila la si YELO nak buat kenduri bako kamben nihhh

Transplante de Cabelo said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Transplante de Cabelo, I hope you enjoy. The address is http://transplante-de-cabelo.blogspot.com. A hug.

akie said...

Mat Yelo cakap ari tu 30mar08. Tapi lepas tu sonyap je... rumah tengah renovation jugak ke mcm tuan presiden kite tuu!!! semoga rezeki semua sahabat kian bertambah insyaallah.

akie said...

Izanee ada SMS yang gambo kat pangkor ari tu dah siap cuci. Amacam kita lepak2 nengok gambo sambil pekena kambing........ada brani tak???

mart jeni said...

Yelo telah menunda majlis bacaan yasin dirumahnya ke satu tarikh lain yg lebih sesuai akibat dari kesilapan yg berlaku dibhgn pinjaman (gov nyer hal lah nih).. so at the moment ni dia masih tak dapat lagi kunci umah tu.. hah mkn kamben?.. cun gak tu...

marn said...

hah!! tunggu apa lagi? Jom kambin!

abu_ateif said...

akom sahabat...

kambination????habaq mai bila hampa nak buat...insyallah tak mustahil aku mai,,,crita kat aku bila n kat mana.

mat jeni,,,aku dah baca kat saifulislam tu..tapi byk gak pendapat yang suruh kita jgn beli produk belanda sbg tekanan kepada kjaan BN belanda agar ambil tindakan si wilders mangkuk hayun tu..

apahal pun kambin yang kita makan mai bukan dari belanda.
hidup kambin!!!!

BORG said...

a'kum,

KAMBING???(bercakap smbil meleleh ayaq liuq)kat mana?bila?mengapa?

BORG:ada member suggest rusa,burung unta tp kambin ttp dihati

marn said...

aku rasa kena ada gak la unsur2kamben dalam logo kita tu sebabnya kamben la antara unsur2 penting dalam komuniti nih. muahahaha

ka gumana?

mart zeni said...

kang kena cas black metal lak.. ka gumana. hehe

Anonymous said...

Salam

Tak sangka isu blogging kali menjurus kepada kambiiingggg ...

Betape glamernya si kambing.

Ate bile lg nak berjumpe ...cuti sekolah ni tak de sape2 nak kahwin ke atau buat kenduru kahwin ? ( adik beradik dia le ... bukannye dia ) . Boleh gak kite berkumpul

Speki.

abu_ateif said...

wehhh kalau nak boh kambing aku tak kesah..tapi aku cadangkan jgn boh sekor kambing dalam logo tu...apakata kalau kita boh part telo kambin jer...aku rasa ia lebih universal dan simbol kejantanan ahli komuniti.

wehh speki,,,masa orang buat perjumpaan hang tak mai...ni nak ajak jumpa pulak...wehh hang dah bayo sewa komuniti ker belom???jgn ler malu2 nak bayo semuanyer tu utk kebaikan kita jugak.

Anonymous said...

Salam...

Aku memang nak bayor , tapi cara bayarannya aje berbeza ckit . Aku nak direct jumpe ngan hang ... bg duit ( bukan tak caya kat bank ) cuma dah lama tak jumpe kengkawan rindu gak . Minggu ni mungkin aku turun Ipoh , menziarahi abang aku . Akie , nko bila nak pegi nengok dia .

Dengar crite 14/04 ni ade perjumpaan ngan ke lima lima MB negeri jajahan pembangkang di Stadium Perak , Ipoh lepas solat Isyak ... Kalu betoi saudare saudari kat Perak dan sempadan jangan le ketinggalan untuk join skali . Orang2 kat Ipoh tolong konfemkan peristiwa ni .

Speki

marn said...

macam best je perjumpaan tu. So, sape nak bikin kambination? aku ok ja! bila nak set? Secpnd in Command, any word?

mart zeni said...

Smlm saudara Iz aka Tuan tanah aka tukang kipas mengSMS mengatakan yg beliau akan pegi memancing hujung minggu ni ke Kuantan so nampaknya kita tunda jelah Kambination tu ke tarikh yg lebih shafie afdal.. mayb next week kot.. Camner? Hah tak de yg submit logo lagi.. nampak nyer have to lah wa buat.. Err En Marn gang tak infom ke abg ass ke pasal peraduan mencipta logo nih dr duk melengung tu bior le dia lukeh aper patut untung2 dapek la sket...

abu_ateif said...

akom sahabat...

aku mintak maap awai2 la aku ni mmg tak dak bakat nak buat logo ni...tangan aku keras nak lukih2 ni...aku mengharap kengkawan yang lain jer la na.

weh meor sori la aku tak p ziarah abg ipaq hang lagi...aku ingat beliau dah ok...kalau hang turun ipoh mai la singgah sekolah lama hang ni...

wehhh kambination nak buat bila?habaq la kat blog na kot2 aku ada kat sana boleh tumpang sepeha...14-16 hb ni aku ada meeting kat klang.

Mart Zenith said...

14-16? hmm maknanya hang dah ada kat KL ari aper? kalu hang buleh mai umah abg iz pagi ahad.. kita langsung je lah 15hb pagi.. err dulu pernah skali makan kambing time breakfast kat umah izanee.. ok gak.. wat say u mr presiden? and all majelih tetinggi

mart parang tumpul said...

alamak 13hb la ahad hehe mintak mahap abu atief & sume kengkawan

Anonymous said...

Salam Untuk Semua,

Sadis-sadis rupe2nye Akie pun serupe ngan aku buta seni ... cuma tangan dia aje keras ( buka kasar ye ) tak tau nak melukis , tp tapak tangan aku lembut tau ... bukan awww ye .

Ape2 pun kepada sape2 yang nak hantar logo tu aku terima aje .. mesti dia hanto yang terbaik punye , tak kan nak hanto yang cincai atau gambo orang lidi ajer.
Yang penting ia tak lari daripada motif asal penubuhan komuniti 87 ni

So.. perjumpaan kali ni untuk warga K87 yang menetap di Key-El aje le .. sian kat aku tak leh nak join . Tak Pe le lain kali aje .

Ade sape2 yang buka atau baca laman ni
( http://zul4kulim. blogspot. com/ ) kisah YB MP Zulkifli Noordin , syok oiii .

Adioss ... Speki

abu_ateif said...

weh mat,,,hang tak ubah kelendar lagi ka...yang hang tengok tu kalendar tahun 2007...aku p pagi isnin la...bukan buat aper pun sajer depa nak peghabih duit...byk lagi tempat kat ipoh ni hehhehe.

meor,,
aku dah p tgk web mp tu...mmg terhibur baca kisah dia...mmg sempoi n kelakar macam baca buku kartun gila2 jer masa dok bilik saidina ali dulu muahahhaha.

member2 yang lain p mana sonyap sejuta bahasa.

marn said...

ok.. ada sedikit pembetulan tentang duit kutipan kita tempohari. Setelah kajian dan perkiraan dibuat, semua jumlah terkumpul yang ada dalam tangan aku sekarang ni ialah RM1217.00 Kenapa berbeza dengan catatan sebelum ni? Sebab duit upah memukat kita tak bagi RM150/= tapi kita bagi RM200/=. Catatan sebelum ni ialah RM1,267/= ditolak lagi RM50/= maka: RM1,217/=.

Aku akan serahkan kepada en. Jamil dalam kadar segera nanti. Jamil pun dok sibuk sekali ngan aku pun sibuk.

Memblog ni kena perlu komited. Semua orang sokong dan setuju, tapi bila nak laksana, ramai yang liat. Tapi ini bukanlah suatu paksaan. Biaq sikit tapi ada kualiti daripada banyak menyemak. Muhahahahaahah...

Kambination?Ikutlah. Tuan tanah dah tadak. Pi memancing. Tanah aku tak prepare elok2 lagi. Dok tengah mengecat dan nak buat kabinet dapur. Kira makan 2 minggu lagi la ceritanya. Letih, duit banyak habis dan macam2 lagi. Sesiapa yang nak renovate rumah, memang kena prepare duit di luar jangkaan. Kalau tadka bajet, toksah la nak pandai2 renovate. Memang sakit kepala. Muahahaah..

abu_ateif said...

akom sahabat...

abang marn,,
jangan kuater aku siqah gila ngan hang...dan member2 lain aku siqah gak...harap2 tak dak antara kita yang mengikis kepercayaan yang telah kita bagi kat sesama kita...camtu kalu mmg aman la union jack kita ni hehehee...

uishhh...nanti dah siap renovate umah marn leh la kita kaambination...sambil ratah kambin leh la kita tinjau2 umah baru hang...bukan senang nak p umah orang kaya cam hang muahahaha.

abang box ada bagi koling2 aku semalam...dia teringin sgt nak join kambination...tak gitu box???

akie said...

Amacam Tuan presiden kita mencadangkan satu hari yang indah untuk mempertemukan antara kambing KL & juga kambing perak. Nak tau juga kambing mana yang lebih sedap bila kena panggang nanti............amacam kekawan semua ok ke tak?

akie said...

Kalau persatuan kambing2 malaysia dengo sahabat2 mereka nak kena buat breakfast dengan Mart, aku ingat kecewa lara mereka semua....
nyesal tak sudah tuuuuu.

mart zeni said...

hehehe ya betull

Ustaz j-QAF said...

Salamullah 'alaikum...
Maaf jika saya sedikit menggangu..tetapi atas dasar ukhuwwah islamiyyah..ada sedikit cadangan...saya Abd Razak Jamaluddin..Ex-Idrisiah 94-98..sedikit cadangan mengenai alumni..kami sering juga manage alumni..tp buat setakat ni hanay batch kami...apa yg saya harapkan...kita dapat bergabung..insyaAllah...layarilah blog kami...http://mibckk98.blogspot.com/