Solat Time

Monday, March 17, 2008

One of the finest moments in our life..

Assalamualaikum..

Aku doakan kalian semua selamat di dalam apa jua situasi. Al-fatihah buat Nenda Lukman Razi yang telah pergi menyahut seruan Ilahi. Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin.

Buat semua yang telah sudi meluangkan masa bercuti bersama-sama di Pangkor lewat hari, aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa bersama-sama sahabat-handai. Buat yang tidak dapat menghadiri percutian tersebut, bolehlah dikongsi bersama dengan melayan gambar-gambar yang dipaparkan. Moga Allah temukan kita lagi dengan sebaik-baik pertemuan.

Tapi, sebelum aku menyambung bicara, selaku Pengerusi yang telah kawan-kawan amanahkan, memohon ampun dan maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan aku dan AJK yang menjalankan program percutian di Pangkor. Aku dapat merasakan ramai di antara kita yang tidak berpuas hati dengan tahap keselesaan serta perjalanan program yang tidak seperti dirancangkan. Sama-sama kita mengambil iktibar dan belajar di atas pengalaman yang kita perolehi. InsyaAllah, di lain masa dan ruang, dapat kita mengemaskinikan jadual program dan melaksanakannya dengan jaya.



Ingin aku rakamkan ucapan terima kasih bagi pihak Komuniti87 di atas kesudian sdr. Amali Al-Haj kerana sudi menyumbangkan dana untuk percutian dan perjumpaan kali ini. Allah Taala jua yang dapat membalas segala jasa baik tuan. Terima kasih jua buat teman-teman yang bersekongkol dengan bini aku dalam meng'surprise'kan aku. Thanks alot dudes! I really appreciated that.

Perjalanan aku berkonvoi ke Pangkor bermula jam 7.06 pagi. Janji berjumpa dengan Mart dan Izanee di RnR Rawang pada pukul 8-8.30pagi. Nak dijadikan cerita, abg Yusrin confirm last minit nak join. Apo lagi, abg Iz pun dengan pantas pi pick-up Yusrin di Puncak Perdana nuh! Cerok Tokkun tak seceruk tuh. Nak tau kat mana Puncak Perdana? Depan sikit ja dari tempat si muloh Altantuya kena bom. Maka, perjalanan yang sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi di Rawang jadi terlewat. Bila dah lewat mula bergerak, sampai pun lewat la jugak. Seperti yang dijangkakan, sampai di bandar Lumut pukul 12.45 tghari macam tu. Si Mail dah tunggu sejak dari pukul 12.00 seperti mana yang telah dijanjikan. Macam tu jugak dengan Fariz, Amali, Judin dll. Buat kengkawan yang terpaksa menunggu lama di Lumut, mintak maap la no! Kenala solat Jumaat di masjid Lumut dulu.

Usai solat, kami berkumpul makan dulu. Selesai makan, berkumpul la pulak di Jeti Lumut. Naik feri kurang lebih jam 3.30petang. Nak dijadikan cerita, anak si Fariz MIA. Jenuh mencari. Rupanya dia mengekor si pacik Mart dia. Sampai di Jeti Pangkor, dah pukul 4 lebih. Memang jauh tertinggal dengan schedule asal. Kami chartered 2 buah van servis ke Teluk Nipah dengan harga RM20 sebuah. Sampai di Pangkor Rimba Camp dah dekat pukul 4.45petang. Ambil kunci, pegi setel barang2 masuk dalam bilik masing-masing dan minum petang.

Selesai minum, van sudah menanti kami untuk pergi menjala ikan di Pasir Bogak. Pergh!! Memang aku cakap, tak dapat beli pengalaman menjala macam tu. Aku pernah la jugak menjala tepi laut, tapi tak la se'hardcore' menjala di Pasir Bogak. Memang terbaik beb! Terbaik! Sebab terbaiknya, semua layan, sempoi, enjoy dan yang bestnya macam-macam aksi dan kelaku kawan-kawan yang 'curi tulang'. Ada yang buat-buat sibuk telefon dan sebagai. Hasil tangkapan dianggarkan mau cecah RM400-500 untuk 2 kali memukat. Diulang, 2 kali sahaja tau! Memang rezeki Allah Taala dah janji. Ikan macam-macam jenih yang naik. Aku ni buta ikan. Ketam karang pun naik. Memang syiok giler! GBorg!! Lu memang terbaik la arrange program tu.



Kami naik ke darat (yang mana tak turun masuk air pun) dekat-dekat pukul 8. Si Zaki dan kaum hawa dok menunggu hasil tangkapan kami. Naik lori TNB (ada feel macam mat-mat Indon nak balik kongsi lepas habis kerja) balik ke chalet. Semua bau ikan. Sampai di chalet, geng yang datang ke Pangkor secara solo yang ditempatkan di 'dorm', mengalami masalah ketiadaan air. Kena la tadah air yang mana lelehannya lebih slow daripada kencing kambing. Sian la puloks. Kejutan seterusnya, abg 'rambo' pun sampai. Si Yellow aka abg Komando. Makin havoc la suasana di Pangkor Rimba Camp. Desas-desus serpihan kumpulan 'Black Eagle' telah kembali berkumpul kedengaran.

Pukul 10 lebih barulah berkumpul untuk makan malam. Kaum hawa dah letih menunggu. Tapi aku tengok abg Zaki Yusof tetap segak dan tampan selaku Chef Agung yang berjaya menghidangkan masakan dan lauk-pauk yang spesial teramat. Terima kasih tidak tehingga buat chef Zaki yang memang power. Memang kalau ada program lagi, aku nak sarankan pada kengkawan suruh dia masak lagi. Sebabnya, bersih, suci dan halal. Boleh dimakan tanpa was-was.

p/s: posting tak abis lagi. Nantikan sambungannya..

5 comments:

abu_ateif said...

wehhhh ini tak adilll..gambo mereka2 yang pi pukat ikan jer...byk gambo marn ngan adik dier jer...mana gambo orang dapo?muahkeke.

mmg bes kat pangkor hari tu...kelemakan ikan loban panggang mmg tiada tandingan....masih terasa dikerongkong ni saat2 indah meratah ikan loban malam n pagi tu...sesuatu luar biasa telah berlaku sang kambing mendapat sambutan dingin di pangko.

LRK aku ucap takziah kat hang moga nek hang mendapat rahmat allah n moga ayah hang sembuh segera.

BORG said...

a'kum,

dikesempatan ini aku ingin memohon kemaafan yg tidak terhingga andai ada kelemahan yg terdapat pada program kita tempoh hari,antara kelemahan yg paling ketara dpt aku kesan pd hari itu ialah masaalah putus bekalan air yg berada diluar kawalan aku,walau tlh kucuba sedaya upaya berjmpa dgn pihak LAP,namun mereka juga tidak boleh berbuat apa2 krn ianya merupakan masaalah teknikal,nasib baik juga chalet tu ada bekalan air bukit. disamping itu juga bbrp aktiviti yg dirancang tidak dpt dilaksanakan atas bbrp sebab,namun satu perkara yg membuatkan aku terharu yg amat sgt ialah sikap kawan2 yg cool wlpun menghadapi masaalah tersebut,terima kasih tidak terhingga aku ucapkan,

BORG:semoga apa yg kita bincangkan dlm mesyuarat sewaktu di pangkor akan berjalan dgn lancar dan jayanya,kpd amali ana doakan anta sukses selalu

mart zeni said...

Ya mmg bet giler.. sampai aku sekarang dok rekemen kat sedare mare supaya pi la memukat bila sampai pangkor.. mmg best, w/pon abih sakit2 badan tapi bila tengok ikan mengeletik2 dlm joran perghhh.. Yg maha ESA sajer yg tahu betapa hebatnyer perasaan kami di senja nan merah tempohari..

Kepada lokman aku ucap takziah kat hg moga opah hg mendapat rahmat allah & semoga ayahanda hg cepat sembuh.

Moga apa yg kita bincangkan dlm mesyuarat sewaktu di pangkor akan berjalan lancar, dan to bro Amali my MAN, Ana juga mendoakan anta sukses selalu & terhapai apa yg dihajati.

Sekian

marn said...

Ya betul!!!! Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa seronotnya hati ini. Tapi tu la, abg Borg telah usaha sedaya mungkin mengikut kapasiti beliau. Tapi dah masalah teknikal, nak buek camno. Kengkawan yang lain pun kewl. Memang aku tabik la hangpa.

Buat para isteri kawan2 suma, mintak maap banyak2 la atas segala kurang dan lemah. Kami yang menjayakan program ni hanyalah hamba Allah yang serba kurang.

Buat LRK, banyak bersabaq! Baca quran dan doa kat Allah Taala, minta tetapkan iman dan bagi yang terbaik dalam kehidupan.

Anonymous said...

Mart & Jamnul,

Thanks, pelawa aku ke blog ni.
Good job , Bro.

To Jamnul....sori la, aku tak perasan hang tadi.....Kacukan hindustani hang dah kurang menyerlah.....hehe

Wassalam.