Pages

Solat Time

Tuesday, March 18, 2008

One of the finest moments in our life.. part II

Dan yang lebih terujanya, semasa makan, aku dikejutkan dengan 'surprise' parti untuk menyambut 'birthday' aku yang jatuh pada 13 Mac. Dapat la 2 ketul kek. Nak best lagi, abg Samsul Rizal dan anak si Fariz; Athirah pun sama birth date ngan aku. Barulah aku tau selama ni ada jugak manusia yang dekat dengan aku yang share birthday. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tersayang yang 'arrange' semua tu.



Selesai makan malam, kami pun melepak depan dorm budak bujang untuk sesi seterusnya; membakar ikan dan kambin. Malangnya kambin tak berapa nak mendapat tempat pada malam tu disebabkan kehebatan ikan yang dibakar. Manis dan lemak berkrim. Aku tak dapat nak layan sangat makan ikan sama kambin sebab gusi aku dah membengkak. Ntah le. Tetiba je bengkak. Mungkin dah takdir Allah rezeki ikan dan kambin aku tak banyak malam tu.

Pukul 12 malam, barulah mesyuarat tentang halatuju komuniti kita ni bermula. Ada beberapa agenda mesyuarat yang berjaya diperolehi. Positifnya, semua kita masih sayangkan komuniti ini. Dan aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana punyai teman dan kawan yang sudi bersama-sama menjayakan program dan menyusun objektif komuniti ini. Setelah kian lama kita merancang secara tak formal, akhirnya kita berjaya juga mempunyai suara yang sepakat untuk mengorak langkah seterusnya. Secara ringkas, hasil yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat adalah seperti berikut:

1) Kehadiran ahli Komuniti adalah seperti berikut:
  • Ust. Amali bin Amhuri dan keluarga
  • Ust. Fariz bin Jalaluddin dan keluarga
  • Ust. Ahmad Zaki bin Yusof dan keluarga
  • Ust. Fakhrul Zaman bin Mansor dan keluarga
  • Ust. Syukri bin Mohd Isa dam keluarga
  • Cikgu Ahmad Husaini bin Dakir dan keluarga
  • En. Ahmad Suzaini bin Hashim dan keluarga
  • En. Jamnul Azman bin Mulkan dan keluarga
  • En. Ismail Nizar bin Ibrahim
  • En. Izanee bin Zainon
  • En Samsul Rizal bin Musa
  • En. Saiful Yusrin bin Mohd Yusof
  • En. Sirajuddin bin Haris
  • En. Zaki bin Saidin
  • Jamnul Aziah, bondanya dan adiknya.

2) Manakala lantikan AJK Komuniti 87 telah diputuskan secara rasmi:
  • Penasihat Kehormat: Ust. Amali bin Amhuri
  • Pengerusi: Jamnul Azman bin Mulkan
  • Tim. Pengerusi: Bro. Ahmad Suzaini bin Hashim
  • Setiausaha: Bro. Zaki bin Saidin
  • Bendahari: Ust. Ahmad Zaki bin Yusof
3) Yuran tahunan keahlian sebanyak RM50.00.
4) Tarikh akhir pembayaran yuran keahlian ialah sehingga atau pada hujung bulan Oktober setiap tahun.
5) Bagi mereka yang telah pergi ke Pangkor baru-baru ni, secara otomatisnya telah membayar yuran tahunan termasuk bro. Jamil Fahmi bin Yusuf yang tidak dapat hadir tetapi telah menyumbangkan wang.
6) Ahli mesyuarat juga telah memutuskan untuk mengumpul wang sebanyak RM50.00 (sekali sahaja) sebagai dana Komuniti pada masa akan datang dan menetapkan bahawa wang yang terkumpul melalui yuran tahunan akan disalurkan ke pertubuhan kebajikan, rumah anak yatim, sekolah agama, tabungan, khairat kematian, pinjaman jangka pendek kepada ahli, caj perkhidmatan (sekiranya ada) dan sebagainya.
7) Pendaftaran syarikat sebagai satu mekanisma untuk menjana ekonomi Komuniti. Di antara cadangan nama syarikat yang akan ditubuhkan ialah:
  • IDR 87 Resources
  • Idrisiah 87 Resources
  • Komuniti Idrisiah 87
  • MIBC 87 Enterprise
  • X Idrisiah 87 Enterprise
8) Penama syarikat ialah Saiful Yusrin & Jamil Fahmi selaku pemegang amanah.

Begitulah serba ringkas akan mesyuarat yang telah ditangguhkan pada pukul 3.00 pagi. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada ahli mesyuarat yang telah hadir. Sebarang kesilapan dan kekhilafan fakta pohon diperbetulkan.

Semoga kalian semua berpuas hati dengan penerangan yang serba ringkas tentang perjumpaan Komuniti 87 di Pangkor baru-baru ini. Moga Allah SWT merahmati kita selalu, amin.

Kami bergerak meninggalkan chalet beramai-ramai kurang lebih pukul 1.00 petang dan sampai di Jeti Lumut pukul 2.00petang. Maka dengan hati yang hiba, masing-masing bersurai dengan membawa memori bersama-sama hingga ke akhir hayat.

Monday, March 17, 2008

One of the finest moments in our life..

Assalamualaikum..

Aku doakan kalian semua selamat di dalam apa jua situasi. Al-fatihah buat Nenda Lukman Razi yang telah pergi menyahut seruan Ilahi. Moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin.

Buat semua yang telah sudi meluangkan masa bercuti bersama-sama di Pangkor lewat hari, aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa bersama-sama sahabat-handai. Buat yang tidak dapat menghadiri percutian tersebut, bolehlah dikongsi bersama dengan melayan gambar-gambar yang dipaparkan. Moga Allah temukan kita lagi dengan sebaik-baik pertemuan.

Tapi, sebelum aku menyambung bicara, selaku Pengerusi yang telah kawan-kawan amanahkan, memohon ampun dan maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan aku dan AJK yang menjalankan program percutian di Pangkor. Aku dapat merasakan ramai di antara kita yang tidak berpuas hati dengan tahap keselesaan serta perjalanan program yang tidak seperti dirancangkan. Sama-sama kita mengambil iktibar dan belajar di atas pengalaman yang kita perolehi. InsyaAllah, di lain masa dan ruang, dapat kita mengemaskinikan jadual program dan melaksanakannya dengan jaya.



Ingin aku rakamkan ucapan terima kasih bagi pihak Komuniti87 di atas kesudian sdr. Amali Al-Haj kerana sudi menyumbangkan dana untuk percutian dan perjumpaan kali ini. Allah Taala jua yang dapat membalas segala jasa baik tuan. Terima kasih jua buat teman-teman yang bersekongkol dengan bini aku dalam meng'surprise'kan aku. Thanks alot dudes! I really appreciated that.

Perjalanan aku berkonvoi ke Pangkor bermula jam 7.06 pagi. Janji berjumpa dengan Mart dan Izanee di RnR Rawang pada pukul 8-8.30pagi. Nak dijadikan cerita, abg Yusrin confirm last minit nak join. Apo lagi, abg Iz pun dengan pantas pi pick-up Yusrin di Puncak Perdana nuh! Cerok Tokkun tak seceruk tuh. Nak tau kat mana Puncak Perdana? Depan sikit ja dari tempat si muloh Altantuya kena bom. Maka, perjalanan yang sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi di Rawang jadi terlewat. Bila dah lewat mula bergerak, sampai pun lewat la jugak. Seperti yang dijangkakan, sampai di bandar Lumut pukul 12.45 tghari macam tu. Si Mail dah tunggu sejak dari pukul 12.00 seperti mana yang telah dijanjikan. Macam tu jugak dengan Fariz, Amali, Judin dll. Buat kengkawan yang terpaksa menunggu lama di Lumut, mintak maap la no! Kenala solat Jumaat di masjid Lumut dulu.

Usai solat, kami berkumpul makan dulu. Selesai makan, berkumpul la pulak di Jeti Lumut. Naik feri kurang lebih jam 3.30petang. Nak dijadikan cerita, anak si Fariz MIA. Jenuh mencari. Rupanya dia mengekor si pacik Mart dia. Sampai di Jeti Pangkor, dah pukul 4 lebih. Memang jauh tertinggal dengan schedule asal. Kami chartered 2 buah van servis ke Teluk Nipah dengan harga RM20 sebuah. Sampai di Pangkor Rimba Camp dah dekat pukul 4.45petang. Ambil kunci, pegi setel barang2 masuk dalam bilik masing-masing dan minum petang.

Selesai minum, van sudah menanti kami untuk pergi menjala ikan di Pasir Bogak. Pergh!! Memang aku cakap, tak dapat beli pengalaman menjala macam tu. Aku pernah la jugak menjala tepi laut, tapi tak la se'hardcore' menjala di Pasir Bogak. Memang terbaik beb! Terbaik! Sebab terbaiknya, semua layan, sempoi, enjoy dan yang bestnya macam-macam aksi dan kelaku kawan-kawan yang 'curi tulang'. Ada yang buat-buat sibuk telefon dan sebagai. Hasil tangkapan dianggarkan mau cecah RM400-500 untuk 2 kali memukat. Diulang, 2 kali sahaja tau! Memang rezeki Allah Taala dah janji. Ikan macam-macam jenih yang naik. Aku ni buta ikan. Ketam karang pun naik. Memang syiok giler! GBorg!! Lu memang terbaik la arrange program tu.



Kami naik ke darat (yang mana tak turun masuk air pun) dekat-dekat pukul 8. Si Zaki dan kaum hawa dok menunggu hasil tangkapan kami. Naik lori TNB (ada feel macam mat-mat Indon nak balik kongsi lepas habis kerja) balik ke chalet. Semua bau ikan. Sampai di chalet, geng yang datang ke Pangkor secara solo yang ditempatkan di 'dorm', mengalami masalah ketiadaan air. Kena la tadah air yang mana lelehannya lebih slow daripada kencing kambing. Sian la puloks. Kejutan seterusnya, abg 'rambo' pun sampai. Si Yellow aka abg Komando. Makin havoc la suasana di Pangkor Rimba Camp. Desas-desus serpihan kumpulan 'Black Eagle' telah kembali berkumpul kedengaran.

Pukul 10 lebih barulah berkumpul untuk makan malam. Kaum hawa dah letih menunggu. Tapi aku tengok abg Zaki Yusof tetap segak dan tampan selaku Chef Agung yang berjaya menghidangkan masakan dan lauk-pauk yang spesial teramat. Terima kasih tidak tehingga buat chef Zaki yang memang power. Memang kalau ada program lagi, aku nak sarankan pada kengkawan suruh dia masak lagi. Sebabnya, bersih, suci dan halal. Boleh dimakan tanpa was-was.

p/s: posting tak abis lagi. Nantikan sambungannya..

SABAR YER..

ASSALAMUALAIKUM..

POHON BERSABAR BUAT SEMUA YANG TAK SABAR NAK BUAT 'DOWN MEMORY LANE' MASA DI PANGKOR TEMPOH HARI. AKU TENGAH SIBUK MENGURUSKAN URUSAN SEHARIAN. ADA MASA AKU SETELKAN SECEPAT MUNGKIN. 

TERIMA KASIH DI ATAS KESABARAN ANDA.

Wednesday, March 12, 2008

Rehlah di Pangkor

Assalamualaikum..

Buat semua yang menyertai percutian di Pangkor 14 dan 15 Mac ni, pohon bersiap-sedia dengan kelengkapan dan peralatan yang dirasakan perlu untuk dibawa bersama. Selamat bercuti buat semua kawan2 yang sedang dan akan bercuti. Tak sabar rasanya nak berjumpa Jumaat ini. 

Buat yang tak dapat nak hadir, takpala. Lain perjumpaan kita jumpa, Insyaallah. Moga perjumpaan yang bakal kita hadiri ni nanti, dapat membuahkan hasil yang positif untuk komuniti kita ini. 

Selamat dan semoga diberkati Allah Azza Wa Jalla buat semua.

Monday, March 10, 2008

Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Segalanya berjalan dengan lancar. Selesai sudah kita menjalankan tanggungjawab dengan berhemah. Keputusan PRU ke 12 telah kita ketahui. Satu kejutan yang amat besar terutamanya buat mereka yang duduk dan tinggal serta mengundi di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ternyata rakyat menyahut cabaran parti BN untuk menunjuk perasaan di peti undi. 

Alhamdulillah, kemenangan buat pendokong dan pejuang Islam di negeri-negeri ini. Kemenangan ini bukanlah bermakna, kita boleh berehat dan memetik buah keputusan. Sebenarnya perjuangan ini baru bermula. Banyak mata akan menilai sejauh manakah kemampuan pembangkang untuk mentadbir kerajaan negeri yang baru sahaja dimenangi. 

Harapan semoga negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang untuk mengajar BN supaya lebih telus, amanah, bertanggungjawab, bermoral dan dedikasi dalam memacu dan mentadbir ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa menyelitkan unsur-unsur nepotisma, kronisma dan gangsterisma.

Semoga harapan rakyat tidak dibakulsampahkan oleh kerajaan pembangkang. Dan marilah kita bersama-sama menuju ke arah Malaysia yang lebih makmur, aman dan dirahmati. 

Aku menyeru kepada rakan taulan supaya memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi serta menjadi suara yang kritis dan mengkritik kerajaan sekiranya wujud kepincangan dan ketempangan. 

Untuk maklumat penuh keputusan PRU 12 sila layari:- www.malaysia-today.net/2008FinalTally.pdf