Pages

Solat Time

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Monday, March 10, 2008

Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Segalanya berjalan dengan lancar. Selesai sudah kita menjalankan tanggungjawab dengan berhemah. Keputusan PRU ke 12 telah kita ketahui. Satu kejutan yang amat besar terutamanya buat mereka yang duduk dan tinggal serta mengundi di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Ternyata rakyat menyahut cabaran parti BN untuk menunjuk perasaan di peti undi. 

Alhamdulillah, kemenangan buat pendokong dan pejuang Islam di negeri-negeri ini. Kemenangan ini bukanlah bermakna, kita boleh berehat dan memetik buah keputusan. Sebenarnya perjuangan ini baru bermula. Banyak mata akan menilai sejauh manakah kemampuan pembangkang untuk mentadbir kerajaan negeri yang baru sahaja dimenangi. 

Harapan semoga negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang untuk mengajar BN supaya lebih telus, amanah, bertanggungjawab, bermoral dan dedikasi dalam memacu dan mentadbir ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang tanpa menyelitkan unsur-unsur nepotisma, kronisma dan gangsterisma.

Semoga harapan rakyat tidak dibakulsampahkan oleh kerajaan pembangkang. Dan marilah kita bersama-sama menuju ke arah Malaysia yang lebih makmur, aman dan dirahmati. 

Aku menyeru kepada rakan taulan supaya memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi serta menjadi suara yang kritis dan mengkritik kerajaan sekiranya wujud kepincangan dan ketempangan. 

Untuk maklumat penuh keputusan PRU 12 sila layari:- www.malaysia-today.net/2008FinalTally.pdf