Pages

Solat Time

Saturday, November 10, 2007

Menyambut perayaan

Assalamualaikum..

Lewat kebelakangan, blog ini menerima kunjungan daripada beberapa ahli kita yang baru mempunyai kelapangan masa untuk memberi sepatah-dua komen. Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog ini. Seperti yang semua maklum, buatlah log ini seperti blog sendiri. Rasanya jarang sangat ada orang luar daripada lingkungan K87 yang datang masuk ke blog ni. Kalau adapun, barangkali tersesat 'surfing'.

Sebenarnya, semakin lama semakin berat tanggungjawab yang aku pikul selaku moderator dalam menggalas dan menjalankan kerja mengemaskini blog ni supaya sentiasa menarik dan informatif. Walau macam mana sekalipun, aku akan cuba sedaya-upaya untuk menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas aku dengan sebaik mungkin. Segala komentar dan idea untuk memperkayakan lagi bahan-bahan blog ini amat-amat dialu-alukan.

Berkenaan kongsiraya, aku rasa dah setel kot sebab dulu dah timbul isu ni. Ni antara petikan yang dapat aku cari sehingga kini:

Muzakarah Ulama 2006 mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata kajian itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain, merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada syirik.

Sehingga ke hari tidak ada satu garis panduan yang jelas yang ditentukan oleh kerajaan untuk mendalami isu ni. Pada pendapat aku yang serba jahil ni, setakat nak pi ziarah kawan-kawan yang berlainan agama semasa mereka menyambut perayaan tak salah. Cuma pastikan tiada perkara maksiat dan tidak terlibat di dalam perkara dan amalan keagamaan mereka. Contoh; pakai baju Santa Claus atau tenyeh nandek kat dahi masa pi beraya. Kita nak pulun sama pasang pokok Krismas atau beraya sakan ikut perayaan keagamaan lain memang tak boleh. Seperti apa yang ada di dalam surah al-Kaafiruun, terjemahannya seperti berikut:
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

[2]
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".


Dan dalil-dalil lain seperti berikut:
Menurut Imam Ibnu ‘Abbas, Abu al-‘Aliyah, Thawus, Ibnu Sirin, ad-Dhahhak, Said bin Jubair dan ar-Rabi’ bin Anas; maksud (لا يشهدون الزور) dalam ayat di atas ialah “mereka tidak menghadiri perayaan-perayaan orang-orang musyrikin (أعياد المشركين).[2]

‘Atha’ bin Dinar telah menceritakan bahawa Saidina Umar r.a. berkata;

لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم
“Janganlah kamu mempelajari mentera-mentera orang asing dan janganlah kamu bersama-sama orang musyrikin dalam gereja-gereja/tempat-tempat ibadat mereka pada hari raya mereka, kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah) akan turun menimpa ke atas mereka”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dengan sanad yang soheh).[3]

Berkata Abul-Qasim Hibatullah bin al-Hasan at-Thabari (faqih mazhab Syafi’ie); Tidak harus bagi kaum muslimin menghadiri hari-hari raya orang kafir kerana mereka berada di atas munkar dan zur (agama palsu). Jika ahli-ahli makruf bergaul dengan ahli-ahli munkar tanpa mengingkari perbuatan mereka, mereka (yakni ahli-ahli makruf) seolah-olah seperti orang-orang yang meredhai munkar dan melebihkannya. Maka kita khuatiri apabila turunnya kemurkaan Allah ke atas kumpulan mereka nescaya akan menimpa keseluruhan manusia (termasuk ahli makruf). Kita berlindung dengan Allah dari kemurkaanNya”.[4]

Imam Abul-Hasan al-Amidi juga ada berkata; “Tidak harus menghadiri hari-hari raya penganut Nasrani (Kristian) dan Yahudi. Hukum ini menjadi pegangan Imam Ahmad dan beliau berhujjah dengan ayat di atas.

Dalam hadis yang kita kemukakan di bahagian muqadimah tadi, Rasulullah s.a.w. bersabda (setelah melihat kaum Ansar menyambut dua hari perayaan yang mereka warisi dari zaman jahiliyah);

قَدْ أَبْدلَكمُ الله بِهِمَا خَيْراً منهما: يومَ الأضحْى ويوْمَ الْفِطْر
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh)[5]

Berkata Imam as-Shon’ani; berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak telah menyimpulkan hukum bahawa dilarang kaum muslimin bergembira/bersuka-ria di dalam perayaan-perayaan orang musyrikin dan meniru-niru mereka. Malah Syeikh Abu Hafs al-Musti (dari mazhab Hanafi) amat tegas dalam hal ini sehingga ia berkata; “Sesiapa memberi hadiah kepada seorang musyrik sekalipun dengan sebiji telur sebagai membesarkan hari mereka, maka sesungguhnya ia kufur dengan Allah”.[6]

Imam al-Minawi ketika mensyarahkan hadis yang serupa telah menaqal pandangan al-Muzhir (المظهر) yang berkata; hadis ini menjadi dalil bahawa membesarkan hari an-Niruz dan al-Mahrajan[7] dan seumpamanya adalah dilarang oleh agama.[8]
[1] Ahkam ahlil-Zimmah, juz. 2, hlm. 156.
[2] Tafsir Ibnu Kathir dan Ahkam Ahlil-Zimmah.
[3] Lihat hadis ini dalam Ahkam Ahlil-Zimmah.
[4] Ahkam Ahlil-Zimmah.
[5] Lihat hadis ini dalam Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solaul-Idaian.
(Di dalam kitab Subulus-salam itu dijelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan-kegembiraan ketika hari raya adalah disunatkan dan ia antara syari’at Allah kepada hambaNya. Ini kerana yang digantikan hanyalah hari raya. Adapun adat sambutan yang dilakukan oleh mereka iaitu mengadakan permainan-permainan (untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan) tidak disentuh oleh Rasulullah s.a.w.. Ini menunjukkan ia adalah harus pada hari raya. Namun hendaklah dipastikan tidak ada unsur yang dilarang oleh Syarak dan tidak memalingkan dari ketaatan).
[6] Subulus-Salam, bab Solatil-Idain.
[7] Iaitu dua hari yang disambut oleh Ansar yang ditegah oleh Nabi s.a.w. dalam hadis di atas.
[8] Al-Faidhul-Qadier, hadis no. 6106.

Seperti yang kita dah baca tadi, niat kita perlu dijaga dalam apa jua perbuatan yang kita lakukan. Maka, aku masih berpegang kepada sekadar memenuhi jemputan yang tiada unsur yang boleh membawa kepada kemaksiatan, syirik dan fasad, adalah harus. Tapi, sekiranya kita raikan perayaan agama lain dengan penuh kemeriahan seperti agama kita sendiri, dikhuatiri akan bercampur-aduk amalan keagamaan yang boleh membawa kepada rosaknya pegangan aqidah perlulah dijauhi dan hukumnya adalah haram.

Hairan juga bilamana kerajaan boleh membenarkan serta menganjurkan sambutan perayaan keagamaan selain daripada Islam dibuat secara besar-besaran. Tok-tok guru yang ada dalam kerajaan ambil nas dan dalil dari mana? Bukan sekadar itu, dicampur-adukkan pula sehingga menjadi DeepaRaya, KongsiRaya dan sebagainya. Maka, jadilah agama itu suatu kerancuan. Sudah bercampur-aduk dan rosak. Agama Islam itu tidak lebih seperti agama-agama lain yang sama tarafnya. Sedangkan kita percaya tiada agama lain yang diterima oleh Allah SWT selain daripada Islam.

Wallahu A'lam..

23 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum guys.

TQ, kpd s.s ust Jamnul krn penjelasan yg diberikan tadi ana hrp semua fhm ttg masalah yg timbul.

Cuma ana pelik kenapa semakin ramai yg cuba melawan menentang secara halus fatwa tersebut... herann2 (sambil geleng kepala)....

Amboi meor buat open haus ropenye ari ni, amacam ramei ke yg dtg? Mesti meriah.. Err aku nak tanya, area kole ade kekosongan lg ker, aku dh beli rmh kt Tmn Impiana, Lubok Merbau...Rasenye tak lame lg aku nk balik dh...

Selamat beropen haus....

Anonymous said...

akom sahabats...
aku ingat silap masuk blog tadi...mabruk marn krn susah payah mengupgrade,menceria n memakmurkan blog ni...tapi hang jangan terasa beban plak marnn..buat mana mampu jer...nahnu faham.

Abg Dhur,nak pelik apa...benda lagi beso pun depa boleh tentang inikan pasal raya...islam hadhari kata boleh bubuh pi laaaa...buat dulu peh tu baru tanya pendapat ulamak...nanti kalau tanya awal2 takut tak boleh buat plak.dok gitu?

ayah_ateif

marn said...

Aku sangat2 setuju dengan kenyataan si ayah atief. sebab trend skang ni depa buat dulu peh tu terhegeh2 nak sesuaikan (bukan bertanya) dengan Islam. contohnya: kongsiraya yang terang2 tak boleh yakni haram, tapi depa tidak bertanya malah depa sesuaikan bagi nampak islamik. padahai benda tu haram.

Satu lagi, fatwa dah kata peraduan sms haram. ai.. dok buat jugak sebab banyak jugak taukeh2 syarikat sms tu datuk-datuk yang punya. aku tau sebab memang dok dalam industri ni dulu (masa belum diharamkan lagi, hehehehe). Masyuk beb!! tapi tu la, duit haram beb. Masyuk pun tak guna.

Tak payah pi jauh la, tok peti (dato' Mufti) dah kata Sure Heboh (sebelum penjenamaan semula yakni Jom Heboh) adalah haram dikunjungi. Maka ramailah pak-pak menteri yang kata mufti jumud, bengong dan sebagainya. Skang dok buat jugak dan ramainya pengunjung di situ beragama Islam.

Bila kita lihat di sini, sudah banyak perkara yang pembesar negara dah jauh melencong. Orang yang ahli dalam bidangnya, tidak diambil pakai dan tidak dirujuk. Semua hentam keromo.

Tak payah cerita pasai agama, kot2 la orang kata ekstrimis agama. Ok, fine. Tengok isu bahasa. Pakar bahasa dah kata tiada istilah 'infotaimen' dalam bahasa melayu (skang ni bahasa malaysia). Tapi pak menteri dia nak pakai akai dia jugak. Maka kita sempatlah pakai perkataan infotaimen kejap. Sampai la tukaq menteri baru. Nak habaq kata, punya bebai pak menteri la ni. Tu yang skang ni caca marba.

So, pas ni, jangan la heran kalau ada perkara pelik yang berlaku. Tugasan kita ialah menasihat dan memberitahu sebab khalayak ummat di luar sana rata-ratanya tidak tahu dan jahil melantun-lantun tentang agama yang sedang dianuti.

Pilihan di tangan anda.

Wallahu A'lam..

Anonymous said...

a'kum sahabat

aku tak peduli klu ada yg labelkan aku sbg ekstremis dlm membicarakan hal2 berkaitan agama,yg penting bg aku kebenaran itu patut disampaikan.

aku pernah terbaca satu luahan dari seorang saudara baru yg kesal dgn cara kerajaan menguruskan individu yg ingin memeluk islam di negara ini,perkara itu terjadi bkn kpd beliau sahaja malah ramai saudara2 baru yang lain juga.salah satu perkara yang dinyatakan ialah berkaitan dgn birokrasi dimana borang permohonan beliau utk memeluk islam satu ketika pernah ditolak kerana kesilapan maklumat yg diisi didlm brg trsebut,sedangkan maklumat yg dimaksudkan itu tidaklah memberi kesan yg besar dlm permohonan itu.

renungkanlah sahabatku semua,patutkah perkara ini berlaku,sedangkan agama lain berlumba2 menarik org lain supaya menganuti agama mereka tetapi kita?

pada member2 yg ada dlm jabatan agama tu atau agensi2 yg berkaitan,buatlah sesuatu

marn said...

depa dalam jabatan boleh buat apa beb? nak bunyi kang, kena antaq pi pendalaman. sapa mau susah beb? layan je la. bukannya depa atau sedara depa yang baru masuk islam. kang kena tindakan tatatertib la, apa2 la. kita yang dok kat luaq ni tau komplen je beb. kita tak tau kerenah birokrasi dan wajah sebenaq dalam jabatan2 ni especially kerajaan punya.

wa dulu masa jadi cikgu sangkut kat skolah pun terasa kesan politik (bukan politik kepartian) sesama cikgu yang otai2. ni kan pulak bahagian pentadbiran.

Tapi tu la, kekadang sebab-sebab seperti di atas jugak boleh dibuat 'excuse' menyebabkan depa ni tak kerja dan tak mau nak kerja sesungguh. kalau kanang anak langkau boleh pakai 'agi idup agi ngelaban', depa mungkin pakai 'agi idup agi cuak'.

Anonymous said...

assalamualaikum semua,

So saper yg ada 1 hb nih?.. Kalu takde aral Kirk aka Pakcik Kordi aka marn, yusrin & aku akan turun.. so bleh la kami menziarah rumah2 sahabat yg dekat2 situ cam umah meor (deryoyan ader ke yob) err sape lagi hah? Umah mael ker hehehe.. umah alem pon OK gak..

En G box kalu tak de aper2 hal ana akan ke Pangkor ahad ni sbb ada kursus sampe hari rabu.. so bleh la jumpa hg on ptg rabu tu.. bli brg2 kering pangkornyer harga...

Kirk Hammet.. ni James Hetfield punyer jiran nak pesan.. nanti bila kita jumpa member2 yg keje dlm jabatan agama atau agensi2 yg berkaitan bulehlah kita bertanya dgn panjang lebar.. mungkin ader penjelasan dr mereka..
so hopefully kita kurang ler merepek atau terlopong bodo tak tau nk cakap aper heheheh

Anonymous said...

Pakcik Kordi maner peta nak ke Rhomah jamil kiter nih.. udah scan ke belom?... teman dah nak berkempen ngajok sahabat2 makan kenuri nih....

sehati berdansa la plak... what the FISH hehehe

Anonymous said...

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

marn said...

perihal gambaq plan pi umah jamil tu rasanya aku akan upload kendia sebab aku akan insyaAllah akan buat satu posting khas untuk jemputan walimatul urus. di situ nanti akan aku letakan bersama gamabq plan ke rumah jamil.

dan ayah atief, kalau hang nak jemput pi kenduri umah mak hang sebab adik hang nak kawin nanti, tolong emelkan kepada aku marn05@yahoo.com paln pi umah hang. bukan semua kawan2 yang pernah dan tahu cemana nak pi umah hang.

tenkiu.

Anonymous said...

Macam mana nak cerita pasal KongsiRaya dan DeepaRaya? Orang Islam yang dok ada ni pun menyambut raya (Eidulfitri / Aidulfitri or however you spell it) pun belum tentu betul. Kita sendiri yang menyambut Aidilfitri tiap-tiap tahun tu pun belum tentu betul lagi. Kesimpulannya, kita tengok perkara yang terlalu jauh dulu, baru tengok benda yang dekat-dekat.

Pasal Jomheboh Sureheboh, kita semua akuinya yang dok pergi 'memeriah'kannya adalah orang Melayu (sure mengaku Islam). So apa dah jadi dengan orang Islam semua ni? Jomheboh takkan ada kalau takde sambutan. Tapi bangsa kita juga yang dok sambut...

Kesimpulannya, there's something very wrong with orang Islam Melayu kita... apa bendanya? Aku nak bgtau pun aku tak pasti, aku sendiri pun tak byk yg kurang...

Wallahu a'lam.

Later

Anonymous said...

a'kum sahabat,

thax marn krn bg feedback,tp yang aku maksudkan ialah perkara berkaitan pengurusan dalaman agensi agama di m'sia,klu stkt rombakan dlm prosedur yg remeh mcm tu takkan nak perlukan kelulusan kabinet baru nak blh buat,dgrnya ramai juga member2 yg berjawatan tinggi dan berpengaruh dlm agensi.

kpd later,aku setuju yang kita ni serba kekurangan,tp klu kita tak buat sesuatu,yg kurang takkan jadi bertambah dan akhirnya kita akan tetap mcm tu.

aku bknnya apa,sekadar trpanggil utk meluahkan perasaan yg dh lama terbuku dan dihrp jgnlah ada yg tersinggung krn skrg bknlah masa yg sesuai utk melayan perasaan tersinggung tp skrglah masanya utk kita bgkt dari lena disbbkan keselesaan ciptaan dunia ini.

aku cintakan negara tanah tumpah darahku ini, yang pada zahirnya nampak sihat walafiat, tp sbnrnya menderita dgn barah yg kronik dari segi batinnya akibat perbuatan dari penghuninya sendiri

wallahualam

Anonymous said...

Ralat November 15, 2007 2:37 PM Quote: aku sendiri pun tak byk yg kurang; sebenarnya aku nak cakap "aku sendiri pun byk yg kurang"

Aku tak tersinggung apa-apa... Semenjak aku bertugas di sini, aku dpt tengok byk sgt benda yang buat aku frust... bukan sebab apa yg hangpa dok cakap, dlm byk perkara aku setuju dengan idea hangpa, mungkin cara memahami dan menghadapinya berbeza dengan hangpa kot... Apa yang hangpa tu ada betulnya, dan apa yg aku cakap tu mungkin ada silap dalam betulnya...

Mungkin sebab aku dilatih this way... kalo nak ikutkan frust, hari ni jugak aku resign pi balik kampung menoreh getah lagi senang (aku rasa senang sbb aku pernah buat kerja tu masa nganggur dulu)... kerja pun separuh hari... tak payah fikir berat2... toreh je getah tu, pokok getah pun tak komplen... paling teruk pun pokok tu mati heheh

Tapi bila guru aku cakap, dan ada rakan setugas yg cakap... kita yang berkesedaran ini eloklah stay put dan buat sedaya yg kita mampu (berjuang dalam kadar kemampuan yg ada menjaga negara ni)... tapi tu le, takde yg dpt kita buat sbgmana yg dihajatkan which can produce good results instantly... everybody must have wished it that way eh?

mcm hangpa cakap, pangkat kecik so suara tu tak pergi jauh sgt agaknya... kalo ada orang yg lebih bagus buat kerja ni nanti boleh gantikan kami2 ni, aku rasa aku elok bersedia untuk undurkan diri je... pi berjuang cara lain le pulak kot...

Btw, bila pangkat besar pulak jd pelik2 pulak, contoh: Kasi hadiah penyapu... what the...? Takkan belajar tinggi ada pangkat tinggi and penyapu is the best way you can think of, to get your people doing the work properly and produce good results? Use your brain? Contoh la kannnn... Malu? Aku malu sbb yang beri tu Melayu... yang terima tu pun Melayu (walaupun dua2 tu Jawa?)

Mcm hangpa juga, masing2 dlm bidang masing2 berjuang dengan kadar yg mampu juga... kita ni sama-sama... cuma cara dan pendekatan mungkin berbeza... semua pendekatan tu pun subjektif ketepatannya...

btw mr kirk hammett (hang scaling goreng baguih mcm dia ka?) aku bercakap tu pun sbb guru aku ada bercakap hal tu (guru aku sekolah pondok je takde Masters mahupun PhD), tapi sebagai manusia biasa yg lemah segenap segi, nak jadi istiqamah tu cukup payah... pra-syarat tu dok gagal lagi...

Pengalaman saudara baru tu satu, pengalaman aku nak kahwin dulu tu pun satu... org nak kahwin kena ada akuan bujang dan pemastautinan kan? Aku pun pi la kat surau kariah tu mintak tolong gitu gini... mintak letter head surat etc etc... punya le leceh susah betul urusan org Islam nak kahwin ni... rupanya aku salah pergi surau, sepatutnya pergi masjid... mana le aku tau... tok imam tak explain betul2... dah silap guna letter head surau... so pengerusi surau mcm angin ngan aku mcm nak salah guna letter head surau dia (mcm le laku sgt mcm letter head pejabat PM)... so mcm le aku ni penipu besor yg dah takde kerja lain nak nipu je... so malas nak cerita panjang aku blah je le dr situ... rupanya satu lagi cara nak pengesahan pemastautinan boleh pakai bil eletrik atau telefon je... ceh takde le susah sgt tp pesal org2 yg aku jumpa tu dah menyusahkan aku? Orang kita tu... jadi imam... pengerusi surau?

Pastu dah siap borang apa semua... aku pun pi la satu pejabat agama tu... as early as I could get there... sharp on time, kaunter belum buka lagi... pompuan2 jaga kaunter tu mundar mandir dah tp belum buka kaunter... ada le satu couple lagi nak submit borang nak kahwin juga... aku tak nampak pulak ada apa2 courtesy drpd org2 yg nak jaga kaunter tu kata "ye encik... kaunter belum buka, sebentar ye kami sedang buat persediaan untuk buka kaunter..." atau apa2 je le yg menyedapkan hati org yg dah menunggu ni... to tell the waiting people that their presence is noticed... tak de le buat tak tau je... but hell man, they coudln't care less... so itu le rupa management kita... nasib baik bukan aku yg jd pegawai diaorang, kalo tak dah lama depa kena... (bukan kasi penyapu le, kasi sound dan nasihat cukup dah...)... Siapa mereka? Orang kita...

Negara kita ni betul mcm kata hangpa... byk masalahnya, tersepit sana-sini... tapi hal ni aku rasa tak sesuai cakap di sini le kot... kalo face to face tu boleh le... cuma aku tak berkesempatan nak jumpa hangpa reramai... masalah diri sendiri pun byk tak selesai lagi, tak boleh nak ke sana sini mcm orang lain... Apa pun hangpa semua cerdik2 belaka... kalo aku tak cerita pun hangpa faham keadaannya...

Satu lagi, aku jarang post comment, sbb tu bila aku post comment mesti ada hangpa cakap aku emosional le, apa le... so aku pun tatau mcm mana aku nak properly communicate & voice out apa yg aku fikirkan dgn hangpa? Mungkin aku post comment dekat benda2 / isu2 yg berat je kot, benda2 yg seronok hahaha hehehe biasanya aku diam je...

anyway, aku stop sini dulu kang gaya bahasa salah hangpa kata aku emosional pulak... kena masuk kelas penulisan la pulak kot, ubah gaya bahasa to be less emotional or non-emotional writing.

Wallahu a'lam.

Later

Anonymous said...

Mr Later jgn amik hati dgn aper yg sahabat lain tu kata.. sbb depa ni masih maintain loyar buruk.. kita ni kwn2 mmg cam tu la kalu sume sama jer perangai boring la.. lagi byk karenah lagi meriah..

Just be yourself.. kalu asyik baca badut jer letih jugak.. So kalu ader yg terbuku dihati tu luahkan saje... Ini lah antara tujuan blog ni diadakan...

marn said...

gini la.. senang je.. tulis apa yang nak tulis, in whatever condition. be it emotional writing or badut writing. to hell with people who cannot deal with it.

Tulis dengan perasaan lagi best sebab that's the way how we express ourself. but make sure jangan sampai melalut. tu je. there is a thin red line between that.

dan juga, badut writing is not a stupid thing to do becoz that's how we feel in certain situation.

tengok dari banyak sudut la. ada yang optimis, ada yang pesimis, ada yang mandom, ceria et cetera et cetera...

so, go on bro.. tulis dan luahkan rasa yang terpendam.. dan mari kita cari titik mula untuk kita bersama-sama memperbaiki kelemahan kita.

what say u?

marn said...

abg kirk.. cara sambut raya dalam islam yang sebenarnya macam mana ek?
aku pun muskil gak. islamik kah cara aku menyambut raya saban tahun ni.. so, kalu ada sesapa, tulun habaq mai sat.

marn said...

Mi, aku rasa semua orang pernah hadapi masalah yang sama bila berurusan dengan kaunter yang melibatkan penjawat awam.

pada aku yang serba jahil ni kan, aku rasa sebab2nya ialah:
1. tadak ilmu (tambah2 la ilmu saikologi).
2. tuan pengarah atau yang sewaktu dengannya tidak menunjukkan contoh yang baik.
3. tiada pegangan agama yang kukuh.
4. tidak paham akan tanggungjawab.
5. tiada motivasi sebab persekitaran kerja macam hampeh.
6. memang pemalaih.
7. tunggu orang tegur dan suruh baru nak buat.
8. sebab ujung bulan dapat gaji tak kira la kerja kuat ke tidak.
9. mentaliti dunia ketiga.
10. bekerja bukan kerana Allah.

ada banyak lagi. so, rasanya macam mana kita nak ubah penyakit nih? setakat komplen ja tak guna. let's think how to change this kinda situation for a better tomorrow. at least for our next gen. biaq la makan bertahun. janji ada istiqomah.

What say u?

Anonymous said...

Semoga Allah rahmati kita semua, amin..

Anonymous said...

Sebagai seorang frontliner wa rasa bila berhadapan dengan pelangan nih kita kena ada keseronokan ketika memberikan khidmat, sebab kita tahu hasil dr sumbangan yg serba sedikit dr kita nih akan dapat menjadi penyambung/penyebab keatas sesuatu perkara.. Sbg contoh org yg jaga bhg pendaftaran nikah, seharusnya dia ada perasaan bila dia memudahkan proses itu maka org yg memohon itu akan pergi ke next step iaitu bernikah, mempunyai anak & so on & on. Jadi sedikit sebyk beliau telah menyumbang utk mengelakkan maksiat dr berlelusa & membina sebuah institusi keluarga w'pun peranan dia sedikit. kena exited dlm pekerjaan nih... aku alhamdulillah la stakat ni wa mmg syok menolong org mendapatkan sedikit sebyk info.. mcm suatu kepuasan terutama bila mereka2 yg kita bantu itu bila terserempak di luar tak habis2 mengucapkan terima kasih...

Ni mr later kalu jumpa imam mesjid yg kerek pas ni sure paneh fm je tgk muka org tua tuh yea dak.. Cuba imam tu bagi layanan yg okey.. paling tidak pon dapat la ucapan salam dr org yg pernah berurusan dgn beliau

Semoga Allah rahmati kita semua, amin..

Anonymous said...

a'kum,
wah gumbira tak terkata daku bila mendapat komen2 dari saudara2ku semua,terima kasih,tp aku masih menunggu komen2 dari org2 yg sepatutnya yakni org2 yg terlibat secara langsung dgn AGENSI AGAMA DI MALAYSIA,tak kira la JAIP ke JAIS ke JAIJ ke JAKIM ke IKIM ke atau apa2 je lah.

Dengarnya ada dikalangan sahabat2ku yg dh jd kadi,PTA,hakim syariah,dan mcm2 lagilah,mana mrk2 ni?aku tahu ada dikalangan mrk ni yg ada membaca blog ni so aku cabar korang explain kat aku supaya aku tidak lagi merepek yg bkn2 dan korang tidaklah lagi panas telinga mendgr repekkan aku,

ttg explaination dr saudaraku jamnul,later,mart dan lain2 sgtlah aku hargai dan sanjungi walaupun mrk ni tak terlibat secara langsung dan komen2 yg diberi terlalu klise ataupun stereotaip (seperti kita bnyk kekurangan,kita ni timun depa tu durian,bebunyi nnt kena tuko ke pedalaman dan mcm2 lagilah)tapi aku tabik korang sbb korang sedaya upaya cuba utk merungkai permasaalahan ni,tp mrk yg aku maksudkan..?

aku bknnya ape,permasaalahan yg aku timbulkan ni merupakan perkara yg asas bagi aku,dan perkara yg asas ni pun klu x dpt nak atasi, so kita jgn sembang le pasal gejala sosial,sure heboh punya prob,buang anak,black metal, koyak al-quran, kencing al-quran,tak respect ulama,anak tak respect mak bapak,murid tak respect cikgu, ajaran sesat,rasuah dan mcm2 lagilah,

semua tu bagi aku merupakan bencana kpd umat manusia yg diturunkan oleh allah akibat dari kelalaian manusia yg semakin jauh dari dari mengingatinya dan amatlah malangnya lg jika bencana itu diturunkan akibat dari kelalaian manusia2 yang dipertanggungjawabkan utk menjaga kebajikan agamanya tetapi tidak melaksanakannya dgn sebaik2nya.

Anonymous said...

later, skil gorengan aku taklah sehebat man kidal klu nak dibandingkan,tp klu dibandingkan dgn hamid gurkha terer lg aku heh..heh..

Anonymous said...

Iyo lah tu Kirk.. ekau dah side by side dgn den bolom?

Anonymous said...

Kepada Sdr. Jamnul, takziah atas kembalinya nenek kesayangan ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang salih. al-Fatihah.

Ok, terima kasih semua atas maklumbalas yg diberikan. Back to the topic, ye betul mmg maklumbalas yang diberikan berbunyi klise, terlalu biasa semua tu... tapi itulah hakikatnya.

Sebab kita yang memberi maklumbalas ni bukan kumpulan pembuat dasar mahupun pembuat keputusan, kita ni golongan pelaksana. Tak semestinya apa yang dirusuh tu 100% ditelan, aku ni Alhamdulillah sepanjang aku service semua bos2 aku ok, jenis dengar pandangan dan sukakan pandangan dan terima pandangan yg dikemukakan, bahkan melaksanakannya.

Ringkasnya, nasib baik le bos2 aku cerdik2 sikit takde le bengong tak tentu hala. Kadangkala kami mempunyai pendapat yg sama, but then again, tahap bos tu pun masih terikat lagi...

Apapun, sama-sama kita untuk tidak putus asa utk lakukan perubahan ke arah lebih baik walaupun sedikit... dalam ruang lingkup sedaya mampu kita...

Wallahu a'lam...

Later

marn said...

ya.. apa yang mi later cakap tu aku setuju la sebabnya pembuat dasar ni orang atasan yang tak berapa atas. yang meluluskan dasar tu yang paling atas.

klise? memang tak dapat elak la sebabnya dah memang itu jawapannya. umpama dadah itu berbahaya (klise kan?). semua orang tau. malah, kalau ditanya kepada penagih tegar atau tidak, semua maklum akan bahaya dadah. why drug addicts keep taking them? dah tau berzina itu suatu perkara yang jijik dan berdosa, kenapa masih ramai penzina?

yang perlu untuk kita ubah ialah pemerintah. sebab pemerintah yang menentukan hala tuju masyarakat secara amnya. kalau kita lihat pada surat2 rasmi, kebanyakanya ditulis: "Saya yang menurut perintah" sebelum ruangan tandatangan. See how the system runs.

Ambil contoh pendekatan kerajaan dalam menangani masalah penguasaan bahasa inggeris di kalangan generasi muda kita. Kita tahu bahawa penting untuk menguasai bahasa inggeris. tapi kenapa perlu korbankan bahasa kebangsaan? kenapa perlu diajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris? adakah itu pendekatan yang paling sesuai dan berkesan untuk menguasai bahasa inggeris? kalau sekalipun jawapannya 'YA', kenapa tidak dibuat 'pilot project' pada sekolah2 yang terpilih dahulu. tengok sama ada berkesan atau tidak program tu. Nah, sekarang sudah ada ura-ura untuk merubah semula supaya pembelajaran dan pengajaran matematik dan sains ke dalam bahasa kebangsaan.

Tengok la siapa yang membuat dasar? Bukan semua orang atasan setuju. Tapi oleh kerana di Malaysia ni semuanya dah dipolitikkan, maka keputusan yang dibuat pun berbaur politik dan mengaut keuntungan. Sebab politik pada hari ini adalah jalan pintas untuk menjadi kaya. Dan banyaknya keputusan yang boleh dikatakan merugikan khalayak seperti kita golongan marhein.

Bila mana pengampu dan perasuah yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan, maka pudar dan terjejaslah semangat mereka-mereka yang ingin melaksana dan melihat perubahan.

Bro kirk, aku rasa selain orang jahat dan ahli politik songsang, semua nakkan perubahan untuk lebih baik. kalau lu cari jawapan yang tak klise, lu tetap akan jumpa akhirnya. cumanya sekuat mana kawan2 kita berazam dan bertekad untuk merubah sistem dari dalam. tu penjawat awam among us yang kena jawab la. Dan kita yang di luar ni, kena always push the gomen to make good and upgrade the existing systems. perkara besar yang aku nampak so far, kita berada dalam krisis pelaksanaan. banyak rules and regulations but no implimentation.

Hasta la victoria siempre..