Pages

Solat Time

Monday, October 29, 2007

Perjumpaan Eidul Fitri Syawal1428H

Assalamualaikum..



Gembira! Itu yang hatiku dapat nukilkan di sini. Selaku moderator, aku pohon ampun dan maaf sebab tak poskan posting untuk jemputan Perjumpaan Eidul Fitri 1428H semalam (28 Oktober) yang berlangsung di rumah Izanee.

Terima kasih buat rakan-taulan yang sudi meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang untuk menghadiri majlis yang cukup sempoi dan penuh kesederhanaan. Terima kasih juga buat tuan rumah ( mak&ayah Izanee) serta anaknya yang sudi menjadi hos venue untuk kesekian kalinya. Terima kasih juga buat mereka yang tidak dapat hadir tetapi sekadar berdoa moga majlis berjalan dengan lancar.

Seperti biasa, muka-muka yang 'familiar' juga yang hadir, namun jauh di sudut hati, aku tetap bersyukur dengan kehadiran yang secara puratanya sederhana jika dibandingan dengan bekas 'batch 87' yang ada di sekitar Lembah Klang. Mungkin dek kerana tugasan dan halangan menyebabkan ada di antara kita yang kurang bernasib baik untuk turut serta ke majlis tersebut. Walau apapun jua, kami senantiasa kenang dan berdoa selalu semoga kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa diberikan oleh Allah SWT kepada kalian.

Juadah laksa utara sama hidangan sempoi dan aiskrim menjadi pilihan hos kita. Semuanya sedap-sedap belaka. Tak kurang dengan keletah anak masing-masing yang membingitkan telinga dek hilai-tawa dan tangisan (anak aku la tu si Nadia). Buat pertama kalinya, para ibu berkumpul beramai2 serta beramah mesra. Moga Allah memberi rahmat dan InayahNya buat kita semua.

Moga Allah SWT menemukan kita di dalam sebaik-baik pertemuan. InsyaAllah, tahun depan kita buat lagi.


47 comments:

marn said...

wo ho.. ada lagi gambaq sebenaqnya.. aku tak upload lagi untuk tontonan umum. nenanti la..

so, lepas ni rumah sapa pulak eh? abg bani hashim yang bermuka ahmad!! bila nak open haus?

Anonymous said...

Salam buat semua.. Memang best perjumpaan malam semalam & jelas terbayang kegembiraan di wajah tuan rumah yg menerima kunjungan isteri2 & anak2 komuniti87 bg memeriahkan lagi sambutan edulfitri...

Terlupa seketika masalah kerja melihat telatah anak2 yg bergurau senda sesama sendiri (anak aku siap ngigau gelak2 lagi)

Walaupun hujan turun renyai2 namun itu tidak mematahkan semangat sahabat2 utk bersama memeriahkan majlis tersebut.. Ada yg cepat ader yg yg lambat tapi semua tu OK.. laksa pun best.. aiskerim plak lagi ler best.. hehehe

Anonymous said...

Berikut adalah alasan naper tahun ni aku tak buat open HAUS:-
1) Hujung minggu dipenuhi dgn open house paling sikit 3 bijik umah
2) Syawal pon dh nk abis hehehe
3) Umah aku sempit la maklumla umah FELET
4) yg sebenornyer duit pon dah HAUS hehehehe lain la dapat kalu dpt 150k

Sekian..

Anonymous said...

Salam Untuk Semua

Waduh, waduh, waduh ... bapak Yahya , Udah lama aku nak natap mukanye . Dah tua toben ni , banyak perubahan pd kite ni ye ! termasuklah aku ni ha .

Aku tengok gambo tu pun dah seronok apatah kalu dapat join sama-sama . Bukan tak de rezeki dan jgn salahkan rezeki ... mungkin kesempatan tu belum ade lg . Hujung thn ni pun dah ade macam2 program reunion itu , reunion ini dan ntah ape2 lg.Teringin jg nak nyembang ngan kengkawan . Niat di hati tu cuti sekolah ni nak g jalan2 . Saje2 nak jumpa kengkawan yang dekat2 dulu mula2 Abu Atief atau yang ade d sekitar Ipoh dulu atau Perak . Lepas tu barulah luar negeri .

Itu hanya perancangan aku ...tp kalu ade yang sudi nak ziarah aku pun ape salahnye ... betoi tak Gbok n Mat Later .

Adiossss ... Meo Speki

Anonymous said...

betoi tu speki,klu ada senang waktu lawat member kat ipoh tu lajak le skli ke pkr

BORG:thanx to abu atief atas layanan anta spnjg ana berada berada di ipoh br ni,nasi lemak ayam kmpg mmg kelas

Anonymous said...

akom semua...

waduh waduh waduh...sedap hampa melantak na...sampai hati hampa naaa tak bagi tau kat kami pung...takkan la bizi sgt sampai tak sempat nak jemput kami sekali..tok mufti pun sibuk gak tapi dia masih sempat jemput orang datang open haus umah jiran dia...muah ha ha.

Bukan apa...ini la peluang nak jumpa kengkawan...tapi apasal tak ramai yang datang wpun geng2 kita kat klang valley tu ramai la jugak...mungkin masing2 bizi..sami velu lg bizi tapi sempat jgk dia beraya dirumah rakyat bawah jajahan dia nun kat river snail.

Sapa2 yang tak sempat nak p open haus tu tak pa jgn bersedeh...pangkor tengah melambai tu...mr gbox pastikan akseseri nangkap ikan ok na..jahit la mana yang koyak sambungkan mana yang dah patah.

Raya tahun ni tak dak oghang berani datang umah aku...member2 yang dah sampai ipoh pun tak sanggup nak singgah..tak tau kat mana silapnya...tapi aku akur dengan semua tu..muah haa ha.

ok lah semua salam sayang utk hampa...

abu_ateif

marn said...

aku pun pelik jugak sebenaqnya kenapa ta ramai yang mai open haus umah si izanee. kecewa? tidak sesekali. adat dunia. lain la kot2 aku kaya-raya (insyaAllah) aku buat kat hotel besar. mai bawak anak bini dan tok ketua kampung masing-masing ja. mungkin yang tak pernah join pun akan datang join. ni semua mungkin. Wallahu A'lam.

bab ajak mengajak, mungkin sedara bani hashim dah buat sehabis baik ikut kemampuan dia. kalau ada yang tak dapat jemputan tu, mintak maap bagi pihak bani hashim la. tu la, len kali msg la apa patut. jangan dok tunggu orang bagitau. kita la yang kena update selalu. bukannya mahai pun, sms ja. tak perlu buat surat rasmi mahupun pakai letterhead jabatan. kita tak guna pendekatan yang banya guna kerenah birokrasi.

pasai pi umah abu ateep pulak, sori la bu ateep oi! umah mak aku pun aku tak beraya taun ni. apatah lagi la umah kengkawan. asainya nak balik kampung jugak dalam minggu lepaih, tapi dah kebetulan mak aku sampai kl, tak jadi la balik beraya di sana. orang lain aku tak tau la apa sekatan dan kekangan masing-masing.

takpa, nanti mengkala ada kesempatan diizinkan Allah SWT, aku akan pi ziarah jugak hang (khusus untuk abu ateep). tak mesti tunggu raya baru nak sampai umah hang kan?

paih tu, kenduri adik jamil 011207 ni, insyaallah tadak aral melintang aku pi lenggong. ada kesempatan jumpa sana la. kita pakat2 pi rehlah kat lata kekabu ka. amcam?

Anonymous said...

akum dan salam sejahtera,

wohooo, seronok korang semua, aku pun teringin nak join same. Oleh kerana sebab-sebab berikut, niat terpaksa ditangguh sebenter :
i. faktor geografi.
Aku keje kat Swak ( Lokman bila boleh blik?)
ii. masa yang tidak mengizinkan.
Time aku tak balik, bro. semua majlis, bila cuti hujung tahun tak de ke xtvt?

Akhir kata kalau sampai ke Kuching boleh hubungi aku di talian 019-8893129.

Sekian, Terima kasih.

Anonymous said...

salam untuk semua .

Aikkkk ... si zahdur tu idup lg ye .Hg la ni ngajo kat maner ? Lokman mane join k87 ni. Dia balik ke semenanjung lbh dulu drpd aku rasenye . Aku transfer ke cni pd bulan jun 2002 ? Nko bila lg nak balik ? Shukri Mat Isa pun dah balik 2 tahu lepas .

Dulu dia ngajo kat Bintangor , Sarikei tp la ni dah jd 'lecterur' di Politeknik Ungku Omar , Ipoh . Ala berjiran ngan si Abu Atief . Tak kan abu atief tak dan nak ziarah dia .

Oii Jamil , tak de kad jemputan ke ? 1 Dis tu ari Ahad . Cmua orang cuti jd boleh gak kite pegi ramai2 ke rumah jamil tu nanti . Kot2 boleh buat reunion 87 bekas pelajar pefingkat negeri Perak atau sewaktu dengannye . Ade ke kawan2 aku nanti yg amik over time ari tu nanti . Ye le nak cari duit lebih buat raya aji pulok . Amacam Gbok N abu atief ... stuju ke ngan cadangan aku ni . Kalau stuju angkat le tangan . he he he he

Ok le ... lain kali tulis lg . Tahun ni jg SPM , memang tiap2 tahun aku jg SPM , saje lepaskan boring . Bini lak semak kertas SPM , So boring tak leh nak jalan mane2. jg le SPM .

Adioosss . Meo Speki

marn said...

alhamdulillah..

suka sangat hati ni bile ade le muke2 baru yang sudi nak joinkan diri di blog ni. mi blog es su blog (tu bahse italiano) bimakna fi lughoh malayu: blogku blogmu jua. aku idok le pandai sangat bahse itali, tapi masa kat jorden dulu adele masuk kelas itali sampai level 2 je. tu pun sebab cikgu italiana nye tu cun. Awek itali beb! mata hijo kabo kan ke kome. Ade le jugok pekdahnye usyar cikgu sambil blajo nih. paling tidak, koman2 stakat nak tanya ngorat awek italiana level budak praskolah senang2 je beb. Muahahahahaha

Ala kulli hal, jamil ngajak kome semue gi makan kenduri kat umah mak dia di kg Geloks. Kad? Sila tanya tuan punya kenduri la.

Cadangan meo speki tu cun, kita buat perjumpaan k87 di umah jamil, kalo tak pun, di lata kengkabus.. menariks.. menariks.. memang da bomb. leh bincang pasai reunion kat pangkor. Tapi rasanya Mart Zenith aka Bani Hashim macam ada cadangan gi tempat lain la. Aku tak tau sangat info. Aritu dia ada bagi hint kat aku. Rahsia katanya.. kat Sungkai, ada kolam air panas. Aku pun tak pasti. Lebih kurang gitu la. Apa2 pun, nanti kita jumpa sana la. Bincang apa perlu dan tidak.

By the way, I'm glad to hear that you're doing well (not in the well) bro Zahdur!

Anonymous said...

akom sahabat semua...
perghhhh...ramai member yang aku rindu...tapi kerinduan aku kat si zahdur memang tidak tertahan lagi..balik le ke lekio tu..tak pueh lagi ker dok kat sarawak...depa kata kat sana dapat gamber frii...kebaihhh tak rasa apa muahahahaaa..

Untuk pengetahuan meor speki, shukri mat isa selalu jumpa aku daaa...bini dia ada ngajo kat izzudin ni...hang je yang tak nak jumpa aku wpun dah lalu depan sis ni...setakat buat miss kol jer nk buat apa...cam budak sekolah la.

Kenduri kawin adik jamil teringin gak aku nak p...insyallah kalau tak der halangan kita jumpa kat sana k...boleh bincang macam2 sambil mandi air teghojun.

abuateif

Anonymous said...

assalamualaikum & slam sejahtera (berbahase le sikit)

Aku pun teringin gak nak jmpa korang semua. Aku ade usyar gambo2 dlm blog ni. Ade yg kene tgk rapat2 (utk melihat tanda lahir) sebab dh lain bebeno rupanye.
Ade dh yg mengembang thp maksimum sehinggakan terpaksa perati betui2tanda lahir baru, barulah tahu that is my old friend.
Tapi ade jugak yg maintain, congrate. la di ucapkan.
Anyway, kalo jadi reunion rmh jamil nnt, kontek la sama wa sini. ok chow dulu.

Anonymous said...

at last zahdur telah menyahut cabaran ku utk melibatkan diri dlm blog ni cayalah bro,let's rockin bebeh,utk pengetahuan semua wpun kitaorg ni sekampung tp dah bertahun x jumpa yob so dgn adanya blog ni dptlah kita merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita insyaallah,slps ni dihrp lebih ramai lagi member2 lama yg sudi utk join.

BORG:ade x sape2 yg ada maklumat ttg syukri suhaimi @ kering

marn said...

heheheh..

tentang suhaimi@kering aku rasanya tak ingat@xkenai.. muahahahaah.. jangan mara aaa.. lain worang leh bagitau kot.

wallaweh.. brader dur (zahdur), lu ada semenanjung ka? kalau ada, meh la join kenduri kat umah mak jamil di geluks nan permai nuh.. aku dah lama tak nengok lu. nak tau la apa perkembangan lu so far.. dapat anak dayak ka, anak iban ka.. tau-tau aja bersuara.. muahahaha...

p/s: teringat lak aku kat cikgu italiana aku dulu.. ceh!

Unknown said...

assalamualaikum smua geng,

Sbelum terlambat aku nak jemput smua kawan2 datang ke majlis kenduri kahwin adik aku di lenggong 01/12/2007 ni.

Klu korang nak berkumpul pada ari tu pun kat umah aku pun no prob,blh kita bercerita panjang.

Zahdur klu ko balik cuti mari join skali.

Kad aku tgh nak htr sbb aku skrg bz skt sbb pak mentua aku masuk hospital.so pada kawan tlg sms add pada aku ke no 019 268 3387 @ 017 21112 87.Tp yg mana tak dapat tu dtg je terus sbb aku takut tak sempat nak htr.

Kpd mad & jamnul aku mintak tlg sampaikan jemputan kenduri adik aku nanti.aku takut ada yang terlupa nak crita.

Anonymous said...

klau nak tau ttg org iban, bleh tny dgn meo speki or syukri sbb diorang lbh mengenali spesis ni. Aku x berape nak tau sbb aku tgl di Bandaraya Kuching..
Plan nak hang out kt rmh jmil tu, kene plan betul. Ini adalah disebabkan faktor-faktor berikut :
i. that time, aku ade kt kelate (org rmh ore kelate)
ii. aku tgh sit final exam (dh tue baru nak belajo)
so, aku kene timing betui2. Pst.... rumah jmil dalam ulu banat ker? (Baca slow2, jgn bg die dengo)ok. bye

Anonymous said...

akom sahabat...
Perghhh...semakin meriah suasana berhari raya dalam blog ni...syok gak melayannya...berbagai info dan lawak terkini yang kita boleh dapek di dalamnya...

Kehadiran new comer "bro durrr" mendapat reaksi positif dari byk pihak...tu tandanya kehadiran bro dur ke blog yang tak seberapa ni amat dialu2kan...cuma meo speki ade pesan kat mukadimah tu cukup bagi salam jer n tak payah taip salam sejahtera...buat penat taip jer bukannya ader anak buah M.Kaveas join blog ni...ehh!mana p si meor speki?sonyap jooo.

Jamil...jgn ingat mak hang sorang jer buat kenduri...mama aku jugak ada buat kenduri 24.11.07 ni adik teruna aku akan berkahwin...justeru,aku menjemput semua kawan2 ke kenduri ni di umah mak aku kat 78,kg.sg.wangi,ayer tawar,perak...turut mengundang seisi family...orang lekio musti mai kalau tak mai maleh aku nak tego muah haa ha.

ok geng,jumpa lagi.

abu_ateif

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKOM...
DIJEMPUT TUAN/PUAN KE KENDURI PERKAHWINAN ADIK LELAKI SAYA SEPERTI BERIKUT:

TARIKH:24/11/07
HARI:SABTU
MASA:BEBAS
ALAMAT:NO.78,KAMPUNG SG.WANGI,32400 AYER TAWAR,PERAK.

UTK PENGETAHUAN TUAN2 KONSEP KENDURI IALAH GOTONG ROYONG.OLEH ITU SAPA2 NAK MAI TOLONG POTONG BAWANG OR BASUH PINGGAN AMATLAH DIALU2KAN.

ABANG PENGANTIN,
ABU ATEIF

Unknown said...

ki,aku ari 24 tu aku tak dapat join sbb ari tu kenduri kahwin adik aku belah perempuan di segamat johor.tp meka jgn tak dtg pulak ke ghumah 1/12/07 tu.

Aku skali lagi menjemput smua kawan2 idrisiah ke majlis kenduri kahwin adik aku dilenggong.1/12/07.
019 268 3387/017 21112 87.

So sape2 yang jumpa kawan2 lain yang tak tau sbb tak masuk blog.aku harap sahabat2 yg tau tlg smp kan pesan pasal kenduri adik aku ni,ok......

terima kasih

marn said...

ha.. kalu macam ni kan ka seronok.. adanya blog ni dapat jugak kita save kan duit nganto kad.. tu salah satu benefit yang kita tak sedar secara langsung. takpa, nanti ada sesapa lagi nak jemput makan kenduri boleh habaq kat aku.. dekat ja tarikh kenduri tu, aku bikin satu posting khusus untuk jemputan kenduri. tak kira la, kenduri kawin ka, haus warming ka, cukoq jambui ka, sesaja nak cari pasai ka boleh ja. janji mau jemput ja.

Anonymous said...

Salam untuk semua ...

Jimat perbelanjaan aku pd bulan ni. Banyak jemputan kenduri . Tak payah nak beli lauk pauk dan sayur mayur . Janji tangki kereta penuh , boleh le calo mane2 kenduri . Betoi dak .

Alaaa , abu atief ... sekali aje aku buat miss call tu pun tengah boring nunggu doktor lambat bebeno ... rawat patient macam nunggu lembu branak .. terhegeh2. Elok aku calll nko aje... tup.! tup ! stafff dia calling , so aku off kan phone , maka termiss call lah untuk hg. Takkan marah kot ... skali tu aje . Time aku beriya2 call hg tak angkat . Apasai ha ?

Ade lg ke member2 kite yang nak join blog ni . Setakat ni orang2 ni aje yang memeriahkan blog ni . Halo tokan blog ... cii cuba fikir lg kaedah lain untuk menarik minat member kite untuk join bog ni . Misalnye warna warni kannya , Upload gambar sebanyak yang boleh , kot ade gambo zaman sekolah dulu tu pun baguih jg kan atau hyperlink blog ni ke web dot dot tu .. he he he lawak aje

Adiosssss ... meo speki

Anonymous said...

Betui kata meka tu speki kawan2 kita susah benor nak masuk blog kita ni.Bak kata Jamnul sbenornya blog ni mcm2 kita blh manfaatkan.nak bagi tau berita gembira/kmatian/knuri smua blh dlm blog.

Klu buat canggih2 sgt pun tapi yg beriya masuk 3-4 kerat buat letih Jamnul je.sebenor dema lain tu kadang berasa dema baguih tu la pasai nya.

Bercakap bagi cadangan smua hebat.tapi bila nak buat malah nak bg support pun mcm kena bayor smua tu.


ANAK NYA USTAZ

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKOM...

Selamat dtg ke alam blog geng 87 ana ucapkan kepada saudara Zahdur Rahman yg sudah lama menghilangkan diri nun jauh di Sarhawak..

Secara sembangnyer ana dgn beberapa sekutu yg lain mungkin akan turun ke Lenggung pada 1 dec secara car pool bersama sahabat2 yg lain dr KL.. insyallah panjang umur ader rezki jumpa lah kiter..

Bye

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKOM...

Jangan begitu kawan.. sebenarnya sahabat2 yg lain takde access utk ke internet samada di ofis atau dirumah, kita jangan menganggap semua orang bertuah seperti kita.. Oleh itu jgn lah kita dgn mudah berburuk sangka atau CAS(feberet ayat jamnul) mereka2 ini.

Ader yg berminat tu kadang2 bertanya kabo juge tentang member2 yg lain.. Tapi yelah.. dah tak buleh nak buek camno...

Anonymous said...

assalamualaikum wbt.
TQ Abu Atief coz buat teguran ttg ucapan greeting aku dulu.
Aku sebenonye terasa spt patah balik ke alam sekolah rasenyer. Sebab member semua cool mcm dulu jugak. Walaupun dah beso panjang semuanya tapi masih menggunakan bahasa standard yg digunakan pada era kegemilangan sklh dulu lgi. Hilang rasenyer stress keje...

Wa rasa ramai yg dah buka blog ini, tapi mgkn rasa segan, malu dan sbgnye (mcm aku dulu jugak) utk menyumbang dan men'sumbang'kan idea dlm blog ini. Mn taknye tgk mmbr semuenye fuuyooh.....(8 harakat) boleh thn belake.

Mcmn aku nk ucapkn beribu2 TQ kpd my bro sevillage aku, Bro Gybox, sbb introduce aku blog ini. Wa cuba utk memenuhi semua jemputan yg ade dlm blog ni, walimautl urus ke, walimatul tak terurus ke, cukoq jambui ke, berkhatam ke, berkhatan ke, insya Allah, wa akan sorbu satu family.. Apalagi semua, ayuh soooorbu.......( Sape lg ada berani buat jmptn).

From Kuching with love. chow cincau

marn said...

takpa la.. jauhari jua mengenal manickam. sapa rasa dia nak join, dipersilakan. sapa rasa dia nak bagi sumbang-saran pun boleh gak. sapa yang rasa nak jadi penonton saja pun bulih, nak jadi pemain serta referee pun bulih. yang penting, ada kemahuan, di situ ada jalan.

bak kata abg dur, semuanya dah 'beso' dan 'panjang'. Apa yang 'beso' dan 'panjang' tu? Muaahahahahaha!!! Muahahahahahaa!!!

Ada akai pikiran, gunakan untuk buat yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. yang pendek hanyalah ibrahim dan umur kita. makin lama makin pendek umur kita. ka gumana?

muahahahah.. takzirah sambil meladeni langit kirmizi.

Anonymous said...

assalamualaikum! ape hhabaq ghubin? Aku ghasa hang mesti kenai aku, pasai aku sorang je kot yang panggil hang ghubin di kalangan member2 idrisiah. woi ghaya hari tu hang tak balik teteng ke? ape pun aku ucapkan slmat hari raya dan maaf zahir batin utuk hang seklruaga. tak lupe juge utk teman2 idrisiah 87-91. cube teke sapekah aku?

Anonymous said...

akoms sahabat...
kepada member ghubin aku nasihatkan ko spy bubuh nama penuh ko jer...tak payah la ko nak berteka teki...byk keghoja lain lagi aku nak buat..nak beli pampers anak pun tak sempat.

kepada meor...tak elok buruk sangka kat orang lain...bila ko nak berubah meor...jgn rasa diri hang tu ngam sgt muahahahaaa.spt kata member kiter tu tak ramai member yang senasib hang dapat pakai internet priiii...biar tak ramai tapi meriah dan ceria itu lebih penting...islam pentingkan kualiti dan bukan kuantiti.

abuateif

Anonymous said...

ABU ATIEF JGAN LE MARE AKU MINTAK MAAF LE KLU GANGGU HANG DAN MEMEBER LAIN.

tolong aku baru masuk blog ni. blh tlg kenalkan sape hang? aku takkan kome tak kenal orang tepeng.

aku bukan mat peti ataupun jaws.aku dikenali sebagai thiqah( org yg blh dipercayai)semasa di idrisiah dulu.

Anonymous said...

betoi kata hamba allah yang anaknya bernama atief tu,disampg x blh access ada jga member yang x tau sebenarnya,cthnya zahdur,tu pun nasib baiklah en. borg prihatin dgn member2 yg x tau, bagi yang tau dan blh access tp x nak join tu kita ketepikan dulu, yg penting kita mantapkan dulu komuniti yg sedia ada ni dulu, in case klu yg lain tu nak join kita alu2kan mrk.

Anonymous said...

klu ngko bkn mat peti atau jaws,aku rasa ngko mesti mr. ghostbuster sbb dia pun dari taiping jgk amacam.... betoi x?

BORG: dulu blkg idrisiah bnyk antu,tp masa tu mr.ghostbuster blm dpt power lagi,klu tdk berbotol2 la yg kene tangkap

Unknown said...

assalamualikum

Tadi aku ada sms dgn Mjr. Yellow.Skrg dia kat Philipine.Dia akan balik ujung minggu ni ke Msia.Insyaallah kduri adik aku dia akan turun sbb masa tu dia ada Operasi di Gerik.

Anonymous said...

akum guys,
wa kire dh ramai yg tlh mencuba nasib dlm blog ni. Cuma wa x pueh hati sbb somebody yang guna nickname yg susah, aku cuba teka tapi no clue.

Tapi takpe wa cuba try test more harder lagi utk menspy sape anda yang sebeno2nye.

Anyway aku hrp ramai yg turun ke rumah jamil nnt. Kesian tuan rumah nnt klau lauk pauk, juadah x abis nnt, sape nk jwb...

Err... muslimat x de ke yg tau ttg blog ni.. Aku ade terbaca komen Aida... Tapi syp balik... Mane yg lain?

*Kekadang lepas bangun pagi, teringat kembali zmn pegi mesjid beramai2. maka berdondonlah manusia dgn pelbagai rupe dan gaya menuju ke mesejid. Ade yg cukup harum semerbak dan tak kurang jugak yang masih syg kepada air liyo basi di pipi, Ade yg gagah bergaya berjalan dan tak kurang jugak berjalan terpaksa dipimpin (Sebab masih terpejam dengan rapat lg). Hemmm itulah antara nostlagia memulakan ari baru di Idrisiah satu ketika dulu.

Anonymous said...

akoms sahabat...
jujur aku katakan kat sini...laman blog kesayangan kita ni mendapat tempat teratas dalam hati aku...bukak internet jer terus klik kat komuniti 87...seronok baca tulisan member2 lama apatah lagi selitan yang berunsur lawak jenaka dan nostalgia puluhan tahun yang lalu.

Mmg tak puas baca kalau kita tak kenai sapa pembacanya...abg DUR,aku pun cam hang gak tak berapa kenal siapa sebenarnya disebalik nama yang dianggap macho oleh pemiliknya...tapi balon p laaa..nak buat lagu mana.

Esok 10hb perhimpunan rakyat kat dataran merdeka untuk memperjuangkan hak rakyat malaysia yang telah terkubur sekian lama...jom pi ramai2 pakai baju kunin.

abuateif@ahmad zaki b mohamed yusof.
741219-08-5087
012-3587792

Anonymous said...

Masa pegi umah umah Alem kawin komuniti87 makan sampai 2x kul 2 skali.. pastu lepak2 sembang2 balun lagi kui 4.. balun sampe licin lak tuh... org kampung tu lak sound hai hujan pon berenti.. hehehe. Ingat dah berenti.. mkn kuih lak dgn kopi O.. emm licin..

Ni nak pi umah jamil sure lipat-melipat nyer lagi nak pulak Pak sedare jamil yg mmg well-known dgn kepakaran masak rendang tok... mm yum yum

Anonymous said...

Tekaan hang memang hebat wahai MR BORG. Aku baru nak mule masuk blog ni. Kalau boleh perkenalkan sape diri hang? Aku sebagai org baru dlm blog ni tak kenal le nick name korang semue.
aku adalah:
AHAMAD FARIZ BIN JALALUDIN
210 LORONG KERANJI, TAMAN SIMPANG 34700 SIMPANG, TAIPING, PERAK.
019-4777368
05-8483164

Anonymous said...

Aku cube teke sapekah BORG, rase2nye GEBOK (Husaini Dakir) betoi ke?

Anonymous said...

a'kum semua,
sbnrnya utk mengenali aku ckp mudah,pkt g-borg tu klu diulang berkali2 maka akan terpacullah nama ku yg sebenar,tp utk memudahkan ngko mr farez,supaya menjimatkan ayor lior drp menyebut berulang kali maka aku perkenalkanlah diriku yg sebenar
iaitu MOHD HUSAINI B.DAKIR,

BORG:setiap org dianugerahkan kebolehan yg berbeza2 mcm aku ni pakar dlm menangkap ayam didlm reban heh..heh.. jgn marah farez aku gurau je.

Anonymous said...

Salam untuk semua ...

Walamak .... dah 2 ari aku tak bukak blog ni , beduyun-duyun komen yang ade . Kalu cam ni boleh jd blog no. 1 ... silap-silap kena siasat dek polis pase ramai yang terujaaa nak join . Amacam tokan dah ready kena siasat ke ? he he he

Alamak .. abu atief dah marah kat aku . Ngeriiiinyeee . Ni mesti marah pase miss call dulu tu . Ala dah kerajaan bg internet free kat cmua sekolah jd kite gunakanlah sebaik yang mungkin .Duit kerajaan pun duit aku dan duit mengkeme jugak kan . Jangan membazir . Bior rosak sebab digunakan jgn rosak sebab tak reti nak guna . Betoi dak g-bok .

Ayoyo... Dur Kitak sihat kah . Kamek ok jak . Hg ngajo kat sekolah mane le ni ? Mr. Jam sori ari tu kau mintak alamat aku . Aku lupe le .. Tengah manjat pokok petai , mane dan nak balas mesej nko tu . Sat lg aku jd macam Mat Jenin . Nanti aku bg alamat tu . Ala kalau tak bg pun tak pe . Kalu mengkeme nak pegi rumah Jamil tu nanti mesti melintasi jalan kat rumah aku dulu . Boleh le aku kutip tooollll Samy .

Lupa lak .. Aku nak jemput sape2 yang ade ke free an masa untuk datang ke rumah aku . Le ni kan ke zaman org buat opeh house , jd aku pun buat sama le .
Tarikh : 11 Nov. 2007 .
Hari : Ahad ni
Masa : 200 ptg hg 700 mlm .
Alamat K 25, Kg. Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak .
Jemput sape2 yang rajin . Wahai Abu Atief ( sila baca dgn nada yang lembut )kalu lu berani datang leeee .

Adiooossss ... Meo Speki

Unknown said...

Blog kita ni mmg brtambah meriah skrg ni.Isyaallah tak lama lagi, mungkin ramai lg yg akan masuk sbb kawan2 dah start brcerita pase kemeriahan dalam blog kita ni.

Speki meka buat open house Aidilfitri ke Deepavali wei...(jgn marah aaaa....)

marn said...

Assalamualaikum..

wallaweh...

syukur kepada hadrat Ilahi
anugerahnya tiada terhingga
kemakmuran kedamaian
malaysiaku bahagia
(tajuk lagu ni aku tak tau, tapi dulu rajin kluo tv time penutup nak abih siaran) muahahah!!!

terkejut! tak percaya! terharu! gumbira! syujur dan suka bercampur baur! alamak fareez, lu dah join ini blog.. canteeq!

aku tak balik tepen la taon ni sebab kena turn terengganu. kalau tak ikut turn, sure malatop punya. aku tidak mengamalkan sistem kuku besi terpimpin macam ehem-ehem (ada orang yang hangin ni). aku sedih gak tak dapat raya di kampung halamanku, tapi ku ladeni kesedihnku dengan menerima kampung halaman biniku seperti kampung halamanku jua adanya.

tapi raya aji taun ni, insyaAllah aku balik tepen. teruja la bila aku tak masuk dua tiga hari, tau2 dah ramai dan meriah blog ni..
alhamdulillah.. aku akan cuba sebaik mungkin update dan kemas-kinikan blog kita ini.

Terima kasih dan selamat datang aku ucapkan kepada mua2 baru yang sudi nak menziarahi blog kita nih.

semalam 08/11/07, aku pergi ke puncak alam kerna menghadiri rumah terbuka sepupu bini aku. Masa pulang ke rumah dekat-dekat Maghrib, aku ditimpa kemalangan. Mobil biniku rosak dan sekarang ditempatkan diwad kecemasan yakni di woksyop proton edar di kepong (sebab mamat tarik keta tu orang woksyop tuh). anak bini dan mak mertuaku semuanya selamat, alhamdulillah.

saja nak habaq kat kawan-kawan, malang tidak berbau. Jadi, berhati-hati ketika memandu.

Anonymous said...

assalamualikum guys.
Wahai tuan empunye blog, tolong buat page baru,page ni dh pjg berjela, mau ingat la itu...
Anyway dikesempatan ni, wa ade satu kemusykilan, (ini serius kes)Apakah kita menziarahi mereka yang berbeza agama kerana mereka menyambut perayaan agama mereka. Senang cerita, kes ziarah Deepavali ni. Hukum meraikan raya agama lain adalah haram dan boleh diragui keimanan mereka.

Begitu juga kes rumah terbuka Deepavali dan Krismas yang disambut secara besaran sehingga peringkat kebangsaan. Apakah hukum orang yang pegi ke majlis tersebut. Tidakkah perbuatan mereka amat diragui kerana ia terang lgi bersuluh, majlis tersebut diadakan kerana agama lain. Musykil2.

Tolong jawab al fadzil ustaz....

*Bila bab bertanya soal agama, teringat arwah Ustaz Musa... al-Fatihah.. semoga rohnya bersama orang yang beriman dan bertaqwa.

Unknown said...

Jawab jgn jawab shabat2yg bgelar ustaz tentang masalah yg dbangkitkan oleh sdr. dur kita dr sarawak.

Dur,tuan empunya blog ni bz skt minggu ni.tadi aku ada call dia.Dia bagi tau dia tak sempat nak update blog kita.Insyaallah dlm masa trdekat dia akan update balik.

Anyway kita patut brterima kasih pd dia sbb dia satu2nya kawan kita yg sggup mmikul beban demi myatukan kawan2 lama dgn membuka blog ni scara sukarela.

Anonymous said...

akom sahabat semua...

Dikesempatan ni aku nak rakamkan ucapan takziah buat tokan blog ni yang terlibat ngan kemalangan hari tu...aku doakan semuanya dah ok n nasihat aku pada diri aku n kengkawan lain spy berhati2 ketika memandu...doa ketika nak menggolekkan tayar kalau boleh jgn lupa...ingat allah,allah ingat n jaga kita.

Abg Dhur,hang tanya soalan peh tu hang dah jawab sendiri...kat mana ruang untuk orang lain nak jawab.aku setuju ngan soalan n jawaban abang Dhur...sejuk tali perut bila sebut nama Abg DHUR.

Weh Meor Speki,udah la tu la tu meor...tak kan hang nak buat open haus sempena depavali kot..hg tak baca ka fatwa s.s Abg Dhur tu...Raja tol sami vellu pun tak buat open haus tahun ni psl protes kuil kena runtuh kat sngor.ishhh mike meor.

wehhh ghostbasted rindu aku kat hang...bila boleh jumpa hang lagi...aku nak urut kepala lutut aku la ...aniway tahniah kerana berani masuk dalam blog ni.tak ramai yang berani masuk maaa..aku pun tak tau pasai paaaa.

ok kengkawan.

ayah_ateif

Anonymous said...

Seronok juge masuk blog ni. Ingatkan kawan2 dah lupa, rupanya masih ingat kat aku lagi. Itu yang aku suka sgt member2 Idrisiah ni, dah macam adik beradik.

Baru2 aku kursus kat Teluk Batik 4 hari. Sembang punya sembang dengan member kursus rupanya dia menjor dengan MR. BORG. Hang tolong sampaikan salam aku kat dia.

Abu Atief, kalau hang nak urut kepala, mai la Taiping. Tapi la ni aku dah kurang mengubat2 orang, pasal sdibuk sgt.

marn said...

muahaha.. mana tak seronok beb!! rasa macam dok dekat, padahai jauh beb.. nak tulih surat memang bukan dia la.. ngan mak ayah pun tak tulih surat, ni kan pulak kengkawan. jadila blog ni pengubat rindu hati nan lara..

Anonymous said...

As`kum buat kwn2 suma! Seronok dpt jumpa hangpa suma balik! Bila lagi mau kamben bader? Tunggu trip Pangkor 1x kot? Unta sekor la sana 1x kat sana kot? Mr Gebox dah ternak anak unta sana kot? Harghhh!Zahdur Rahman dok buat apa sekang nie, ternak burung merpati ka, ayam kg kat sana? Jgn lupa sama kwn2 geng! Buat kwn2 yg lain lelaki & p`puan, jaga diri kalian baik2, sakit mkn ubat, tak sakit jgn cari penyakit o.k.?!!! Asta la vista! Take Care all! CU