Pages

Solat Time

Tuesday, September 11, 2007

Here comes Ramadhan..

Assalamualaikum...

Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita. Maka, marilah kita sambut Ramadhan tahun ini dengan hati yang terbuka dan bergembira kerana di dalam bulan yang mulia ini, pintu rahmat dan barakat terbuka luas untuk kita. Sama-samalah kita hayati bulan yang penuh keberkatan ini dengan taqwa, mengharapkan maghfirah dan tawadhu' kepada Allah SWT.

Mari kita warnai siang dan malamnya dengan ibadah, qiamulail, tadarus qur'an dan solat-solat sunat. Moga Allah SWT melipatgandakan pahala dan kurniaanNya buat kita semua. Ramadhan hanya datang setahun sekali.

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bila mana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"

Ramadhanul Karim, Allahu Akbar!!

36 comments:

marn said...

aha.. dah kebetulan hari ni hari pertama berpuasa.. Selamat berpuasa!! ert!! walaupun baru sehari, nak tanya gak.. oi! kengkawan..!! bila mau bukak posa sama2? Mai la kita IFTOR JAMA'EI kat kl nih. Kawan serumah si Pesey Riza tokey restoran tomyam. Leh la bikin kat situ.. (ni aku punya cadangan la). Tak setuju? Kat mana? ada tempat lain?

Seingat aku, 1st. time jumpa kawan2 Idrisiah reramai masa bulan posa gak aa.. Tahun 2004. Masa !st Time jumpa si Mart Zenith, Mohsen Kadir (dia yang bayaq suma), Sepul Yusrin, Sepul Asri (dia punya pala akai ajak jumpa), Pesey Riza, aku pastu ert.. aku tak ingat dah weh! Sapa lagi yang pi time bukak posa tu eh? Sesapa yang ingat tolong refresh sat memori. aku punya dah memori dah jadi bad sector.!

So, mengkala ada kesempatan, mai la kita pakat-pakat bukak posa ramai-ramai.

marn said...

wuih.. lupa nak habaq.. restoran tu kat jalan klang lama batu ampat (bersebelahan dengan balai bomba taman desa). so, kalau sesapa ada cadangan lain, aku suka gak nak tau idea dan pendapat yang lain..

ka gumana?

Anonymous said...

Aduii la hai hari pertama puasa pelbagai dugaan yg dtg bermcm bentuk dan rupa.. DUGAAN... err sy ok jer kalu nk berbuka kt luor nih.. tp kalu buleh bior le pertghan puasa bleh gitu.. kang ujung2 ramai lak yg dh tak sabo nak balik kg..

Mart Zenith

Anonymous said...

akom sahabat...
bes gak tu idea bro man iftor jamaa'i...bukan senang nak berbuka ngan kengkawan nih..kalau hampa nak buat habaq bila...buleh teman ejas2 mana yang mampu kot2 boleh join.

abu_ateif

Anonymous said...

akom sahabat...
apa habaq hampa?4 hari posa ni rasa semakin ringan n slim badan..harap2 dosa jugak turut kurus n hapus...4 hari posa ni aku tengok orang muda masih kurang penghayatan ttg awat allah suruh kita posa...bagi depa posa ni amat menyulit dan membataskan aktiviti maksiat yang dah besa depa buat...ptg semalam kat padang polo masih ada lagi kapel yang tanpa segan silu berpeluk sakan...tidoq atas riba lagi...kalau tak malu kat allah kurang2nye malu la kat apek2 n nyonya yang sedang jogging tu...iman aku lemah aku hanya mampu benci ngan hati jer...semalam aku n family berbuka kat nasmir pekena kari kambing...perghhh nak pecah kepala makan kambing mamak...sampai kedai mamak tu 6.45 pm tp sedihnya 4 mamat rambut terpacak n sorang awek pakai seluo nampak spentot(kurang pahala posa aku semalam)dengan selamba jer makan depan orang ramai tanpa rasa malu...aku rasa nak penampo jer sekor2 tapi apakan daya aku tak mampu...kalau ader mat ke yusrin ker mmg aku laboh dah mamat tu sekor2..ishhh tak tau la aku apa nak jadi la ni...anak muda kebanyakannya akhlak merudum n tak brp boleh nak harap untuk mempertahankan islam n negara yang kita sayangi ini...fikir2kan n renung2kan

abu_ateif

Anonymous said...

Saya ingin mencadangkan kita buat pada 29 Sept jer.. Dirumah Izanee berkonsepkan "POT LUCK" kan mudah & murah. & trus bleh buat tarawirh disitu. Buleh la nk bukak kt luor tp takut jd pembaziran terutama bg yg kurang mampu. Lain la yg bergaji 2k seminggu nk belanjer heh heh heh .. So guane?

Che Mat

Anonymous said...

ki,klu aku jd ngko,dh lama aku laboh mamat tu,cite bnyk x de,x payah tggu mat ngan yusrin.

G-BORG: mcm le gua terer sgt
heh..heh..

Anonymous said...

akom kengkawan...
ana dengan rendah dirinye bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan oleh cik mamat tu 29/9...kebetulan masa tu ana n family balik kuala selangor kot2 ade ruang untuk ana cilok p sana..tapi tak pa ka buat kat umah bro izani tu...sian kat dia balik2 umah dia jd sasaran hehhee...kat shah alam ka dekat sikit aku nak p muahahahaaaa..

abu_ateif

Anonymous said...

akom akhi gbox...
aku mmg x de keberanian cam yang allah kurniakan pada hang...tu la pasal aku hanya geram n benci dalam hati jer...kalau aku berani cam hang la banyak dah mamat n minah aku belasah kat ipoh ni...menjatuhkan maruah islam dan melayu jer.

kawan meor matot

Anonymous said...

akom kengkawanku..
awat pasif jer ni...tak kurang pahala posa kot naip kat blog ni...weh bro marn tak kan senyap jer...berkokok la sikit yop hehehehee

abuateif

Anonymous said...

muahahaha!!!
sori la bro!! aku tak cukup tidoq, makan, pahala, masa dan pelbagai.

bulan posa ni memang banyak menguji kesabaran. takpa... asaikan aku mencuba untuk terus berpuasa.

aku pun suka gak ngan cadangan cik mat zenith pasai bukak posa kat umah izanee. tarikh tu pun cun gak sebenonye. tapi aku rasa macam aku dah on d way balik ke trengganu je tarikh tuh. tapi takpa, aku usyar tengok dulu jadual bini aku. bukan apa, taun ni taun kampung dia. kena bagi la priority kat dia. bukan takut bini aaa!!!! bagi chance sikit la kat dia bulan2 posa nih.. kan ka?

aku rasa tuan tanah suka.. sebabnya ni masuk taun ketiga la kalau jadi bukak posa kat umah dia.. three in d row.. dah jadi macam satu ritual la pulak. muahahahahaha..

Anonymous said...

aku suka bukak posa umah izanee sebab murah, mudah, selesa dan praktikal. tang part praktikal tu yang syiok tuh.

Anonymous said...

so the rest,amacam?

G-BORG:klu jd wa akan cuba attend,klu blh wa amik cuti,klu perlu wa amik mc,klu memaksa wa buat bodoh je pegi heh..heh..

Anonymous said...

Gbox, buat bodo jer...

Mat Zeni

Anonymous said...

lert... kalau nak mai ta payah le sampai nak buat bodo... mai je la.. nak mai pun takpa, nak mai pun takpa. takdak sapa nak paksa aih! lain la kalau diri sendiri yang rasa terpaksa.. tu ta dapek den nolongnya..

Anonymous said...

So kepada sahabat2 idrisiah yg terbaca blog ni dijemput skalilah utk memeriahkan suasana di bulan ramdhan yg mulia.. Bg awek2 yg masih bujang pon bleh datang aih aper salah nyer.. mari kita bertahlil beramai-ramai...

Anonymous said...

ayat wa tu bkn le fully bermaksud demikian,tp maksudnya wa akan cuba sedaya upaya la beb.

G-BORG:ucapan takziah buat keluarga nurin jazlin semoga tabah menhadapi ujian dan diharap pembunuhnya dapat ditangkap segera

Anonymous said...

akom sahabat...
insyallah kalau aral tak melintang kita jumpa kat iftar jamaie nanti...kepada ayah2 yg sedang memerhatikan blog ni awasilah diri,bini n anak anda dengan betoi2...negara yang kita cintai ini x berapa nak selamat dah...penjara pun dah tak muat nak isi penjenayah yob tp ttp gak nak berhukum ngan hukum islam hadhari islam ada had ada hari...apa la nak jadi?ayuh bangkit lah pejuang2 islam hadhari.

ayahateif

Anonymous said...

akom gbox..
wa jeles la ngan lu bro!!!teringin sgt wa nak nompang lu.

gbox tau sapa aku.

Anonymous said...

boleh ape salahnya si abu atief,sok klu blk sitiawan boleh le kita hang out lg.

G-BORG:semua tu dunia je ki.

Anonymous said...

akom sahabat2ku..
alhamdulillah kalau aku dapat join kengkawan berbuka kat umah izzani 29 hb ni...aku akan cuba sedaya upaya untuk attend...tapi yang lemah tu hampa cdg nama aku jadi khalifah apa pasai...apa kata kita bagi peluang kat guru muzik jd imam pulak...dok petik gitar kapak jer sekali sekala bagi jadi khalifah pulak...tuan rumah kena bagi tazkirah...ni mulut pun segan nak bukak apa ceghita hehehehe

cikguizzuddin

Anonymous said...

akom...
weh mr later!!hang kena mai 29 ni...gbox teringin sangat nak jumpa hang.

membergbox

Anonymous said...

apa pulut nak lemahnye pulak jadi tekong beb? dah kata soh bawak badan ja... biaqla kerja kotoq dan kasaq kami buat (er..maksud aku.. kerja kemaih umah, buang taik cicak, susun meja, terap pinggan, tuang ayaq dan yang sewaktu dengannya). kerja jadi tok imam kita bagi la kat orang ngaji jejauh nu.. sampai ke masir mana hala. takkan kot teruih lemah nak jadi imam? ka gumana gbox? setuju tak abu atief jadi tok imam? aku rasa bukan takat gbox, malahan macik rapeah selang tiga umah dengan haji saroji tepi titi kat simpang tiga parit lapan pun setuju sesangat. Ambik barakah, orang ngaji ngan tok guru hebat.. kalau tak hebat, kurang hebat je. Tapi still hebat.

Anonymous said...

aku setuju sgt ngan tokey minyak dhab tu,beribu duit k'jaan abih buat anto depa pi ngaji kat mesir, alih2 c. muzik pulak jd khalifah,bunyi mcm tanda2 nak kiamat je.

G-BORG:semoga allah memberkati kita semua insyaallah

Anonymous said...

dah habaq awai soh jadi tok imam.. maka bersiap siaga lah segala keperluan agar cukup kelengkap malam tu nanti nak buat solat tarawih. kita pakat2 sapot memba yang ada ilmu nih.. kan ka?

Anonymous said...

Mael nak join.. So Gbox bleh tak kalu dia car pool ngan luh? Si Mael tu bwk keta sampai setiawan pastu jumpa la hg kat maner2

Anonymous said...

Er ader mmako kamben ker malam tu?

Anonymous said...

Jamil.. mike kalu rajin ajak la senior kita skali.. mana2 yg ader kt KL nih

Anonymous said...

Dear Mr Juman..

Buleh lah secara rasminyer buat Posting baru berkenaan majlis berbuka puasa yg bakal diadakan di umah abg iz

Anonymous said...

akom sahabat...
wehhh aku jd segan la nak p buka ngan hampa pasai hampa mintak aku jadi khalifah...sebenaqnya aku p mesir bukan ngaji pun..aku p sana bukak kedai juai nasik ayam maaaa...aku rasa lebih afdhal bagi kat alfadhil ustat jamnul azman alhaj la...lg pun dia kamcing ngan mufti perlis...ada yang kata marn pernah laga lutut talaqi ngan beliau.
Mr Gbox pun apa salahnya...hang pernah jadi orang harapan almarhum ustat musa..almarhum tak pilih sebarangan orang...paling koman pun dia mesti terer jadi imam terawaih...tak gitu?

mat...tak dak kambing tak aci la...nanti ayah izani tanya pasai apa bulan tak posa ada kambing tapi masa bolan posa tak dak kambin?..haa sapa nak jawab soalan tu.sebelum ni taman melawati dipenuhi ngan asap mercun apasalahnya malam 29 ni kita penuhi ruang angkasa kat situ ngan asap bakaq kambing...meor matot sure setuju punya...tak gitu meor.

ayahateif

Anonymous said...

Abu _Atief ake ni setuju aje .. tapi .. alang kah sedihnye , sebab aku tak dpt menghadirkan diri aku bersama2 korang . Coz mlm tu aku pun ade 'Iftar Jamaie' ngan cmua ahli kaum kerabat keluarga aku kat umah ayak n emak aku . So ... mengkome pun tahu mane yang lebih afdal kan. Buat Mr. Later , posa tinggal 16 ari aje lagi . Balik kg. mane raya kali ni . Kalau ada sape2 yang balik kg. ( kat perak aje le ) boleh le calll aku kut2 boleh numpang raya bersama2. Ya si Abu_Atief , kurang pahala ngaji kamu dah asyi niaga ajeee .
meo_speki

Anonymous said...

Udah2 la tuh.. jgn ronsin2 abg ASR kan ada kita fully utilised la dier mlm tuh.. Aper lg kerojer nyer.. Ramai aihh.. yg ader lagi..

Anonymous said...

aku blk rmh mentua aku kat sepang ari jumaat ptg n blk s'wan pg isnin,so mael camner? :G-BORG

Anonymous said...

akom sahabat...
aiseh bro meor tak dapat join maka sudah pasti kemeriahan iftar jama'i nanti akan terjejas...tp tak meor family 1st.

buat bro mail...aku nasihatkan ko naik la bas ekspress bukit gantang tu...insayllah kalau tak masuk gaung maka cepat la ko sampai kat kl...sampai kl hang nompang je mat zeni...tunggu beliau kat kedai gulai ikan keli bawah may bank muahahahaaa.

aku insyallah akan bazala juhdi untuk join korang...rindu kat bunyi air terjun belakang rumah tuan tanah.

abu ateif.

Anonymous said...

Mael ko makan HATI je lah heh heh heh. Ok per dr org sebelah tu hari2 mkn sup tulang...

Anonymous said...

mail...
puasa ko tetap akan sah walau dimana pun ko berbuka...biarlah orang2 yang kl jer yang berbuka kat umah izani tu...nanti ko tgk jer aktiviti yang dah dijalankan dalam blog ni..

kalau teringin makan kambin nanti kat pangkor kita panggang sekor kambing..utk pengetahuan sahabat2 bro gebox sudah buat rundingan secara senyap dengan tokan kambing kat pangkor tu.

cikgu sekolah