Pages

Solat Time

Wednesday, September 4, 2013

Takziah buat keluarga sdr Saiful Yusrin

Assalamualaikum..!

Pahabaq semua? Sebelum aku meneruskan tarian jari di atas kibot laptop cabok aku ni, sama-samalah ita membaca al-Faatihah dan kita sedeqahkan ke roh Sarul Yusmin adik kepada sahabat kita; Saiful Yusrin yang telah pergi menyambut seruan Ilahi tanggal 3 September lewat jam 4.40petang.

Alhamdulillah. Aku, Mart dan Sepul Asr telah menziarahi jenazah dan keluarga allahyarham pada malam tersebut. Sedih bila terkenangkan arwah yang sangat baik, berhati mulia dan suka menolong orang lain.

Aku secara peribadi mengenali allahyarham lewat tahun 2006-07. Kagum aku pada jiwa dan semangat anak muda ni. Walaupun masih muda, tapi wawasan dan halatujunya jelas dan dia tahu dengan apa yang dia buat. Malangnya, takdir Allah belum mengizinkan dia untuk berjaya pada waktu itu. Ditipu oleh seorang haji, tuan punya kilang percetakan yang terletak di Bandar Tun Razak. Kerugian dianggarkan hampir mencecah RM1juta. Satu pengajaran yang cukup mahal.

Selepas beberapa tahun lamanya tidak bersua muka, aku bertemu semula ketika menziarahi bondanya yang sedang terlantar koma di Hospital Kuala Lumpur kerana mengidap penyakit kencing manis. Dari mulutnya, dia bercerita tentang perjuangannya untuk bangun semula daripada jatuh dalam bisnes.

Beberapa ketika kemudian, aku mendapat berita daripada abgnya si Yusrin, dia sudah kembali berjaya dan  alhamdulillah kehidupan dan pengurusan ekonominya bertambah baik berkat kesungguhan dan kesabarannya dalam perniagaan.

Aku turut gembira apabila melihat sendiri kejayaan anak muda yang dekat dengan kehidupan aku. Tapi kegembiraan aku tak berpanjangan pabila percaturan Allah itu lebih hebat daripada percaturan manusia.
Akhirnya, pergi jua seorang anak muda yang mempunyai masa depan yang cukup cerah untuk menjadi usahawan muda yang berjaya.

Bintang cerah akhirnya musnah bila dia tumpas dalam perjuangan menentang kanser pundi kencing yang lewat disedari. Hanya diketahui selepas barah itu sudah memasuki peringkat 4. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak

AlFaatihah dan moga Allah Taala mencucuri RahmatNya ke atas beliau. 

No comments: