Solat Time

Tuesday, March 27, 2012

Umrah dan kenangan

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat2 ku sekalian? Sorilah sebab dah lama tak kemaskini blog kita nih. Aku rasa ramai yang dah lari. Silap haribulan aku sorang ja yang dok menulih dalam blog ni. Muahahahaha..

Ni barulah ada kesempatan nak mengemaskini blog ni. Aku baru menjejakkan kaki ke tanahair lewat petang semalam. Sahabat kita, si Jamil yang tolong pikap aku di KLIA. 

TERUJA!!! Ni lah perkataan yang boleh aku kongsikan bersama kalau pemahaman maksud kita sama. Banyak pengalaman yang tak bleh nak aku ungkapkan dengan perkataan.


Kiranya ni aku baru balik kali ke2 unrah untuk tahun ni. insyaAllah kali ke3 akan menyusul 2hb April ni. sapa nak join aku? Jom pi umrah. Jemputan tu terbuka untuk mereka yag ada lebihan dana dan punya ruangan masa. Kalau takdak, toksah la pi lagi. 

Eskrem Makkah is a must. 
Sapa x pekena, toksah cakap kata pernah pi Makkah.

Umrah ni bagus untuk mereka yang dah pergi dan belum pergi haji. Buat yang belum pergi, nak dapatkan feel haji, boleh la try seraon. Nak dapat feel, kata orang. Yang dah pernah pergi, eloklah pi refresh dan lepaskan rindu menatap Ka'abah.

tok imam Masjidil Haram. Soalan; sapa nama dia?

Serius aku katakan, makin kerap aku pergi ke Makkah menatap Ka'abah, makin rindu aku padanya. Sesungguhnya bukanlah rekabentuk mahupun kiswahnya yang membuatkan rindu bertandang di hati ini. Akan tetapi seakan ada kuasa yang tidak terlihat, cuma sentiasa  terasa meruntun hati dan jiwa ini untuk menatapnya.


Pada Ka'abah itu 120 barakah. 60 untuk yang bertawaf, 40 untuk yang bersolat padanya, manakala 20 pada yang menatapnya.

Makan nasi Mandy kat Makkah pun lain macam beb, rasanya. Tak sama dengan apa yang ada di Msia nih. Tu blom cerita makan roti dengan daging unta. Pergh....! Beyond imagination...

Mandy Lahm, Mat'am Hadra Mawt, Azizieh, Makkah

'Ala kulli hal, aku doakan semoga kawan-kawan semua beroleh kesejahteraan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki untuk memijak dan menatap bumi al-Haramain. 

Ni baru intro, nanti aku akan susun kisah perjalanan aku semasa di bumi Haramain, insyaAllah.

7 comments:

Hasnul said...

Salam,kerap juga aku buka blog ni,tertunggu2 aku,bila la hang nak balik,kut2 ada citer best kat sana.

marn said...

Takpa Hasnul. Nanti kalu aku sempat, aku share crita kat sana. Ada gak la kisah misteri nusantara di sana.

Hasnul said...

emmm....

Mart said...

Lagi.. more2

Hasnul said...

apa yg lagi dan more2 mat?aduhai..

Anonymous said...

maknanya cerita la lagi,apa yg misteri nusantara tu?

iZaNeE said...

Sedapnya aiskrim tu, bwk mai la skt ke M'sia nie bro! He97x!