Solat Time

Thursday, July 19, 2012

Yusrin dan Myasthenia Gravis

Assalamualaikum..

Terkini..
Alhamdulillah berkat doa sahabat-sahabat semua, si Yusrin dah keluar daripada hospital, tapi masih dalam keadaan lemah. Sama-sama kita teruskan memanjat doa buatnya semoga cepat sembuh seperti sediakala, insyaAllah.

Asal..
Buat sahabat sekalian, jom kita pakat-pakat doa supaya sahabat kita Yusrin diberikan kesembuhan dengan kadar yang segera. Buat yang baru mengetahui keadaan kawan kita tu, dia disyaki oleh doktor mengidap penyakit yang dikenali dengan nama Myasthenia Gravis. Penyakit yang menyebabkan antibodi sendiri menyerang anggota tubuh yang sihat menyebabkan kelumpuhan sementara atau ketidakupayaan pesakit untuk mengawal saraf motor. Penyakit ini boleh membawa maut dan sehingga kini tiada sebarang ubat yang mampu mencegah mahupun mengawal punca penyakit tersebut. Boleh dikatakan semua kita terdedah kepada penyakit ini tetapi ianya tidak menyerang golongan muda. Dalam kes Yusrin, memang unik sebab macam mana dia boleh terkena sakit tu, Wallahu A'lam. Sila rujuk abg Google untuk keterangan lanjut.

Tahap kesihatannya sehingga pagi tadi tidak berubah sejak dimasukkan ke dalam hospital Sg Buloh tanggal 30hb Jun yang lalu. Masih lagi memerlukan alat bantuan untuk memasukkan makanan serta tidak berdaya untuk menggerakkan anggota tubuh badannya. Bukan lumpuh, tetapi tidak bermaya.

Oleh yang demikian, aku menyeru kepada para sahabat semua untuk menziarahi beliau yang sedang terlantar di dalam Wad 4A, tkt 4, Katil 27, Hospital Sg Buloh. Hanya sokongan moral daripada kawan-kawan sahaja yang dapat menyuntik semangat untuk dia terus berjuang melawan penyakit yang sedang dihidapi.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar dia dapat diselamatkan dan sembuh dengan kadar segera, insyaAllah.

11 comments:

abuhusnie said...

Mudah2 Allah swt memberi kesembuhan kepadanya...

mail ninja said...

semoga beliau tabah menhadapi ujian Allah swt

Mart said...

Kalau ada sahabat yg melalui hiway nak ke selatan tu boleh la singgah ke Hospital Sg Buloh, tak jauh pon dr hiway... jenguk2 lah sahabat kita tu.. melihat keadaan Yusrin sahaja insyallah akan timbul keinsafan dalam diri betapa rapuhnya kehidupan kita ini. Yusrin sekarang dh kurus cengkung, cakap pon dh tak teratur.. Kalau ader masa & kesempatan jenguk2 lah..

marn said...

ASlkm! Apa habaq? Aku kat Makkah so far sihat walafiat.. cuaca agak panas berbanding hari2 biasa. Almaklumlah Ramadhan itu sendiri membawa maksud panas yang bersangatan.

So, apa perkembangan terbaru saudara kita si Yus tu? Dah boleh makan dengan cara biasa ka atau masih lagi guna tiub? Sapa ada buat lawatan ziarah dia baru2 nih?

hasnul said...

Assalamualaikum kawan2,apa khabar semua?

iZaNeE said...

Salam.. Sahabat2 suma, b'syukur ke hadrat Ilahi krn telah menyembuhkan penyakit mysterious yg melanda Abg Yusrin kita.. Wa epi ssgt dpt tgk dia mkn mlm dgn wa dgn lauk kari ayam, belanak masin Pangkor sama ulam2an, mmg dia dah sihat.. Alhamdulillah syukur dgn nikmat Allah swt.. Amin..

iZaNeE said...

Salam.. Hasnul, tenggelam timbul hang nie, bila nak join kengkawan bbQ bakaq kamben gurun di KL geng? Syeok wa ckp lu.. Huarghhh33x!

Anonymous said...

Mart, tahniah di atas kelahiran baby girl hang noo.. Moga2 lu jadik ayah mithali geng.. Yehhh2x!

iZaNeE said...

Mail Ninja,bila lg kita mau tarik pukat di Pangkor geng? Byk syeok wooo, bbQ loban dgn kengkawan!

maz khy said...
This comment has been removed by the author.
maz khy said...

maaf, sy ingin brtanya, mcm mana keadaan yusrin skrg..