Pages

Solat Time

Friday, August 19, 2011

Sambungan laporan Iftor

Assalamualaikum..

Sori geng! Aku dua tiga hari ni tak berapa sihat badan. Batuk-batuk. Mak mertua pun batuk-batuk. Buang dosa barangkali.





Aku takmau menulis panjang. Banyak sangat permintaan untuk aku upload gambo masa majlis tu. Aku merakamkan terima kasih buat suami-isteri tuan rumah yang bertungkus-lumus menyediakan servis yang terbaik untuk semua tetamu yang hadir. Serius, Abu Atief suami-isteri, hangpa pasangan terbaik!!! Terima kasih juga buat para isteri dan suami yang bawak juadah dari rumah (home made cookings) yang memang lazeezun awi-awi. Harap-harap kalo ade buat iftor taon depan, jangan le sesegan bawak lagi.





Cumanya ada sikit calar majlis tu dengan adanya sesi tak rasmi main mercun. Dapat plak info wujudnya mercun yang boleh menghancurkan jari. Bunga api masih ok. Tak bagi langsung karang, kata sekat pulak orang nak berseronok. Diharap selepas ni, kita sensitif sikit perkara-perkara macam ni. Satu lagi, ada jugak kutu dok sembang pasai duit, duit, duit. Ni spesis satu lagi yang cukup cemarkan majlis. Kalau nak bagi peluang cari wang sekalipun, patut padan la. Sampai xdak topik lain dah nak boleh bersembang. Tak sempat nak bertanya kabo pun ha. Semak kepala aku. Kawan-kawan yang lain tu aku taktau. Tapi aku memang berserabut.





Kalau dulu, dok sibuk MLM. Skang dok sibuk jaja cerita pelaburan pulak. Lepas ni? Jual-beli kapal selam? Bukan tak boleh. Boooleeeeh..! Bagus bila berkongsi maklumat dapat side income. Cumanya janganlah itu ja topik yang keluar dari mulut. Dah macam takdak perkara lain nak bersembang. Mungkin aku dah muak sebab aku orang berniaga sepenuh masa. Dok asyik cerita duit, duit, duit masa kerja. Bila bersantai, memang nak cerita benda lain selain duit. Dah la setahun sekali berjumpa pun susah. Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku. Terpulang... hak masing-masing. Tiada paksaan.



Apa-apa pun, tu cuma sekelumit kecil perkara yang tak perlu diangkat sehingga menjadi masalah ummah. Banyak manusia banyak ragam. Apa yang penting, majlis tu tetap hebat. Siap ada kutipan derma kilat bantu saudara kita yang dalam kesusahan. Terima kasih dan Jazakallahu Khairal Jaza' buat seemua yang memberikan sumbangan ikhlas. Semangat yang macam ni lah yang kita nak tengok subur di kalangan kita. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Barakallahu fiikoum!

p/s: and abg Asr, thanks for providing us the ride. We really had a pleasant journey and smell. Muahahahaha.. this is best bro!

10 comments:

marn said...

Ikut ati, nak boh banyak lagi.. tapi takut muntah le pulak kang. Sapa yang nak gambo koleksi Iftor 1.0, 2.0 & 3.0, boleh la nanti bila2 jumpa aku bagi dlm bentuk softcopy.

At least ada la jugak habuan tatapan di hari tua.

Anonymous said...

nul,hang email kt gambaq yg ada muka aku ja blh......

jamil said...

sorry lupa nk bubuh nama.Jamil

Anonymous said...

boleh sesapa bg info ttg insan berbaju batik hitam dan putih tu,kita kenai dia ka?

marn said...

Sapa yang tanya tuh?

BORG said...

SORI.AKU PUN MCM JAMIL LA PULOK LUPA NK BUBUH NAMA,ADAKAH ORG ITU YG DIKENALI SBG PN SERI HAJAH SYARIFAH @ NIZAM TU,KLU YA PERHHGH...VOUGE GILER

Manrnolito said...

Jawapannya Ya..! Mmmg itew la orangnye.. How..! Vogue gitew..

Tapi aku kagum gak la sebab dia memang daring dan tak kisah pandangan orang ke ataih diri dia. Not to say dia bangga.

Elok la dia mau dok dalam satu majlis. Tu kalau kena gaya, mau luruih balik Tapi tak leh rush2 la.

Anonymous said...

borg nko chat ke ? udah abis ke merajuk nye


speki

Marnolito said...

cuma ralat besaq dalam gambaq tu satu ja.. tiada kelibat abg Borg. sedey gitew...

iZaNeE said...

Seronot dpt tgk kengkawan b'kumpul ramai2 mcm tu, sweet memories bro..!