Pages

Solat Time

Monday, August 15, 2011

Dan hasilnya..

Assalamualaikum..

Ceria? Letih? Dahaga? Apa-apa pun yang kawan-kawan rasakan, aku nak ucapkan satu perkataan: Tahniah! Sebab berjaya lalui dan berkongsi satu malam yang amatlah ngetop bestnya. Tak cukup dengan kata-kata. sapa yang sengaja tak pi, memang rugi besar. Manakal bagi yang punyai urusan, kekangan dan alasan yang Allah Taala saja yang tau, memang ceq tak dapek nak nolong eh.


Bersyukur sangat aku dengan majlis yang berjalan dengan cemerlang walaupun ter'pause' sekejap dek kerana adik Chong Wei beraksi menentang Lin Dan. Tok-tok guru dan para asatiz pun makan sambil ngadap tv. Nak ngabokan betapa Chong Wei tu punyai peminat yang berlatarkan pelbagai. 


Ok. Berbalik kepada topik. Ucapan terima kasih juga buat saudara2 yang sudi meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk majlis semalam. Dalam kepelbagaian ragam dan latar keluarga serta kerjaya sesama kita, akan tetap ada satu persamaan yang tidak boleh kita nafikan, pernah berkongsi satu daerah ilmu yang sama; Idrisiah. Al-Faatihah buat para guru dan asatiz/asatizah yang telah pergi bertemu Ilahi. Dan doa sejahtera buat mereka yang masih hidup. Moga Allah SWT menguatkan kesatuan hati dan eratkan silaturrahim yang sedia terjalin ini. 



Terima kasih... terima kasih.. terima kasih...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu lagi.

9 comments:

Ahmad Zaki @ abuateif said...

alfu shukren pada sahabat2 yg datang semalam...mmg bes malam tu...sambutan lebih hangat dari biasa...tahniah sahabat2.

tapi gambo kena upload lagi tu..gambo aku tak der pun hahaha

Anonymous said...

he he he .. itu ler nasib cameraman , gambor sendiri mesti tak de .
masih terngiang detuman bunyi mercun dragon ball dan terbayang percikan bunga api mainan anak-anak kengkawan semua malam tu .... memang best .

Gbok .. snyap ajer ... lauk moreh ari tu udah abis ke

adios speki

abuhusnie said...

t kasih bebanyak kpd abuatief...kali ni punya iftor memmang gempak...aku satu je tak pueh hati pasey tak sempat pekene ikan guley tempoyak yang meor bawa...aku rabun mata bila nampak masak kurma kambing abutief...sehingga terlupa yang meor bawa guley tempoyak..

apa2 pun tahniah kepada sahabat yg meluangkan masa bersama pada mlm tu..

tuan presiden uploadkan gambor byk sikit...

Ahmad Zaki @ abuateif said...

hahaha...tahun ni meor buat taktik mengelirukan pihak kawan dan lawan...kuah banjir tapi isi 4 5 ketoi jer...sampai ada mamat mana cas aku sorok ikan ko meor...lain kali kalau nak bawak iftor jamaai buat la sesangkor ikan baru la cukup hahaha...

gbox....jgn biarkan diri anda diselubungi misteriiii

Ahmad Zaki @ abuateif said...

lupa aku nak komen dan mengucapkan penghargaan pada geng kl yang datang satu naza ria buat rombongan khusus utk iftar kita...insyallah setiap minyak dan kilometer yg dilalui akan mendatangkan pahala buat hampa kerana niat hampa tulus dan suci tanpa diselangi nista dan keji

marn said...

Ops... sori.. aku sebenonye nak tulih dan upload gambo banyak lagi. Tapi smalam ada kerja. so, takdan nak sambung. Hari ni insyaallah..

Abe Mart said...

Majlis yg terbaeekk, thanks Tuan Rumah, thanks sahabat2

Anonymous said...

aku bajet seketoi sorang ... aleh-aleh ada yang terambil 2-3 ketul ... he he he . ceduk gulai sambil nengok lin dan main la kata kan . terrlajak amek ckit .

so .. aku mintak maaf bebanyakk ler kpd yang tak merasa gulai tempoyak ikan kelabor ari tu . Tahun depan aku bawak pulak gulai tempoyak ikan patin lakkk ( patin sg. perak ler , patin sg. pahang mahel bebenor ).

gambor main bunga api ada ke ? hang pa nak tahu , anak aku crite , pada`malam tu anak shukri isa main mercun telur naga , bila sumbu terbakor dia pegang ajer kat tangan . nasib baik tak meletup di tangan budak ... kalau idok rumah abu atief masuk paper ler , and si arshad tu udah pasti kena dakwa .. hi hi hi )

Adios

iZaNeE said...

Mmg best mlm tu dpt lepak ramai2 dgn hangpa, lauk-pauk mengalahkan mkn mlm lauk2 di Idrisiah dulu.. Tima kacih byk2 pd tuan umah & sahabat2 suma, kenangan tu terpahat dlm hati kecik teman nie yeops! Happy hours..