Solat Time

Monday, May 9, 2011

Letih

Assalamualaikum..

Dah lama sangat aku tak kemaskinikan bog kita yang makin lama makin suam-suam kuku buaya. Makin malap je ku tengok. Tapi takpa, selagi ada upaya, aku kemaskini mana yang sempat.

Baru-baru ni sahabat kita, sdr. Lokman Razi kehilngan ayahnda tersayang. Harapan kita semoga Lokman sekeluarga tabah dengan ujianNya. Sebelum tu, sdr kita yang sorang lagi, Ahmad Suzaini aka Bob kehilangan kedua-dua ibubapanya dalam masa yang singkat. Sama-sama kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas mereka yang telah pergi. Al-Faatihah..!

Masa berlalu dengan pantas wahai kawan-kawan. Dok tak dok, dah masuk bulan ke5. Bini aku yang sarat, tak jugak beranak. Dah letih teman nunggu. Allah Taala jua Maha Mengetahui kenapa susah sangat bayi dalam perut bini aku tu takmau keluo. Semoga sihat dan cukup sifat serta menjadi anak yang yang soleh/solehah hendaknya nanti, amin. 

Aku ni dah letih sebab nak ke sana kemari tak berapa nak boleh. Almaklumlah, standby mode. Anytime je bini aku tekan panic button. Kalau dia tak panik, aku yang panik. Muahahahaha..

Buat masa sekarang ni, tiada topik penting untuk kita bincangkan. Cumanya, sebelum kita dilanda peristiwa dan khabar berita tentang kematian ayah/ibu sahabat kita, ada cadangan yang mengajak kita untuk bermesyuarat di Pulau Pangkor. Kalau tak silap aku la.. Bolehla kalau nak sambung diskusi....

Apa-apa pun, aku tunggu respond kawan-kawan...

4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kepada sahabat yang hadir dan yang sampaikan ucapan takziah untuk Allahyarham ayahanda Kamaruddin. Semoga Allah memberkati kalian.

Lukman...

borg said...

sabo man,kdg2 over due ni pun petanda baik gak,mana la tau anak hang tu tgh karang kitab dalam perut tu,mcm imam syafie tu mak beliau pun dulu over due jgk.

Ahmad Zaki @ abuateif said...

perghh,,borg telah memberi komennya...aku cukup bernafsu membaca komen borg wpun ringkas tetapi isinya padat dan signifikan...

apa crita pangko mengkome...agak lama dah batch kita tak bersua muke...duit persatuan kita pun tak berkutip...aku tunggu hampa bagi jer...nak mintak tu berat la...hehehe

ate tak der ke idea bernas utk kita buat gathering?pangkor paling strategik hahaha..

lokman razi...sabo byk2 n jgn jemu mendoakan rahmat n keampunan ayahanda mu

marn said...

Thanks borg di atas nasihat dan peringatan tuan.

Teman ok je kalo na kgathering. Tapi kalau nak temn join mengkome, lepas 11 June la.. Ada walimah wajib pegi. Tu x dpt elak. Kalo mengkome tak sabo dan rase 11 June jauh sesangat, teman sapot tp teman xjoin. Taku nanti berjanji boleh pegi, last menet kensel.